Monday, August 23, 2010

tika ini...


Malam ini....
ku bertanya kepada diriku
apa sebenarnya yang ku inginkan dalam hidup ini
hatiku gugup melihat situasi di sini
gentar akan azab siksaNya

di bulan yang mulia ini
ku harap dapat menemui hikmah setiap perkara yang telah berlaku
hanya padaMu Ilahi
ku serahkan diriku ini
berilah ku kekuatan
kekuatan menghadapi ujianMu

Saturday, August 21, 2010

semaian kasih 2010

Titian hidupku semalam:
Alhamdulillah walaupun sesat semalam mencari lokasi Hospital Tuanku Jaafar bersama aqilah,mufidah,aina dan athirah, akhirnya kami berjaya menemuinya.Dah sampai sana pula, parking nasib baik senang, syukurlah.Kami tiba lewat sedikit dari masa yang telah ditetapkan dalam tentatif program kerana jalan agak sesak .Tapi alhamdulillah semuanya selamat.Kami terus mendapatkan Doktor Zainon dan beliau memberi sedikit briefing tentang program.Program ini diharap dapat menzahirkan kasih sayang sesama anggota masyarakat di dalam roh penghayatan Ramadhan sepertimana yang telah dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.Sedikit juadah berbuka puasa diberikan kepada pesakit dan sasaran kami semalam adalah wad ibu mengandung ,tidak tertumpu kepada muslim malah non-muslim juga dapat menikmati juadah berbuka puasa.Masing-masing menunjukkan muka ceria, malah ku juga turut gembira.Staf hospital juga tidak dilupakan.Di sana kelihatan bayi-bayi comel yang baru lahir dan babak yang menyentuh hatiku apabila melihat salah seorang ibu yang baru melahirkan anaknya.Ibu ini melahirkan anak secara operation perut dan pada masa yang sama ibu ini menghidap penyakit kencing manis, menyebabkan sedikit komplikasi yang ibu ini hadapi ketika makan dan pergerakan badan.Maelihat keadaan ibu itu, hatiku tersentuh.Moga ibu cepat sembuh.
Diari Ramadhanku pada tahun ini akan terus berjalan...dan InsyaAllah aku sudah merancang solution kepada permasalahan kehidupan masyarakat yang berlaku di hadapanku ini.Semoga Allah membantuku.InsyaAllah.

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.
(Riwayat Muslim)

Monday, August 9, 2010

Jagalah hubungan anda dengan Allah


Telah diceritakan bahawa ada seorang wanita cantik kaya-raya bersama dayang dan pelayannya terlambat melarikan diri ketika terjadinya serangan ke atas Iskandariyah.Pasukan Perancis masuk ke rumahnya dengan pedang terhunus.Kemudian seseorang di antara mereka bertanya: "Di mana hartamu?"Dia menjawab sambil ketakutan:"Harta benda kami berada di dalam kotak-kotak yang ada dalam rumah ini."Lalu ia menunjuk ke ruangan tempat harata itu berada.Dia semakin menggigil ketakutan.
Namun salah seorang dari mereka berkata:"Jangan takut! Engkau berada di sampingku, hartaku dan kebaikanku.Tenanglah!" wanita cantik itu mengerti bahawa lelaki itu tertarik dan menginginkan dirinya.Maka, ia mendekatinya dan berkata dengan berbisik:"Saya ingin masuk ke tempat buang air besar."
Lelaki itu menyangka wanita itu menyukainya , maka dia mempersilakan wanita itu masuk ke dalam tandas.Sedang mereka sibuk mengambil harta yang ada dalam peti-peti tersebut, wanita itu keluar dari pintu rumahnya dan masuk ke dalam gudang yang gelap kerana penuh dengan tumpukan jerami yang ada di sudut rumahnya.Dia menggali tumpukan jerami itu dan menyembunyikan diri di dalamnya.Ketika orang asing itu mencarinya sesudah mengambil harta yanng ada di dalam rumahnya, ternyata mereka tidak menjumpai wanita itu.Akhirnya, mereka sibuk mengangkut harta benda tersebut kemudian pergi, sehingga wanita itu selamat dari penahanan bersama dengan perhiasan yang dikenakannya.Demikian pula para pelayannya, baik lelaki mahupun perempuan, semuanya selamat dari penahanan kerana mereka bersembunyi dengan baik di atas loteng rumah.
Ketika itu si wanita berkata:"Keselamatan agama dan kehormatan adalah lebih baik dari harta-benda.Harta tidak disimpan oleh orang yang terhormat melainkan hanya untuk menyelamatkan harta dan kehormatan."Sesungguhnya kemiskinan lebih baik daripada tertawan kemudian kufur mengganti agamanya."

Thursday, August 5, 2010

Jika hidup ini bukan untuk dakwah?




Usrah selasa lepas bersama kumpulan usrahku bersama pelajar IIUM membuatkan aku tersedar dari kesalahanku selama ini.Rupa-rupanya seseorang muslim dan muslimah perlu menyampaikan dakwah.Dalam hidup ini sebenarnya kita perlu memperuntukkan 90% untuk dakwah dan hanya 10% sahaja diperuntukkan untuk diri kita.Maksud di sini seseorang itu perlulah menyampaikan dakwah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Junjungan Mulia Baginda Rasulullah SAW.Dan sebagaimana yang telah diperkatakan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna :
"Saya hanyalah ibarat seseorang yang memahami rahsia hidup, justeru, sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah sekelian alam, tiada yang mempersekutukanNya.Itulah yang diperintahkan kepada saya dan saya seorang yang menyerah diri."
Jelaslah bahawa tuntutan jihad di jalan Allah begitu dititikberatkan oleh beliau dan ternyata beliau telah dapat menunaikan janjinya kepada Allah.
Dakwah yang suci perlulah dihadiri dengan ilmu.Sebab itulah belajar dan berdakwah perlu berjalan seiringan agar manfaat ilmu itu dapat disampaikan kepada orang lain.Dakwah juga dapat dilihat apabila kita mahir dalam bidang yang kita ceburi hingga kita menjadi pakar dalam bidang tersebut.Pengorbanan juga perlu ada sepanjang kita berdakwah seperti pengorbanan masa, harta dan nyawa.Terfikirkah kita bahawa apabila kita berdakwah secara tidak langsung dapat mendidik diri agar patuh dengan masa.Jangan risau apabila masa yang kita ada diisi dengan dakwah kerana masa itu lebih berkat berbanding dengan masa rakan-rakan kita yang lain yang memenuhi masa mereka dengan study!study!study!.Salah satu cara untuk mengelak cemuhan daripada rakan lain yang tidak mahu terlibat dalam bidang dakwah ini dan menganggap dakwah ini hanya buang masa sahaja, tunjukkan pada mereka yang orang yang berdakwah inilah yang mampu untuk menjadi lebih cemerlang dalam akademik, kokorikulum dan juga akhlaknya.Dan dari situ sedikit demi sedikit mampu mengubah persepsi bahawa golongan yang berdakwah juga mampu cemerlang.

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails