Friday, April 16, 2010

berharganya nyawa kamu buat kami....


Pernahkah anda terfikir siapakah manusia di dunia ini yang tak pernah buat salah.Jika anda tanya kepada saya, semestinya akan saya katakan setiap insan ciptaan Tuhan tidak pernah lari dari kesalahan.Sesuatu perkara yang membuatkan saya teruja dan kadangkala takut untuk bergelar MLT...atau Medical Lab Technology.Pernah dengar cerita ada pesakit mati akibat salah diagnosis penyakit ke atas pesakit.Pernah dengar ada pesakit yang menderita akibat pemberian ubat yang salah dari pihak hospital sehingga mereka ini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk mengubati penyakit lain yang lebih kronik berikutan silapnya sesetengah pihak hospital.

Nyawa???
Apa kaitannya...?
Pengalaman yang akan saya ceritakan ini merupakan pengalaman lecturer saya selama beliau bergelar MLT.Bukan motif saya untuk memburukkan sesiapa tetapi sekadar peringatan bersama.Kesungguhan dan ketelitian dalam melakukan sesuatu perkara itu penting untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan untuk mengelakkan berlakunya  kesalahan.Barang memang boleh ditukar ganti...tetapi nyawa manusia tidak boleh ditukar ganti.

Lecturer saya pernah dipanggil oncall pada satu ketika ini.Menyedari tanggungjawabnya sebagai MLT, jadi beliau pergi juga bertugas pada waktu tu.Sesampainya di makmal , terdapat kekeliruan dalam penemuan cell dalam satu badan pesakit ini apabila di observed bawah microscope.Dan beliau dikehendaki mengenal pasti cell apa yang ada dalam sample tersebut.Setelah diteliti, beliau dapati ada banyak eosinophill di dalam sample itu.Lantas beliau mengatakan bahawa terdapat banyak cacing di dalam badan pesakit ni .Tetapi MLT yang lain seakan tidak percaya dengan keputusan yang beliau dan mengatakan cell yang dijumpai bukanlah eosinophil tetapi sebaliknya neutrophil.Neutrophill menyebabkan seseorang itu boleh dikatakan menghidap penyakit appendix.Lecturer saya cuba untuk menegaskan kebenaran beliau...namun tidak berjaya.

Pembedahan dijalankan juga ke atas pesakit itu....dan....

Semasa operasi pembedahan dijalankan, doktor dapati banyak cacing yang keluar dari badan pesakit dan ini jelas menunjukkan keputusan yang diberikan oleh lecturer saya sebenarnya adalah benar.Pesakit itu langsung tidak ada menghidap penyakit appendix.Akhirnya pembedahan kali kedua pesakit itu  terpaksa dijalankan gara-gara kesilapan sesetengah ahli yang MLT yang bertugas waktu tu.

Itulah sebabnya setiap apa yang kami belajar dalam bidang ini perlu sentiasa dipraktikkan dan diperbaiki kesalahan dari semasa ke semasa.Hal ini kerana kami lah nanti yang akan membuat kajian makmal ke atas setiap sample pesakit untuk mengetahui apa penyakit yang dihidapi oleh pesakit....

Dan saya benar-benar menyokong pendapat ini....dimana

BERHARGANYA NYAWA KAMU BUAT KAMI...!




No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails