Saturday, July 10, 2010

Tiang Agama


Bersempena dengan kehadiran 27 Rejab 1431H, mari kita renungi kembali peristiwa Isra' Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW di Masjidil Haram(Mekah) ke Baitul Maqdis(Palestin).Allah Subhanahuwataala menjemput hambaNya yang baru kehilangan datuknya dan isteri yang begitu dicintai(Siti Khadijah) untuk mengambil amanah yang begitu istimewa iaitu solat fardhu.Perintah penunaian solat  fardhu ini adalah salah satu perintah yang perlu diambil sendiri oleh Nabi Muhammad SAW sendiri tanpa melalui sebarang perantaraan malaikat Jibril seperti perintah menunaikan puasa dan zakat.

Mengapa solat itu di katakan 'Tiang Agama'??Tidak pula dikatakan bumbung ke? Tingkap ke?Mengapa?
Ustaz Ahmad Husni(Ahli Lembaga Zakat) mengatakan dalam elemen sesebuah rumah jelas menunjukkan tiang adalah salah satu elemen yang penting untuk memperkukuh kedudukan dan kestabilan sesuatu binaan.
Tanpa tiang mustahil untuk bumbung dan jendela tadi untuk berada dalam kondisi stabil.
Lihat sahaja pada tindakan Abrahah yang pernah merancang untuk merobohkan Kaabah dengan menggunakan bantuan gajah yang diikat bersama tali pada setiap tiang Kaabah untuk memusnahkan Kaabah itu.Sebab itu dikatakan melalui riwayat Abu Hurairah di mana "Sesiapa yang menunaikan solat maka dia mengukuhkan/menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkan solat maka dia meruntuhkan agamanya". 

Dengan melakukan solat akan mencegah diri dari melakukan perkara keji dan mungkar.Yup memang benar.Jadi adakah solat kita sudah cukup sempurna jika selesai solat kita masih melakukan perbuatan keji ini.Saya juga mengingatkan diri ini, marilah kita bersama-sama muhasabah diri dengan melihat kekurangan diri dan cuba memperbaiki cara solat kita.Dengan cara ini sahaja dapat membawa kita untuk menyedari hakikat kejadian kita di dunia ini dengan sentiasa bersyukur dan rendah diri di hadapan Ilahi.Ingatlah sahabatku, solat adalah merupakan aspek kejayaan seseorang di dalam hidupnya tidak kiralah kejayaan duniawi dan ukhrawi.

Di sini izinkan saya berkongsi cara-cara untuk mendapatkan solat yang terbaik dan sempurna:
1.Solat pada awal waktu.Jadikanlah azan sesuatu yang sentiasa kita nantikan ia berkumandang setiap hari/waktu.
2.Melakukan solat dengan sempurna.Maksud di sini bermula perjalanan kita untuk menunaikan solat iaitu dari segi tatacara mengambil wudhuk hinggalah hati kita seperti merasa rendah diri di hadapan Ilahi.
3.Khusyuk dalam solat.Maksud di sini kita mestilah menggambarkan yang kita benar-benar berhadapan denganNya dan begitu mengharapkan rahmat dariNya.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat mengingatkan kita semua bahawa perlunya kita menyerahkan segala jasad dan roh kita ketika beribadah kepadaNya agar segala perlakuan solat ini diterima oleh Allah.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails