Sunday, January 10, 2010

Fatimah Syarha di Masjid Putra Nilai


Pada 9 Januari 2009...ada satu 'talk' berkenaan "Finding A True Love" oleh juara penulis novel sayembara 2006...iaitu akak Fatimah Syarha yang diadakan di Masjid  Putra Nilai...serba sedikit info yang ingin aku kongsikan di sini ialah berkenaan 'CINTA'.
Cinta sebagaimana yang kita tahu ianya sememangnya fitrah manusia...Tetapi harus beringat fitrah kurniaan Ilahi kekadang boleh bertukar menjadi fitnah kiranya ia digunakan ke arah yang tidak menepati syariat Islam...
Terdapat 3 tingkatan cinta dalam Islam dan yang paling utama ialah cinta agung iaitu cinta kepada Allah s.w.t.Kita selalu memuji kehandsoman dan kecantikan manusia berlebih-lebihan sedangkan kalau di perhatikan sebenarnya itu semua adalah pemberian dari yang Maha Pencipta...
Tetapi tidakkah kita semua berfikir yang kecantikan pada manusia itu tercipta daripada Pencipta manusia, maksud di sini Allah s.w.t...dan seharusnya cinta kepada Allah itu lebih utama kerana dia amat berkuasa dan semestinya kita tidak akan pernah kecewa jika mendamba cinta kepada Yang Maha Esa berbanding kiranya kita mendamba cinta manusia(antara lelaki dan perempuan).Aku mengingatkan juga diri ini...ingatlah wahai teman tiada keindahan dalam melakukan maksiat kepada Allah...

Terdapat beberapa cara dan usaha yang dapat kita lakukan untuk menutup pintu fitnah dalam kalangan wanita:
I)Mensolehahkan diri kita
II)Perlu kawal diri agar tidak mudah menyerah kalah dengan nafsu
III)Pagarkan diri dengan pagaran syariat
IV)Bagi wanita, berkawanlah dengan mereka yang solehah
V)Tegas pada diri dan pada lelaki


No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails