Thursday, July 15, 2010

rezeki

"Dengan gemerlap dan bersinarnya hati, maka lahirlah kebaikan.Dengan gelapnya hati, maka lahirlah kejahatan.Apabila manusia telah mengenali hatinya maka dia akan kenal dirinya, maka akan mengenal Tuhannya."
-Imam Al-Ghazali r.h-

Hati adalah raja di dalam badan manusia.Jika rosak hati maka rosaklah segala-galanya.Bermula niat dari hati inilah yang akan mencambahkan isi buah sama ada baik atau buruk.Bersihkanlah hatimu dari segala prasangka, iri hati dan cemburu nescaya akan bahagialah hidupmu.Ada sesetengah manusia mempunyai kehidupan yang sangat bahagia walaupun hidup dalam keadaan sederhana sahaja.Ada sesetengah manusia yang lain pula mempunyai hidup yang teramat derita disebabkan tiada ketenangan yang bertakhta di hatinya walaupun dia dikelilingi banyak harta.

Itulah rezeki sebenarnya.Rezeki bukan hanya terhad kepada makanan, harta benda dan wang ringgit, tetapi ia juga dapat dilihat dari segi pemberian tenaga , pemikiran yang positif , kekuatan dalam menghadapi sesuatu kesusahan.Sebagai contoh di atas, manusia yang sederhana menggantungkan sepenuh hidupnya kepada Allah dengan sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup, tidak berputus asa dan redha dengan kurniaan Ilahi kepadanya.Dia bukan sahaja mendapat rezeki berbentuk tenaga untuk dia sentiasa berusaha bahkan dia juga mendapat rezeki lain dalam bentuk kebahagiaan.Dalam kata lain manusia yang banyak harta tetapi tidak pernah merasa bahagia mungkin kerana mereka ini tidak pernah puas dengan rezeki pemberian Ilahi kepada mereka.Sesetengahnya sanggup menghabiskan sepenuh masa di tempat kerja sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga terutamanya anak-anak.Mereka tidak sedar rezeki yang Allah berikan kepada mereka itulah sepatutnya dihargai.Allah telah mengurniakan kepada mereka kekuatan untuk bekerja dan anak-anak, namun mengapa seringkali berlaku pertingkahan sesama mereka.Hal ini kerana mereka lebih mencari sumber yang berterusan agar duit bertambah dan bukan mencari redha Ilahi agar redha dari Ilahi yang berterusan itulah yang akan menjadikan keluarga mereka keluarga sakinah.

Segala-galanya akan bahagia sekiranya redha Allah yang kita cari dalam melakukan sesuatu perkara.



No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails