Saturday, February 27, 2010

penghormatan buat Junjungan Mulia Rasulullah SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM




Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam...
Setinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana Baginda telah banyak berkorban dalam memartabatkan ajaran Islam di mata dunia walaupun didatangi badai rintangan yang tidak putus-putus dengan deraian rantaian dugaan.

Jadi sempena sambutan Maulidurrasul pada tahun ini(12 Rabiulawwal 1431H), marilah kita menyambutnya  dengan penuh kesyukuran dengan menyelami perjuangan Baginda dalam berjihad mempertahankan ajaran Islam.Cintailah Baginda kerana itu adalah titik yang membantu kalian untuk mencintai Allah Subhanahuwataala.

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,

"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)

 Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran,

 "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4)

 Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,

"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya."

 Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,
"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri."
Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. 

Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi,
 "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56).

Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,
"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya".

 Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.




No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails