Tuesday, September 28, 2010

langkah tercipta

Bulan ini bulan maduku..dengan siapa lagi jika bukan dengan bukuku, rakan-rakanku dan persatuanku.Moga Allah permudahkan jalan ini.KepadaNya sahaja tempat mengadu segala kesedihan dan kegelisahan ini.

  1. 29 September 2010 : Mid Term Pengajian Agama.
  2. 01 Oktober 2010 : Mid Term Cytology.
  3. 02 - 03 Oktober 2010 : Program bersama Motivasi Alihan Pelajar(InsyaAllah).
  4. 03 Oktober 2010 : Open house di rumah Ummi Salamah.
  5. 05 - 08 Oktober 2010 : Program bersama Azizi Ali.
  6. 09 Oktober 2010 : Menghadirkan diri ke majlis "Sirah Muzikal".
  7. 10 - 17 Oktober 2010 : Program motivasi bersama Prof. Zarina Zakaria.
  8. 18 - 25 Oktober 2010 : Melibatkan diri dalam "Urusan Masa Depan Individu Cemerlang"
  9. 26 Oktober 2010 : Temujanji bersama Doctor Khairol di Hospital Besar Johor.




Sunday, September 26, 2010

pengemis cinta

Ku tatap langit Ilahi
berterusan lisan dan akal seakan bertutur bersama
mana mungkin dunia tidak mendengar
segala luahan hati yang ingin dihamburkan padaNya
Ya...akulah si pengemis cinta itu...
walau air mata ini pernah menitis mambasahi pipi apabila ku tidak tertanggung menerima dugaan dariNya
sesekali tidak...ku tidak akan berundur walau sejejak
perjuangan pada hari ini perlu diteruskan
semoga Allah meredhai...InsyaAllah

Saturday, September 25, 2010

terima kasih Ya Allah di atas ukhwah ini


Perjalanan ke bangi  ke rumah teman saya di sana bermula pada jam 10.30 pagi tadi agat memenatkan.Tetapi alhamdulillah sampai juga ke rumahnya.Melihat keletah opahnya melayan kami membuatkan saya kagum kerana opah ini tahu segala tip-tip orang dahulu kala dan terus-menerus membawa kami mendengar katanya.Wah nampaknya opah ini masih bertenaga walaupun usianya sudah bertambah.Alhamdulillah....

Pada masa yang sama saya ingin mengucapkan ucapan ta'ziah kepada keluarga kak Umai kerana bondanya telah dijemput oleh Ilahi pada 23.10.2010.Moga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.InsyaAllah...Sepotong mesej dari kak Umai sudah cukup mengambarkan yang dia benar-benar salah seorang wanita yang tabah..saya kagum dengan beliau.Ketabahan yang beliau  miliki itulah yang mendorong saya untuk lebih yakin pada Allah SWT.

Sambungan dari diari perjalanan saya bersama sahabat saya.Destinasi seterusnya adalah Mines di Shah Alam.Memang terkejut benar!melihat keletah mereka...hinggakan membuatkan saya berfikir sesuatu...berfikir tentang perkara yang mampu menjadikan saya seorang yang lebih cermat dalam berbelanja.Hal ini kerana perkara ini amat penting bagi saya.Suatu yang mengujakan juga kerana saya berjaya menemui buku karya Azizi Ali yang bertajuk 'Jutawan Dari Planet Jupiter!' di Gramedia Mines Shopping Fair di sana...Alhamdulillah...Buku ini sarat dengan langkah-langkah pantas yang dapat memperbaiki situasi kewangan anda dengan serta-merta dan juga strategi jangka panjang untuk mengekalkan anda di landasan ke arah kebebasan kewangan supaya anda tidak perlu risau tentang wang lagi.


Terima kasih kepada mereka yang sentiasa berada di sisi saya...yang membuatkan saya gembira dalam waktu saya begitu buntu menghadapi situasi rumit.Sesungguhnya saya percaya ini adalah nikmat kurniaan Tuhan yang amat besar buat diri saya.Alhamdulillah...
Seperkara cuma ingin saya ungkapkan yang saya begitu mencintai kalian....Terima kasih Ya Allah...


Friday, September 24, 2010

andai kekayaan milikmu

Dalam kelas agama semalam ustaz saya ada mengatakan,"Orang yang kaya tu belum tentu kaya sebenarnya".
Urmmm...macam mana tu?
Jawapannya, yang dikatakan seseorang itu kaya apabila dia tidak berhutang dalam hidupnya, tiada menggunakan kad kredit dan apa-apa urusan yang melibatkan pinjaman bank terutama sekali bank konvensional.Hal ini kerana individu itu terlalu lapang hatinya kerana tidak perlu memikirkan hutang yang perlu dibayar kelak.Jika kita lihat semula konsep jualbeli sekarang banyak menimbulkan keraguan kepada kita tanpa kita sedari, sedangkan dalam Islam itu sendiri prinsip jualbelinya mestilah tiada penipuan, tiada penganiaan,tidak ada unsur keraguan, dan penjual dan pembeli perlulah redha-meredhai.Jualbeli akan menjadi tidak sah jika prinsip-prinsip berikut tidak dipatuhi.Sebagai contoh pembelian ke atas sebuah kereta.Jika dihitung kembali nilai harga sebenar adalah melebihi harga kereta disebabkan oleh kenaikan interest hutang tersebut.Dari situ sebenarnya sudah nampak keraguan pada urusniaga kerana unsur riba telah berlaku.
Dalam hidup kita seharian sememangnya tidak pernah terlepas dari urusniaga begini, tetapi terfikirkah kita untuk melepaskan umat Islam dari terlibat dalam unsur riba atau hutang ini sekali gus memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi umat Islam itu sendiri?Penubuhan koperasi adalah salah satu cara untuk melepaskan diri dari berhutang disertai bayaran bunga kerana jika dilihat secara mandalam fungsi koperasi adalah untuk memberi manfaat kepada ahli-ahlinya dan sekitarnya.Maka dengan itu marilah kawan-kawan kembarakan semangat jihad untuk meningkatkan ekonomi umat Islam melalui penyertaan kalian dalam bidang pernigaan agar golongan umat Islam yang hidup miskin dan sederhana dapat dibantu sekaligus mengurangkan risiko berhutang ini.Ingatah! kalian tidak akan dapat masuk syurga selagi hutang yang kalian lakukan belum selamat dilangsaikan.

Jauhkan diri anda dari berhutang , maka andalah orang yang kaya itu.

Wednesday, September 8, 2010

janji Allah


Saya ingin berkongsi bersama anda sedikit kata-kata dari Imam Al-Ghazali.Moga bermanfaat"
IMAM Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya: “ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Masing-masing muridnya, menjawab: guru; teman, kaum kerabat, isteri atau suami. Imam Ghazali, berkata: ‘Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Masing-masing menjawab, bulan, bintang dan matahari. Imam Ghazali membenar semua jawapan itu lalu berkata: yang paling tepat ialah masa lalu. Dengan apapun kemudahan kita, manusia tidak boleh kembali kepada masa lalu. Sebab itu kita perlu menjaga dengan teliti hari ini, esok dan akan datang dengan perbuatan yang dituntut agama Islam.”


Menyoal lagi Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?” Pelbagai jawapan yang munasabah diterima daripada anak muridnya dan ia membenarkannya, namun berkata, jawapan paling tepat ialah hawa nafsu (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”


Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Anak muridnya menjawab dan Imam Ghazali mengiyakan, namun berkata: “Perkara yang paling berat di dunia ialah memegang amanah (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali bertanya: “Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini?” Beliau menerima jawapan dan berkata: “Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”


Imam Ghazali bertanya, “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?” Murid-Murid dengan serentak menjawab: “Pedang”. Imam Ghazali membenarkan jawapan itu, namun berkata: “Paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan orang lain.”

Sunday, September 5, 2010

atas nama cinta

Apabila hawa berbicara tentang cinta itu...
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Hawa berharap saat ini hawa kekal dalam lindunganNya
Cerita yang bermula antara seorang adam dengan seorang hawa beberapa tahun yang lalu
Moga-moga ianya memberi 1001 pengajaran buat diri hawa yang sebenarnya hidup ini seperlu-perlunya kita menghambakan diri hanya untuk Allah SWT sahaja
berharap cinta yang utama hanya dari Allah SWT 
Hawa tahu betapa peritnya bila kita meletakkan sesuatu yang bukan tempatnya
Dan hawa harap sangat moga hidayah pemberian Ilahi ini akan dapat hawa pelihara dengan sebaiknya
Cuma...........
Izinkan hawa mengatakan secebis harapan padaNya:
Ya Allah...mengapa hawa begitu mencintainya?
mengapa  Kau siramkan anggur cinta di dada hawa, sehingga hawa dibuat mabuk kerananya?
Ya Allah...
Hawa tak tahan lagi bertarung malawan kesepian ini
Hawa ingin terbang bebas menuju ke tempat lain, tapi tak dapat
Ya Allah mengapa derita cinta ini begitu perih?
mengapa menahan rindu sedemikian menyakitkan?
Ya Allah...
Hinggaplah di dalam hati hawa
Usirlah adam itu jika dia bukan untuk hawa, lalu gantilah dengan namaMu
satu sahaja namaMu.....
Ya Allah...
Bantulah hambaMu

*tiada kena-mengena dengan sesiapapun juga bukan diriku*
sekadar mahu melakar secangkir kata melihat kepada keadaan sekelilingku kini


Thursday, September 2, 2010

no tittle

MAP Training!!!!!
wait for me....
insyaAllah next month my brother and I will go there
we need some quality of being more strong...
and I hope ALLAH will help us

Raya dah makin menghampiri dan Ramadhan akan berakhir tak lama lagi...saya rasa sayu meninggalkan Ramadhan...mungkinkah Ramadhan tahun hadapan ku temui lagi???moga saya lebih muhasabah diri untuk menjadi lebih ke hadapan dan berusaha untuk memajukan diri untuk keluarga , masyarakat dan juga agama pada masa yang sama berbakti untuk negara.Saya sayangkan agama saya, keluarga saya, teman-teman saya, dan negara saya.

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails