Tuesday, January 19, 2010

Ummi Umarah....wanita kental di medan perang...!



Ummi Umarah atau nama sebenarnya Nasibah binti Kaab merupakan isteri Ghazi bin Amru iaitu seorang sahabat utama dan pejuang bersenjata.Ummu Umarah mendapat kedudukan yang paling depan antara wanita-wanita Muslimah.Dia seorang sahabat yang mulia, pejuang yang terulung, lurus, kuat beribadat,sangat rajin dan sentiasa bergantung kepada diri sendiri.Dia juga antara wanita pertama yang memeluk Islam.

Cerita Tentang Beliau...!
Ummi Umarah sering menyertai kaum Muslimin di dalam medan perang, berjihad sambil memberi minum kepada pejuang-pejuang yang luka, membalut luka-luka dan jika perlu turut sama mengankat pedang bertempur di samping kaum lelaki.Di perang Uhud,Ummi Umarah antara 10 orang yang tetap di samping nabi untuk melindungi baginda.
Ketika pertempuran antara tentera Muslimin dengan tentera Quraisy, ramai daripada kaum Muslimin yanng gugur,ada juga yang melarikan diri sehingga yang tinggal sekitar Rasulullah hanya beberapa orang sahaja.Mereka terus berjuang bermati-matian untuk melindungi Rasulullah daripada serangan Quraisy yang bertubi-tubi.Di antara orang-orang yang masih bertahan di sisi Rasulullah ialah Ummi Umarah, suaminya serta dua orang puteranya.

Di tengah-tengah pertempuran hebat itu,tentera Quraisy membuat pelbagai percubaan untuk memecahkan pertahanan Rasulullah.Pada masa itu,Ummi Umarah telah menunjukkan sikap kepahlawanannya.Lalu dia menggapai sebilah pedang dan memikul busur dan panah, lalu dia menghentam ke kanan dan ke kiri dengan pedangnya.Ummi Umarah antara orang yang kuat semangat dan teguh kedudukannya ketika berhadapan dengan musuh di medan perang.Akhirnya peperangan itu memihak kemenangan kepada tentera Islam.

Apabila Rasulullah kembali ke Madinah, pertama yang dibuat oleh baginda ialah mengutus Abdullah bin Kaab Al-Mazini untuk bertanyakan tentang kesihatan Ummi Umarah.Utusan itu telah menemui Ummi Umarah ,kemudian kembali kepada Rasulullah dan memberitahu bahawa kesihatan Ummi Umarah baik-baik sahaja.

Baginda sunggunh gembira mendapat tahu berita tentang Ummi Umarah itu.Kemudian baginda selalu datang menziarahinya dan kadang-kadang makan roti jagung bersama-sama.Ummi Umarah mengalami  cedera parah di bahunya ekoran serangan Ibnu Qamiah ketika perang Uhud.

Ummi Umarah mempunyai kelebihan kerana menunjukkan contoh yang baik bagi seorang wanita Muslimah dalam berjihad, yang mengambil tempat seiringan dengan lelaki di medan pertempuran..moga jiwa-jiwa wanita kini terdidik untuk mentauladani keperibadian Ummi Umarah ini...InsyaAllah....

1 comment:

  1. she is My inspiration.. Umi Umarah, i want to be her.. insyaAllah..

    ReplyDelete

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails