Monday, March 8, 2010

Friendly Comparative Religion(2)

bersama kak Aezza dan kak ina

bersama kak Adilah
tetiba jumpa kembali teman sePLKN ku....Aini

Akan ku terus berkongsi info yang ku peroleh pada 7 Mac 2010 , sambungan daripada info pada 6 Mac 2010 di INTI College.

Pada kali ini slot berkenaan Ajaran Cina,Hinduism, Salah Faham non-Muslim terhadap Islam dibentangkan.

1)Kepercayaan Orang Cina

  • Buddha - Ade 4 kebenaran mulia iaitu Dukha, Samudaya,Nirodha dan Marga.Dukha berpunca dari nafsu dan dikatakan ianya tiada penawar.Untuk membebaskan seseorang itu dari Dukha, seseorang itu haruslah membebaskan dirinya daripada nafsu.Sindhartaguatama adalah merupakan Buddha yang paling agung.Buddha ada beberapa jenis, antaranya Guan Shin Yin dan Avalokiteswara yang bertanggungjawab mengambil berat dengan mendengar rintihan manusia di dunia.

  • Taoism - Ajaran ini disandarkan pada Lao Zi.Tao bermaksud jalan/aturan alam atau kesimbangan dalam hukum alam.Keseimbangan yang dimaksudkan ialah kebenaran bahawa dunia ini adalah 2 dualism atau keterlaluan.Sebagai contoh jika ada kiri pastinya ada kanan, jika ada besar pastinya ada kecil.

  • Confucius(Kong Fu Zi) - Ada membahaskan serba sedikit tentang mandat Tuhan.Juga menceritakan asal manusia adalah baik.

  • Adanya alam selepas mati - Terdapat beberapa Dewa.Antaranya, Dewa Datuk Kong,Dewa Guan Gong,Dewa Quen Yew dan Dewa Cai Shen.Dewa Cai Shen adalah dewa kemakmuran yang datang semasa Chinese New Year.
Terdapat beberapa perayaan kaum Cina:

  • Chinese New Year

  • Cap Goh Meh

  • Moon Cake Festival

  • Qing Ming(masa untuk orang cina bersihkan kubur)

  • Hungry Ghost Festival
2)Hinduism

 Nama Hindu sebenarnya tidak bearsal dari kitab mereka, tetapi nama Hindu itu diberi oleh orang British.Nama Hindu bukan dispesifikasikan sebagai agama Hindu tetapi lebih dikenali sebagai orang Hindu.

Terdapat beberapa Holy Scripturesz:
  • Veda
  • Upanishad
  • Purana
  • Mahabrata
  • Ramayana
  • Bhagarad Gita
  • Srimad Bhagaratam
Konsep yang mereka percaya:
  • Trimurthi(cipta)
  • Kali(korban anak)
  • Ramayana
*maaf saya tidak dapat menulis/menghuraikan secara menyeluruh berkenaan Hinduism ini kerana ditakuti fakta yang saya kemukakan ini sensitif bagi sesetengah pengunjung blog yang bukan Islam....

3)Salah Faham Non-Muslim Terhadap Islam

Mengapa perlu kita sebagai orang Islam peduli?
Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi selainnya."
Jadi amat penting setiap dari kita menyampaikan kebenaran Islam ini kepada mereka.Sekali lagi saya ulang , tugas kita hanya menyampaikan kebenaran/menceritakan keindahan Islam...dan hidayah itu semuanya urusan Tuhan.Satu solution yang diberi untuk memulakan proses ini adalah dengan mencari persamaan yang ada di dalam agama mereka dengan agama kita.Sebagai contoh, dalam kitab Bible ada menyatakan Tuhan itu satu dan tidak mempunyai anak.Jadi kita sebagai Muslim boleh menggunakan hujah yang terkandung dalam surah Al-Ikhlas yang juga mempunyai maksud yang sama iaitu Tuhan kita adalah tunggal dan tidak ada selainNya.

Bagaimana salah faham ini boleh berlaku, salah satunya berpunca dari :
  • media massa - Ada disiarkan dalam berita luar negara yang agama Islam ini adalah agama keganasan.Contoh terdekat yang dapat dilihat seperti di negara Palestin dan Iraq.
  • sikap prejudis(berprasangka) terhadap agama dan budaya Islam itu sendiri - Dari segi agama, kita dapat lihat ramai yang bercakap-cakap ketidakpuasan dalam hal poligami,hijab,dan puasa.Ada yang mengatakan poligami dan hijab ini sebenarnya menindas kaum wanita.Dari segi budaya pula, kita lihat ramai yang memperkatakan tentang janggut lelaki, hijab dan gay.
  • orang Islam itu sendiri - Contoh terdekat ialah melihat pada 'Record Malaysia' itu sendiri.Lihatlah peratus orang Islam yang terlibat dalam kes rempit, kes zina, buang anak dan lepak terlalu banyak jika nak dibandingkan dengan kaum agama lain.Contoh lain dapat dilihat dari aspek parti iaitu parti UMNO dan PAS.
Macamana nak jawab soalan yang orang bukan Islam kemukakan kepada kita?

Perkara penting yang perlu dilakukan adalah:
  • Dengar
  • Jaga emosi agar tidak mudah marah
  • Gunakan istilah yang mereka mudah fahami - Jangan guna perkataan wudhuk, takbir, sunat dan lain-lain yang begitu asing bagi mereka.
  • Huraian dan jawapan perlulah rasional,logik,objektif dan scientifik.
  • Selitkan data yang tepat, statistik dan rujukan.Jangan guna perkataan "ustaz saya kata mcam ni" dan "ustaz saya kata macam tu"
  • Dan yang paling penting, fakta mestilah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

our speaker...4 brotherhood

peserta dari INTI College,IPRM, dan USIM dan aku dari Nilai UC.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails