Monday, October 18, 2010

isteri pendorong keluarga solat berjemaah

Apabila seorang isteri berjaya mendorong suami dan ahli keluarga mencintai solat berjemaah di masjid ia merupakan satu jihad besar ke arah melahirkan generasi yang khusyuk solatnya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud , dia berkata : Sesiapa yang ingin berjumpa dengan Allah SWT sebagai seorang muslim di akhirat kelak, maka hendaklah dia menjaga solat fardhu dengan mengerjakan solat di tempat azan dilaungkan ( masjid).
Sebab sesungguhnya Allah telah mensyariatkan sunah-sunah petunjuk kepada Nabi SAW dan solat berjemaah itu adalah salah-satu jalan pertunjuk itu.Jika kamu bersolat di rumah , sebagaimana solat orang yang tidak berjemaah di rumah, maka beerti kamu meninggalkan sunah Nabi kamu.Dan apabila kamu meninggalkan sunah Nabi kamu maka sesatlah kamu.Apabila seseorang mengambil wudhuk dengan sempurna kemudian pergi ke masjid maka bagi setipa langkah yang dilangkahinya pasti akan dituliskan untuknya satu pahala dan ditingkatkan darjat dan dihapuskan satu dosa.Sesungguhnya kami melihat bahawa tidak ada pun di kalangan kami yang meninggalkan solat berjemaah melainkan orang yang benar-benar mengetahui kemunafikannya.(Riwayat Muslim)
Daripada hadis di atas jelas menunjukkan  bahawa Rasulullah SAW sangat menitik beratkan kepada kaum lelaki untuk mengerjakan solat fardhu secara berjemaah di masjid.Sehinggakan pada saat-saat akhir keuzuran baginda pun masih tetap mahu menunaikan solat berjemaah bersama sahabat-sahabat yang baginda kasihi.
Seorang lelaki belum dianggap 'gentleman' selagi belum cintakan solat jemaah di masjid.Kerana bukan mudah untuk bangun sebelum subuh dan berpagi-pagi meredah kesejukkan embun semata-mata mahu menunaikan solat subuh berjemaah bersama rakan-rakan.
Inilah jihad besar bagi seorang wanita(isteri) apabila berjaya memujuk ahli keluarga lelaki melawan hawa nafsu supaya seronok solat di masjid.Sesungguhnya roh penghayatan solat apabila susah untuk dibuat di rumah, sebab takut tidak kuat melawan nafsu , maka kita mesti ciptakan suasana, kena berhijrah dan pergilah ke masjid supaya roh ibadah kita terus hidup.

Firman Allah SWT bermaksud :
"Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali mereka yang khusyuk iaitu mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."(Al-Baqarah ayat 45-46)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails