Saturday, April 24, 2010

Selidik mitos makanan yang dilarang

Seringkali kita mendapat e-mel atau mendengar sendiri tentang mitos makanan tertentu.Contohnya, tidak elok makan udang dengan minum minuman sejuk,kerana dikatakan boleh membuatkan perut buncit.Di sini izinkan saya menyenaraikan kebenaran sebenar pendapat ahli sains yang saya dapat melalui pembacaan saya dalam satu jurnal ni.Moga bermanfaat buat kalian:
Mitos:Minum air sejuk membuatkan tubuh berisi.
Fakta:Berdasarkan kajian yang dilakukan, air sejuk tidak mengandungi kalori yang membuatkan tubuh menjadi gemuk.Minum air dalam  jumlah yang banyak memang membuatkan tubuh anda menjadi berat , tetapi lebihan air itu akan dikeluarkan sendiri oleh tubuh melalur air kencing.
Mitos:Makan tembikai setelah makan durian boleh terkena strok.
Fakta:Durian mengandungi alkohol dan untuk itu kita harus kurangkan pengambilannya, misalnya tidak lebih dari 3 ulas.Berbeza dengan alcohol, jika minum berlebihan boleh merosakkan hati dan sistem peredaran darah.Tetapi, sekiranya makan durian dan tembikai dengan jumlah yang sesuai , kamu tidak perlu bimbang.Makan durian berlebihan memang boleh mendorong untuk mendapat strok terutamanya jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan kurang bersenam.Lagi pula, kandungan fruktosa dalam tembikai rendah dan tidak sampai tahap menyebabkan strok.
Mitos: Air limau nipis menyebabkan pedih ulu hati.
Fakta:Minum air limau nipis tidak memberi pengaruh pada berat tubuh, apa lagi jika ditambah gula, lagi bertambah kalori.Walau rasanya masam, air limau nipis tidak membuatkan perut pedih.Rasa masam buah ini bersifat neutral dan membantu meneutralkan asid di dalam perut.Oleh itu, air limau nipis tidak mendatangkan penyebab pedih ulu hati.
Mitos: Garam membuatkan hipertensi.
Fakta: Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik, tubuh kita sebenarnya memerlukan 5 hingga 6 gram garam setiap hari.Kelebihan garam mampu mendorong jantung bekerja lebih keras.Ini kerana terdapat kandungan natrium yang ada di dalam garam.
Mitos:Makanan manis penyebab diabetes.
Fakta:Jangan salah sangka, karbohidrat pun boleh menjadi penyumbang kepada diabetes.Karbohidrat seperti nasi dan tepung juga mengandungi glukosa.Tapi tidak bermakna boleh berpantang makanan manis.Gula tetap diperlukan untuk melancarkan kerja sel dan enzim.Gula yang baik berasal daripada sumber alam seperti buah-buahan.


MOGA BERMANFAAT YE....=)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails