Friday, April 2, 2010

destinasi cinta yg ku cari semakin hampir


bersama group saya...group 7.Sebelah saya kak izzaty,aida,ayu dan kak huda...betullah dikatakan ukhwah itu akan kita rasa apabila kita menjalinkan hubungan dengan Allah kerna Allah lah yg berhak mencampakkan rasa ukhwah tu dalam diri kita.

Hasan Al Banna ada menegaskan bahawa terdapat jurang yang jauh di antara hakikat ukhuwah yang ada pada sahabat-sahabat Rasulullah dengan generasi-generasi yang lain. Walaupun sedemikian, kita tetap berusaha agar hakikat ukhuwwah yang lahir dalam generasi pertama itu dapat menjadi kenyataan dalam realiti kini.
Hassan Al Banna meletakkan ukhuwwah sebagai salah daripada rukun bai'ah. Menurut Hasan Al Banna yang dimaksudkan dengan ukhuwwah ialah ikatan hati dan roh yang diikatkan dengan ikatan aqidah. Aqidahlah satu-satunya ikatan yang paling kukuh dan paling bermutu. Ukhuwwah yang sebenarnya ialah ukhuwwah iman.

"Hanyasanya orang mukmin itu bersaudara". Hakikat ini perlulah lahir betul-betul. Dan pecah belah adalah saudara kepada kekufuran. Ukhuwwah iman inilah akan lahir kekuatan wehdah atau kekuatan penyatuan. Tiada wehdah tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima wujud dengan adanya salamatul sadr. Kasih sayang maksima ialah dengan mengutamakan sahabat.


Barang siapa yang dapat mengelakkan kebakhilan diri atau mementingkan diri, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

hah!!!inilah program yang saya ikuti pada 27&28 Mac 2010.Banyak yang saya belajar...nanti saya kongsikan ya...

inilah khemah yang kami dirikan...

SECEBIS PERKONGSIAN
Program anjuran ISMA gabungan ISMA Johor,ISMA Melaka, dan ISMA Negeri Sembilan pada kali ini diadakan di Gunung Datuk,Rembau Negeri Sembilan.Penyertaan yang melebihi 80 peserta menjadikan matlamat program ini dilaksanakan tercapai.Salah satu matlamatnya adalah untuk merapatkan ukhwah sesama peserta tidak kira dari kalangan dewasa mahupun veteran...juga mendidik bagaimana usaha Islah ini dapat dipertingkatkan walaupun mereka telah bergelar ibu dan isteri.Pengenalan tentang simfoni cinta dan diari cinta juga membuka mata para muslimah untuk menyedari tuntutan utama mereka di dunia ini iaitu untuk terlibat aktif dalam dunia dakwah seiringan kaum adam.Dan yang lebih penting sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT kerana dengan hadirnya cinta Ilahi ini maka kita akan sentisa terdorong untuk melakukan kebaikan dan diperkuatkan kaki menempuh pelbagai cabaran di hadapan.

saya bersama kak Rina(ketua usrah) dan aqilah(sahabat yg baik)

aktiviti menghias kek,buah dan menjahit alas meja...haha barulah nampak betapa kreatifnya kami...


bergambar selepas selesai war game...huh game ni begitu mencabar di mana setiap kumpulan dikehendaki membuat peluru(menggunakan tepung dan air) dan kubu...gambar ni saya bersama veteran ISMA.Sejujurnya, mereka ini walaupun merupakan orang lama, tapi kekuatannya main game ni sukar untuk kami yang muda ni tandingi...(>,-)

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails