Sunday, March 7, 2010

Friendly Comparative Religion(1)


Alhamdulillah hari ni aku dapat hadirkan diri ke program ini akhirnya...aihh...sampai sesat aku di INTI College tadi...nasib baik ana dan ain ada...thanks yea wahai teman...

Hari ni ada beberapa tajuk yang dibentangkan.Antaranya, Kewajipan Berdakwah, Sejarah Kristian, Asas Kepercayaan Orang Kristian, Memahami Mualaf , Quran dan Sains.

1)Kewajipan berdakwah:
Definisi dakwah dan islah perlu difahami kerana kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.Dakwah dari segi bahasa bermaksud jemput masuk di mana ianya melibatkan interaksi dua hala antara orang Islam dan orang bukan Islam.Islah pula bermaksud membaik pulih amalan dan kepercayaan muslim mengenai Islam di mana ianya hanya melibatkan perbincangan sesama bangsa Islam sahaja.

Kita sebenarnya sebagai umat Islam perlu berdakwah kepada orang Islam dan orang bukan Islam pada masa yang sama.Dakwah itu boleh dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan antaranya melalui akhlak, kebaikan, risalah dan lisan.Pendekatan akhlak sebagai seorang muslim amat penting dalam melaksanakan proses dakwah ini.

#Sememangnya tamadun Islam di Mekah dahulu dan kini seakan sama...masing-masing terikut-ikut dengan budaya barat...oleh itu terfikirkah kita bagaimana kita mampu mencapai kegemilangan dakwah seperti di madinah.Jika dilihat ketika di Mekah, hanya 313 orang sahaja yang memeluk Islam dalam masa 13 tahun...sedangkan bagaimana dilihat di Madinah yang di mana jumlah mereka yang menganuti Islam semakin ramai sehingga mencecah 124000 orang dalam masa 10 tahun sahaja...Apa pendekatan yang digunakan oleh Nabi ketika itu?
Beberapa solution yang boleh diterima.Yang pertama kita perlulah Fardhu Muslim, diikuti Baitul Muslim,Masyarakat, dan Daulah Muslim.Fardhu muslim boleh juga dikatakan pembinaan character muslim yang benar-benar tulen dalam diri setiap individu itu sendiri.Bermula dari seorang individulah kita mampu untuk mentarbiah kelompok yang lebih besar selepas ini.

2)Sejarah Kristian:
Matlamat topik ini dibentangkan untuk memberi kesedaran kepada para peserta berkenaan pengasas agama Kristian yang sebenarnya apabila ramai di antara kita yang mengatakan Jesus Christ/Nabi Isa a.s adalah pengasasnya.Realitinya Jesus Christ ini semasa hidupnya menyambung ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s yang serba serbi berkait rapat dengan ajaran Islam.Kedatangan Saul of Tarsus(orang yang dibenci Jesus) ke Damancus selepas kematian Jesus ini menyebabkan dia dilantik menjadi penyambung ajaran ini.Pada awalnya Saul of Tarsus menjadi pengikut setia kepada Jesus Christ, tetapi lama-kelamaan Saul of Tarsus mengkhianati amanah dengan memngeluarkan fakta yang begitu bercanggah dengan Jesus Christ.Saul ini kemudiannya bertukar nama kepada Paul dan pada zamannya dia mengatakan tidak perlu berkhatan bagi lelaki dan membenarkan rakyat  makan semua jenis makanan tidak kira halal mahupun haram.Tindakan Paul ni mencetuskan terciptanya perkataan Kristian dan Paul inilah dikatakan pengasas kepada agama Kristian ketika ini dan bukan Jesus Christ.

3)Asas Kepercayaan Kristian:
Terlalu banyak didominasi sehinggakan Newsweek April 2000 mencatatkan sebanyak 33,800 dominasi ketika itu.Terdapat beberapa doktrin bagi agama Kristian ini:
  • Dosa warisan - Dari perspektif Bible (bukan dari perspektif Islam) dosa warisan terjadi dan dikatakan diwarisi daripada Adam & Hawa.Fakta lain yang ditimbulkan dalam kitab Bible ini ialah mereka memberitahu bahawa Allah mengatakan semua bayi yang baru lahir akan mewarisi dosa Nabi Adam ini.
  • Jesus adalah anak Tuhan - Dari perspektif Bible, mereka percaya Jesus Christ itu adalah Tuhan dalam bentuk manusia.
  • Penyaliban - Orang Kristian percaya Jesus disalib...mati selama 3 hari 3 malam dan bangkit kembali pada hari ke-3.Mereka juga percaya darah yang mengalir daripada badan Jesus dapat basuh dosa manusia dan dapat memberi keselamatan kepada manusia.
  • Triniti - Orang Kristian percaya Tuhan adalah 1, tetapi dimenifestasi kepada 3 personaliti(Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruhul Kudus...mereka bukan 3 Tuhan tetapi 1 Tuhan.
4)Memahami Mualaf:
Yang biasa kita ketahui Mualaf adalah mereka yang masuk Islam dan merupakan saudara baru kepada muslim.Terdapat beberapa punca orang bukan Islam masuk Islam.Antaranya, disebabkan perkahwinan pergaulan, kebajikan, kajian, Azan, status Bumiputera, perniagaan dan cerai...Slot ini banyak menekankan pentingnya kemudahan diberikan kepada mereka yang baru nak mengenali, berjinak-jinak dan mereka yang masuk agama Islam.Penekanan tertumpu pada diri Mualaf itu sendiri yang terpaksa memikirkan banyak masalah akan timbul sebelum, semasa dan selepas mereka masuk Islam.

5)Quran & Sains:
Slot ini membentangkan persamaan antara ciptaan sains dengan apa yang sudah lama terbukti di dalam al-Quran.Persoalan yang dikemukakan :
  • Jantina bayi ditentukan oleh siapa? = Bapa yang dapat menentukan jantina bayi kerana bapa mempunyai chromosome XY.
  • Matahari bergerak atau statik? = Bergerak jika kita lihat ayat di dalam al-Quran:"It was Him(Allah) who created the night & the day, the sun and the moon, each one travel on orbit with own motion."(21:33)
  • Apa yang menyebabkan kita rasa sakit? = Kulit yang menyebabkan kita rasa sakit kerana di bahagian epidermisnya mengandungi receptor.
  • Apa bentuk muka bumi? = Geospherical melalui ayat " And the day after we had made the earth egg shape(dahaha)." (79:30)
  • 1 more thing : Quran is not a book of 'SCIENCES', but Quran is book of 'SIGNS'.
Nantikan sambungannya........



1 comment:

  1. terima kasih ummu sebb sudi join..sorry sebab x dapat luangkan banyak masa dengan ummu..:'(..

    ukhwah fillah ya ukhti..:)

    ReplyDelete

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails