Saturday, February 27, 2010

penghormatan buat Junjungan Mulia Rasulullah SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM




Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam...
Setinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana Baginda telah banyak berkorban dalam memartabatkan ajaran Islam di mata dunia walaupun didatangi badai rintangan yang tidak putus-putus dengan deraian rantaian dugaan.

Jadi sempena sambutan Maulidurrasul pada tahun ini(12 Rabiulawwal 1431H), marilah kita menyambutnya  dengan penuh kesyukuran dengan menyelami perjuangan Baginda dalam berjihad mempertahankan ajaran Islam.Cintailah Baginda kerana itu adalah titik yang membantu kalian untuk mencintai Allah Subhanahuwataala.

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,

"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)

 Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran,

 "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4)

 Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,

"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya."

 Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,
"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri."
Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. 

Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi,
 "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56).

Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,
"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya".

 Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.




Monday, February 22, 2010

zikir rindu


Inilah diriku...
Aku mencari cinta....
Cinta Ilahi yang sudah pasti...
Yang aku tahu ianya pasti menjadi milikku
Tapi seringkali aku kalah dengan pencarianku ini
Kurasakan diri ini bagai layang-layang yang terputus talinya
di saat aku terlalu melayan keenakan dunia
Dan seketika itu aku akan merasakan ketidakcukupan yang hadir dalam diri ku
setiap kali diri ini terlalu asyik bergelumang dengan seloka dan mainan puisi alam maya yang tidak pernah lari dari kelalaian manusia...

Mampukah diri ini mendamba cintaMu??
dek lantaran gelocak hati ini yang sentiasa ingin melakukan sesuatu perkara yang boleh menjaukan diri ini dari mengingatiMu...
Benarlah dikatakan bukan mudah bernafas dalam dunia hamba...
Ya..aku akui itu semua...
Ya Allah aku ingin kecapi kejayaan dalam hidupku ini sebagai seorang pelajar
yg pada masa yang sama ku juga ingin kecapi kecemerlangan ku sebagai seorang hamba
dihadapanMu Ya Allah...



Thursday, February 18, 2010

bersedialah kita mengucup ujian dari Allah


Oh...Alhamdulillah hingga kini aku masih mampu bertahan dengan hidup ini.Pernah anda merasakan diri anda sudah cukup sempurna?Wahai teman sedarlah kita sebenarnya merupakan makhluk sempurna yang Allah ciptakan.Tetapi pernahkah kita terfikir untuk menyempurnakan kesempurnaan yang telah Allah berikan kepada kita...insan yang bernama manusia ini.Bukalah minda dan cekalkanlah hati kalian jika sekarang musibah dan ujian datang menduga iman kalian.Terimalah ujian itu dengan hati yang terbuka.Beruntunglah sebenarnya dirimu kerana Allah masih memberi perhatian kepada mu.Ketahuilah juga yang Dia sebenarnya rindu mendengar rintihanmu berpanjangan...kerana Dia yakin hati-hati sebeginilah yang lunak mendekatkan diri PadaNya.

Oh....hari ini ku ingin berkongsi cerita yang ku baca dalam Majalah Anis.Aku terkesima seketika membaca kisah hidup hamba Allah ini.Izinkan aku mengutar bicara sebagai seorang hamba yang kerdil di hadapan Allah ini.Aku tahu bukan mudah untuk menghadapi ujian sebagai seorang hamba, tapi kalian perlu sedar yang kalian juga sebenarnya tidak boleh lari dari masalah kalian itu.Bukanlah jejak undur kakimu di medan ini diperlukan , tetapi kekuatan juang dirimu menghadapi ujian tersedia di hadapan benar-benar diharapkan.

Apakah manusia itu mengira, mereka itu akan dibiarkan berkata:" Kami beriman sedangkan mereka belum diuji?"
(Al-Ankabut:2)

Kisah ini hasil tulisan penulis novel Hilal Asyraf, kisah yang telah diceritakan oleh pensyarah Akidah beliau di Universiti Yarmouk, dan watak utamanya adalah sahabat rapat pensyarah beliau.

Seorang lelaki ....
Hamba ini mempunyai segala-galanya
Dia bertubuh tinggi dan wajahnya amat kacak
Berketurunan kenamaan dan amat kaya
Perawakannya kemas dan amat menawan
Genius juga merupakan kelebihan yang ada padanya
Awalnya menjadi pakar dalam bidang sains,
kemudia ditawarkan dalam perkomputeran tentera...
Tetapi itu semua tawaran itu di tolak
dan.....
akhirnya mengaji di bidang agama...
Merupakan juga seorang yang amat pakar di Universiti Muhammad Al-Khamis, Magribi.
Beliau telah berkahwin dan...
dikurniakan seorang isteri yang cantik, solehah, kaya dan menjadi rebutan ramai
Memang beruntung hamba ini....
boleh dikatakan seluruh hidupnya begitu sempurna...

Namun....
tiada manusia yang sempurna hidupnya
Hamba ini berkahwin dengan wanita yang dicintainya dan syukur Alhamdulillah...
mereka dikurniakan 3 orang anak...
Ujian Allah datang menguji kehidupan hamba ini..
Allah menguji hamba ini dengan memberi sakit otak lemah dan lambat berkembang kepada ketiga-tiga permata yang begitu disayangi hamba tersebut...
Anak-anak hamba ini ketika umurnya 10 tahun tidak boleh menghafal nombor 1-10 dan tidak pula mampu mengenal abjad ABC...
Hinggakan..
Doktor yang merawat berkata mereka akan berfikiran seperti anak berumur 10 tahun, hanya apabila umur mereka mencapai 20 tahun...

Maka ramailah yang berkata:
"Tiada siapa yang akan berkahwin dengan anak perempuannya."
"Tiada anak lelaki yang mampu meneruskan perniagaannya."

Dan Kita...
Jika kita mendapat tomahan begitu rupa...
Mampukah kita menghadapinya??


Pada suatu ketika pensyarah Hilal menyatakan rasa sedihnya dan kasihan melihat keadaan hamba ini..
Hamba itu lalu bertanya,"Kamu kasihankan aku kah?"
Dan hamba ini meneruskan katanya,
"Keadaan aku ini, tidak perlu disedih kasihankan.Malah patut disyukuri."
"Aku ini mempunyai segala sebab untuk aku takbur.....
Pda ku, Allah mengurniakan nikmat yang sangat banyak...
Namun , dengan adanya anak-anak, aku mampu beringat
bahawa Allah itu lebih berkuasa, lebih besar...
Wujudnya anak-anak aku ini,
ibarat hadiah dari Allah SWT ...
menyelamatkan aku jauh daripadaNya dan mendekatkan diriku padaNya."

Terkatup bicara pensyarah Hilal mendengar kata-kata sahabatnya itu...
Itulah hamba Allah yang menghambakan seluruh dirinya kepada Allah SWT..
Hamba tidak sesekali mengeluh dengan ujian hidupnya,
malah dia menggunakan ujian itu untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Maka:
Bersedialah kita MENGUCUP ujian daripada Allah SWT...

Wednesday, February 17, 2010

syukur alhamdulillah....akhirnya aku berjaya mendapatkan uterus lembu


APABILA KAKI MELANGKAH....!

uterus yang direndamkan dalam 10% formalin.


inilah hasilnya....uterus.Formalin digunakan untuk fix kan tissue


Hatiku berbunga kembali...
Kepulanganku ke Johor sempena raya Tahun Baru Cina pada 12 Febuari 2010 lepas mengingatkan kembali kesungguhanku mencari uterus lembu....hah....sampai je rumah hari Jumaat hari tu...esoknya aku terus mengajak ayahku untuk temankan aku ke pasar pagi.Memula tu ayah aku pelik dengan tindakan aku mahu meminta uterus di pasar pagi di batu pahat,Johor....ha..ha..ha.Menyedari tugas aku sebagai mahasiswi...akhirnya ayah aku akur juga untuk menemani ku ke pasar pagi waktu tu...gembiranya saya...

Sesampainya di pasar pagi, mataku melilau mencari tempat pelapahan daging lembu di situ.Cari punya cari dan akhirnya aku terjumpa beberapa orang pakcik ni sedang melapah daging lembu.Apalagi aku terus meninggalkan ayahku dan bergegas menuju ke arah pak cik tu.Kedatanganku ke situ menimbulkan rasa ceria pada wajah pak cik tu dengan harapan aku membeli daging lembu yang dijual di situ..Aku terus berkata,"Maaf pak cik di sini ada di jual uterus lembu?", terpancar sedikit kerutan pada wajah pak cik itu. Lantas ku katakan "Ermm, macam ni pak cik,maksud saya peranakkan/rahim lembu(betina)?.Jika ada saya mahu beli untuk tugasan assignment saya di kolej."Pakcik tu berkata,"Maaf la dik kat sini tak de benda tu."Urrgh....! hatiku luluh waktu tu...

Dan....muncul seorang pak cik India ni yang menghampiri ku dan di katakan bolehla menyelamatkan keadaan aku waktu tu.Katanya,"Ye adik, mahu beli daging?".Aku berkata,"Tak uncle, saya merupakan student makmal perubatan..dan datang ke sini untuk membeli peranakkan / rahim lembu betina jika ada untuk tugasan di kolej".Pertanyaan ku disambut baik oleh uncle tu dan dia menyuruh aku untuk datang ke situ pada esok pagi kerana organ tu perlu ditempah.Aku tersenyum gembira dan mengucapkan bebanyak terima kasih kepada uncle tu.

Esoknya, aku datang ke pasar pagi untuk mengambil organ yang dijanjikan oleh uncle tu kepadaku.Ku beli organ tu dengan harga RM15....he..he.Tetiba terdetik kat hati ni..."uterus dah dapat tapi macamna nak awetkan organ ni supaya tahan lama ...lagikan aku akan kembali ke kolej lama lagi".

Jadi...cabaran kedua...masalah formalin...!
Memula nak dijadikan cerita fahreen suruh aku simpan dengan ais....ku lakukan apa yang disuruhnya....dan seketika ku lihat organ tu makin berbau dan kelihatan tak tahan diletak dalam ais hingga naik cuti ni.Lantas ku mencapai handphoneku dan menelefon sepupuku yang merupakan Doktor Pakar Sakit Tulang untuk membantu...mungkin dia ada bekalan formalin di hospital.Oh Tuhan....aku sedih dia tak dapat membantuku kerana dia sedang bercuti bersama keluarganya.Fikiranku sentiasa berfikir mencari jalan untuk mendapatkan formalin itu...dan tetiba ummi ku menyedari kerunsingan yang ku alami dan ummi ku mencadangkan agar aku pergi ke Hospital Besar Batu Pahat,Johor untuk meminta formalin jika ada.

Sesampainya di Hospital Batu Pahat...aku terus terjah ke bahagian emergency dan ketika itu ku lihat ramai yang datang ke situ atas alasan benar-benar sakit.Aku bukan datang untuk meminta rawatan,,,tapi datang ke situ untuk meminta formalin...kerana aku perlukan sangat formalin tu...maaf ye kalian..Aku terus ke bahagian reception dan mengatakan aku memerlukan formalin tu dan sempat sekali ku beritahu yang aku adalah student makmal perubatan under KKM.
Alhamdulillah...akhirnya pekerja di bahagian reception tu...menyuruh aku masuk bertemu doktor di bilik 2.Aku lihat ramai pesakit yang menunggu giliran masuk ke bilik rawatan 2 tu...errrmmm lalu aku terus beranikan diri masuk ke dalam bilik rawatan yang telah diberitahu oleh pekerja tadi.Sekali lagi aku ditanya oleh doktor tu apa yang aku nak buat sebenarnya dengan formalin tu...ku ceritakan semuanya.Doktor tu kelihatannya memahami situasi aku dan dia memberi aku 2 botol(500ml setiap satu) yang berisi 10% formalin....Aduh...gembiranya aku ketika itu...bersyukur sesangat kerana susah payah ku ke sini akhirnya berbayar....Alhamdulillah..

Oh tidak...masalah lagi...
Macamana nak bawa balik nanti organ ni...dah la aku balik naik bas...nak buat macam mana tiket dah beli....masa dalam bas Dila, sahabatku ....kesian dia duduk kat sebelah aku macam nak muntah...maaf ye..aku terpaksa...
Dan akhirnya organ yang bernama UTERUS tu berjaya ku bawa dari Johor ke Negeri Sembilan dengan selamat....Alhamdulillah...

inilah jalan cerita HIDUPKU......

Thursday, February 11, 2010

Best pergi Lab Parasitology hari ni.....



BESTNYER HARI NI...!

Hari ni hari Khamis = 11 February 2010...macam biasa hari ni aku ada kelas Cytology, Haematology dan Parasitology...aku nak cerita serba sedikit apa praktikal yang aku jalankan hari ni:
  1. Mase Cytology tadi ada kuiz....harap-harap aku dapat la score...penting ni,
  2. Mase Haematology tadi kitaorang buat experiment tentang 'Hemacytometer...to perform total red blood cell count.'Bahagian yang sukar ialah mase nak masukkan red blood cell tu ke dalam 'pipette of red blood cell'...empat kali aku buat tapi tak nampak sangat RBC nye pada 'Neubauer Counting Chamber'....urgh! so lain kali kena buat betul-betul la sebab experiment ini yang akan keluar masa final exam nanti.
  3. Mase parasitology, aku suka 'handling this experiment' , tapi aku jadi pening bila bau stool tu.Ops hari ni aku guna sample stool dari Kak Fifi nya group...thanks ea Kak Fifi...Practical hari ni bertajuk to find parasite(cyst or Helmith egg) of the stool sample under the microscope.2 cara yang digunakan iaitu 'concentration technique' dan 'direct wet mount'.Masing-masing hari ni banyak ragam...yelah tetiba kena buat experiment ke atas tahi...ade yang tak tahan tu...macam nak termuntah pun ada..he....he..he...walaubagaimanapun hari ni memang best....
HISTOPATHOLOGY PLAK..
Balik ni kena teruskan usaha mencari uterus lembu atau kambing untuk buat assignment Histophatology ni.Formalin....hah jangan lupa ummu...awak kena minta Kak Mas ye nanti.For this assignment, I have new group members: aku, Ila,Mun dan Fahreen....diharapkan semuanya dapat berjalan dengan lancar...InsyaAllah...sem ni memang kena ulang alik ke lab je la...sebabnye nak kena siapkan tissue processing.Embedding dah siap , cuma belum lagi buat 'tissue cutting' guna microtom.


my team for assignment of Histopathology....uterus tissue cutting.
Dari depan aku, Mun, Ila dan Fahreen.

Friday, February 5, 2010

Tanda-tanda dan Penyakit - oleh Imam Khalid



1)MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
a)Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b)Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c)Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d)Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
e)Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2)HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
a)Selsema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b)Hidung sebu : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Proses menyeimbangkan masalah alahan  hidung.
c)Bersin : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
d)Batuk : i.Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
                ii.Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya
                    kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.     
               iii.Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian 
                     kerongkong dan  paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok
                     atau terdedah kepada udara yang tercemar.
3)KERONGKONG
a)Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b)Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
4)BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
 a)Bibir pucat : Sistem penghadaman yang lemah.Perut mengandungi angin.Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b)Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.
5)MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
 a)Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain- lain lagi.
b)Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c)Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
6)TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a)Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b)Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
7)KULIT
 a)Peluh : i.Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
               ii.Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
b)Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
c)Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
d)Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
e)Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
8)SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a)Sendi Sakit :
i.Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
ii.Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii.Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b)Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c)Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d)Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e)Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f)Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g)Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h)Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


TANDA-TANDA DALAMAN
1)Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.


  • Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala: i.Bahagian atas: Menunjukkan penyakit  tekanan  darah tinggi.ii.Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  • Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
  • Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
2)MULUT/KERONGKONG
a)Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b)Muntah Darah:
  • Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
c)Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
d)Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
3)KENCING
a)Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
b)Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c)Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d)Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e)Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
4)BUANG AIR BESAR
a)Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b)Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c)Najis Berdarah:
  • Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
  • Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.
TINDAK BALAS BADAN
a)Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
i.Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii.Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii.Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv.Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b)Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c)Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d)Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


TINDAK BALAS EMOSI
1.Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
2.Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
3.Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
4.Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.
  • Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.


PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails