Saturday, October 23, 2010

Di antara semalam dan hari ini

Semalam program bersama Ustaz Halim yang diadakan di surau Acasia bermula jam 9 mlm sehingga 12 mlm begitu terkesan dalam jiwaku.Sebelum ni aku hanya pernah mendengar namanya sahaja.Alhamdulillah dapat berjumpa beliau semalam.Ceramah beliau yang bertajuk "Di antara semalam dan hari ini" memberi kefahaman kepadaku bahawa sebenarnya hari ini adalah bermimpikan hakikat esok.Di sini bermaksud bahawa perjuangan sebagai pendakwah perlulah konsisten untuk mencapai kejayaan dan harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan meneliti sejauh mana Islam ini mampu tersebar ke seluruh dunia.Tanpa Islam pasti keadaan negara huru-hara kerana Islam itu sendiri adalah bermaksud agama kesejahteraan.

Sejarah kini membuktikan bahawa kebanyakan manusia akan syok pada benda yang dia biasa buat.Dari konsep dakwah pula konsep ini tidak sesuai diamalkan kerana ia menjadi faktor keruncingan pemahaman Islam dalam diri setiap individu muslim.Sebagai contoh , pendakwah A nak sebarkan dakwah kepada penduduk kampungnya terutama dalam kalangan para pemuda , namun melihat kepada usahanya , kelihatannya masih sama dengan usaha dahulu di mana beliau hanya menggunakan masanya untuk mentarbiah penduduk kampung yang hanya datang ke masjid.Masa yang diperuntukkan pula untuk berdakwah di masjid pula terlalu sedikit.Melihat kepada keadaan ini dapat dikonklusikan bahawa amal pada hari ini sepatutnya lebih baik/bertambah baik daripada semalam.

Satu populasi umat Islam yag terbilang juga dapat dibentuk sekiranya setiap individu mengamalkan sifat Rabbani(dari segi percakapan, akhlak, matlamat hidup, dan cara berfikir bercantum dengan Allah).Dari segi akhlak, contoh yang dapat dilihat seperti individu muslim itu tidak terlalu ghairah mengikut arus modenisasi seperti terlalu berseronok/enjoy hingga melupakan tanggungjawab sebenar mereka sebagai seorang pelajar , anak , dan pendakwah.Pemupukan sifat Rabbani dalam diri ini mampu melahirkan keluarga , masyarakat , sahabat dan taulan yang Rabbani dalam kehidupan.

Pada saya , melihatkan keadaan masyarakat yang agak terkeluar sedikit dari ruang lingkup Islam, saya merasakan pembersihan jiwa masyarakat yang rosak ini seharusnya perlu dilaksanakan selain bergantung kepada undang-undang Islam semata-mata.Faktor kejatuhan Islam juga perlu diteliti dan di kaji puncanya agar kesilapan yang sama tidak berulang kembali.Setiap siri peperangan memerlukan strategi yang berbeza , begitu jugalah kepada para pendakwah.Bukan hanya sekadar bercakap kosong, cuai terhadap ilmu amali tapi perlulah menjadi contoh teladan buat individu Muslim yang lain.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails