Tuesday, October 26, 2010

ketika cinta bertasbih

Dengan ini saya dengan sukacitanya mempersembahkan sebuah lagi kisah cinta..hehehe .Hanya sekadar mengisi masa terluang yang ada.Moga terhibur dan amiklah iktibar daripada kisah ini.

Aku/Sofia: Adalah watak utama cerita, seorang wanita yang sudah bekerjaya sebagai seorang doktor sakit puan, akak kepada Hakim.
Hakim: Adik kepada 'aku', graduan dari UiTM Shah Alam dalam kejuruteraan kimia.
Adam: Senior kepada Hakim , juga telah bekerja.

 START........
Tepukan gemuruh kedengaran menusup ke telingaku yang datang dari arah dewan utama universiti.Nampaknya majlis konvokesyen adikku, Hakim sudah bermula."Urgh...mesti adik aku marah ni sebab aku dah berjanji nak datang tengok dia berkonvo sebelum majlis bermula...maafkan akak ya dik", desis hatiku.

Itulah Hakim , seorang hero dalam keluarga kami. Aku sayang sangat kat dia, yelah apa-apa perkara yang aku rasakan kaum hawa tak mampu nak buat , tanpa di suruh , dia akan bersedia mambantu.Berharganya dia buat kami yang jauh di sisinya kerana dia dapat menyambung amanat arwah ayah dulunya yang menginginkan dia menjadi jurutera yang berjaya.Dan alhamdulillah impian arwah ayah tercapai.Ibu pernah berkata,"Alangkah gembiranya hati ayah bila tengok hero ibu ini sudah menjadi seorang yang berjaya ya.Ibu harap abang tak akan lupa asal usul abang, tujuan hidup abang yang sebenarnya di atas muka bumi ini.Manfaatkan ilmu yang abang ada untuk pembangunan ummah hari ini".Adik aku apalagi, senyumla dia memanjang bila dengar ibu berbicara sedemikian, aku tahu dia faham kata-kata ibu dan aku yakin dia adalah model terbaik terutamanya buat contoh pemuda di kampung kami.

Semasa aku mahu menjejakkan kaki ku ke dalam dada dewan , aku mengeluh seketika kerana ku lihat barisan kerusi sudah dipenuhi oleh hadirin yang datang.Seketika aku merasakan ada seseorang menyentuh bahuku.Apabila ku toleh kebelakang, rupa-rupanya orang itu adalah adik aku."Huhuhu...ingatkan pakwe hensem mana la yang sapa akak tadi", kataku padanya.Adikku terus bersalam denganku dan mengajak aku keluar dewan untuk mengatakan sesuatu . Katanya suasana dalam ni amat bising.

Sampai sahaja di luar...aku mengucapkan tahniah kepadanya kerana dia adalah salah seorang pelajar bumiputera yang menduduki rangking pertama(first class)  di universitinya dalam kos kejuruteraan kimia ini.Sempat juga ku kirimkan salam dari ibunda di Johor yang amat merinduinya.Ibu tidak dapat hadir kerana kena menghadiri jemputan rakan baiknya yang baru balik dari Mekah dua hari lepas.Balasan senyuman dari adikku sudah cukup menggambarkan yang dia redha dan aku memang nampak dia berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke tahap ini.Aku bangga dengannya.

Selesai sahaja majlis , adik aku mengajak aku bergambar dengan rakan-rakannya.Aishh...malula aku lantas aku menolaknya dengan cara baik.Nasib baik mereka faham.Jadi bila tidak bergambar dengan mereka , aku la yang kena jadi camera girl buat sementara.Aku tidak kisah asalkan aku gembira tengok hero aku gembira.hehe

Tiba-tiba salah seorang dari kawan adik aku bertanya:"Hakim, jadi inilah kakak ko yang dah jadi gynaecologist tu ye?"
Hakim :" Ha'a.Kenapa ye Muaz?"
Muaz: " La...patutla muka sama dengan ko sebiji".
Halim: "Ko ni pun satula Muaz, dah namanya adik beradik mestilah mukanya sama."

Aku hanya mampu tersenyum sahaja melihat gelagat mereka.Tak mampu nak kata apa-apa.Sempat juga la aku bersembang dengan mereka.Nampaknya mereka ini juga tidak kurang hebatnya melihat kepada bicara mereka tentang perubatan dalam bidang cytology.Yelah kebetulan aku kan adalah doktor Sakit Puan.. jadi serba sedikit bidang ini memang berkait rapat dengan kerjaya aku.Sememangnya aku ni memang seorang yang tidak banyak cakap.Tapi aku akan jadi seorang yang ramah bila mereka senang dengan diriku.Itulah aku ,Sofia.

Jam menunjukkan jam 12.30 tengah hari.Aku dimaklumkan yang Hakim di jemput makan bersama dengan VVIP dan seniornya yang sudah habis belajar dan telah bekerja di Australia.

Aku: "Habis takkan akak nak ikut?malula...tak pe Hakim je yang pergi...akak tunggu di sini ya".
Hakim: "Apalah akak ni supporting la sikit...biasala kalau majlis macam ni, yang terbaik pasti diraikan bersama ahli keluarga terdekat.Tak pun akak suka kot tengok adik datang sana sorang-sorang tanpa bertemankan siapa-siapa.Tolonglah akak..kali ini je...please.."

Itulah aku. Memang pemalu adalah sifatku.Tapi kenangkan adik aku yang sorang ni aku pun temankan dia ke meja VVIP di Bilik Seri Mawar untuk menikmati sedikit juadah tengah hari di sana.

Masa di meja makan ku lihat ramai betul orang lelaki kat situ.Aduh .. aku memang lemah betulla datang ke majlis macam ni.Malunya...Di sini ada juga kelihatan beberapa orang kaum hawa..tapi jumlahnya tidak mencecah separuh.VVIP dan para pensyarah serta senior  adik aku begitu gembira dengan keputusan yang diperolehi oleh Hakim.Sambil makan mereka bertanya tentang diriku.Sebenarnya mahu sahaja aku sembunyikan adentiti diri yang sebenar.Tetapi rupa-rupanya mereka lebih awal mengetahuinya.Aku cuba untuk menjaga maruah aku sepanjang berbicara dengan mereka.

Tidak semena-mena, aku terasa senior adik aku yang duduk betul-betul di depan aku memperhatikanku.Ku cuba beranikan diri untuk membalas pandangannya , dan lantas itu , dia menoleh ke arah lain.Pelik sungguh aku dibuatnya dan membuatkan aku tertanya-tanya.Pernahkah aku kenal dia...tapi sejujurnya aku merasakan wajahnya memang pernah ku temui sebelum ini.

________________________________

Sampai rumah aku dan Hakim berehat berikutan perjalanan yang agak memenatkan.Malam itu ibu memasak masakan kesukaan Hakim, ikan masak lemak cili api.Tiba- tiba semasa di meja makan:

Hakim : " Akak abang Adam kirim salam."
Aku : "Adam??Adam mana pula ni.
Hakim : "Yang curi- curi pandang akak tadi masa makan tadi.Dia kata dia kenal akak sebab akak satu PLKN dengan dia."
Aku : "Hah!!!oh mungkin akak lupa la...kan dah lama dah peristiwa tu.Ok la dah kenyang ... ibu akak minta izin masuk bilik dulu ya..."

_____________________________

"Betulla ...aku ingat dialah Adam yang aku kenal sewaktu kat PLKN dulu.Ah!! kisah lama, lupakan jela...dialah yang menyebabkan aku banyak menangis.Ye memang aku mengaku aku lah menghulurkan salam perkenalan dengan dia, tapi bila sahabat baik aku sendiri mengatakan yang dia suka pada Adam...hatiku luluh waktu tu.Aku tidak tahu perasaan aku ketika itu sebab aku begitu suka pada Adam.Aku tak mampu nak meluahkan persaan ini kerana aku malu sebagai seorang perempuan dan tidak mahu merosakkan persahabatan dengan sahabat baik aku sendiri."Bentak hatiku.

Sejak dari peristiwa itu, aku cuba untuk lari jauh dari Adam...Tetapi masih tak boleh sebab dalam kelas CB kami memegang jawatan penting.Adam bertindak sebagai ketua dan aku adalah penolongnya.Apa-apa hal mesti kena berjumpa.Satu hari, Adam memberitahuku yang dia kena menangguhkan perkhidmatan sebagai pelatih kerana mendapat tawaran belajar ke Australia.Terasa sedih juga tapi apakan daya , hanya ucapan kejayaan mampu ku ucapkan buat dirinya pada akhir pertemuan kami.

Walaupun sudah beberapa hari Adam meninggalkan kem, namun dia tidak pernah miss untuk mesej aku setiap malam minggu .Bergusar juga fikiran aku dibuatnya, kerana sejujurnya aku memang tidak mahu mengingatinya.Biasalah syaitan....sentiasa tidak pernah jemu menyesatkan manusia.Hari demi hari aku semakin syok pula dengan Adam ni hinggakan aku selalu mesejnya.Selang beberapa hari mesej ku tiada mendapat balasan darinya dan ini mendorong aku bertanya kepadanya.Agak menyedihkan kerana dia telah menegur aku:
"Sofia, lihatlah apa yang awak inginkan dari saya..selalu mesej saya....awak takde perasaan malu ke...seperkara cuma sebagai peringatan ingatlah Sofia, tidak  pernah ada pun persahabatan antara lelaki dan perempuan dan tidak akan pernah ada pun...jika adapun adalah untuk membincangkan perkara-perkara  tertentu atau yang berkenaan agama Islam...maafkan saya kerana saya takut futur diperjalanan menuju Ilahi."

Menitis air mata aku bila ditegur sedemikian rupa.Yup aku akui apa yang dikatakan itu benar...tetapi aku tidak boleh terima bila dia kata aku tiada perasaan malu dan selalu mesej dia!!!Habis kalau gitu aku juga berhak mempertikaikan kelakuan dia yang selalu mesej aku sewaktu ketika dahulu...huh!!!
_____________________________________________

Malam tu aku bermimpi arwah ayah datang kepadaku dalam keadaan yang begitu tenang wajahnya.Ayah tersenyum dan berkata : "Anakku Sofia , tidak perlulah menyimpan dendam dalam diri kamu itu kerana jiwa kamu akan sakit nak...terima la keadaan ini dan cuba amik iktibar dari peristiwa yang telah berlaku."

Aku tersedar dari lenaku jam 3 pagi...air mata ku menitis lagi..tapi memang betul apa yang arwah ayah kata dalam mimpi tu..Ku kuatkan kaki untuk bermunajat pada Ilahi...

"Ya Rabbi, sesungguhnya aku benar-benar lemah tika ini Ya Allah.Ya Allah buanglah segala kemarahan yang tertanam dari dalam diri ini agar aku tidak membencinya.Aku sepatut tidak menyalahkannya , tetapi dalam hal ini aku lah yang bersalah sebenarnya..mungkin hati ini tidak sakit jika aku tidak melayannya dari awal lagi...Ya Allah suluhkanlah cahaya hidayahMu dalam diriku agar aku dapat menuju redhaMu."
________________________________________

Sejak peristiwa itu aku berfikir...mungkin sebelum ni Adam tak tahu apa yang dilakukannya itu sebenarnya salah.Ku cuba berfikir positif dan selepas ini aku tidak mahu mengingat namanya dalam diari hidupku lagi.Akan cuba untuk menghilangkan rasa sayang padanya kerana aku tahu rasa cinta dan kasihku hanyalah kepada Allah yang satu.
_________________________________________

Kembali ke zaman apabila aku telah bergelar gynaecologist:

Ibu berkata kepadaku ada pemuda yang ingin merisikku, umurnya sebaya denganku 26 tahun.Ku cuba meminta izin untuk melihat gambar orang yang bertuah itu dan ternyata sekali pemuda yang dikatakan itu adalah Adam , pemuda yang pernah ku cintai sewaktu dahulu.Benarlah kata Allah..."Tinggalkanlah benda-benda yang haram, InsyaAllah ia akan menjadi halal pada kamu suatu hari nanti."


Sunday, October 24, 2010

sepotong gambar menggambarkan perasaan

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.


     Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu


     Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

      Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

     Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.


     Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.


    Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


    Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak bangsa yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak bangsaku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


     Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..


     Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…


     Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.




Saturday, October 23, 2010

Di antara semalam dan hari ini

Semalam program bersama Ustaz Halim yang diadakan di surau Acasia bermula jam 9 mlm sehingga 12 mlm begitu terkesan dalam jiwaku.Sebelum ni aku hanya pernah mendengar namanya sahaja.Alhamdulillah dapat berjumpa beliau semalam.Ceramah beliau yang bertajuk "Di antara semalam dan hari ini" memberi kefahaman kepadaku bahawa sebenarnya hari ini adalah bermimpikan hakikat esok.Di sini bermaksud bahawa perjuangan sebagai pendakwah perlulah konsisten untuk mencapai kejayaan dan harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan meneliti sejauh mana Islam ini mampu tersebar ke seluruh dunia.Tanpa Islam pasti keadaan negara huru-hara kerana Islam itu sendiri adalah bermaksud agama kesejahteraan.

Sejarah kini membuktikan bahawa kebanyakan manusia akan syok pada benda yang dia biasa buat.Dari konsep dakwah pula konsep ini tidak sesuai diamalkan kerana ia menjadi faktor keruncingan pemahaman Islam dalam diri setiap individu muslim.Sebagai contoh , pendakwah A nak sebarkan dakwah kepada penduduk kampungnya terutama dalam kalangan para pemuda , namun melihat kepada usahanya , kelihatannya masih sama dengan usaha dahulu di mana beliau hanya menggunakan masanya untuk mentarbiah penduduk kampung yang hanya datang ke masjid.Masa yang diperuntukkan pula untuk berdakwah di masjid pula terlalu sedikit.Melihat kepada keadaan ini dapat dikonklusikan bahawa amal pada hari ini sepatutnya lebih baik/bertambah baik daripada semalam.

Satu populasi umat Islam yag terbilang juga dapat dibentuk sekiranya setiap individu mengamalkan sifat Rabbani(dari segi percakapan, akhlak, matlamat hidup, dan cara berfikir bercantum dengan Allah).Dari segi akhlak, contoh yang dapat dilihat seperti individu muslim itu tidak terlalu ghairah mengikut arus modenisasi seperti terlalu berseronok/enjoy hingga melupakan tanggungjawab sebenar mereka sebagai seorang pelajar , anak , dan pendakwah.Pemupukan sifat Rabbani dalam diri ini mampu melahirkan keluarga , masyarakat , sahabat dan taulan yang Rabbani dalam kehidupan.

Pada saya , melihatkan keadaan masyarakat yang agak terkeluar sedikit dari ruang lingkup Islam, saya merasakan pembersihan jiwa masyarakat yang rosak ini seharusnya perlu dilaksanakan selain bergantung kepada undang-undang Islam semata-mata.Faktor kejatuhan Islam juga perlu diteliti dan di kaji puncanya agar kesilapan yang sama tidak berulang kembali.Setiap siri peperangan memerlukan strategi yang berbeza , begitu jugalah kepada para pendakwah.Bukan hanya sekadar bercakap kosong, cuai terhadap ilmu amali tapi perlulah menjadi contoh teladan buat individu Muslim yang lain.

Thursday, October 21, 2010

Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah


Raih iman, ilmu dan amal



         Melihatkan keadaan pelajar kolej (MLT) saya yang baru selesai menduduki final exam membuatkan saya berfikir sesuatu tentang situasi ini.Selang beberapa minit para pelajar diberitahu bahawa kelas masih tetap akan diteruskan kerana masih ada sesetengah kumpulan pelajar yang belum buat presentation.Agak terkilan kerana jumlah yang datang adalah luar daripada biasa.Urhmm...mungkin ada kerja lain yang perlu disiapkan.Tapi sejujurnya pada saya exam yang kita ambil tu tidak membawa apa-apa kerana yang paling utama adalah bagaimana kita beramal dengan ilmu yang telah diberikan kepada kita.(Saya juga mengingatkan diri ini)

       IMAN juga amat penting dalam kehidupan manusia yang berpandukan agama sebagai cara hidup. Tanpa iman yang mantap, manusia mudah hanyut lantaran mengikut hawa nafsu yang pastinya mengajak manusia ke jalan yang dimurkai Allah s.w.t.. Manusia yang beriman memerlukan sesuatu yang dapat membimbing ke arah jalan yang lurus dan diredai Allah s.w.t.. Sesuatu yang amat bernilai dan menyuluh kehidupan manusia ialah ilmu. Ilmu adalah nur (cahaya) yang menerangi hati manusia. Orang-orang yang beriman dituntut supaya mencari ilmu tidak kira lelaki atau perempuan. Dengan ilmu manusia dapat membina tamadun mereka sendiri sehingga dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.
        Jika kita lihat dalam konteks pembangunan negara, umat Islam sering dilabelkan dengan kemiskinan, kelemahan dan kemunduran. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana itulah realiti pada hari ini. Tahap penguasaan umat Islam dalam pelbagai bidang ilmu masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang kebanyakannya telah diiktiraf sebagai negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Jerman.

        Negara-negara bukan Islam maju kerana mereka menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan dengan mengkaji, meneliti dan menyelidik alam ini seperti mana yang disarankan oleh al-Quran. Malangnya umat Islam sendiri tidak mempraktikkan apa yang diwahyukan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya sehingga ketinggalan dalam banyak perkara. Sebagai umat Islam yang menjunjung al-Quran dan Sunah dalam kehidupan ini, kita sepatutnya menjadi umat yang terbaik untuk mentadbir hal ehwal dunia.


         Dari segi perspektif Islam, perkembangan ilmu manusia tidak bergantung kepada rasional semata-mata kerana terdapat ilmu yang tidak mampu diterokai oleh manusia seperti alam ghaib yang berkaitan dengan malaikat, jin, syurga dan neraka. Inilah yang membezakan falsafah ilmu antara Islam dengan agama lain. Pengetahuan inilah yang memandu manusia supaya tidak tersasar daripada landasan yang sebenar iaitu menyedari bahawa ilmu yang ada pada kita terlalu sedikit jika dibandingkan dengan ilmu Allah s.w.t..


           Perlu ditekankan di sini ialah umat Islam pada hari ini hendaklah mengambil iktibar daripada sejarah terawal Islam bahawa Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang merupakan umat terbaik sentiasa dahagakan ilmu dan beramal dengannya. Hasilnya mereka mampu membina kekuatan sehingga digeruni oleh musuh walaupun bilangan umat Islam pada masa itu terlalu kecil.

Kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia tidak dapat disangkal lagi kerana Allah s.w.t. mengangkat orang-orang yang berilmu ke darjat yang tinggi seperti mana firman-Nya yang bermaksud:

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mujadalah: 11)

     Keagungan tamadun Islam telah menyumbang kepada kemajuan umat Islam sehinggalah apabila datangnya musuh-musuh Islam dari luar mengambil khazanah berharga dari dunia Islam, mereka mendakwa bahawa mereka yang mempelopori pelbagai bidang sedangkan hasil-hasil tulisan sarjana Islam telah wujud beratus tahun lebih awal daripada sarjana Barat.

      Contoh ilmuwan Islam yang tersohor ialah Ibnu Sina, lelaki kelahiran Tunisia yang bukan hanya mahir dalam pelbagai ilmu tetapi juga menghafaz al-Quran pada usia remaja. Ketika berusia 18 tahun, beliau telah menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu teknik, astronomi, kesusasteraan dan perubatan. Karya terkenal beliau, Syifaa’, telah menjadi rujukan ramai termasuk cendekiawan dunia Barat. Barat membina tamadun moden setelah mereka menggali apa yang ada dalam dunia Islam semasa zaman kejatuhan umat Islam. Umat Islam pada hari ini hendaklah bangkit sambil menyedari kelemahan dan kekurangan diri. Kelemahan umat Islam masa kini disebabkan mereka tidak lagi menguasai ilmu pengetahuan ke tahap tertinggi walaupun para cendekiawan Islam terdahulu telah mewariskan pelbagai bidang ilmu kepada mereka untuk diwarisi demi kemajuan ummah.

      Contoh lain yang perlu dibanggakan hingga ke hari ini ialah Ibnu Khaldun, pengarang buku berjudul Muqaddimah yang telah dijadikan rujukan oleh Barat dalam bidang sosiologi. Sebagai orang yang beriman, kita hendaklah berusaha mempelajari pelbagai bidang ilmu, bukan hanya ilmu asas agama atau bidang tertentu yang dipelajari di institusi-institusi pengajian tinggi. Umat Islam perlu mengambil peluang sebanyak mungkin untuk menambahkan ilmu pengetahuan agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan atau diperlekeh oleh orang lain.Dalam dunia yang serba moden dengan kecanggihan teknologi, umat Islam sepatutnya berlumba-lumba untuk maju setanding dengan orang lain, kerana segala kemudahan untuk menuntut ilmu menjadi semakin mudah dan pantas.
     Dalam masa kita mempersiapkan diri untuk menuju akhirat, kita juga diminta berusaha untuk mendapatkan kesenangan dunia kerana di sinilah tempat kita menyemai dan akhirat adalah tempat kita menuai. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

 Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia. (Al-Qasas: 77)

     Dalam meniti arus globalisasi, umat Islam terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha menuntut ilmu. Kekuatan iman menjadi benteng untuk menepis segala rintangan yang akan membantutkan usaha ke arah kemajuan dan kekuatan ummah. Kita mestilah bersedia mengorbankan harta, masa dan tenaga kerana ilmu itu mesti dicari. Orang yang beriman akan mengamalkan ilmunya untuk mencapai keredaan Allah s.w.t.. Pepatah Arab ada mengatakan ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.



Tuesday, October 19, 2010

jadilah agen perubah, bukan di ubah

Apabila anda berada di satu-satu tempat baru seperti tempat kerja contohnya, pasti anda akan merasakan orang sekeliling tidak menyukai anda lantaran sikap anda yang sememangnya seorang tekun bekerja, tidak banyak cakap dan seorang yang terlalu mementingkan disiplin hidup.Maka, janganlah anda risau kerana andalah yang perlu mengekalkan identiti sebenar anda.Pertahankanlah ia walaupun orang sekeliling anda mengutuk tindakan anda yang dikatakan terlalu skema.Yakinlah anda melakukan kerja dengan sempurna sebab anda sedar tanggungjawab anda sebagai khalifah dan ini adalah amanah Allah kepada anda.Niatkanlah melakukan sesuatu keranaNya, nescaya anda akan dapat ketenangan.
Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 105 yang bermaksud:
Bekerjalah, nanti Allah dan Rasul serta orang mukmin akan melihat(menilai) apa yang telah kamu kerjakan."

Monday, October 18, 2010

isteri pendorong keluarga solat berjemaah

Apabila seorang isteri berjaya mendorong suami dan ahli keluarga mencintai solat berjemaah di masjid ia merupakan satu jihad besar ke arah melahirkan generasi yang khusyuk solatnya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud , dia berkata : Sesiapa yang ingin berjumpa dengan Allah SWT sebagai seorang muslim di akhirat kelak, maka hendaklah dia menjaga solat fardhu dengan mengerjakan solat di tempat azan dilaungkan ( masjid).
Sebab sesungguhnya Allah telah mensyariatkan sunah-sunah petunjuk kepada Nabi SAW dan solat berjemaah itu adalah salah-satu jalan pertunjuk itu.Jika kamu bersolat di rumah , sebagaimana solat orang yang tidak berjemaah di rumah, maka beerti kamu meninggalkan sunah Nabi kamu.Dan apabila kamu meninggalkan sunah Nabi kamu maka sesatlah kamu.Apabila seseorang mengambil wudhuk dengan sempurna kemudian pergi ke masjid maka bagi setipa langkah yang dilangkahinya pasti akan dituliskan untuknya satu pahala dan ditingkatkan darjat dan dihapuskan satu dosa.Sesungguhnya kami melihat bahawa tidak ada pun di kalangan kami yang meninggalkan solat berjemaah melainkan orang yang benar-benar mengetahui kemunafikannya.(Riwayat Muslim)
Daripada hadis di atas jelas menunjukkan  bahawa Rasulullah SAW sangat menitik beratkan kepada kaum lelaki untuk mengerjakan solat fardhu secara berjemaah di masjid.Sehinggakan pada saat-saat akhir keuzuran baginda pun masih tetap mahu menunaikan solat berjemaah bersama sahabat-sahabat yang baginda kasihi.
Seorang lelaki belum dianggap 'gentleman' selagi belum cintakan solat jemaah di masjid.Kerana bukan mudah untuk bangun sebelum subuh dan berpagi-pagi meredah kesejukkan embun semata-mata mahu menunaikan solat subuh berjemaah bersama rakan-rakan.
Inilah jihad besar bagi seorang wanita(isteri) apabila berjaya memujuk ahli keluarga lelaki melawan hawa nafsu supaya seronok solat di masjid.Sesungguhnya roh penghayatan solat apabila susah untuk dibuat di rumah, sebab takut tidak kuat melawan nafsu , maka kita mesti ciptakan suasana, kena berhijrah dan pergilah ke masjid supaya roh ibadah kita terus hidup.

Firman Allah SWT bermaksud :
"Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali mereka yang khusyuk iaitu mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."(Al-Baqarah ayat 45-46)

Thursday, October 14, 2010

ku cuba raih kesungguhan itu

Bila ku termenung di balik jendela biru
ku rasakan yang aku perlu untuk raih kesungguhan itu
dan aku harap kesungguhan yang ku lakukan ini akan di nilai olehNya Yang Maha Pencipta
terungkai seketika lafaz kegelisahan apabila ku tidak tahu ke mana arah yang perlu ku tuju
dan apabila ku mencari penyelesaian kepada masalah ini
barulah ku tahu segala-galanya akan mulai reda apabila ku sentiasa mengingatiMu
Ya Allah...
berilah aku kekuatan untuk terus kuat di medan jihad ini
bajailah rasa yakin dalam hati ini agar ku mampu mencapai impianku
mungkin ramai akan mengatakan ianya hanya sekadar mimpi palsu...
dan
yang mampu ku lakukan adalah dengan
ku biarkan segala butiran kata mereka kepada diriku
dengan harapan jiwa hamba ini tidak pernah sesekali luntur untuk terus berjihad di jalan dakwahMu
Ya Tuhan...
Moga aku tabah menghadapinya
dan aku akan berusaha ke arahnya
kerana gynaecologist adalah impianku...
dengarlah rintihan hambaMu ini Ya Allah...


Friday, October 8, 2010

Tenteramkanlah dirimu

 
Allah adalah ketenteraman bagi seseorang mukmin, hiburan bagi orang yang taat dan kekasih para ahli ibadah. Barangsiapa yang tenteram dengan Allah, ia akan tenteram dengan kehidupan, merasa bahagia dengan apa yang ada dan menikmati harinya dengan hati yang tenang, bercahaya dan terbuka. Cinta Allah terukir di hatinya, sifat-sifat Allah bersemanyam di hatinya dan nama-nama Allah tergambar di depan matanya.Mereka menghafal nama-nama Allah, merenungkan sifat-sifat Allah dan menghadirkan di dalam hatinya sifat-sifat Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Terpuji, Maha Lembut, Maha Indah, Maha Mulia dan Maha Agung.Semua sifat-sifat itu mempengaruhi ketenteramannya terhadap Pencipta, cintanya pada Yang Maha Agung dan semakin mendekatkan diri kepada Yang Maha Mengetahui.
Sesungguhnya perasaan tenteram dengan Allah tidak datang begitu saja tanpa sebab dan tidak akan tercapai tanpa keseriusan dan usaha.Ini adalah buah dari ketaatan kepada Allah dan hasil dari mencintai Allah.Barangsiapa yang taat kepada Allah, mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya serta jujur dalam cinta kepadaNya, maka dia akan mendapat ketenteraman sebagai makanan, menemukan kelazatan dekat dengan Allah dan kebahagiaan bermunajat kepada Allah.

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails