Friday, May 21, 2010

Harga Sekuntum Cinta



Short story created by ummu
Kisah bertajuk : Harga Sekuntum Cinta
Watak:

  • aimanurrahman : mahasiswa jurusan ekonomi di universiti di York University,United Kingdom,23 tahun

  • aisyah : mahasiswi jurusan syariah di UIA Gombak,23 tahun

  • Pn.Humaira: ibu Aisyah

  • Sakinah dan Rhaudah: Sahabat baik Aisyah
          Rintik-rintik hujan yang kedengaran di luar jendela rumah Aisyah sejak pagi tadi membuatkan dia terlena dari menungannya seketika.Dia tahu sudah 3 hari perutnya tidak diisi dengan nasi ataupun karbohidrat yang boleh memberi tenaga dan kekuatan pada tubuhnya.Sedaya upaya dia cuba untuk melawan perasaan kecewa itu, namun tiap kali dia ingin melupakan dan menerima ketentuan dari Ilahi ini , tiap kali itu jugalah perasaan dendam berputik kembali.Ibu Aisyah, Pn. Humaira yang juga merupakan salah seorang pensyarah di sebuah universiti juga terpaksa mengambil cuti selama 2 hari semata-mata ingin menjaga kesihatan puterinya kerana risau akan perubahan yang ditunjukkan oleh Aisyah.Sikap Aisyah benar-benar pelik selepas menerima surat jemputan walimatul urus yang dikirimkan oleh rakannya, Aimanurrahman.Aiman...nama yang tidak pernah dilupai oleh ibu Aisyah kerana insan inilah yang banyak membantu Aisyah mengenal dirinya yang sebenar dan merubah keadaan diri Aisyah yang dulunya begitu sosial dan lalai dengan kemewahan dunia kepada seorang anak yang menyedari tujuan dirinya dijadikan oleh Tuhan dan lebih mengenal Iahi.Ibu begitu bersyukur dengan hadirnya diri Aisyah yang sebenarnya.Aisyah yang dulunya 'free hair',kelihatan sedikit liar, suka balik lewat malam dan melepak dengan kawan-kawan yang tidak berapa disukai oleh ibunya membuatkan hubungan Aisyah dan ibunya sedikit tegang.
       
          Namun segala-galanya berubah apabila hadirnya insan yang bernama Aimanurrahman ini.Cara Aiman mendekati Aisyah sewaktu awal pertemuan mereka pada umur 17 tahun di tempat kerja KFC benar-benar menyentuh hati Aisyah waktu itu.Aiman adalah merupakan salah seorang bekas pelajar SM Sains Muar (Johor)dan Aisyah pula adalah merupakan bekas pelajar di Kolej Tunku Kursiah,Seremban(Negeri Sembilan).Mereka berdua bekerja sambilan di salah sebuah KFC di Johor sementara menunggu panggilan universiti untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini.

          Putiknya rasa cinta pada Aiman dalam diri Aisyah muncul apabila Aiman sering menawarkan dirinya untuk mengambil alih tugas Aisyah menjaga kaunter tiap kali masuknya waktu solat dengan alasan mahu Aisyah solat awal kerana Aiman mengagak akan adanya ramai pelanggan selepas ini.Sejujurnya, ketika itu Aisyah tidak pun berminat untuk menunaikan solat kerana dia sedar kerap kali juga dia meninggalkan suruhan Ilahi sebelum ini.Akhirnya hati yang keras menjadi cair jua.Tanpa disedari,hidayah Allah telah membuka hati Aisyah untuk menutup aurat dan menunaikan solat secara sedikit demi sedikit.
  
          Pertemuan antara mereka terhenti selepas sebulan apabila Aiman mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke York University, United Kingdom.Maka tinggallah Aisyah sendirian di KFC di Malaysia,hehe.Sebelum Aiman berhenti bekerja, sempat dia memberikan Aisyah hadiah.Aisyah pada awalnya terkejut dan begitu terkejut apabila mendapati hadiah itu adalah berupa senaskhah Al-Quran.Sejak itu, Aisyah  bersungguh-sungguh bekerja untuk mendapat kepuasan dirinya, dan yang paling penting dapat menggunakan nikmat kesihatan kurniaan Tuhan dengan sebaiknya.Aisyah sekarang sudah mengenakan tudung di tempat kerjanya dan perubahan diri Aisyah diterima baik oleh rakan sekerjanya.Peringatan kata-kata dari pemuda bernama Aiman sentiasa terngiang-ngiang ditelinganya.

Kata Aiman,
"Pabila selesai menunaikan solat bertebaranlah kamu mencari kurniaan Allah dan ingatlah Allah selalu agar kamu tergolong dalam golongan yang beruntung".

Itulah Aiman.Dia hanya insan biasa yang tidak pernah lupa asal usul dirinya.Sikap Aiman itulah juga yang telah memaut hati Aisyah waktu itu.
*****************************************************
Dalam diam-diam Aisyah memberanikan diri untuk memberitahu rasa hatinya kepada Aiman(ketika itu Aiman sudah tidak bekerja di KFC).Aisyah meluahkan rasa hatinya itu melalui sepotong mesej dan balasan mesej yang diterima kembali oleh Aisyah dari Aiman:

 "Bila hati menghadap Tuhan, perlulah berfikir tentang kelemahan dan kekurangan, betapa kerdilnya kita berbanding yang Maha Esa, barulah sedar betapa agungnya Tuhan.Penawar bagi solat yang tidak khusyuk ialah solat yang lebih banyak kepadaNya.Penawar bagi hati yang semakin jauh dari Tuhannya ialah penyerahan hati sepenuhnya kepadaNya kerana soal hati hanyalah di bawah pengetahuanNya.Kembalikanlah dirimu kepadaNya dan ketahuilah dia akan mengembalikan diriNya dalam dirimu".

       Menitis air mata Aisyah membaca imbasan mesej pemberian Aiman kepadanya.Aisyah tahu apa yang dia lakukan ini salah dan sejak itu dia mula menjauhkan diri dari Aiman.Banyak cara yang dia buat untuk melupakan Aiman dan cara yang paling terbaik ialah dengan membuang nombor Aiman dari senarai panggilan dalam handphonenya.Baru Aisyah tahu betapa peritnya hati merindui seseorang yang mengubah hidupnya.

         Aisyah cuba mengawal perasaan rindunya pada Aiman dengan melakukan banyak solat setiap malam.Setiap malam diisi dengan ibadah dan doa,tidak dilupaka juga pengaduan tentang rasa cintanya kepada Aiman.Dalam doanya Aisyah berkata:

"Ya Allah aku tahu engkau mengetahui perasaan ku ketika ini terhadap hambamu, Aiman, Ya Allah.Ya Allah di kala ini aku benar-benar berharap Ya Allah, jika dia sememangnya diciptakan untukku maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku dan jika dia bukan untukku maka bawalah hatiku redha dengan ketentuanMu Ya Allah...aku tidak tahu mengapa tika ini timbu rasa rindu kepadanya Ya Allah...bantulah aku Ya Allah aku terlalu lemah untuk menghadapi dugaanMu Ya Allah".
**************************************************************
          Aisyah tahu sekarang Aiman berada di United Kingdom melalui maklumat yang didapati melalui beberapa teman seperjuangan Aisyah yang juga merupakan pelajar di York Universiti itu dan menuntut dalam course yang sama dengan Aiman.Perasaan cinta Aisyah terhadap Aiman tidak pernah pudar hinggalah kini apabila Aisyah menuntut di UIA, Gombak ,bergelar seorang mahasiswi dalam jurusan syariah di sana.

          Seketika Aisyah menerima panggilan salah seorang sahabatnya di UK, Rhaudah, yang membritahu bahawa Aiman akan bernikah tidak lama lagi dan mungkin walimatul urus itu akan diadakan di Malaysia.Tidak semena-mena, genggaman telefon terlepas dari tangannya.Bergetar hati dan dada Aisyah mendengar berita berkenaan pernikahan Aiman.Lebih menyedihkan Aisyah apabila dia mengetahui insan yang akan bernikah dengan Aiman itu adalah sahabat baiknya sendiri, Sakinah.Aisyah akui dia banyak kekurangan jika mahu dibandingkan dengan sahabat baiknya itu, Sakinah sejak di kolej Tunku Kursiah lagi.Aiman tidak pernah tahu bahawa Sakinah benar-benar mengenali Aisyah.Pada Sakinah Aisyah adalah seorang yang berpendirian tegas dan akan benar-benar komited dalam melaksanakan tugas sebagai ketua semasa di kolej dahulu.Sakinah juga tidak pernah mengetahui bahawa Aisyah telah lama menyimpan perasaan terhadap Aiman seawal pertemuan mereka di KFC.
***********************************************************
-18 May 2010-Selasa

Hari ini start cuti sem pengajian syariah dan Aisyah mengambil peluang untuk menyambut hari lahirnya bersama ibu tersayang,Pn. Humaira.Hari ini juga genaplah usia Aisyah 23 tahun, dan genaplah juga 6 tahun dia menahan dan menyimpan rasa cintanya terhadap Aiman.Namun rasa hati terhadap Aiman harus dia padam sebersih-bersihnya dari hidupnya kerana dia tahu Aiman bukan miliknya, tetapi adalah milik sahabat baiknya tidak lama lagi.Semalam dalam perjalanan Aisyah ke rumahnya, dia menerima panggilan dari Sakinah yang mengatakan ingin bertemu dengan Aisyah di Malaysia pada hujung minggu ini kerana katanya ada sesuatu berita gembira yang ingin disampaikan kepada Aisyah.

      Aisyah mengiakan kata sahabatnya itu dan bersetuju untuk berjumpa.Pada hakikatnya hati Aisyah benar-benar berat mengatakan persetujuan itu kerana ibunya telah memberitahu surat jemputan walimatul urus Aiman telah sampai ke rumah pada 2 hari lepas.

Oh...Rupanya terdetik hati Aisyah:
"Hah!!Aiman masih ingat alamat rumahku sedangkan kami sudah 6 tahun terputus hubungan".

              Aisyah sudah benar-benar berserah kepada Ilahi ketika ini dan dia redha atas segala yang berlaku ini.Dia tidak minta untuk jadi begini...tetapi pada fikiran insan yang telah dilembutkan hatinya, Aisyah hanya mampu berserah sahaja kerana dia yakin setiap yang berlaku ini mesti ada hikmah disebaliknya.Aisyah dapat menjangka pertemuan dengan Sakinah yang bakal berlaku hujung minggu ini adalah dengan penyerahan surat jemputan walimatul urus kedua dari Sakinah selepas yang pertama dari Aiman.Ketika ini hanya Allah sahaja tempat Aisyah mengadu.

           Tiba-tiba dalam sujud terakhirnya dia teringat akan pemberian Al-Quran dari Aiman.Al-Quran itulah yang menjadi pengubat kerinduan terhadap Aiman sepanjang pengajiannya di universiti.Seusai solat dia bertafakur seketika dan dia tersenyum sendirian.

Hatinya berkata,
"Sakinah aku tumpang gembira dengan pernikahan ini.Untung Aiman dapat kau dan untung kau dapat Aiman..dan Aiman memang layak memperisterikan kau bukan aku...kau dari kecil memang terdidik untuk melakukan kebaikan, sentiasa sopan dan lembut tutur kata...tak macam aku, aku dulu hanyalah insan yang hina tetapi aku bersyukur sangat-sangat kepada Ilahi kerana menyayangi aku.Ini semua berlaku selepas ku temui Aiman.Ermm...aku takut akan menyimpan dendam ku padamu selepas ini wahai teman...Ya Allah bantulah hambaMu ini Ya Allah."

         Mengalir deras airmata Aisyah.Segera dia mencapai Al-Quran dan terlihat akan ayat yang bermaksud adakah seseorang itu mengaku beriman jika dia belum diuji.Aisyah nekad untuk menyerahkan naskhah Al-Quran yang amat disayanginya itu kepada Sakinah sebagai tanda tahniah kepada sahabat baiknya itu sekaligus ingin melupakan Aiman dalam hidupnya.Dia tidak mahu selepas ini menyimpan dendam terhadap Sakinah mahupun Aiman.Dia berharap agar Allah memberinya kekuatan.......
Ya Allah izinkan aku untuk terus mencintaiMu Ya Allah.
**********************************************************

       Rintik-rintik hujan masih kedengaran dan Aisyah menguatkan langkah kakinya keluar dari kamar mencari ibu tersayang.Dia tahu keadaannya yang terperap lama di kamar membuatkan ibunya risau.Dalam keadaan lemah Aisyah menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku dan ibunya bersyukur kerana Aisyah menerima seadanya walaupun dia tahu hati anaknya begitu tersiksa sekarang.Belaian lembut ibu sedikit-sebanyak memberi Aisyah kekuatan dan keyakinan untuk menempuh hari mendatang.

Lalu ibu berkata:
"Mungkin ada lagi pemuda yang lebih baik kurniaan Ilahi untukmu wahai puteriku...yakinlah padaNya ya...ibu yakin puteri ibu kuat".

Aisyah menyambut kata ibunya dengan senyuman dan lusa langkahnya menemui Sakinah diharapkan akan dapat  melenyapkan nama Aiman itu dalam diari cintanya."Ya Allah terima kasih Ya Allah kerana memberi aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini....",kata Aisyah dalam hatinya.=)

TAMAT

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails