Saturday, July 17, 2010

Pakar Kardiotoraks Sentiasa Belajar


Pagi ni saya tertarik pada satu artikel ini.Ia membuka mata saya yang sebenarnya bidang kedoktoran ini teramatlah luas.Doktor tidak terhad kepada Doktor Pakar Jantung, tetapi juga Doktor yang pakar dalam bidang perbidanan dan sakit puan, Doktor Pakar Mata, dan lain-lain yang mampu merawat pesakit khususnya.
Doktor yang ingin saya ceritakan ini bukanlah sembarangan doktor, tetapi sedikit-sebanyak membuatkan saya sedar di mana amanah sebagai seorang doktor ini perlulah dipikul dengan sebaiknya untuk kesejahteraan mereka yang mengalami sakit.Dan Doktor itu ialah Doktor Pakar Kardiotoraks/Doktor Pakar Jantung dan Toraks Manusia, Dr. Alwi Mohammad.
Saya begitu tertarik dengan kata-kata beliau di mana beliau mengatakan bahawa bidang kedoktoran memerlukan pembelajaran yang berterusan atau dengan erti kata lain Doktor ini perlulah sentiasa belajar.Untuk bergelar pakar bedah kardiotoraks, tempoh latihan yang lama dan usaha yang gigih diperlukan.
Katanya lagi,"Pembedahan jantung berbeza daripada pembedahan lain kerana sebelum pembedahan dilakukan, jantung pesakit perlu dihentikan terlebih dahulu.Pengawasan perlu dilakukan dengan teliti dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan.Masa pembedahan jantung seseorang pesakit bergantung kepada keseriusan penyakit yang dihadapi.Contohnya, pembedahan injap hanya mengambil masa antara 2 hingga 2 jam setengah, manakala pembedahan pintasan sekitar 3 jam.Semuanya bergantung pada kekompleksan pembedahan.
Walaupun beliau telah bergelar pakar bedah, Dr. Alwi tidak berhenti menimba ilmu.Katanya lagi,"Anda perlu memahirkan diri di dalam sesuatu bidang dan yakinlah suatu hari anda pasti akan mahir dalam bidang tersebut."Selain mendapatkan ilmu dan maklumat daripada rakan pakar bedah yang lain sama ada dari IJN ataupun dari luar negara, beliau turut menjadikan pelatih di bawah bimbingannya sebagai sumber untuk menambahkan pengetahuan di samping mengikuti kursus, perbincangan , persidangan , seminar dan lawatan.Hal ini kerana ilmu dalam bidang in sentiasa berkembang dan berubah.Baginya, semua perkara terletak di tangan kita sendiri dan terpulanglah kepada kemahuan seseorang untuk mendapatkan ilmu itu.
Semoga saya juga ada kekuatan untuk berusaha gigih agar suatu hari saya mampu untuk menjadi seperti beliau.Doakan saya ye....;)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails