Sunday, April 18, 2010

Saidina Abu Bakar adalah orang itu...

    
Kegirangan hari minggu ni amat bermakna buatku.Yelah mana taknya bilangan ahli usrah makin bertambah.Bila kami berkumpul bersama bercerita tentang pengalaman masing-masing, info-info terkini...itu sudah cukup memberikan kepuasan bagi diriku.Semalaman di rumah kak rina membuatkan aku menerima banyak input baru.Antara yang paling ketara ialah 'PERJUANGAN'.Sedih hati bila mengenangkan kembali bertapa Rasulullah dan para sahabat telah bersusah payah berjuang mempertegakkan agama Islam.

Selepas kewafatan Rasulullah tampuk pemerintahan umat Islam diambil alih oleh Saidina Abu Bakar.Semasa pemerintahan beliau, kita dapat lihat perubahan yang dilakukan seperti memerangi golongan murtad dan mereka yang enggan membayar zakat, membukukan Al-Quran, dan menumpukan ke arah perluasan kuasa.

Saya amat tertarik pada pidatonya setelah beliau dilantik menjadi khalifah:
"I have been given the authority over you, and I am not the best of you.If I do well, help me, and if I do wrong, set me right.Sincere regard for truth is loyalty and disregard for truth is teachery.The weak amongst you shall be strong with me until I have secured his right, if God wills, and the strong amongst you shall be weak with me until I have wrested from him the rights of others, if God wills.Obey me so long as I obey God and His messenger , ye owe me no obedience.Arise for your prayer , God have mercy upon you."

Khalifah Abu Bakar juga seorang yang berpandangan jauh, cekap membuat kesimpulan  dan melihat 'REALITI' sesuatu perkara dengan pandangan yang bijaksana.Beliau tidak akan  memperkatakan sesuatu melainkan dengan kepercayaan, kekuatan dan keyakinan.Beliau digelar as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah.
Semoga diri kita terdidik untuk mencontohi sifat mulia khalifah Saidina Abu Bakar....InsyaAllah.



1 comment:

  1. indahnya berada dalam lingkungan usrah ^^
    semoga kita istiqamah dan diberikan kekuatan untuk terus menyerbarkan dakwah islamiah :D aminn
    update la pengisian usrah tu ye...syukran ats perkongsiannya~

    ReplyDelete

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails