Sunday, January 10, 2010

Hidup Biarlah Berbakti Biarpun Tidak Dipuji



Syukur Alhamdulillah akhirnya selesai sudah explorace pada jam 12.00 tgh hari tadi...
Banyak ilmu yang aku timba sepanjang berlangsungnya program anjuran 'Pembina ISMA' ni...
Tugasku sebagai urusetia explorace ni sedikit sebanyak mengajar aku untuk lebih komited dengan tugas yang diberi...dan tidak dilupakan ukhwah dan kenalan yang ramai aku temui seperti dari IIUM, USIM dan UNITY...
Explorace yang bermula jam 9.00 pg akhirnya selesai tepat jam 12.00...syukur aAlhamdulillah...
Tujuan diadakan explorace ini sebenarnya untuk mengisi masa pelajar dengan perkara yang berfaedah di samping memupuk sikap saling bekerjasama, bantu-membantu dan tolong menolong di antara satu sama lain.Di samping itu juga pengukuhan ukhwah antara saudara seislam dapat dieratkan..Tidak dilupakan pemikiran kritis mengenai kreativiti para peserta menyelesaikan soalan yang diberi sedikit sebanyak membantu mereka agar dapat bertindak dengan lebih bijak lagi....penerapan nilai-nilai ketuhanan juga diselitkan dalam explorace ini...dan diharapkan semua para peserta berpuas hati dengan program ini...


bergambar dgn kak izah dan kak wani

Sepanjang perbincangan explorace bersama 'pembina ISMA' ni...sepertimana yang aku katakan banyak mereka-mereka yang telah berjaya yang aku temui...antaranya seperti Kak Izah(baju merah) dan Kak Wani(baju biru).Siapakah mereka ni....?
Sebenarnya Kak Izah ni merupakan roomate Kak Rina mase belajar kat Australia dulu...Kak Izah sekarang tengah buat praktikal doktor di Malaysia dan pada bulan 2 ni ..insyaAllah dia akan sambung belajar 'medic' di Australia...dan tinggal 1 tahun lagi dia akan bergelar seorang 'doctor' ....insyaAllah..
Kak Wani pula dah habis 'study medic' kat New Zealand dan sekarang menunggu panggilan bertugas sebagai seorang 'doctor'.Kekadang memang kita tak tahu apa yang berlaku pada hari ini....tetapi bagi aku yang dipertemukan dengan insan ini...aku berharap sangat ianya akan menjadi perangsang kepada aku untuk lebih cemerlang seperti mereka berdua pada masa ini dan pada masa hadapan...insyaAllah..bantulah aku Ya Allah....
Ingatlah selagi kita bertaqwa kepadaNya...insyaAllah Allah akan memberi kepada kita jalan keluar kepada masalah kita..

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails