Tuesday, April 6, 2010

HADIS KE 6 - Halal dan haram


"Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.anhuma katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini. Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)

A.PEMAHAMAN HADITH DAN PERTUNJUKNYA

Halal telahpun jelas dan haram juga telah jelas. Namun terdapat perkara-perkara yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya, seolah-olah ianya terletak di antara kedua-dua yang halal dan haram ini.
A1-Imam An-Nawawi rahimullah telah berkata: "Maknanya; bahawa bagi semua perkara itu ia mengandungi tiga bahagian iaitu:


a. Halal- jelas dan nyata, tidak tersembunyi akan kehalalannya seperti kehalalan memakan roti, berkata¬kata, berjalan-jalan dan selainnya.
b. Haram - juga jelas dan nyata seperti meminum arak dan berzina dan seumpama dengannya.
c. Adapun syubhah (mushtabihah), maknanya ialah ianya tidak jelas, iaitu tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya. Jika sesuatu perkara itu tidak diketahui akan hukumnya atau terjadi keraguan pada hukumnya sama ada ia halal atau haram justeru tidak ada nas menetapkannya dan tidak ada juga ijmak, maka para mujtahid telah berijtihad untuknya. Dengan ijtihad, mereka menaskan atau mengeluarkan hukum untuk salah satu dari keduanya dengan menyatakan dalil-dalil yang berkaitan dengannya.




B.Kedudukan hati dalam tubuh badan manusia.
• Kebaikan jasad bergantung kepada kebaikan hati. Justeru hati itu adalah anggota yang terpenting di dalam tubuh manusia. Tidak terdapat perselisihan mengenainya dari sudut perubatan dan penjelasan.
• Kenyataannya bahawa hati itu adalah sumber kehidupan manusia yang boleh disaksikan.
• Selagimana hati ini baik dan sejahtera maka ia mencernakan darah dalam satu sistem ke seluruh anggota tubuh badan manusia, justeru itu manusia ini sentiasa dalam keadaan sihat dan baik.
Apa yang dikehendaki oleh hadith ini adalah kesejahteraan hati dari segi maknawi. Adapun maksud hadith ini ialah kesejahteraan nafsu adalah dari bahagian dalamnya sekira-kiranya hati tidak ada sesuatu pun yang mempengaruhi nafsu itu melainkan Allah SWT. la adalah rahsia yang tersembunyi. Di dalam kitab "Al-Mu' in `ala tafhimil arba'in" karangan Ibnu Al-Mulqin As-Syafie dinyatakan seperti ini: "Sesungguhnya kesahjeteraan hati adalah dalam lima perkara iaitu:
a. Bacaan Al-Quran dengan tadabbur,
b. Perut yang kosong,
c. Ibadat di waktu malam,
d. Merendahkan diri di hadapan Allah SWT pada waktu sahur (dinihari),
e. Duduk di dalam majlis orang-orang soleh.


*Ibnu Rejab berkata: "Hati yang sejahtera adalah hati yang bebas dari cela dan segala sifat-sifat yang tidak disukai kesemuanya, ianya adalah sebuah hati yang tiada padanya melainkan kecintaan kepada Allah SWT dan ketakutan terhadapNya dan ketakutan terhadap barangapa yang menjauhkan dariNya. "


C.Kesimpulan dan bagaimana nak praktikkan hadis dlm kehidupan:
• melakukan perbuatan yang halal dan menjauhkan yang haram
• meninggalkan perkara-perkara syubhah dan berjaga jaga demi untuk agama dan maruah
• tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan terhasilnya sangkaan buruk dan terjatuh ke dalam perkara-perkara yang telah diberi amaran akan bahayanya.
• dakwah kepada pembaikan kekuatan akal dan pembaikan diri dari bahagian dalamnya dan ianya adalah pembaikan - hati.
• menutup pintu-pintu yang menuju kepada perkara¬perkara yang haram dan mengharamkan segala bentuk perantara yang menuju kepadanya.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails