Monday, May 31, 2010

moga kita sentiasa bersemangat seperti mereka

Hari ini, berita memberitahu dunia bahawa Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan bawah kelolaan projek Lifeline4Gaza telah diserang oleh askar zionis pada jam 10.30pagi Malaysia, 31hb Mei 2010. Memburukkan keadaan, sekurang-kurangnya 10 aktivis telah terbunuh manakala 30 orang pula tercedera.
Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar
Aku begitu kagum dengan keberanian kalian yang berani untuk menyertai Lifeline4Gaza.Moga aku juga mampu untuk menyambung perjuangan ini demi Allah...demi saudara seislamku.InsyaAllah...moga Allah beri aku kekuatan.Di saat ini doa dari umat Islam begitu diharapkan untuk kesejahteraan perjalanan pulang mereka kembali ke ibu negara.
Alhamdulillah....dimaklumkan juga bahawa rakyat Malaysia yang menyertai konvoi ke Gaza selamat.Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama 'Rachel Corrie', satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu.



 Dimaklumkan juga, seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui. Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya. Harapanku dan juga harapan semua umat Islam moga-moga kalian sentiasa berada dalam lindungan dariNya.InsyaAllah.

“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nisa’ ayat 95-96.

Semoga kita sentiasa terdidik dan bersemangat seperti mereka, berjuang di jalan Allah.

Sunday, May 30, 2010

terima kasih Ya Allah


Akhirnya ummi dengan abi bersedia mendengar luahan hatiku untuk membeli kereta.Kereta yang aku nak beli tu tak lah besar sangat tetapi sekadar viva je, memudahkan aku untuk ke mana-mana bila di kolej.Yang paling penting senang kalau nak pergi mana-mana program.Aku dah cuba hitung bajet bila naik cab.Aduh...!sungguh membebankanla.Jadi solution kepada masalah ni aku berbincang dengan ummi dan abi.Mulanya diaorang tak bagi.Alhamdulillah mereka faham juga akhirnya.Cuma ummi dan abi ingatkan :
"Kak Ngah bila dah ada kereta ni kena pandai jimat.Ingat banyak duit nak kena guna.Gunakan kereta untuk keperluan je.Jangan nak enjoy sana-sini.Jangan nak lupa dan bangga diri.Ummi dengan abi setuju akak beli kereta sebab nak memudahkan akak dengan harapan semua urusan akak berjalan lancar.Mohon pada Allah agar segala perkara dipermudahkan sepanjang kereta ini ada pada akak."

Terima kasih Ya Allah....ummi...abi InsyaAllah akak takkan lupa pesanan ummi dan abi.Sesungguhnya akak bersyukur sangat bila ummi dgn abi faham situasi akak.Terima kasih ummi dan abi.=)

Lepas ni TANGGUNGJAWAB semakin besar.Moga amanah yang diberikan kepadaku akan dapat ku pikul dengan sebaiknya dengan bantuan Ilahi....InsyaAllah.

say....thank you Allah


Thank you Allah by Raihan

The sky is clear
the air is clean
the land is green
thank you Allah(2x)

When path we walk
the lines we walk
the things we seen
thank you Allah(2x)

Say.....
Thank you Allah(2x)
Say........
Thank you Allah(2x)

When i sleep
when i eat
when i breath
Thank you Allah(2x)

The path we walk
The faith we got
The life we lived
Dont forget to say
Thank you Allah(2x)
Say.....
Thank you Allah(2x)
Say.....
Thank you Allah(2x)

In the night or in the day
every morning after prayer
I ll never forget to say thank you
there is a time i am alone
felling sorrow not to strong
i pray to you and say thank you
Thank you Allah(2x)
Say.....
Thank you Allah(2x)

So friends everytime remember Allah
Allah is the most Merciful
Say....
Thank You Allah...(2x)

Apabila aku  melihat kecantikan makhluk ciptaan Tuhan
Subhanallah amat cantik...
Aku pernah cuba membuat perbandingan dengan melihat corak warna-warni pada pakaian buatan manusia...namun tiada keindahan di akhirnya.
Tetapi apabila aku mendongak ke langit biru ciptaan Tuhan, aku temui keindahan dan ketenangan di akhirnya...benar ketenangan yang mampu menyedarkan aku untuk sentiasa mensyukuri nikmat kurnianNya....MasyaAllah....



Saturday, May 29, 2010

aduhhh!!!


Janjiku by Dehearty

Semalam ku berjanji pada diriku ini dan juga kepada diriMu
Aku telah berjanji x akan mengulangi
kesilapanku lakukan kelmarin
tapi hari ini Kau saksikan diriku telah lakukan
dosa yang ku janji x akan ku ulangi
rasa telah hilang percaya pada diri
dan rasa amat malu untuk menghadapMu
kerna aku seringkali mungkir janji pada diri sendiri
Oh Tuhan ku harap ampunan dariMu

Oh Ya Allah telahku rasa seluruh nikmatMu
umpama hadiah yang menggunung tinggi
kerna kesilapanku sendiri yang tak mampu
Untuk iltizam pada taubatku
Oh Tuhan..

Oh Tuhan ku harapkan
Kau ampunkan dosaku
hulurkanlah padaku margfirahMu
ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah
Oh Tuhan Kau terimalah taubatku....


Ya Allah aku tak mahu membenci dia Ya Allah....berilah aku kekuatan untuk memaafkan dia Ya Allah...pandulah aku menuju jalanMu...aku tidak mahu perasaan dendam itu hadir kembali Ya Allah.Biarlah apa yang telah terjadi menjadi pedoman dan tauladan buat diriku untuk tidak mengulanginya buat kali kedua...

mati itu pasti tiba

Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Jika datangnya kita tidak diminta, maka perginya tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini?

Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:



“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”


Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.


Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita. Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.


Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi. Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.


Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”


Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza. Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti.


Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu. Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Ingatlah, kata-kata ini:


“In life, what sometimes appears to be the end is really a new begining.”


Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!
Amin.

Thursday, May 27, 2010

untuk bahagia atau celaka?




Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Kebersihan itu sebahagian daripada iman.Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi.Sembahyang itu pelita.Sedekah itu bakti.Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu.Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya".(Riwayat Muslim)

Kemakmuran dan kesejahteraan fizikal memang boleh didapati dengan pelbagai cara, termasuk dengan membelakangi nilai-nilai agama.Namun kemakmuran dan kesejahteraan yang menyalahi nilai-nilai agama tidak bertahan lama kerana ia kosong daripada berkat.Malah apa-apa sahaja yang ketandusan berkat tidak akan dapat menghasilkan kebahagiaan sejati.

Disebabkan itu, Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berpegang pada jalan yang betul dan berbuat sesuatu yang benar-benar bertepatan syarak, sama ada ia merupakan  perkara wajib ataupun sunat.

Ini kerana manusia sememangnya sepanjang hidupnya bekerja sama ada untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.Semuanya bergantung pada keberkatan dan keredhaan Allah dalam setiap apa yang dilakukannya.Jika itu perkara yang baik, insyaAllah selamatlah dia dunia dan akhirat.Tetapi jika sebaliknya lambat-laun dia akan mendapat pembalasan dan kecelakaan, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.
-peringatan buat diriku juga-

i have a dream...


Oh tetiba teringin nak tukar mood, mood untuk lebih bersedia pada kerjaya masa hadapan.Jadi lagu westlife ni la yang tetiba menjadi pilihan.Aku tahu ia memang memerlukan masa yang lama untuk mencapai impian itu , tapi ku harapkan aku akan terus gagah menghadapinya...terus...terus berusaha untuk mendapatkan dan merealisasikannya.InsyaAllah...aku yakin.Madam Adibah ada membisikkan mutiara di telingaku sewaktu aku bergelar pelajarnya, yang di mana "yakinlah ummu, tidak ada yang mustahil di dunia ini".

Walaupun final dah lepas, sejujurnya aku berserah je padaNya selepas berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.CHEMICAL PATHOLOGY!!!Oh Tuhan...moga aku dapat score Ya Allah...Tanggungjawab pun semakin bertambah dan pemikiran pun perlu diubah supaya dapat berfikir lebih ke hadapan.Segala teguran yang kalian berikan kepadaku , aku begitu menghargainya kerana ku tahu aku hanya insan yang bertitlekan 'hamba' di hadapanNya dan punyai banyak kelemahan.Terima kasih kerana sudi menegurku.


Berlapang dada?
Ya! kita sebenarnya susah mahu berlapang dada dengan orang lain jika asyik memikirkan kesalahan yang mereka lakukan.Dan bagiku, aku dapat merasakan nikmatnya jika berlapang dada.Maksud di sini , walaupun orang sekeliling kita kekadang membuatkan kita jadi marah atau terasa hati...kita sendiri sepatutnya perlu berlapang dada dengan perlakuan mereka untuk menghidarkan rasa hasad dengki pada mereka.Hanya dengan berfikir aku ni pun bukan nya insan yang sempurna, maka itu sudah mampu mendidik diri kita untuk matang menghadapi situasi ini.Nasihat tetap diberikan selagi mampu dan selagi kita sayang kepada insan yang bernama 'sahabat'.




Friday, May 21, 2010

when that faeces splash on my face...OMG

-19 May 2010-wednesday-
Masa ni aku ada practical exam parasitology kat lab....dan nak dijadikan cerita tetiba aku telah accident.Bahaya kerana ianya melibatkan biohazard.Hehehehe.Aku ceritakan semula kisah ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi nak berkongsi pengalaman aku yang berhadapan dengan situasi berbahaya waktu tu.
Masa tu soalan keluar tentang formalin-ether sedimentation technique...sememangnya memerlukan ujian ke atas faeces yang diberikan.Kami ditugaskan untuk mencari parasite yang ada dalam faeces tu.Selesai sahaja mencentrifugekan dilution yang pertama, faeces tu kena dilute into formalin and ether solution.Selepas dah mix solution tu...faeces tu memang kena mix again by using stopper.

Masa ni la seorang memberku, faeces yang diconcangkannya tersplash pada mukaku.Mungkin kejadian tu berlaku disebabkan tekanan methane gas that already produce by these faeces.Aduh apa lagi mukaku jadi merah padam.Terasa percikan faeces tu bukan hanya pada lab coatku tetapi juga pada mukaku.Tetiba aku rasa macam nak sterilizedkan diri aku time tu juga..tapi tak boleh kerana time tu exam.Redha jela...Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menemukan parasite of Entamoeba coli cyst when observe under microscope.Thanks God.

this is the real picture parasite of Entamoeba coli that i seen under microscope(stain with iodine solution)

Moral of this story is we must handle experiments in lab with care because like this action, it can cause infection to other.


Harga Sekuntum Cinta



Short story created by ummu
Kisah bertajuk : Harga Sekuntum Cinta
Watak:

  • aimanurrahman : mahasiswa jurusan ekonomi di universiti di York University,United Kingdom,23 tahun

  • aisyah : mahasiswi jurusan syariah di UIA Gombak,23 tahun

  • Pn.Humaira: ibu Aisyah

  • Sakinah dan Rhaudah: Sahabat baik Aisyah
          Rintik-rintik hujan yang kedengaran di luar jendela rumah Aisyah sejak pagi tadi membuatkan dia terlena dari menungannya seketika.Dia tahu sudah 3 hari perutnya tidak diisi dengan nasi ataupun karbohidrat yang boleh memberi tenaga dan kekuatan pada tubuhnya.Sedaya upaya dia cuba untuk melawan perasaan kecewa itu, namun tiap kali dia ingin melupakan dan menerima ketentuan dari Ilahi ini , tiap kali itu jugalah perasaan dendam berputik kembali.Ibu Aisyah, Pn. Humaira yang juga merupakan salah seorang pensyarah di sebuah universiti juga terpaksa mengambil cuti selama 2 hari semata-mata ingin menjaga kesihatan puterinya kerana risau akan perubahan yang ditunjukkan oleh Aisyah.Sikap Aisyah benar-benar pelik selepas menerima surat jemputan walimatul urus yang dikirimkan oleh rakannya, Aimanurrahman.Aiman...nama yang tidak pernah dilupai oleh ibu Aisyah kerana insan inilah yang banyak membantu Aisyah mengenal dirinya yang sebenar dan merubah keadaan diri Aisyah yang dulunya begitu sosial dan lalai dengan kemewahan dunia kepada seorang anak yang menyedari tujuan dirinya dijadikan oleh Tuhan dan lebih mengenal Iahi.Ibu begitu bersyukur dengan hadirnya diri Aisyah yang sebenarnya.Aisyah yang dulunya 'free hair',kelihatan sedikit liar, suka balik lewat malam dan melepak dengan kawan-kawan yang tidak berapa disukai oleh ibunya membuatkan hubungan Aisyah dan ibunya sedikit tegang.
       
          Namun segala-galanya berubah apabila hadirnya insan yang bernama Aimanurrahman ini.Cara Aiman mendekati Aisyah sewaktu awal pertemuan mereka pada umur 17 tahun di tempat kerja KFC benar-benar menyentuh hati Aisyah waktu itu.Aiman adalah merupakan salah seorang bekas pelajar SM Sains Muar (Johor)dan Aisyah pula adalah merupakan bekas pelajar di Kolej Tunku Kursiah,Seremban(Negeri Sembilan).Mereka berdua bekerja sambilan di salah sebuah KFC di Johor sementara menunggu panggilan universiti untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini.

          Putiknya rasa cinta pada Aiman dalam diri Aisyah muncul apabila Aiman sering menawarkan dirinya untuk mengambil alih tugas Aisyah menjaga kaunter tiap kali masuknya waktu solat dengan alasan mahu Aisyah solat awal kerana Aiman mengagak akan adanya ramai pelanggan selepas ini.Sejujurnya, ketika itu Aisyah tidak pun berminat untuk menunaikan solat kerana dia sedar kerap kali juga dia meninggalkan suruhan Ilahi sebelum ini.Akhirnya hati yang keras menjadi cair jua.Tanpa disedari,hidayah Allah telah membuka hati Aisyah untuk menutup aurat dan menunaikan solat secara sedikit demi sedikit.
  
          Pertemuan antara mereka terhenti selepas sebulan apabila Aiman mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke York University, United Kingdom.Maka tinggallah Aisyah sendirian di KFC di Malaysia,hehe.Sebelum Aiman berhenti bekerja, sempat dia memberikan Aisyah hadiah.Aisyah pada awalnya terkejut dan begitu terkejut apabila mendapati hadiah itu adalah berupa senaskhah Al-Quran.Sejak itu, Aisyah  bersungguh-sungguh bekerja untuk mendapat kepuasan dirinya, dan yang paling penting dapat menggunakan nikmat kesihatan kurniaan Tuhan dengan sebaiknya.Aisyah sekarang sudah mengenakan tudung di tempat kerjanya dan perubahan diri Aisyah diterima baik oleh rakan sekerjanya.Peringatan kata-kata dari pemuda bernama Aiman sentiasa terngiang-ngiang ditelinganya.

Kata Aiman,
"Pabila selesai menunaikan solat bertebaranlah kamu mencari kurniaan Allah dan ingatlah Allah selalu agar kamu tergolong dalam golongan yang beruntung".

Itulah Aiman.Dia hanya insan biasa yang tidak pernah lupa asal usul dirinya.Sikap Aiman itulah juga yang telah memaut hati Aisyah waktu itu.
*****************************************************
Dalam diam-diam Aisyah memberanikan diri untuk memberitahu rasa hatinya kepada Aiman(ketika itu Aiman sudah tidak bekerja di KFC).Aisyah meluahkan rasa hatinya itu melalui sepotong mesej dan balasan mesej yang diterima kembali oleh Aisyah dari Aiman:

 "Bila hati menghadap Tuhan, perlulah berfikir tentang kelemahan dan kekurangan, betapa kerdilnya kita berbanding yang Maha Esa, barulah sedar betapa agungnya Tuhan.Penawar bagi solat yang tidak khusyuk ialah solat yang lebih banyak kepadaNya.Penawar bagi hati yang semakin jauh dari Tuhannya ialah penyerahan hati sepenuhnya kepadaNya kerana soal hati hanyalah di bawah pengetahuanNya.Kembalikanlah dirimu kepadaNya dan ketahuilah dia akan mengembalikan diriNya dalam dirimu".

       Menitis air mata Aisyah membaca imbasan mesej pemberian Aiman kepadanya.Aisyah tahu apa yang dia lakukan ini salah dan sejak itu dia mula menjauhkan diri dari Aiman.Banyak cara yang dia buat untuk melupakan Aiman dan cara yang paling terbaik ialah dengan membuang nombor Aiman dari senarai panggilan dalam handphonenya.Baru Aisyah tahu betapa peritnya hati merindui seseorang yang mengubah hidupnya.

         Aisyah cuba mengawal perasaan rindunya pada Aiman dengan melakukan banyak solat setiap malam.Setiap malam diisi dengan ibadah dan doa,tidak dilupaka juga pengaduan tentang rasa cintanya kepada Aiman.Dalam doanya Aisyah berkata:

"Ya Allah aku tahu engkau mengetahui perasaan ku ketika ini terhadap hambamu, Aiman, Ya Allah.Ya Allah di kala ini aku benar-benar berharap Ya Allah, jika dia sememangnya diciptakan untukku maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku dan jika dia bukan untukku maka bawalah hatiku redha dengan ketentuanMu Ya Allah...aku tidak tahu mengapa tika ini timbu rasa rindu kepadanya Ya Allah...bantulah aku Ya Allah aku terlalu lemah untuk menghadapi dugaanMu Ya Allah".
**************************************************************
          Aisyah tahu sekarang Aiman berada di United Kingdom melalui maklumat yang didapati melalui beberapa teman seperjuangan Aisyah yang juga merupakan pelajar di York Universiti itu dan menuntut dalam course yang sama dengan Aiman.Perasaan cinta Aisyah terhadap Aiman tidak pernah pudar hinggalah kini apabila Aisyah menuntut di UIA, Gombak ,bergelar seorang mahasiswi dalam jurusan syariah di sana.

          Seketika Aisyah menerima panggilan salah seorang sahabatnya di UK, Rhaudah, yang membritahu bahawa Aiman akan bernikah tidak lama lagi dan mungkin walimatul urus itu akan diadakan di Malaysia.Tidak semena-mena, genggaman telefon terlepas dari tangannya.Bergetar hati dan dada Aisyah mendengar berita berkenaan pernikahan Aiman.Lebih menyedihkan Aisyah apabila dia mengetahui insan yang akan bernikah dengan Aiman itu adalah sahabat baiknya sendiri, Sakinah.Aisyah akui dia banyak kekurangan jika mahu dibandingkan dengan sahabat baiknya itu, Sakinah sejak di kolej Tunku Kursiah lagi.Aiman tidak pernah tahu bahawa Sakinah benar-benar mengenali Aisyah.Pada Sakinah Aisyah adalah seorang yang berpendirian tegas dan akan benar-benar komited dalam melaksanakan tugas sebagai ketua semasa di kolej dahulu.Sakinah juga tidak pernah mengetahui bahawa Aisyah telah lama menyimpan perasaan terhadap Aiman seawal pertemuan mereka di KFC.
***********************************************************
-18 May 2010-Selasa

Hari ini start cuti sem pengajian syariah dan Aisyah mengambil peluang untuk menyambut hari lahirnya bersama ibu tersayang,Pn. Humaira.Hari ini juga genaplah usia Aisyah 23 tahun, dan genaplah juga 6 tahun dia menahan dan menyimpan rasa cintanya terhadap Aiman.Namun rasa hati terhadap Aiman harus dia padam sebersih-bersihnya dari hidupnya kerana dia tahu Aiman bukan miliknya, tetapi adalah milik sahabat baiknya tidak lama lagi.Semalam dalam perjalanan Aisyah ke rumahnya, dia menerima panggilan dari Sakinah yang mengatakan ingin bertemu dengan Aisyah di Malaysia pada hujung minggu ini kerana katanya ada sesuatu berita gembira yang ingin disampaikan kepada Aisyah.

      Aisyah mengiakan kata sahabatnya itu dan bersetuju untuk berjumpa.Pada hakikatnya hati Aisyah benar-benar berat mengatakan persetujuan itu kerana ibunya telah memberitahu surat jemputan walimatul urus Aiman telah sampai ke rumah pada 2 hari lepas.

Oh...Rupanya terdetik hati Aisyah:
"Hah!!Aiman masih ingat alamat rumahku sedangkan kami sudah 6 tahun terputus hubungan".

              Aisyah sudah benar-benar berserah kepada Ilahi ketika ini dan dia redha atas segala yang berlaku ini.Dia tidak minta untuk jadi begini...tetapi pada fikiran insan yang telah dilembutkan hatinya, Aisyah hanya mampu berserah sahaja kerana dia yakin setiap yang berlaku ini mesti ada hikmah disebaliknya.Aisyah dapat menjangka pertemuan dengan Sakinah yang bakal berlaku hujung minggu ini adalah dengan penyerahan surat jemputan walimatul urus kedua dari Sakinah selepas yang pertama dari Aiman.Ketika ini hanya Allah sahaja tempat Aisyah mengadu.

           Tiba-tiba dalam sujud terakhirnya dia teringat akan pemberian Al-Quran dari Aiman.Al-Quran itulah yang menjadi pengubat kerinduan terhadap Aiman sepanjang pengajiannya di universiti.Seusai solat dia bertafakur seketika dan dia tersenyum sendirian.

Hatinya berkata,
"Sakinah aku tumpang gembira dengan pernikahan ini.Untung Aiman dapat kau dan untung kau dapat Aiman..dan Aiman memang layak memperisterikan kau bukan aku...kau dari kecil memang terdidik untuk melakukan kebaikan, sentiasa sopan dan lembut tutur kata...tak macam aku, aku dulu hanyalah insan yang hina tetapi aku bersyukur sangat-sangat kepada Ilahi kerana menyayangi aku.Ini semua berlaku selepas ku temui Aiman.Ermm...aku takut akan menyimpan dendam ku padamu selepas ini wahai teman...Ya Allah bantulah hambaMu ini Ya Allah."

         Mengalir deras airmata Aisyah.Segera dia mencapai Al-Quran dan terlihat akan ayat yang bermaksud adakah seseorang itu mengaku beriman jika dia belum diuji.Aisyah nekad untuk menyerahkan naskhah Al-Quran yang amat disayanginya itu kepada Sakinah sebagai tanda tahniah kepada sahabat baiknya itu sekaligus ingin melupakan Aiman dalam hidupnya.Dia tidak mahu selepas ini menyimpan dendam terhadap Sakinah mahupun Aiman.Dia berharap agar Allah memberinya kekuatan.......
Ya Allah izinkan aku untuk terus mencintaiMu Ya Allah.
**********************************************************

       Rintik-rintik hujan masih kedengaran dan Aisyah menguatkan langkah kakinya keluar dari kamar mencari ibu tersayang.Dia tahu keadaannya yang terperap lama di kamar membuatkan ibunya risau.Dalam keadaan lemah Aisyah menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku dan ibunya bersyukur kerana Aisyah menerima seadanya walaupun dia tahu hati anaknya begitu tersiksa sekarang.Belaian lembut ibu sedikit-sebanyak memberi Aisyah kekuatan dan keyakinan untuk menempuh hari mendatang.

Lalu ibu berkata:
"Mungkin ada lagi pemuda yang lebih baik kurniaan Ilahi untukmu wahai puteriku...yakinlah padaNya ya...ibu yakin puteri ibu kuat".

Aisyah menyambut kata ibunya dengan senyuman dan lusa langkahnya menemui Sakinah diharapkan akan dapat  melenyapkan nama Aiman itu dalam diari cintanya."Ya Allah terima kasih Ya Allah kerana memberi aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini....",kata Aisyah dalam hatinya.=)

TAMAT

Saturday, May 15, 2010

good luck guys=)

Rase kurang selesa timbul dari hati ini apabila melihat status teman-temanku di facebook yang sudah habis exam final dan ada yang tengah enjoy bersama keluarga, tidak dilupakan juga ada yang baru bercuti...bestnyeeerrrr!!!
Aku ?
Sebenarnya aku juga ingin menstatuskan diriku sebagai seorang yang telah berjaya menghadapi final exam...aduh tidakkkk...hehehe final pun Isnin ni baru nak start, ada hati...saje je ek.
Menyedari kehidupan sebagai senior sem 2 di NUC amat mengujakanku.Yelah manataknya ku rasakan masa berlalu begitu cepat dan pantas.
Kepada rakan-rakan seperjuangan, marilah kita bersama-sama bertempur untuk 2 minggu ni ye...peluru dah siap?dah bersedia nak tembak?hehehe...harap-harap semua sudah siap.Walaupun kita-kita ni lambat final exam tak pelah ye...yang penting kalian semua menerimanya dengan hati yang amat-amat terbuka...semoga berjaya.

Kepada housemateku, Kak Azi, Kak Sya, Kak Ira,Kak Ikin,Kak Syu,Ila,Mun dan Teha wish you all the best.Kejayaan kalian adalah kejayaan umat Islam sebenarnya.Maaf dipinta andai tersalah tutur kata dan tatalaku diriku pada kalian...I love U=)Semoga kita mencapai kejayaan.Uhibbuki fillah.InsyaAllah...

Kepada Kak Fifi,Kak Mira,Kak Ina,Kak pika,Kak ida,Joji,Dila(sygku...ehehe),ain, Kak Izzaidah, dan Nooryn Anis...moga dapat buat yang terbaik masa final yea...good luck=).Kemaafan ku pinta andai tersalah kata mahupun bicara...semoga ukhwah berkekalan.

Kepada fahreen:maaf ye kerana selalu mengenakan anda.Jangan marah..=)Tidak dilupakan kepada Faris,Karthy,Ulil,Syafiq,Aeron,Syarif , Ezhan,dan Nazmi...dan yang lain juga yang mungkin x di listkan dalam senarai ini...semoga berjaya....CLASS1 AND CLASS 2 ARE THE BEST...=)


Thursday, May 13, 2010

air mata ini

"Aku tidak menangis kerana dunia ini, tetapi kerana jauhnya perjalananku dan sedikitnya bekalanku. Aku berjalan mendaki, tempat mendapat adalah syurga dan neraka, aku tidak tahu di antara keduanya di mana aku dimasukkan."
( Abu Hurairah r.a. )

semua mata akan menangis pada hari Qiyamat melainkan 3 jenis iaitu, mata yang menangis krn takutkan Allah,mata yg ditundukkan drp melihat perkara2 yg diharamkan oleh Allah dan mata yg bangkit kerana tidak tidur semasa berjihad di jalan Allah.

                                                  ( Rwyt Ibn al-Najjar drp Ibn Umar r.anhuma )

erti sebuah perjuangan



ANDAI PERJUANGAN INI MUDAH, PASTI RAMAI PENYERTAANNYA..
ANDAI PERJUANGAN INI MENJANJIKAN KESENANGAN, PASTI RAMAI YANG TERTARIK PADANYA..
TAPI HAKIKATNYA..
PERJUANGAN BUKAN BEGITU..
TURUN NAIKNYA..
SAKIT PEDIHNYA..
UMPAMA KEMANISAN YANG TAK TERHINGGA..
ANDAI KAU REBAH, BANGKIT SEMULA..
ANDAI KAU TERLUKA, INGAT JANJI ALLAH..
SELAMAT BERJUANG.. =)

 



Saturday, May 8, 2010

hari-hari adalah hari ibu


Sekadar hanya senyuman terukir di bibirnya sudah membuatkan hati ini tenang melihat ibuku sentiasa dalam keadaan senang.Ibuku selalu berpesan padaku...biarpun ada insan atau sesiapa sahaja yang membenci atau tidak senang denganmu atau dengan keluarga kita...ibu harap angah tak akan menyimpan walau setitis dendam itu.Ibu harap angah tidak akan lupa pesanan ibu.
Sesekali beberapa ayat ini ibu selalu ulang...mengingatkan dan mengingatkan diri ini.Kata ibu,"Ibu harap bila ibu sudah tiada di bumi ini lagi jagalah ayahmu dengan sebaiknya.Kasihilah ayahmu sebagaimana ibu mengasihinya.Hormatilah dia selagi mana adanya dia di dunia ini."
Pada pertama kalinya aku kurang mengerti kata-kata ibuku, tetapi sejujurnya dapat ku rasakan ibu sebenarnya adalah seorang insan yang penuh hatinya dengan pautan kasih sayang. Aku begitu berbangga dengan ibuku walau dia insan biasa namun ibu tak pernah berputus asa dalam hidup semata-mata untuk melihat anak-anaknya berjaya.Ibu mudah memaafkan orang lain walau sebenarnya aku dapat merasakan kesedihan hati ibu.
Ya Allah aku bersyukur kerana Kau mengurniakan ibu kepada ku.Terima kasih Ya Allah.Peingatan ibu lagi, senyumlah dikala hatimu dirundum kesedihan kerana dengan senyuman sahaja yang mampu menjadi penawar kelukaan hatimu yang sedih itu.
Terima kasih ibu....=)


Thursday, May 6, 2010

indahnya ukhwah=)

Hati-hati dan roh-roh yang dihubungkan dengan ikatan akidah,akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga.Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan, perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada(bersikap terbuka) dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
Saudara-saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka, sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama orang lain.Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian.Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuatkan antara satu sama lain.

Firman Allah yang bermaksud:"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain."(At-Taubah:71)
Inilah yang sepatutnya kita lakukan.
(Al-Imam Hassan Al-Banna)



Monday, May 3, 2010

Aku cuba hindari perasaan itu


Terlena daku dalam impian yang belum pasti ku miliki..
Benar..memang benar kini ketenangan itu yang ku cari
Tapi aku tertanya-tanya adakah ia akan aku miliki
Aku ingin melihat sebuah ketenangan yang mampu melunakkan hati ini  untuk sentiasa mensyukuri nikmatNya
Namun aku akui aku kekadang tewas...tewas kerana aku mudah berputus asa dengan harapan yang masih belum aku genggami
Adakah dunia ini sedia menerima kekalahan diri menjejak arah yang tak pasti
Aku nampak langkah itu....tetapi maafkan aku kerana aku perlukan masa untuk membuat keputusan terhadap langkah ini...
Hatiku tak pernah mengatakan harapan itu hanya dongengan
kerana
jantung yang menjadi nadi gerak kekuatan ini sentiasa berkobar-kobar
menjerit kepada dunia tika dunia tak mendengar luahannya
hati ini tidak pernah putus-putus mengatakan
sabarlah wahai puteri....
perjalanan mu masih jauh dan kau memerlukan masa untuk memahami isi dunia yang sentiasa terbentang di hadapanmu..
HATI INI BERKATA KEPADAKU...
Ku(hatiku) tahu puteri sering menangis tika kalah menghadapi ujian dari Ilahi
Tetapi ketahuilah puteri itu semua tidak lain hanyalah untuk mengajar dan mendidik diri puteri
juga sebagai peringatan agar puteri tidak pernah lupa asal-usul puteri sebenarnya..
InsyaAllah akan ada segunung ketenangan dam kebahagiaan menunggumu lantaran kekuatan yang telah lama tersemai dalam diri puteri..
Dan apabila ketenangan itu telah  puteri kecapi...
 pekiklah  dan beritahulah pada dunia bahawa puteri adalah seorang insan yang kuat
bahawa puteri adalah puteri yang hebat...
bahawa puteri adalah seseorang yang tidak pernah kenal erti putus asa dengan hidup ini
Moga ketenangan dan kebahagiaan kurniaan Ilahi ini menjadikan puteri sedar tanggungjawab puteri yang sebenarnya iaitu sebagai penyampai dakwah Islam yang kental di medan jihad ini
InsyaAllah...

Sunday, May 2, 2010

salam perjuangan dan kekuatan duhai sahabatku

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,

Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,

Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.


Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.


Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.


Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
_________________
jadilah sahabat yang baik…

Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Binalah nilai seorg sahabat yg baik..

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails