Friday, April 30, 2010

sesuatu yg mengujakanku


Benarlah sesungguhnya Tuhan telah menciptakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.Melihat kepada anugerah alam dan keindahan ciptaan Tuhan sudah cukup membuktikan yang Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Berkuasa.Subhanallah....
Islam itu indah?
Sesuatu peristiwa yang terjadi ke atas diri saya semalam dalam perjalanan saya ke IIUM untuk bertemu dengan sahabat di sana benar-benar melonjakkan kegembiraan hati ini yang mampu membuatkan akal  berfikir seketika...berfikir tentang sejauh manakah keimanan saya mendekati Yang Maha Esa.Seketika insan ini membuatkan saya terkesima...
Insan ini adalah seorang lelaki/uncle/pemandu teksi yang beragama Hindu.Cuba perhatikan apa yang cuba dikatakan oleh uncle ini pada saya sepanjang dia menghantar saya ke destinasi yang saya tuju....

Uncle Taxi:Adik..maaf adik...aku lambat ambil..sesak sikit tadi itu jalan.
Saya: Eh...x pe uncle...saya x kisah.
Uncle Taxi:Ermm...adik mahu pegi mana?
Saya: Saya mahu pergi usrah.Ops...saya mahu pegi dengar ceramah agama di Masjid Putra Nilai(saya mngatakan begitu kerna saya khuathir uncle taxi tu x faham apa yang dimaksudkan dengan usrah).
Uncle Taxi:Oh itu...saya tahu...cerita tntng Islam kan?
Saya:Ha'a uncle....macamana uncle tahu?
Uncle Taxi:Oh itu cerita dulu adik...dulu aku askar...semua kawan aku Melayu dan hanya aku sorang saja India....wah adik aku bagitu gembira dapat berkawan seperti mereka..

++Saya yang memula rasa biasa tetiba mahu bertanya apa yang bestnya berkawan dengan orang Melayu++
Lantas saya bertanya..

Saya: Apa yang membuatkan Uncle gembira berkawan dengan Orang Melayu?
Uncle Taxi: Salah satunya...aku suka sangat sikap kerjasama diaorang.Diaorang layan aku baik adik...sampai selalu ajak aku dengar ceramah/tazkirah lpas maghrib kat surau(kat kem).Kali pertama aku dengar ceramah tu...best adik...Benda yang aku kagum dengan mereka ni...mereka masa waktu solat jemaah ramai-ramai...aku suka tengok mereka gerak sama-sama adik...dari situ aku lihat mereka sememangnya kuat jika sentiasa berjemaah/ bersatu.Part yang paling aku suka...masa diaorang berdoa pada Tuhan...aku tengok diaorang benar-benar mengharapkan pertolongan Tuhan dan patuh pada Tuhan....aku paling sayu masa part diaorang doa dengan Tuhan...bersungguh-sungguh dan kekadang aku pun hampir nak menangis adik....

Hah!!!!
Lihat!!!!
Bagaimana Uncle yang berketurunan India ni mampu rasa wujudnya Tuhan kita(Allah SWT) hinggakan dia nak menangis hanya dengan mendengar dan melihat perlakuan kita umat Islam.Kita bagaimana?
Kita kekadang lupa pada Allah...sedangkan kita sememangnya sudah memiliki keimanan itu dalam hati kita.

Kerahmatan Allah melebihi keadilan Allah....
Saya mengingatkan juga diri ini...
Wahai teman...tetapkan hatimu untuk sentiasa mencintaiNya melebihi dari segalanya...Cuma perhatikan sebenarnya apa yang terjadi kepada kehidupan kita adalah berikutan sepenuhnya dari perlakuan kita.Jika kita sentiasa berbuat baik...maka balasan baiklah yang akan kita terima...dan sebaliknya.Kita sebagai mahkluk ciptaan Tuhan tak pernah lepas dari kesalahan.Sebenarnya Tuhan berhak menghukum kita lantaran dosa yang kita lakukan...tapi cuba renungkan wahai teman...Tuhan tu sentiasa membuka pintu taubat bagi mereka yang jauh tersasar dari ajaranNya dan sentiasa melimpahkan RahmatNya kepada hamba-hambaNya. Moga hati kita terdidik untuk sentiasa mengingatiNya...
InsyaAllah...=)

Saturday, April 24, 2010

Selidik mitos makanan yang dilarang

Seringkali kita mendapat e-mel atau mendengar sendiri tentang mitos makanan tertentu.Contohnya, tidak elok makan udang dengan minum minuman sejuk,kerana dikatakan boleh membuatkan perut buncit.Di sini izinkan saya menyenaraikan kebenaran sebenar pendapat ahli sains yang saya dapat melalui pembacaan saya dalam satu jurnal ni.Moga bermanfaat buat kalian:
Mitos:Minum air sejuk membuatkan tubuh berisi.
Fakta:Berdasarkan kajian yang dilakukan, air sejuk tidak mengandungi kalori yang membuatkan tubuh menjadi gemuk.Minum air dalam  jumlah yang banyak memang membuatkan tubuh anda menjadi berat , tetapi lebihan air itu akan dikeluarkan sendiri oleh tubuh melalur air kencing.
Mitos:Makan tembikai setelah makan durian boleh terkena strok.
Fakta:Durian mengandungi alkohol dan untuk itu kita harus kurangkan pengambilannya, misalnya tidak lebih dari 3 ulas.Berbeza dengan alcohol, jika minum berlebihan boleh merosakkan hati dan sistem peredaran darah.Tetapi, sekiranya makan durian dan tembikai dengan jumlah yang sesuai , kamu tidak perlu bimbang.Makan durian berlebihan memang boleh mendorong untuk mendapat strok terutamanya jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan kurang bersenam.Lagi pula, kandungan fruktosa dalam tembikai rendah dan tidak sampai tahap menyebabkan strok.
Mitos: Air limau nipis menyebabkan pedih ulu hati.
Fakta:Minum air limau nipis tidak memberi pengaruh pada berat tubuh, apa lagi jika ditambah gula, lagi bertambah kalori.Walau rasanya masam, air limau nipis tidak membuatkan perut pedih.Rasa masam buah ini bersifat neutral dan membantu meneutralkan asid di dalam perut.Oleh itu, air limau nipis tidak mendatangkan penyebab pedih ulu hati.
Mitos: Garam membuatkan hipertensi.
Fakta: Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik, tubuh kita sebenarnya memerlukan 5 hingga 6 gram garam setiap hari.Kelebihan garam mampu mendorong jantung bekerja lebih keras.Ini kerana terdapat kandungan natrium yang ada di dalam garam.
Mitos:Makanan manis penyebab diabetes.
Fakta:Jangan salah sangka, karbohidrat pun boleh menjadi penyumbang kepada diabetes.Karbohidrat seperti nasi dan tepung juga mengandungi glukosa.Tapi tidak bermakna boleh berpantang makanan manis.Gula tetap diperlukan untuk melancarkan kerja sel dan enzim.Gula yang baik berasal daripada sumber alam seperti buah-buahan.


MOGA BERMANFAAT YE....=)

Tuesday, April 20, 2010

Terima kasih Ya Allah...Alhamdulillah...=)


Benarlah dikatakan dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang.Benar aku dapat rasakan ketenangan itu.Dan setiap kali aku terasa diberi kekuatan olehnya untuk bangun menempuhi hidup ini.Erm...dari segi bacaan Al-Quran pula...yup aku akui aku mulai merasakan nikmat kurniaan Ilahi itu kepada diriku yang hina dina.Best pula bila kita tasmik surah yang ada dalam Al-Quran tu ye.Sesuatu yang dapat saya ambil iktibar apabila tasmik bacaan kalam Ilahi ini ialah kita akan rasa diri kita sebenarnya lalai seketika....lalai mengingati Allah.Usrah..ya itulah dia...!Aku belajar semua ini daripada usrah.Rakan-rakan usrahku seperti Kak Rina,Aqilah,Rabiatul Adawiyah, Thahirah, dan Kak Nora...inginkan aku ucapkan ucapan terima kasih keapada kalian kerana menerima diri ini seadanya.May Allah bless you all.

Untuk diri ku pula...
semakin berkobar-kobar pula nak jadi seorang da'i.Hehehe...Satu observation yang dapat dilihat,orang sekeliling kita akan mudah buat kebaikan jika kita sendiri yang sentiasa berusaha menjadikan diri kita sebagai contoh untuk orang lain/role model.Terima mereka seadanya walaupun kita tahu yang kita ni sebenarnya lagi baik dari mereka.Biarkan mereka melihat ...biarkan mereka berfikir dan merenung seketika diri mereka yang sebenarnya.Tak de orang kat dunia ni mahu jadi jahat kan?So berusahalah membimbing mereka melalui tingkah laku kalian(da'i).Aku boleh.

Ku rafaakan setinggi kesyukuranku kehadrat Ilahi...
Sehingga kini aku yang hanya insan yang bergelar hamba masih diperhatikan OlehNya.Moga nikmat ini tak menjadikan aku lupa yang sebenarnya ini semua hanya pinjaman seketika.Moga aku dapat meneruskan jejak langkah menggapai cinta dariNya.InsyaAllah....

Sunday, April 18, 2010

Saidina Abu Bakar adalah orang itu...

    
Kegirangan hari minggu ni amat bermakna buatku.Yelah mana taknya bilangan ahli usrah makin bertambah.Bila kami berkumpul bersama bercerita tentang pengalaman masing-masing, info-info terkini...itu sudah cukup memberikan kepuasan bagi diriku.Semalaman di rumah kak rina membuatkan aku menerima banyak input baru.Antara yang paling ketara ialah 'PERJUANGAN'.Sedih hati bila mengenangkan kembali bertapa Rasulullah dan para sahabat telah bersusah payah berjuang mempertegakkan agama Islam.

Selepas kewafatan Rasulullah tampuk pemerintahan umat Islam diambil alih oleh Saidina Abu Bakar.Semasa pemerintahan beliau, kita dapat lihat perubahan yang dilakukan seperti memerangi golongan murtad dan mereka yang enggan membayar zakat, membukukan Al-Quran, dan menumpukan ke arah perluasan kuasa.

Saya amat tertarik pada pidatonya setelah beliau dilantik menjadi khalifah:
"I have been given the authority over you, and I am not the best of you.If I do well, help me, and if I do wrong, set me right.Sincere regard for truth is loyalty and disregard for truth is teachery.The weak amongst you shall be strong with me until I have secured his right, if God wills, and the strong amongst you shall be weak with me until I have wrested from him the rights of others, if God wills.Obey me so long as I obey God and His messenger , ye owe me no obedience.Arise for your prayer , God have mercy upon you."

Khalifah Abu Bakar juga seorang yang berpandangan jauh, cekap membuat kesimpulan  dan melihat 'REALITI' sesuatu perkara dengan pandangan yang bijaksana.Beliau tidak akan  memperkatakan sesuatu melainkan dengan kepercayaan, kekuatan dan keyakinan.Beliau digelar as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah.
Semoga diri kita terdidik untuk mencontohi sifat mulia khalifah Saidina Abu Bakar....InsyaAllah.



Friday, April 16, 2010

berharganya nyawa kamu buat kami....


Pernahkah anda terfikir siapakah manusia di dunia ini yang tak pernah buat salah.Jika anda tanya kepada saya, semestinya akan saya katakan setiap insan ciptaan Tuhan tidak pernah lari dari kesalahan.Sesuatu perkara yang membuatkan saya teruja dan kadangkala takut untuk bergelar MLT...atau Medical Lab Technology.Pernah dengar cerita ada pesakit mati akibat salah diagnosis penyakit ke atas pesakit.Pernah dengar ada pesakit yang menderita akibat pemberian ubat yang salah dari pihak hospital sehingga mereka ini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk mengubati penyakit lain yang lebih kronik berikutan silapnya sesetengah pihak hospital.

Nyawa???
Apa kaitannya...?
Pengalaman yang akan saya ceritakan ini merupakan pengalaman lecturer saya selama beliau bergelar MLT.Bukan motif saya untuk memburukkan sesiapa tetapi sekadar peringatan bersama.Kesungguhan dan ketelitian dalam melakukan sesuatu perkara itu penting untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan untuk mengelakkan berlakunya  kesalahan.Barang memang boleh ditukar ganti...tetapi nyawa manusia tidak boleh ditukar ganti.

Lecturer saya pernah dipanggil oncall pada satu ketika ini.Menyedari tanggungjawabnya sebagai MLT, jadi beliau pergi juga bertugas pada waktu tu.Sesampainya di makmal , terdapat kekeliruan dalam penemuan cell dalam satu badan pesakit ini apabila di observed bawah microscope.Dan beliau dikehendaki mengenal pasti cell apa yang ada dalam sample tersebut.Setelah diteliti, beliau dapati ada banyak eosinophill di dalam sample itu.Lantas beliau mengatakan bahawa terdapat banyak cacing di dalam badan pesakit ni .Tetapi MLT yang lain seakan tidak percaya dengan keputusan yang beliau dan mengatakan cell yang dijumpai bukanlah eosinophil tetapi sebaliknya neutrophil.Neutrophill menyebabkan seseorang itu boleh dikatakan menghidap penyakit appendix.Lecturer saya cuba untuk menegaskan kebenaran beliau...namun tidak berjaya.

Pembedahan dijalankan juga ke atas pesakit itu....dan....

Semasa operasi pembedahan dijalankan, doktor dapati banyak cacing yang keluar dari badan pesakit dan ini jelas menunjukkan keputusan yang diberikan oleh lecturer saya sebenarnya adalah benar.Pesakit itu langsung tidak ada menghidap penyakit appendix.Akhirnya pembedahan kali kedua pesakit itu  terpaksa dijalankan gara-gara kesilapan sesetengah ahli yang MLT yang bertugas waktu tu.

Itulah sebabnya setiap apa yang kami belajar dalam bidang ini perlu sentiasa dipraktikkan dan diperbaiki kesalahan dari semasa ke semasa.Hal ini kerana kami lah nanti yang akan membuat kajian makmal ke atas setiap sample pesakit untuk mengetahui apa penyakit yang dihidapi oleh pesakit....

Dan saya benar-benar menyokong pendapat ini....dimana

BERHARGANYA NYAWA KAMU BUAT KAMI...!




Saturday, April 10, 2010

Terasa diri disayangi


Hari ni adalah 10 April 2010 dan ianya mengingatkan aku betapa ruginya aku kerana tak dapat sertai rakan-rakan usrah ku pergi Program Seminar 60 Tahun Pasca Tragedi NATRAH yang diadakan di Masjid Kariah Sikamat.Ruginya juga kerana aku tak dapat dengar pembentangan tajuk Natrah ini oleh Datin Seri Fatini Yaakob,penulis buku NATRAH(Cinta,Rusuhan &Airmata).Ku harap adela member yang hadir Program ni dapat buat perkongsian berkenaan info yang kalian dapat.

Sekadar luahan rasa...maaf ku ingin ungkapkan kerana kini aku rasakan diriku sudah lama tiada pengisian rohani...entah mengapa aku rasa kosong...seminggu ni aku rasa lemah, lemahnya kerana dari awal Isnin hari tu badan ini ku rasakan yang teramat panasnya tak dapat aku gambarkan.Pada ketika itu sentuhan ummi benar-benar ku harapkan hadir dalam dakapanku...kasih-sayangnya benar-benar aku perlukan saat itu.Tapi diamku tanpa bicara menutup segala keinginanku.Aku terasa sangat minggu lepas mengajar aku erti kekuatan menempuh hari yang penuh dengan kuiz dan assignment.Aku terasa sedikit terganggu.Seriusnya, dalam keadaan suhu badan yang tinggi ditambah tekakku yang sakit sehingga tak mampuku bersuara dalam kuliah....aku rasakan separuh badan dan jiwaku hilang.
Esoknya nak kuiz aku masih tak dapat memahami apa yang aku baca sedangkan topic tu paling aku minat dalam kelas.Dan dikala diri ini tak mampu lagi memaksa otak untuk menghafal input subject Parasitology ni...ku biarkan mata terkatup merapati kelopak mataku.Oh Tuhan...risaunya aku,mungkinkah dugaan ini datang berikutan dosa yang pernah aku lakukan....maafkan aku Ya Allah...semalaman mata memandang nama-namamu yang indah...menitis air mata ini Ya Allah...mengingatkan yang aku kekadang leka dengan persona dunia yang hanya sementara cuma...maafkan aku Ya Allah...

SubhanAllah....Maha Suci Allah
Keresahan hati ku terubat jua akhirnya apabila ummi call Jumaat hari tu.Ummi cakap nak melawat aku di sini....lalalala...girangnya.Ummi tu macam tahu je aku tak sihat...dan kebetulan kedatangan ummi ke sini pun sekali nak menghantar spect baru aku....yang lama tu sudah pecah.Terasa kembali kasih sayang Ya Rabb pada diri ini yang lemah...terima kasih Ya Allah...

#Tuhan tidak pernah membebankan sesuatu yang tak mampu ditanggung oleh hambanya...
Ku harap sinaran keimanan kepadaNya sentiasa menyelubungi setiap derap langkah kehidupanku menggapai cita-citaku...InsyaAllah..

Friday, April 9, 2010

Adam mengertilah

Nukilan ini saya dapat dari ukhti nadhirah,diharap dapat dikongsikan bersama....
Adam,mengertilah. ..
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji,
Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan dan nafsu sendiri..

Adam,mengertilah. ..
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya. .
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya. .
namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah. ..
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tahu permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun,
Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah. ..
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah. ..
setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jangan disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah. ..
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta..
tapi cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jangan dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya.. .

Adam,mengertilah. ..

Wednesday, April 7, 2010

important for us to know informations about antibiotic


Semasa dalam kuliah Microbiology....miss Syamala kata pada kami pentingnya untuk kita tahu kandungan antibiotik.Oh tidak rupa-rupanya ada banyak antibiotik kat dunia ni.Antaranya,penicillin,ampicillin,amoxicillin,doxycycline , minocycline,demeclocycline,zitromycin,hemoxylin, dan cephalosporin.There are several  classes of antibiotic which are Penicillin,Cephalosporins,Tetracyclines,Erythomycin,Aminoglycosides and polypeptides and Antifungal antibiotics.




Actually....
Antibiotic is a natural substance, or derivative of a natural substance, which when taken in small doses, will either kill or prevent the growth of a microorganism, but will not seriously harm the person taking it.  Antibiotic resistance is the ability of bacteria to resist the effects of an antibiotic designed to treat infections. Every time a person takes an antibiotic, bacteria that normally live in our bodies are killed, but resistant germs may be left to grow and multiply. Repeated use of antibiotics can lead to an increase in dangerous bacteria that are difficult to treat.

Mengapa perlu kita beri perhatian dengan pengambilan antibiotik dlm kehidupan kita?
- Agar dapat mencegah penyakit menular
- Setiap jenis dadah yang digunakan akan memberi side effectnya tersendiri.Sebagai contoh,penicillin ampicillin, dan amoxicillin digunakan untuk merawat urinary tract infection dan sakit tekak.Side effectnya akan timbul rasa gatal.Jika terdapatnya allergic lain yang berlaku, maka rawatan selanjutnya perlu dilakukan.
-Dapat memastikan dos yang diambil tidak melebihi seperti yang dilabel pada botol.
- Dapat mengenal pasti antibiotik yang sesuai berdasarkan pengetahuan kita berkenaan microorganism ape yang terlibat dan menyebabkan berlakunya jangkitan.

Nak tahu...!
Pharmaceutical lah yang bertanggungjawab membuat research and development.Ia juga bertanggungjawab untuk mencipta dadah baru yang sesuai dijadikan sebagai penawar penyakit.
Gambar di bawah ini menunjukkan bagaimana kajian ke atas dadah yang digunakan untuk dijadikan antibiotik.Lihat nombor 1,terdapat diameter zone inhibition yang besar.Ini bermaksud dadah ini mampu untuk melawan bacteria yang ada di sekitarnya.Jadi ianya sesuai dijadikan antibiotic.Berbanding dengan nombor 3,4, dan 5, tiada zone inhibition yang dapat dilihat.Ini bermaksud dadah yang digunakan tak mampu membunuh bakteria di sekitarnya.

Tuesday, April 6, 2010

HADIS KE 6 - Halal dan haram


"Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.anhuma katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini. Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati." (Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)

A.PEMAHAMAN HADITH DAN PERTUNJUKNYA

Halal telahpun jelas dan haram juga telah jelas. Namun terdapat perkara-perkara yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya, seolah-olah ianya terletak di antara kedua-dua yang halal dan haram ini.
A1-Imam An-Nawawi rahimullah telah berkata: "Maknanya; bahawa bagi semua perkara itu ia mengandungi tiga bahagian iaitu:


a. Halal- jelas dan nyata, tidak tersembunyi akan kehalalannya seperti kehalalan memakan roti, berkata¬kata, berjalan-jalan dan selainnya.
b. Haram - juga jelas dan nyata seperti meminum arak dan berzina dan seumpama dengannya.
c. Adapun syubhah (mushtabihah), maknanya ialah ianya tidak jelas, iaitu tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya. Jika sesuatu perkara itu tidak diketahui akan hukumnya atau terjadi keraguan pada hukumnya sama ada ia halal atau haram justeru tidak ada nas menetapkannya dan tidak ada juga ijmak, maka para mujtahid telah berijtihad untuknya. Dengan ijtihad, mereka menaskan atau mengeluarkan hukum untuk salah satu dari keduanya dengan menyatakan dalil-dalil yang berkaitan dengannya.




B.Kedudukan hati dalam tubuh badan manusia.
• Kebaikan jasad bergantung kepada kebaikan hati. Justeru hati itu adalah anggota yang terpenting di dalam tubuh manusia. Tidak terdapat perselisihan mengenainya dari sudut perubatan dan penjelasan.
• Kenyataannya bahawa hati itu adalah sumber kehidupan manusia yang boleh disaksikan.
• Selagimana hati ini baik dan sejahtera maka ia mencernakan darah dalam satu sistem ke seluruh anggota tubuh badan manusia, justeru itu manusia ini sentiasa dalam keadaan sihat dan baik.
Apa yang dikehendaki oleh hadith ini adalah kesejahteraan hati dari segi maknawi. Adapun maksud hadith ini ialah kesejahteraan nafsu adalah dari bahagian dalamnya sekira-kiranya hati tidak ada sesuatu pun yang mempengaruhi nafsu itu melainkan Allah SWT. la adalah rahsia yang tersembunyi. Di dalam kitab "Al-Mu' in `ala tafhimil arba'in" karangan Ibnu Al-Mulqin As-Syafie dinyatakan seperti ini: "Sesungguhnya kesahjeteraan hati adalah dalam lima perkara iaitu:
a. Bacaan Al-Quran dengan tadabbur,
b. Perut yang kosong,
c. Ibadat di waktu malam,
d. Merendahkan diri di hadapan Allah SWT pada waktu sahur (dinihari),
e. Duduk di dalam majlis orang-orang soleh.


*Ibnu Rejab berkata: "Hati yang sejahtera adalah hati yang bebas dari cela dan segala sifat-sifat yang tidak disukai kesemuanya, ianya adalah sebuah hati yang tiada padanya melainkan kecintaan kepada Allah SWT dan ketakutan terhadapNya dan ketakutan terhadap barangapa yang menjauhkan dariNya. "


C.Kesimpulan dan bagaimana nak praktikkan hadis dlm kehidupan:
• melakukan perbuatan yang halal dan menjauhkan yang haram
• meninggalkan perkara-perkara syubhah dan berjaga jaga demi untuk agama dan maruah
• tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan terhasilnya sangkaan buruk dan terjatuh ke dalam perkara-perkara yang telah diberi amaran akan bahayanya.
• dakwah kepada pembaikan kekuatan akal dan pembaikan diri dari bahagian dalamnya dan ianya adalah pembaikan - hati.
• menutup pintu-pintu yang menuju kepada perkara¬perkara yang haram dan mengharamkan segala bentuk perantara yang menuju kepadanya.

Monday, April 5, 2010

biarpun lama...demi matlamat itu aku akan teruskan usaha


Mid Term dah lepas...keputusan ok la..tp kena pertingkatkan lagi....hehehe tetiba je berangan sendirian.Berangan nak capai cita-cita...masih jauh lagi...tapi aku sentiasa bersemangat ni.Assignment oh assignment...kau sentiasa buatkan aku tersenyum...tersenyum macam mana la nak mempersiapkan dirimu nanti untuk dibawa berjumpa dengan lecturerku...hehehe.Akan aku pastikan dirimu sempurna ya..!Kata-kata Abang Raja tak pernah aku lupa.Katanya "kejayaan itu dapat dicipta oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa".Aku yakin benar dengan kata-kata itu.Diari hidupku sebagai MLT(medical lab technology) banyak kisah suka dan dukanya...dan dari situ segala yang terjadi membuatkan aku lebih merenung kekuasaan dan kurniaan Ilahi kepada ku.Moga kemanisannya akan aku temui di pengakhiran pengajianku di sini.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” 
 (Surah Al-Ra’d, ayat 11)

“Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”  (Surah Al-Najm, ayat 39)

“Dan apa juga yang kamu buat daripada jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”
(Surah al-Baqarah, ayat 215).

Friday, April 2, 2010

destinasi cinta yg ku cari semakin hampir


bersama group saya...group 7.Sebelah saya kak izzaty,aida,ayu dan kak huda...betullah dikatakan ukhwah itu akan kita rasa apabila kita menjalinkan hubungan dengan Allah kerna Allah lah yg berhak mencampakkan rasa ukhwah tu dalam diri kita.

Hasan Al Banna ada menegaskan bahawa terdapat jurang yang jauh di antara hakikat ukhuwah yang ada pada sahabat-sahabat Rasulullah dengan generasi-generasi yang lain. Walaupun sedemikian, kita tetap berusaha agar hakikat ukhuwwah yang lahir dalam generasi pertama itu dapat menjadi kenyataan dalam realiti kini.
Hassan Al Banna meletakkan ukhuwwah sebagai salah daripada rukun bai'ah. Menurut Hasan Al Banna yang dimaksudkan dengan ukhuwwah ialah ikatan hati dan roh yang diikatkan dengan ikatan aqidah. Aqidahlah satu-satunya ikatan yang paling kukuh dan paling bermutu. Ukhuwwah yang sebenarnya ialah ukhuwwah iman.

"Hanyasanya orang mukmin itu bersaudara". Hakikat ini perlulah lahir betul-betul. Dan pecah belah adalah saudara kepada kekufuran. Ukhuwwah iman inilah akan lahir kekuatan wehdah atau kekuatan penyatuan. Tiada wehdah tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling minima wujud dengan adanya salamatul sadr. Kasih sayang maksima ialah dengan mengutamakan sahabat.


Barang siapa yang dapat mengelakkan kebakhilan diri atau mementingkan diri, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

hah!!!inilah program yang saya ikuti pada 27&28 Mac 2010.Banyak yang saya belajar...nanti saya kongsikan ya...

inilah khemah yang kami dirikan...

SECEBIS PERKONGSIAN
Program anjuran ISMA gabungan ISMA Johor,ISMA Melaka, dan ISMA Negeri Sembilan pada kali ini diadakan di Gunung Datuk,Rembau Negeri Sembilan.Penyertaan yang melebihi 80 peserta menjadikan matlamat program ini dilaksanakan tercapai.Salah satu matlamatnya adalah untuk merapatkan ukhwah sesama peserta tidak kira dari kalangan dewasa mahupun veteran...juga mendidik bagaimana usaha Islah ini dapat dipertingkatkan walaupun mereka telah bergelar ibu dan isteri.Pengenalan tentang simfoni cinta dan diari cinta juga membuka mata para muslimah untuk menyedari tuntutan utama mereka di dunia ini iaitu untuk terlibat aktif dalam dunia dakwah seiringan kaum adam.Dan yang lebih penting sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT kerana dengan hadirnya cinta Ilahi ini maka kita akan sentisa terdorong untuk melakukan kebaikan dan diperkuatkan kaki menempuh pelbagai cabaran di hadapan.

saya bersama kak Rina(ketua usrah) dan aqilah(sahabat yg baik)

aktiviti menghias kek,buah dan menjahit alas meja...haha barulah nampak betapa kreatifnya kami...


bergambar selepas selesai war game...huh game ni begitu mencabar di mana setiap kumpulan dikehendaki membuat peluru(menggunakan tepung dan air) dan kubu...gambar ni saya bersama veteran ISMA.Sejujurnya, mereka ini walaupun merupakan orang lama, tapi kekuatannya main game ni sukar untuk kami yang muda ni tandingi...(>,-)

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails