Tuesday, January 5, 2010

Kita Insan Yang Beruntung




Cuba perhatikan ramai manusia di sekeliling kita yang sedang menghadapi pelbagai bencana.Betapa banyak penderitaan yang di tanggung dan hanya iman menjadi kekuatan untuk mengharunginya.Jadi, usah merungut, bersedih dan berputus asa jika kita diuji dengan cabaran yang kecil.Kini sampailah masa untuk kita merenung ke dalam diri sebagai orang yang mulia bersama mereka yang terkena musibah.Tiba juga masa untuk kita menyedari bahawa kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang Mukmin dan ia adalah tempat kesusahan dan cubaan.

Semua yang kita miliki pada hari ini hanyalah pinjaman dan segala-galanya boleh hilang sekelip mata bila ujian tiba seperti kemiskinan, kematian , kesakitan dan sebagainya.

Anggaplah dugaan yang diterima itu bagaikan duri-duri kecil yang tidak ada ertinya.Mohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan dan bersyukurlah di atas segala kurniaan-Nya.Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai suri teladan kita bersama yang redha dan bersabar dengan pelbagai cabaran yang menimpanya dalam menegakkan agama Islam.Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w malunya kita jika hanya dugaan kecil, kita sudah berputus asa.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?Mereka telah ditimpa kepapaan(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit , serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh)".

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails