Friday, March 26, 2010

pemberian teristimewa buat mu teman

Apabila saya terlalu lama juga la tak berdating dengan blog ni, terasa kerinduan yang amat sangat.Ye la tugas semakin besar dan banyak.Tetapi terukir senyuman di bibir ini melihat ada seorang teman saya memberi hadiah kepada saya.Thanks yeah.Oh tidak...!saya tersenarai diantara 15 beautiful blogger award...so tugas seterusnya...ngeee...

Baca dulu ya

Here are the rules to accept the award :

1. Thank & and link the person that gave you the award
2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
4. State 7 things about yourself

Langkah 1 dah...jadi langkah seterusnya saya akan berikan award ni kepada mereka yang bertuah.Apa yang saya temui pemilik blogger di bawah ini mempunyai idea yang tersendiri dalam menghias blog dan isi yang di kemukakan begitu menarik.Tahniah kepada kalian:

7 perkara penting mengenai saya:

  • seorang yang simple

  • merupakan mahasiswi di Nilai University College

  • sukakan kedamaian dan ketenangan...slalunya bila ada problem saya suka lihat pantai

  • bercita-cita nak jadi gynaecologist...macam tinggi sangat je cita-cita saya ni ye...tapi InsyaAllah saya akan berusaha ke arahnya..amik masa sikit

  • seorang yang mempunyai prinsip hidup:bertaqwa semampunya dan berusaha agar tetap ikhlas selalu

  • nama gelaran di alam cyber: ummuaiman dan sofianadhira.

  • suka main tenis salah satu sebabnya saya boleh lepaskan tension kat dinding tu...puas...
*Tahniah sekali lagi...semoga kita semua dapat terus berdakwah melalui blog...InsyaAllah...

Tuesday, March 23, 2010

saya ingin anda tahu...


Album :
Munsyid : Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Jari-jemari ku kuatkan menyentuh papan kekunci ini semata-mata nak meluahkan hati yang tak keruan ini.Aku bukan marah atau tak puas hati...tapi tolongla jangan membuatkan aku bangkit...bangkit untuk menjaga nama dan maruahku....kepada yang berkenaan...harap dapat la tutup mulut anda daripada mengaitkan saya dengan dia...ini kerana saya kurang selesa dan saya juga sedar ketidakselesaan dia bila anda melemparkan tuduhan sedemikian rupa...

kepada anda yang berkenaan:
saya nak jelaskan di sini
yang saya adalah saya
tolong hormati saya
saya tidak mengganggu anda
jadi perlukah anda mengganggu saya
saya tidak pernah ambil tahu pasal anda
jadi perlukah anda mengambil tahu pasal saya
diam tanpa bicara dibibir ini mendengar kata-katamu
bukan bermaksud kalah adalah aku
tapi aku malas nak bertikam lidah dengan perkara sebegini dengan mu
fahamilah aku.....




Saturday, March 20, 2010

Nilai UC Open Day....

MLT sedang mengambil darah salah seorang  visitor untuk mengira kadar glucosa dalam darah.Normally, in mammals the body maintains the blood glucose level at a reference range between about 3.6 and 5.8 mM (mmol/L). It is tightly regulated as a part of metabolic homeostasis.

with sis mira, fifi and mimi.Sis fifi is responsible for head louse's explanation...hehehe 

MLTs doing test on blood glucose level


in lab immunehaematology

Hari ni lepas balik dari rumah Kak Rina, aku terus ke kolej...yelah ada NUC Open day...pening sikitla tengok exhibition sana-sini...aku mulanya nak stay sampai petang...tapi aku decide nak balik awal kerana fikiran aku kusut seketika...pening.Maaf ya Kak Fifi...saya tak dapat nak temankan akak.Tapi secara keseluruhannya ramai yang datang ke lab kami untuk mengetahui dan melihat bagaimana bidang tugas medical lab technology ni.Selain tu, nursing pun tidak ketinggalan untuk menunjukkan skill mereka ketika melakukan praktikal.Memang best....!

Friday, March 19, 2010

10 adab terhadap diri sendiri

Setiap muslimah seharusnya memiliki keperibadian mulia bagi mencerminkan nilai diri dan pada masa yang sama mewakili agama Islam itu sendiri yang penuh kesempurnaan.Untuk itu terdapat beberapa panduan di bawah ini yang boleh kita ikuti:

  1. Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
  2. Memotong kuku tangan dan kaki pada setiap minggu.
  3. Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang hingus dan berkahak.Lebih tertib menghadap ke arah kiri dan gunakan sapu tangan yang khusus supaya tidak mengganggu orang lain.
  4. Mengutamakan bahagian kanan.Dahulukan bahagian kanan dalam semua perkara yang mulia seperti ketika mandi ,berwhuduk,memberi hormat, berjabat tangan, memakai pakaian atau kasut, dan memotong kuku.Utamakan pada bahagian kiri pada perkara yang tidak mulia seperti membuang hingus, meludah, menanggalkan pakaian, berinstinjak dan menyentuh aurat.
  5. Mengalihkan wajah ketika bersin bagi mengelak daripada terkena muka orang lain, makanan dan minuman.
  6. Memuji Allah(menyebut segala puji bagi Allah) sesudah bersin.
  7. Mengingat Allah dan bersyukur kepadaNya ketika melihat wajah di cermin.
  8. Membiasakan diri dengan amal soleh seperti beribadah, bersedekah, sembahyang sunat,menghampirkan diri kepada Allah, berzikir dan membaca Al-Quran.
  9. Tidak melakukan sesuatu yang sia-sia, selalu memperbaiki diri dan berusaha memperbaikinya.
  10. Meletakkan tangan di mulut ketika menguap kerana menguap dengan mulut terbuka luas kelihatan tidak sopan selain dapat menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut.

Monday, March 15, 2010

pada jalan yang berliku...moga Allah kuatkan kudratku

Saya pernah terbaca kata-kata yang indah, dicatatkan nama penulisnya Corita Kent, antara lain berbunyi,


"Cintailah setiap detik waktu itu. Bunga mekar dari celah kegelapan malam. Setiap detik waktu itu sentiasa penting dan diperlukan. Ia mempengaruhi keseluruhannya. Hidup adalah peralihan dan penggantian detik-detik waktu seumpama itu. Maka kejayaan adalah pada setiap saat kita menghidupkan setiap detik itu."

"Jika anda bersabar cukup hanya pada satu detik sewaktu dalam kemarahan, anda melepasi dan melangkaui seratus hari kesedihan."

Satu peribahasa (Cina) yang menyentuh soal pembangunan mengunakan konsep rentak dan gerakan sebagai analogi, seperti yang saya baca pada peribahasa ini, agak unik.



"Usahlah bimbang sekiranya dewasa dengan perlahan; gusarkanlah sekiranya ia hanya kaku."

Atau seperti yang ini,


"Jangan bimbang jika melangkah ke hadapan dengan perlahan-lahan; berasa khuatirlah jika hanya berdiri tegak dan tidak ke mana-mana."


Janganlah bergundah-gulana sekiranya mendapat kesusahan. Buangkanlah airmata barang sedikit, namun usahlah berpanjangan. Yang tenang, tetap dan bersih,

”Seseorang yang benar tidak akan peduli sama ada keseluruhan nilai dirinya musnah daripada hati-hati manusia semata-mata atas niat untuk memperbaiki hatinya sendiri. Dia tidak ingin manusia melihat walau sekecil manapun kebaikan dirinya, dan dia tidak kisah sekiranya keburukan atau kekurangannya diketahui oleh orang lain, kerana sekiranya sebaliknya, ia akan dilihat meninggikan dirinya di mata orang lain, dan itu adalah terkeluar daripada sifat-sifat orang yang siddiqin.”

Harith al-Muhasibi

Monday, March 8, 2010

Friendly Comparative Religion(2)

bersama kak Aezza dan kak ina

bersama kak Adilah
tetiba jumpa kembali teman sePLKN ku....Aini

Akan ku terus berkongsi info yang ku peroleh pada 7 Mac 2010 , sambungan daripada info pada 6 Mac 2010 di INTI College.

Pada kali ini slot berkenaan Ajaran Cina,Hinduism, Salah Faham non-Muslim terhadap Islam dibentangkan.

1)Kepercayaan Orang Cina

  • Buddha - Ade 4 kebenaran mulia iaitu Dukha, Samudaya,Nirodha dan Marga.Dukha berpunca dari nafsu dan dikatakan ianya tiada penawar.Untuk membebaskan seseorang itu dari Dukha, seseorang itu haruslah membebaskan dirinya daripada nafsu.Sindhartaguatama adalah merupakan Buddha yang paling agung.Buddha ada beberapa jenis, antaranya Guan Shin Yin dan Avalokiteswara yang bertanggungjawab mengambil berat dengan mendengar rintihan manusia di dunia.

  • Taoism - Ajaran ini disandarkan pada Lao Zi.Tao bermaksud jalan/aturan alam atau kesimbangan dalam hukum alam.Keseimbangan yang dimaksudkan ialah kebenaran bahawa dunia ini adalah 2 dualism atau keterlaluan.Sebagai contoh jika ada kiri pastinya ada kanan, jika ada besar pastinya ada kecil.

  • Confucius(Kong Fu Zi) - Ada membahaskan serba sedikit tentang mandat Tuhan.Juga menceritakan asal manusia adalah baik.

  • Adanya alam selepas mati - Terdapat beberapa Dewa.Antaranya, Dewa Datuk Kong,Dewa Guan Gong,Dewa Quen Yew dan Dewa Cai Shen.Dewa Cai Shen adalah dewa kemakmuran yang datang semasa Chinese New Year.
Terdapat beberapa perayaan kaum Cina:

  • Chinese New Year

  • Cap Goh Meh

  • Moon Cake Festival

  • Qing Ming(masa untuk orang cina bersihkan kubur)

  • Hungry Ghost Festival
2)Hinduism

 Nama Hindu sebenarnya tidak bearsal dari kitab mereka, tetapi nama Hindu itu diberi oleh orang British.Nama Hindu bukan dispesifikasikan sebagai agama Hindu tetapi lebih dikenali sebagai orang Hindu.

Terdapat beberapa Holy Scripturesz:
  • Veda
  • Upanishad
  • Purana
  • Mahabrata
  • Ramayana
  • Bhagarad Gita
  • Srimad Bhagaratam
Konsep yang mereka percaya:
  • Trimurthi(cipta)
  • Kali(korban anak)
  • Ramayana
*maaf saya tidak dapat menulis/menghuraikan secara menyeluruh berkenaan Hinduism ini kerana ditakuti fakta yang saya kemukakan ini sensitif bagi sesetengah pengunjung blog yang bukan Islam....

3)Salah Faham Non-Muslim Terhadap Islam

Mengapa perlu kita sebagai orang Islam peduli?
Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi selainnya."
Jadi amat penting setiap dari kita menyampaikan kebenaran Islam ini kepada mereka.Sekali lagi saya ulang , tugas kita hanya menyampaikan kebenaran/menceritakan keindahan Islam...dan hidayah itu semuanya urusan Tuhan.Satu solution yang diberi untuk memulakan proses ini adalah dengan mencari persamaan yang ada di dalam agama mereka dengan agama kita.Sebagai contoh, dalam kitab Bible ada menyatakan Tuhan itu satu dan tidak mempunyai anak.Jadi kita sebagai Muslim boleh menggunakan hujah yang terkandung dalam surah Al-Ikhlas yang juga mempunyai maksud yang sama iaitu Tuhan kita adalah tunggal dan tidak ada selainNya.

Bagaimana salah faham ini boleh berlaku, salah satunya berpunca dari :
  • media massa - Ada disiarkan dalam berita luar negara yang agama Islam ini adalah agama keganasan.Contoh terdekat yang dapat dilihat seperti di negara Palestin dan Iraq.
  • sikap prejudis(berprasangka) terhadap agama dan budaya Islam itu sendiri - Dari segi agama, kita dapat lihat ramai yang bercakap-cakap ketidakpuasan dalam hal poligami,hijab,dan puasa.Ada yang mengatakan poligami dan hijab ini sebenarnya menindas kaum wanita.Dari segi budaya pula, kita lihat ramai yang memperkatakan tentang janggut lelaki, hijab dan gay.
  • orang Islam itu sendiri - Contoh terdekat ialah melihat pada 'Record Malaysia' itu sendiri.Lihatlah peratus orang Islam yang terlibat dalam kes rempit, kes zina, buang anak dan lepak terlalu banyak jika nak dibandingkan dengan kaum agama lain.Contoh lain dapat dilihat dari aspek parti iaitu parti UMNO dan PAS.
Macamana nak jawab soalan yang orang bukan Islam kemukakan kepada kita?

Perkara penting yang perlu dilakukan adalah:
  • Dengar
  • Jaga emosi agar tidak mudah marah
  • Gunakan istilah yang mereka mudah fahami - Jangan guna perkataan wudhuk, takbir, sunat dan lain-lain yang begitu asing bagi mereka.
  • Huraian dan jawapan perlulah rasional,logik,objektif dan scientifik.
  • Selitkan data yang tepat, statistik dan rujukan.Jangan guna perkataan "ustaz saya kata mcam ni" dan "ustaz saya kata macam tu"
  • Dan yang paling penting, fakta mestilah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

our speaker...4 brotherhood

peserta dari INTI College,IPRM, dan USIM dan aku dari Nilai UC.

Sunday, March 7, 2010

Friendly Comparative Religion(1)


Alhamdulillah hari ni aku dapat hadirkan diri ke program ini akhirnya...aihh...sampai sesat aku di INTI College tadi...nasib baik ana dan ain ada...thanks yea wahai teman...

Hari ni ada beberapa tajuk yang dibentangkan.Antaranya, Kewajipan Berdakwah, Sejarah Kristian, Asas Kepercayaan Orang Kristian, Memahami Mualaf , Quran dan Sains.

1)Kewajipan berdakwah:
Definisi dakwah dan islah perlu difahami kerana kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.Dakwah dari segi bahasa bermaksud jemput masuk di mana ianya melibatkan interaksi dua hala antara orang Islam dan orang bukan Islam.Islah pula bermaksud membaik pulih amalan dan kepercayaan muslim mengenai Islam di mana ianya hanya melibatkan perbincangan sesama bangsa Islam sahaja.

Kita sebenarnya sebagai umat Islam perlu berdakwah kepada orang Islam dan orang bukan Islam pada masa yang sama.Dakwah itu boleh dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan antaranya melalui akhlak, kebaikan, risalah dan lisan.Pendekatan akhlak sebagai seorang muslim amat penting dalam melaksanakan proses dakwah ini.

#Sememangnya tamadun Islam di Mekah dahulu dan kini seakan sama...masing-masing terikut-ikut dengan budaya barat...oleh itu terfikirkah kita bagaimana kita mampu mencapai kegemilangan dakwah seperti di madinah.Jika dilihat ketika di Mekah, hanya 313 orang sahaja yang memeluk Islam dalam masa 13 tahun...sedangkan bagaimana dilihat di Madinah yang di mana jumlah mereka yang menganuti Islam semakin ramai sehingga mencecah 124000 orang dalam masa 10 tahun sahaja...Apa pendekatan yang digunakan oleh Nabi ketika itu?
Beberapa solution yang boleh diterima.Yang pertama kita perlulah Fardhu Muslim, diikuti Baitul Muslim,Masyarakat, dan Daulah Muslim.Fardhu muslim boleh juga dikatakan pembinaan character muslim yang benar-benar tulen dalam diri setiap individu itu sendiri.Bermula dari seorang individulah kita mampu untuk mentarbiah kelompok yang lebih besar selepas ini.

2)Sejarah Kristian:
Matlamat topik ini dibentangkan untuk memberi kesedaran kepada para peserta berkenaan pengasas agama Kristian yang sebenarnya apabila ramai di antara kita yang mengatakan Jesus Christ/Nabi Isa a.s adalah pengasasnya.Realitinya Jesus Christ ini semasa hidupnya menyambung ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s yang serba serbi berkait rapat dengan ajaran Islam.Kedatangan Saul of Tarsus(orang yang dibenci Jesus) ke Damancus selepas kematian Jesus ini menyebabkan dia dilantik menjadi penyambung ajaran ini.Pada awalnya Saul of Tarsus menjadi pengikut setia kepada Jesus Christ, tetapi lama-kelamaan Saul of Tarsus mengkhianati amanah dengan memngeluarkan fakta yang begitu bercanggah dengan Jesus Christ.Saul ini kemudiannya bertukar nama kepada Paul dan pada zamannya dia mengatakan tidak perlu berkhatan bagi lelaki dan membenarkan rakyat  makan semua jenis makanan tidak kira halal mahupun haram.Tindakan Paul ni mencetuskan terciptanya perkataan Kristian dan Paul inilah dikatakan pengasas kepada agama Kristian ketika ini dan bukan Jesus Christ.

3)Asas Kepercayaan Kristian:
Terlalu banyak didominasi sehinggakan Newsweek April 2000 mencatatkan sebanyak 33,800 dominasi ketika itu.Terdapat beberapa doktrin bagi agama Kristian ini:
  • Dosa warisan - Dari perspektif Bible (bukan dari perspektif Islam) dosa warisan terjadi dan dikatakan diwarisi daripada Adam & Hawa.Fakta lain yang ditimbulkan dalam kitab Bible ini ialah mereka memberitahu bahawa Allah mengatakan semua bayi yang baru lahir akan mewarisi dosa Nabi Adam ini.
  • Jesus adalah anak Tuhan - Dari perspektif Bible, mereka percaya Jesus Christ itu adalah Tuhan dalam bentuk manusia.
  • Penyaliban - Orang Kristian percaya Jesus disalib...mati selama 3 hari 3 malam dan bangkit kembali pada hari ke-3.Mereka juga percaya darah yang mengalir daripada badan Jesus dapat basuh dosa manusia dan dapat memberi keselamatan kepada manusia.
  • Triniti - Orang Kristian percaya Tuhan adalah 1, tetapi dimenifestasi kepada 3 personaliti(Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruhul Kudus...mereka bukan 3 Tuhan tetapi 1 Tuhan.
4)Memahami Mualaf:
Yang biasa kita ketahui Mualaf adalah mereka yang masuk Islam dan merupakan saudara baru kepada muslim.Terdapat beberapa punca orang bukan Islam masuk Islam.Antaranya, disebabkan perkahwinan pergaulan, kebajikan, kajian, Azan, status Bumiputera, perniagaan dan cerai...Slot ini banyak menekankan pentingnya kemudahan diberikan kepada mereka yang baru nak mengenali, berjinak-jinak dan mereka yang masuk agama Islam.Penekanan tertumpu pada diri Mualaf itu sendiri yang terpaksa memikirkan banyak masalah akan timbul sebelum, semasa dan selepas mereka masuk Islam.

5)Quran & Sains:
Slot ini membentangkan persamaan antara ciptaan sains dengan apa yang sudah lama terbukti di dalam al-Quran.Persoalan yang dikemukakan :
  • Jantina bayi ditentukan oleh siapa? = Bapa yang dapat menentukan jantina bayi kerana bapa mempunyai chromosome XY.
  • Matahari bergerak atau statik? = Bergerak jika kita lihat ayat di dalam al-Quran:"It was Him(Allah) who created the night & the day, the sun and the moon, each one travel on orbit with own motion."(21:33)
  • Apa yang menyebabkan kita rasa sakit? = Kulit yang menyebabkan kita rasa sakit kerana di bahagian epidermisnya mengandungi receptor.
  • Apa bentuk muka bumi? = Geospherical melalui ayat " And the day after we had made the earth egg shape(dahaha)." (79:30)
  • 1 more thing : Quran is not a book of 'SCIENCES', but Quran is book of 'SIGNS'.
Nantikan sambungannya........



Friday, March 5, 2010

warkah dari syurga


sekadar perkongsian buat tatapan....
Assalamualaikum....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
sering ku titipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan rahmat dan hidayahNya Yang Maha Esa...
Dalam kekalutan dunia pada ketika ini
Daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua
Dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya
Dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil
Dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa
Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya
Walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala lupa kepadaNya
dan kadang kala kita ingat kepadaNya
Tapi yang pasti terlalu banyak masa yang kita habiskan bukan untukNya

Buat permata Islam yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama
tetapi ia adalah cara hidup kita
Sama ada cara berpakaian...bertutur...belajar...bekerja
atau dengan perkataan yang lebih mudah
bermula kehidupan kehidupan kita daripada bangun tidur...sehingga kita tidur kembali
Semuanya Allah tetap gariskan untuk kita...
Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahad...Islam juga telah mengajar caranya

Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi selainnya."
Tapi sayang sama sekali...kita yang merendah-rendahkannya...kita menjauhkan diri daripadaNya...bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti kita
Kita lalai dengan kehidupan kita sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita
Sehingga kita lupa Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa sedang memerhatikan kita...

Kita tahu adanya Allah tapi kita melanggari perintahNya
sombongnya kita kerana kita lupa kepada pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya
Kita tahu benarnya benarnya Al-Quran ...tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadaNya
Kita juga tahu adanya dosa dan  pahala...bahkan kita juga tahu akan adanya syurga dan neraka
Tetapi kita masih tidak memperdulikan perintah Allah SWT Yang Maha Kuasa

Buat mutiara Islam...yang InsyaAllah akan terus begemerlapan di bumi Allah...
Prof. Dr. Hamka pernah berkata,
"Kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan, tetapi kita tidak boleh hitung berapa lama lagi usia kita yang masih tinggal."
Persoalannya ...
Bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung di dalam jasad kita sudah habis digunakan???
Masihkah dikau ingat akan firman Allah SWT dalam Hadith Qudsinya yang bermaksud,
Daripada Abu Hurairah r.a...
"Aku sesuai dengan dugaan hamba kepadaKu...dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu
Jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya...Aku akan mengingatinya di dalam hatiKu
Jika dia ingat Aku dalam lingkungan khalayak ramai nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik....
dan jika dia mendekatiKu sejengkal.,Aku akan mendekatinya sehasta...
Dan jika dia mendekatiku sehasta...nescaya Aku akan mendekatinya sedepa
Dan jika dia datang kepadaKu dengan berjalan...maka Aku mendatanginya dengan berlari."
(Hadith Riwayat Syaikhari & Tarmidzi)

Walaupun sebesar bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan...
Sesungguhnya Allah SWT masih mengampunkan dosa kita
Oleh itu, kembalilah kepadaNya...andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya
Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhluknya

Setakat ini sahaja dahulu nukilan buat kalian...
Ku mohon jutaan kemaafan andaikata bicara ini mengguris hatimu
Tetapi sesungguhnya daku tidak sesekali bermaksud melukaimu
Semoga dirahmati Allah selalu...

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails