Saturday, July 31, 2010

apa yang berlegar di fikiranku?

Alhamdulillah....
masa-masa yang ada sepanjang minggu ini dapat ku gunakan dengan sebaiknya
PUAS!!!
yah, itulah sebenarnya yang ingin ku dapatkan
puas kerana ku kini lebih mengenali diriku yang sebenarnya
apabila berkumpul bersama PEMBINA ISMA...
satu persoalan yang mesti mereka bertanya kepadaku
mengapa guna nama ummu?
berpulun yang bertanya...jadi terpaksalah ku memberitahu hal yang sebenarnya
Ku katakan kepada mereka bahawa ku masih mencari identiti diriku yang sebenar
oleh sebab itulah nama ummuaiman itu ku gunakan
mungkin tidak masuk akal...
tapi apa yang pastinya aku kini kian mendapat kekuatan apabila rakan sekeliling usrahku memanggil ku dengan nama itu...

Ku sedar pencarian ini masih panjang lagi
tapi ingin ku tegaskan di sini yang ku sesekali tidak akan berputus asa
sesekali tidak...
Ya Allah bersempena Ramadhan yang bakal tiba ini
izinkan ku untuk sentiasa mendekatkan diriku kepadaMu Ya Allah
izinkan juga ku merasai nikmat kebahagiaan dan ketenangan yang telah ku dambakan sekelian lama ini
Moga mehnah mendatang tidak membuatkan ku futur di perjalanan
sebaliknya mengajar ku untuk lebih tabah dan sabar dengan ujian di hadapan

Wednesday, July 28, 2010

tenanglah hatiku...


Ya Allah
bantulah hambaMu yang lemah ini
saat ini hatiku terasa semakin sakit
sakit menghadapi situasi di hadapan ku ini
apabila aku diperlakukan sebegini
aku terasa sedih Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku dari menanam rasa benci terhadap mereka
aku tidak mahu perasaan itu
aku tak mahu....

Pernah dengar kawan tertawa mudah dicari, kawan menangis sukar ditemui
mengapa?
mengapa?
aku dipersalahkan wahai teman
sedangkan aku tidak pernah meminta apa-apa pun darimu
tika dikau asyik bersama-sama si dia
sedarkah dikau bahawa aku bersendirian membawa hati yang lara
dan kini....alhamdulillah aku sudah memiliki apa yang aku benar-benar ingini
dan dikau semacam............
hinggakan apabila aku mendengar cemuhan dari si dia ke atas diriku
seakan diri ini tidak percaya wahai teman
apa sebenarnya yang kau ingini dari diriku
jika kekayaan yang kau pandang untuk bersahabat denganku
maafkan wahai teman aku tak mampu menerima persahabatan ini
kerna ianya tak membawa apa-apa kebahagiaan dalam diri ku
sedarlah teman...aku juga punyai hatimu....

Pujangga Sofia- Tangisan dalam diam
+sekadar meluahkan perasaan+
segala bentuk yang boleh dianggap 'tidak sepatutnya diperkatakan', harap dapatlah dimaafkan kerana ini hanya luahan rasa hatiku;)

Saturday, July 17, 2010

Pakar Kardiotoraks Sentiasa Belajar


Pagi ni saya tertarik pada satu artikel ini.Ia membuka mata saya yang sebenarnya bidang kedoktoran ini teramatlah luas.Doktor tidak terhad kepada Doktor Pakar Jantung, tetapi juga Doktor yang pakar dalam bidang perbidanan dan sakit puan, Doktor Pakar Mata, dan lain-lain yang mampu merawat pesakit khususnya.
Doktor yang ingin saya ceritakan ini bukanlah sembarangan doktor, tetapi sedikit-sebanyak membuatkan saya sedar di mana amanah sebagai seorang doktor ini perlulah dipikul dengan sebaiknya untuk kesejahteraan mereka yang mengalami sakit.Dan Doktor itu ialah Doktor Pakar Kardiotoraks/Doktor Pakar Jantung dan Toraks Manusia, Dr. Alwi Mohammad.
Saya begitu tertarik dengan kata-kata beliau di mana beliau mengatakan bahawa bidang kedoktoran memerlukan pembelajaran yang berterusan atau dengan erti kata lain Doktor ini perlulah sentiasa belajar.Untuk bergelar pakar bedah kardiotoraks, tempoh latihan yang lama dan usaha yang gigih diperlukan.
Katanya lagi,"Pembedahan jantung berbeza daripada pembedahan lain kerana sebelum pembedahan dilakukan, jantung pesakit perlu dihentikan terlebih dahulu.Pengawasan perlu dilakukan dengan teliti dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan.Masa pembedahan jantung seseorang pesakit bergantung kepada keseriusan penyakit yang dihadapi.Contohnya, pembedahan injap hanya mengambil masa antara 2 hingga 2 jam setengah, manakala pembedahan pintasan sekitar 3 jam.Semuanya bergantung pada kekompleksan pembedahan.
Walaupun beliau telah bergelar pakar bedah, Dr. Alwi tidak berhenti menimba ilmu.Katanya lagi,"Anda perlu memahirkan diri di dalam sesuatu bidang dan yakinlah suatu hari anda pasti akan mahir dalam bidang tersebut."Selain mendapatkan ilmu dan maklumat daripada rakan pakar bedah yang lain sama ada dari IJN ataupun dari luar negara, beliau turut menjadikan pelatih di bawah bimbingannya sebagai sumber untuk menambahkan pengetahuan di samping mengikuti kursus, perbincangan , persidangan , seminar dan lawatan.Hal ini kerana ilmu dalam bidang in sentiasa berkembang dan berubah.Baginya, semua perkara terletak di tangan kita sendiri dan terpulanglah kepada kemahuan seseorang untuk mendapatkan ilmu itu.
Semoga saya juga ada kekuatan untuk berusaha gigih agar suatu hari saya mampu untuk menjadi seperti beliau.Doakan saya ye....;)

Thursday, July 15, 2010

rezeki

"Dengan gemerlap dan bersinarnya hati, maka lahirlah kebaikan.Dengan gelapnya hati, maka lahirlah kejahatan.Apabila manusia telah mengenali hatinya maka dia akan kenal dirinya, maka akan mengenal Tuhannya."
-Imam Al-Ghazali r.h-

Hati adalah raja di dalam badan manusia.Jika rosak hati maka rosaklah segala-galanya.Bermula niat dari hati inilah yang akan mencambahkan isi buah sama ada baik atau buruk.Bersihkanlah hatimu dari segala prasangka, iri hati dan cemburu nescaya akan bahagialah hidupmu.Ada sesetengah manusia mempunyai kehidupan yang sangat bahagia walaupun hidup dalam keadaan sederhana sahaja.Ada sesetengah manusia yang lain pula mempunyai hidup yang teramat derita disebabkan tiada ketenangan yang bertakhta di hatinya walaupun dia dikelilingi banyak harta.

Itulah rezeki sebenarnya.Rezeki bukan hanya terhad kepada makanan, harta benda dan wang ringgit, tetapi ia juga dapat dilihat dari segi pemberian tenaga , pemikiran yang positif , kekuatan dalam menghadapi sesuatu kesusahan.Sebagai contoh di atas, manusia yang sederhana menggantungkan sepenuh hidupnya kepada Allah dengan sentiasa berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup, tidak berputus asa dan redha dengan kurniaan Ilahi kepadanya.Dia bukan sahaja mendapat rezeki berbentuk tenaga untuk dia sentiasa berusaha bahkan dia juga mendapat rezeki lain dalam bentuk kebahagiaan.Dalam kata lain manusia yang banyak harta tetapi tidak pernah merasa bahagia mungkin kerana mereka ini tidak pernah puas dengan rezeki pemberian Ilahi kepada mereka.Sesetengahnya sanggup menghabiskan sepenuh masa di tempat kerja sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga terutamanya anak-anak.Mereka tidak sedar rezeki yang Allah berikan kepada mereka itulah sepatutnya dihargai.Allah telah mengurniakan kepada mereka kekuatan untuk bekerja dan anak-anak, namun mengapa seringkali berlaku pertingkahan sesama mereka.Hal ini kerana mereka lebih mencari sumber yang berterusan agar duit bertambah dan bukan mencari redha Ilahi agar redha dari Ilahi yang berterusan itulah yang akan menjadikan keluarga mereka keluarga sakinah.

Segala-galanya akan bahagia sekiranya redha Allah yang kita cari dalam melakukan sesuatu perkara.



Wednesday, July 14, 2010

AIDS dan HIV


Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit info berkenaan HIV AIDS berdasarkan seminar yang saya sertai di Nilai University College.

AIDS adalah peringkat akhir jangkitan HIV bilamana ketahanan badan telah lumpuh dan seseorang itu diserang penyakit-penyakit serta barah.Antara tanda-tanda lain yang boleh dikenal pasti seperti seseorang itu akan hilang berat badan melebihi 10%,cirit-birit berpanjangan,jangkitan paru-paru,jangkitan fungus seperti Candida dan Histoplasma, jangkitan Toxosplasma otak , jangkitan Herps Simplex dan kayap.

3 cara utama HIV menjangkiti manusia;
  1. Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti HIV.
  2. Perpindahan darah yang dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan dadah atau melalui transfusi darah yang dicemari virus ini.
  3. Dari ibu yang dijangkiti HIV kepada kandungannya sebelum dan semasa bersalin serta melalui penyusuan badan.
*HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah oleh suhu yang tinggi lagi kering.
*Risiko jangkitan akan timbul sekiranya air mani/ cecair faraj pasangan yang dijangkiti masuk dalam mulut dan terdapat luka/rekahan/ulser di dalam rongga mulut.
*Hingga kini tiada ubat/vaccine untuk menyembuhkan penyakit ini.Jadi, pencegahan adalah kaedah terbaik untuk mengawal penularan virus ini.Jauhi dadah dan zina adalah tuntutan terbaik.
*Anda tidak akan dijangkiti dengan menderma darah kerana peralatan pakai buang yang digunakan adalah sucihama.Jangan menderma darah sekiranya anda atau pasangan anda disyaki atau menghidap HIV.
*HIV tidak akan berjangkit melalui aktiviti harian dan kemudahan sosial seperti bersalaman,makan bersama bersukan,memegang tombol pintu, mengguna kemudahan awam seperti tandas atau telefon , memegang binatang peliharaan dan sebagainya.

Diharap berguna yea!!!

Saturday, July 10, 2010

ku bawa hati yang lara

Perjalananmu jauh, tetapi itulah yang dituntut olehmu demi mengejar sinar di hujung destinasi.

Tinggal beberapa jam sahaja kuliah akan bermula.Alhamdulillah aku lulus dan dapat naik ke sem 3.Tahun ni kena usaha lagi kerana next year aku akan dihantar pergi praktikal di hospital.Hospital kat daerah manalah ye yang aku dapat.Harapanku tempat praktikalku dekat dengan Johor.Yelah senang nanti kan rumah aku di Johor.Nanti boleh jenguk ummi, abi dan adik-adik.

Kebelakangan ini aku sedih sangat.Entahla aku pun tak tahu mengapa.Aku rasa aku telah kehilangan serumpun kasih sayang dari sahabatku.Aku cuba bertanya khabar melalui sepotong mesejku kepada sahabatku, namun berkali ku cuba untuk mengetahuinya aku akan diselebungi kesalahan diriku sendiri.Apakah salahku wahai sahabat hinggakan aku dihukum sedemikian rupa.Andai aku bersalah bagitahulah diri ini agar aku sedar.

Seketika lagu 'Bicara Hatiku' oleh kumpulan Devotees yang kedengaran di corong radio memaksa aku menitiskan air mata kerinduan kepada sahabatku.Ketahuilah sahabat aku amat-amat rindu kepadamu.Berbicaralah kepadaku walau sesaat agar aku tenang di sini.

Ku biarkan air mata mengalir ke pipi
agar dapat ku hindari segala kekeliruan di hati
namun dalam keadaan begini
kelaraan yang menimpa jiwa sepi ini
hanya kepada Ilahi tempat mengadu segala keluhan hati

Sahabatku,
walau dirimu jauh dari ku
tetapi ku berdoa agar dikau sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya
walau dirimu menghilang dari diriku
Ingatlah wahai sahabat
sejujurnya aku sentiasa mengingati dirimu
dan ku harap suatu hari nanti
hubungan ini akan mekar kembali

Seketika lagu 'Damba Kasih' oleh In-Team menyentuh naluri sanubari ini.Benar.Memang benar dusta dunia ini hanya kepura-puraan.Kasih sayangMu Tuhan itu yang benar-benar ku harapkan.Aku cuma merenungi dunia ini.Rupa-rupanya aku masih lagi jauh dariMu.Ya Rabb...bimbinglah aku ke jalanMu agar aku dapat merasai kemanisan iman pemberianMu Tuhan kepada hambaMu yang hina ini.Aku pernah menyintai makhluk ciptaanMu dan darinya aku temui kesakitan yang teramat bila aku meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang sebenarnya.Aku akuinya.Cinta ku hanyalah untukMu Ya Tuhan dan ku harap ianya akan sentiasa mekar memenuhi ruang lingkup roh dan jasadku buat selama-lamanya.Aku yakin rahmatMu melangit luas.Berilah aku kekuatan menghadapi dugaan hidup ini Ya Allah.

Tiang Agama


Bersempena dengan kehadiran 27 Rejab 1431H, mari kita renungi kembali peristiwa Isra' Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW di Masjidil Haram(Mekah) ke Baitul Maqdis(Palestin).Allah Subhanahuwataala menjemput hambaNya yang baru kehilangan datuknya dan isteri yang begitu dicintai(Siti Khadijah) untuk mengambil amanah yang begitu istimewa iaitu solat fardhu.Perintah penunaian solat  fardhu ini adalah salah satu perintah yang perlu diambil sendiri oleh Nabi Muhammad SAW sendiri tanpa melalui sebarang perantaraan malaikat Jibril seperti perintah menunaikan puasa dan zakat.

Mengapa solat itu di katakan 'Tiang Agama'??Tidak pula dikatakan bumbung ke? Tingkap ke?Mengapa?
Ustaz Ahmad Husni(Ahli Lembaga Zakat) mengatakan dalam elemen sesebuah rumah jelas menunjukkan tiang adalah salah satu elemen yang penting untuk memperkukuh kedudukan dan kestabilan sesuatu binaan.
Tanpa tiang mustahil untuk bumbung dan jendela tadi untuk berada dalam kondisi stabil.
Lihat sahaja pada tindakan Abrahah yang pernah merancang untuk merobohkan Kaabah dengan menggunakan bantuan gajah yang diikat bersama tali pada setiap tiang Kaabah untuk memusnahkan Kaabah itu.Sebab itu dikatakan melalui riwayat Abu Hurairah di mana "Sesiapa yang menunaikan solat maka dia mengukuhkan/menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkan solat maka dia meruntuhkan agamanya". 

Dengan melakukan solat akan mencegah diri dari melakukan perkara keji dan mungkar.Yup memang benar.Jadi adakah solat kita sudah cukup sempurna jika selesai solat kita masih melakukan perbuatan keji ini.Saya juga mengingatkan diri ini, marilah kita bersama-sama muhasabah diri dengan melihat kekurangan diri dan cuba memperbaiki cara solat kita.Dengan cara ini sahaja dapat membawa kita untuk menyedari hakikat kejadian kita di dunia ini dengan sentiasa bersyukur dan rendah diri di hadapan Ilahi.Ingatlah sahabatku, solat adalah merupakan aspek kejayaan seseorang di dalam hidupnya tidak kiralah kejayaan duniawi dan ukhrawi.

Di sini izinkan saya berkongsi cara-cara untuk mendapatkan solat yang terbaik dan sempurna:
1.Solat pada awal waktu.Jadikanlah azan sesuatu yang sentiasa kita nantikan ia berkumandang setiap hari/waktu.
2.Melakukan solat dengan sempurna.Maksud di sini bermula perjalanan kita untuk menunaikan solat iaitu dari segi tatacara mengambil wudhuk hinggalah hati kita seperti merasa rendah diri di hadapan Ilahi.
3.Khusyuk dalam solat.Maksud di sini kita mestilah menggambarkan yang kita benar-benar berhadapan denganNya dan begitu mengharapkan rahmat dariNya.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat mengingatkan kita semua bahawa perlunya kita menyerahkan segala jasad dan roh kita ketika beribadah kepadaNya agar segala perlakuan solat ini diterima oleh Allah.InsyaAllah.

Thursday, July 8, 2010

The Best Of The Best

Challenge - Promise Yourself: To think only of the best, to work only for the best, and to expect only the best.

When you are facing hard times either financially, emotionally, or spiritually it isn't easy to think only the best for yourself or any one else - but sometimes just smiling will help lighten the burden you feel. And create untold good for you and those you care about.

You can work for the best outcome, you can work to do your best - that doesn't mean perfect that just means the best for where you are and what you CAN do right now. (like parents raising children...you only do what you can do with what you have, know and are.)

If you expect the best - to paraphrase Henry Ford - you can think you can or you can think you can't --either way your are proven right. So if you expect the best, throw your dreams toward the moon, even if you fail you'll wind up among the stars - if you aim, expect - the best you'll have a better chance of getting something more then not shooting for the moon at all.



Wednesday, July 7, 2010

mengapa ek???


Setiap penciptaan Allah terselit hikmah disebalik penciptaanNya.Namun, bagi kita yang merupakan hamba ciptaanNya, terfikirkah kita mengapa Tuhan menciptakan kita.Salah satu jawapannya adalah untuk menjadi khalifah di bumi ini , memandu insan ke jalan yang benar iaitu ajaran Islam dan meneruskan perjuangan junjungan Nabi Muhammad dalam menyebarkan Islam ke seluruh dunia.

Antara mendengar dan berkata-kata, yang manakah menjadi keutamaan?
Saya sendiri pun sentiasa berfikir...dan saya sedar saya bukan orang yang banyak cakap.Lebih banyak diam dari berkata-kata.Ini pun menurut pandangan ramai sahabat saya.Tapi itulah diri saya.Saya lebih suka mendengar dan melihat perlakuan orang lain/sekeliling saya.Dari situ selalunya akan membuatkan saya berfikir apa seterusnya yang akan berlaku?Adakah ini.....?Adakah itu....?
Terukkah saya.Saya rasa tidak kerana hanya saya yang mengetahui siapa diri saya.Dan saya tahu kekuatan diri saya.Dari situ sedikit-sebanyak dapat menyedarkan diri saya rupanya saya perlu memperbaiki kelemahan diri.

Bagi saya, dalam hidup ini kita perlulah banyak mendengar dari banyak berkata.Mendengar yang saya maksudkan di sini seperti mendengar nasihat, majlis ilmu, Al-quran, dan apa-apa yang boleh mendatangkan manfaat.Tidak salah sebenarnya untuk berkata-kata...tapi perlulah berpada dan ikut keperluan.Kebanyakan mereka berkata-kata tentang perkara yang sia-sia hingga pada satu-satu saat boleh mencetuskan pergaduhan sesama sendiri.Cuba lihat kembali, sebab itulah Tuhan menciptakan kita 2 telinga dan 1 mulut.Bila kita mendengar tanpa berbicara, secara tidak langsung merangsang otak berfikir dan membuat refleksi akal.Bila kita berbicara tanpa mendengar fakta sebenar menyebabkan kita membuat kesimpulan yang mungkin memutarbelitkan fakta yang ada sebelumnya.Oleh itu, pergunakanlah nikmat pendengaran dan percakapan ini dengan sebaiknya.

Tuesday, July 6, 2010

citra hidup

Duhai hati,
Mengapa perlu dikenang barang yang tiada,
Mengapa perlu dipegang jasad yang pergi,
Mengapa tegar membiarkan air mata merembes,
Mengapa tidak membiarkan masa mengubati,
Mengapa tidak dilupakan barang yang tiada,
Mengapa tidak dilepaskan jasad yang pergi,
Mengapa sukar mencari pengganti,
Mengapa payah mengubati kembali,

Moga kepayahan harini menjadi penawar hari esok,
Moga kesedihan harini berganti kegembiraan,
Moga kesayuan harini bertukar senyuman,
Moga keperitan harini berbuah kemanisan,
Moga kesakitan harini menjadi kekuatan,
Pada sekeping hati yang sedang berjuang,
Mencari kemanisan IMAN...

khas buat muslimah



MUSLIMAH YANG DIKASIHI......

Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.

Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........

Monday, July 5, 2010

syukurlah:)



syukur
syukur..
syukurku kepada Ilahi
masih melihat diri ini...
aku akan terus berusaha
mencapai target ku
Bantulah aku Ya Allah;)
Aku bersyukur di atas pemberianMu kepada diri ini yang hina dina

Terpegunku seketika melihat pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah(Nur Diyanah) yang baru berumur 16 tahun berdebate dengan seorang pelajar Singapore American School.Subhanallah...memang hebat.Moga aku juga akan menjadi sepertinya suatu hari nanti.InsyaAllah;)

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails