Friday, April 30, 2010

sesuatu yg mengujakanku


Benarlah sesungguhnya Tuhan telah menciptakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.Melihat kepada anugerah alam dan keindahan ciptaan Tuhan sudah cukup membuktikan yang Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Berkuasa.Subhanallah....
Islam itu indah?
Sesuatu peristiwa yang terjadi ke atas diri saya semalam dalam perjalanan saya ke IIUM untuk bertemu dengan sahabat di sana benar-benar melonjakkan kegembiraan hati ini yang mampu membuatkan akal  berfikir seketika...berfikir tentang sejauh manakah keimanan saya mendekati Yang Maha Esa.Seketika insan ini membuatkan saya terkesima...
Insan ini adalah seorang lelaki/uncle/pemandu teksi yang beragama Hindu.Cuba perhatikan apa yang cuba dikatakan oleh uncle ini pada saya sepanjang dia menghantar saya ke destinasi yang saya tuju....

Uncle Taxi:Adik..maaf adik...aku lambat ambil..sesak sikit tadi itu jalan.
Saya: Eh...x pe uncle...saya x kisah.
Uncle Taxi:Ermm...adik mahu pegi mana?
Saya: Saya mahu pergi usrah.Ops...saya mahu pegi dengar ceramah agama di Masjid Putra Nilai(saya mngatakan begitu kerna saya khuathir uncle taxi tu x faham apa yang dimaksudkan dengan usrah).
Uncle Taxi:Oh itu...saya tahu...cerita tntng Islam kan?
Saya:Ha'a uncle....macamana uncle tahu?
Uncle Taxi:Oh itu cerita dulu adik...dulu aku askar...semua kawan aku Melayu dan hanya aku sorang saja India....wah adik aku bagitu gembira dapat berkawan seperti mereka..

++Saya yang memula rasa biasa tetiba mahu bertanya apa yang bestnya berkawan dengan orang Melayu++
Lantas saya bertanya..

Saya: Apa yang membuatkan Uncle gembira berkawan dengan Orang Melayu?
Uncle Taxi: Salah satunya...aku suka sangat sikap kerjasama diaorang.Diaorang layan aku baik adik...sampai selalu ajak aku dengar ceramah/tazkirah lpas maghrib kat surau(kat kem).Kali pertama aku dengar ceramah tu...best adik...Benda yang aku kagum dengan mereka ni...mereka masa waktu solat jemaah ramai-ramai...aku suka tengok mereka gerak sama-sama adik...dari situ aku lihat mereka sememangnya kuat jika sentiasa berjemaah/ bersatu.Part yang paling aku suka...masa diaorang berdoa pada Tuhan...aku tengok diaorang benar-benar mengharapkan pertolongan Tuhan dan patuh pada Tuhan....aku paling sayu masa part diaorang doa dengan Tuhan...bersungguh-sungguh dan kekadang aku pun hampir nak menangis adik....

Hah!!!!
Lihat!!!!
Bagaimana Uncle yang berketurunan India ni mampu rasa wujudnya Tuhan kita(Allah SWT) hinggakan dia nak menangis hanya dengan mendengar dan melihat perlakuan kita umat Islam.Kita bagaimana?
Kita kekadang lupa pada Allah...sedangkan kita sememangnya sudah memiliki keimanan itu dalam hati kita.

Kerahmatan Allah melebihi keadilan Allah....
Saya mengingatkan juga diri ini...
Wahai teman...tetapkan hatimu untuk sentiasa mencintaiNya melebihi dari segalanya...Cuma perhatikan sebenarnya apa yang terjadi kepada kehidupan kita adalah berikutan sepenuhnya dari perlakuan kita.Jika kita sentiasa berbuat baik...maka balasan baiklah yang akan kita terima...dan sebaliknya.Kita sebagai mahkluk ciptaan Tuhan tak pernah lepas dari kesalahan.Sebenarnya Tuhan berhak menghukum kita lantaran dosa yang kita lakukan...tapi cuba renungkan wahai teman...Tuhan tu sentiasa membuka pintu taubat bagi mereka yang jauh tersasar dari ajaranNya dan sentiasa melimpahkan RahmatNya kepada hamba-hambaNya. Moga hati kita terdidik untuk sentiasa mengingatiNya...
InsyaAllah...=)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails