Friday, January 8, 2010

Pengantin Yang Diberkati





Maafla kali ini aku nak bercerita sedikit tentang kisah cinta Rasulullah s.a.w dengan Aisyah r.a...
Indahnya cinta baginda bersama Aisyah r.a!!!

Rasulullah berkata:
"Aku bermimpi melihatmu selama tiga hari berturut-turut.Malaikat datang kepadaku dengan membawa gambarmu dalam balutan secarik kain sutera(putih).Malaikat berkata,"inilah calon isterimu."Aku segera membuka kain sutera yang menutupi wajahmu itu.Ketika itu ternyatalah dia adalah anda, maka aku katakan,jika ini daripada Allah s.w.t, nescaya dia mewujudkannya."
(HR Ahmad)

Rasulullah s.a.w tidak terus menikahi Aisyah r.a setelah meminangnya.Barangkali hal itu disebabkan oleh pertimbangan bahawa usia Aisyah r.a ketika itu masih kanak-kanak sehingga baginda tidak sanggup merampas zamannya, segala permainan atau memikul tanggungjawab dan bebanan rumah tangga di bahunya.Selain itu Rasulullah s.a.w sibuk dengan berbagai perkara yang menghalang baginda.

Rasulullah s.a.w sangat mencintai "calon isterinya" yang masih muda ini.Baginda sentiasa berpesan kepada ibundanya, Ummu Ruman agar terus membimbing isterinya.
Baginda berasa gembira menemui Aisyah r.a setiap kali menghadapi masalah.Baginda dapat melupakan segala bebanan fikiran ketika berbual dengan Aisyah.Aisyah juga merasa gembira ketika Rasulullah mengunjunginya.Tidak salah aidainya Rasulullah s.a.w datang ke rumah Abu Bakar pada bila-bila masa ...di samping sebagai mentua, Abu Bakar adalah teman setia yang menemani baginda berhijrah ke Madinah dan banyak membantu baginda dalam urusan dakwah Islamiah.

Walaupun Aisyah r.a masih muda usianya, namun begitu beliau amat memahami kehidupan yang bakal dilalui, sedar terhadap tugas dan tanggungjawab yang akan dipikul di bahunya kerana beliau bukan isteri orang biasa, tetapi isteri seorang nabi.Selain sebagai seorang isteri, beliau wajib membantu suami untuk menyebarkan utusan dari langit dan dakwah Islam.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails