Thursday, August 5, 2010

Jika hidup ini bukan untuk dakwah?




Usrah selasa lepas bersama kumpulan usrahku bersama pelajar IIUM membuatkan aku tersedar dari kesalahanku selama ini.Rupa-rupanya seseorang muslim dan muslimah perlu menyampaikan dakwah.Dalam hidup ini sebenarnya kita perlu memperuntukkan 90% untuk dakwah dan hanya 10% sahaja diperuntukkan untuk diri kita.Maksud di sini seseorang itu perlulah menyampaikan dakwah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Junjungan Mulia Baginda Rasulullah SAW.Dan sebagaimana yang telah diperkatakan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :
"Saya hanyalah ibarat seseorang yang memahami rahsia hidup, justeru, sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah sekelian alam, tiada yang mempersekutukanNya.Itulah yang diperintahkan kepada saya dan saya seorang yang menyerah diri."
Jelaslah bahawa tuntutan jihad di jalan Allah begitu dititikberatkan oleh beliau dan ternyata beliau telah dapat menunaikan janjinya kepada Allah.
Dakwah yang suci perlulah dihadiri dengan ilmu.Sebab itulah belajar dan berdakwah perlu berjalan seiringan agar manfaat ilmu itu dapat disampaikan kepada orang lain.Dakwah juga dapat dilihat apabila kita mahir dalam bidang yang kita ceburi hingga kita menjadi pakar dalam bidang tersebut.Pengorbanan juga perlu ada sepanjang kita berdakwah seperti pengorbanan masa, harta dan nyawa.Terfikirkah kita bahawa apabila kita berdakwah secara tidak langsung dapat mendidik diri agar patuh dengan masa.Jangan risau apabila masa yang kita ada diisi dengan dakwah kerana masa itu lebih berkat berbanding dengan masa rakan-rakan kita yang lain yang memenuhi masa mereka dengan study!study!study!.Salah satu cara untuk mengelak cemuhan daripada rakan lain yang tidak mahu terlibat dalam bidang dakwah ini dan menganggap dakwah ini hanya buang masa sahaja, tunjukkan pada mereka yang orang yang berdakwah inilah yang mampu untuk menjadi lebih cemerlang dalam akademik, kokorikulum dan juga akhlaknya.Dan dari situ sedikit demi sedikit mampu mengubah persepsi bahawa golongan yang berdakwah juga mampu cemerlang.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails