Sunday, January 31, 2010

pap smear...

Info pap smear ini hanya sekadar untuk pengetahuan bagi sesiapa yang belum mengetahuinya terutama wanita...

 

Ujian lumuran Pap

Ujian lumuran Pap (Pap smear test) merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian lumuran Pap ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat
awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).
CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain. CIN tidak memberikan sebarang gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian lumuran pap.

Ujian Lumur Pap yang dilakukan sekarang merupakan ciptaan Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962), seorang Amerika kelahiran Greek, bapa kepada sitopatologi.
Dia pertama sekali menerbitkan beberapa siri kes besar bertajuk Diagnosis of uterine cancer by the vaginal smear (Papanicolaou & Traut, 1943). Teknik pensampelan masih tidak bertukar semenjak itu.

Ujian ini merangkumi sapuan pangkal rahim secara berhati-hati untuk mengumpulkan contoh sel. Sel-sel ini diletakkan pada slaid kaca dan diperiksa untuk sebarang keadaan luar biasa di makmal.
Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal barah.

Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan. Justeru, wanita yang tidak menjalani ujian tidak akan mengetahui mereka sebenarnya di ambang bahaya mendapat barah pangkal rahim.
Dianggarkan lima sehingga tujuh peratus sapuan Pap menghasilkan keputusan tidak normal, seperti dysplasia, keadaan berkemungkinan pra-barah. Kebanyakan dari keadaan ini bukannya disebabkan barah pangkal rahim, tetapi ia merupakan penanda bahawa peningkatan pemantauan perlu dilakukan.

Sebaik dikesan, CIN akan dibuang melalui pembedahan kecil dan kesihatan wanita akan dipantau sehinggalah disahkan benar-benar sihat yang mengambil masa enam bulan hingga dua tahun; bergantung kepada keadaan setiap pesakit.
Bagi wanita bujang dan tidak pernah mengadakan hubungan seks, mereka hanya perlu menjalani dua pemeriksaan saja, iaitu ujian ultra bunyi dan barah payudara.

PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?
PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.

"Bayangkan doktor lelaki pula yang buat. Eee....malunya. Lainlah kalau memang tengah sakit, rasa malu bolehlah di tolak ke tepi."

Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.

DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA

MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.
Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.
Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR
Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.
Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.
Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.
Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.
Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.
Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.
Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?
Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.
Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.
Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.
Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.
Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:
* Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.


open your eyes by maher zain


Open Your Eyes



Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..



We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..

(Allah..)


Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..


We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way

(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Saturday, January 30, 2010

sedikit info berkenaan konvensyen pemikiran Hassan Al-Banna di UNITEN...

di Dewan Seri Sarjana UNITEN
dari kanan:aqilah,ana,aku,dan ila

Latar diri Hassan Al-Banna:
  • Nama penuh beliau adalah Hassan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna
  • Lahir di Kota Al-Mahmudiyah, di kawasan Delta Nil Wilayah Buhaira,Mesir...pada hari Ahad, tanggal 25 Sya'ban tahun 1324(14 Oktober 1906)
Mengenali Hassan Al-Banna:
  • Beliau menerima banyak pengaruh dari beberapa ulama besar,guru dan bapanya
  • Beliau menjadi guru di sebuah sekolah rendah di Kota Ismailiyah setelah lulus dari Dar el-ulum pada 1927
  • Pada 1928 beliau menubuhkan jamaah Ikhwanul Muslimin
  • Antara persatuan lain yang beliau sertai seperti "Jam'iyah Al-Adab Al-Akhlaqiyah" , "Jam'iyah Man'u Al-Muharramat" dan "At-Tariqah Al-Hashofiyah"
  • Beliau juga turut serta dalam penubuhan jamaah Syubbanul Muslimin pada tahun 1927
  • Jamaah Ikhwanul Muslimin yang diasaskannya telah tumbuh, berkembang dan tersebar ke seluruh masyarakat dan kota....pada akhir tahun 40-an Ikhwanul Muslimin ini telah menjadi organisasi sosio-politik yang terbesar di Mesir dan negara Islam lain di seluruh dunia
Penegasan beliau:
  • Jamaah yang beliau dirikan bukan merupakan parti politik, tetapi merupakan kesatuan idea dari berbagai nilai-nilai perubahan, di samping berusaha untuk kembali kepada Islam yang benar dan bersih dan menjadikannya sebagai manhaj yang komprehensif untuk kehidupan.
  • Beliau memimpin jamaah Ikhwanul Muslimin dari1928-1949...dan sepanjang kepimpinannya, beliau banyak menghadapi perangan politik dengan pihak lain(parti Al-Wafd dan parti Al-Saadi).
  • Ketika perang dunia kedua meletus berikutan kejatuhan Bagdad akibat serangan Tatar, beliau mengajak Mesir untuk keluar dari belenggu Inggeris sehingga dapat memberi tekanan kepada Inggeris untuk penuhi permintaan umum Mesir...dalam konteks ini,Ikhwanul Muslimin banyak mengadakan persidangan, dan melakukan demonstrasi untuk menuntut hak-hak negara.
  • Beliau meletakkan perhatian khusus terhadap isu Palestin dan menganggapnya sebagai"permasalahan seluruh dunia Islam" dan beliau selalu menegaskan bahawa"Inggeris dan orang-orang yahudi tidak akan memahami kecuali satu bahasa,iaitu bahasa revolusi, kekuatan dan darah".
  • Beliau juga menolak keputusan untuk membahagikan negeri Palestin yang dikeluarkan oleh PBB pada 1947...dan mengajak semua umat Islam untuk melakukan jihad di tanah Palestin demi mempertahankan tanah Arab dan Muslim.
Beliau juga:
  • Memiliki pendapat yang tepat dan wawasan yang luas terhadap qadhiyah an-nahdhah(masalah kebangkitan).
  • Menghubungkan masalah kemerdekaan dari kolonialisme dan ketergantungan kepada Eropah dari satu sisi,dan terhadap kemajuan ilmu pengetahuan yang harus dicapai oleh umat Muslim pada sisi yang lain....beliau mengatakan,"Kita tidak akan mampu melakukan perubahan dan kita tidak dapat menerapkan konsep perubahan secara internal selama kita belum merdeka dari campur tangan asing".
Konklusinya:
  1. Kemelut yang melanda Melayu kini seperti isu perkauman, perselisihan dan perpecahan perlukan satu jawapan yang menyeluruh dari umat Islam itu sendiri.
  2. Humanisme yang telah berjaya mencengkam umat Melayu dari segi materialisme, sekularisme, komunisme, sosialisme, kapitalisme, liberalisme, demokrasi, pluralisasi dan globalisasi menyebabkan umat Islam tidak ada keyakinan untuk bangun dan akhirnya bergantung kepada bangsa asing.
  3. Sebagai bangsa Melayu (majority), keutuhan dan kekuatan Melayu perlu dititikberatkan.
  4. Kita umat Islam perlu tumpaskan ideologi barat.
  5. Tindakan memisahkan Melayu dari Islam tidak akan dapat membawa kesejahteraan, tetapi akan mencetuskan pergaduhan dan pertelingkahan sesama sendiri.

Friday, January 29, 2010

KONVENSYEN PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA


 Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010
TEMPAT : DEWAN SRI SARJANA,UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN),
                    KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

OBJEKTIF
i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii.Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.


PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
 Timbalan Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia Ikatan Muslimin Malaysia


Bayaran:
Perseorangan - RM50
Wakil Organisasi - RM100
Suami & Isteri - RM70
Pelajar - RM20

Monday, January 25, 2010

hati tetiba sebak mendengar lagu ni....muhasabah cinta




Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan...
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kedung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampunilah hilaf dan salah Ya Ilahi..
Muhasabah cintaku...

Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungi aku dari putus asa
Jika ku harus mati...
Pertemukan aku denganMu...

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kedung doaku
Sakit yang ku rasa
Biar jadi penawar dosaku...
Butir-butir cinta airmataku
Teringat semua yang kau beri untukku
Ampunilah hilaf dan salah Ya Ilahi
MUHASABAH CINTAKU.....

Hidup 18 tahun aku di dunia ini banyak mengajar aku melihat, mendengar, meneliti dan mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan...aku hanya seorang muslimah yang bertitlekan  hamba di hadapanNya...Sudah banyak orang yang aku temui dan banyak juga pengalaman yang aku dapati daripada kisah silamku...Tipulah kiranya aku katakan aku tidak pernah mengeluh dengan ujian hidup ini...

Ujian....
ermm...ISLAM dan IMAN...is the best word to me...aku katakan ni pun sebab aku dah melihat kekuasaan Ilahi itu padaku...dan dari situ aku rasa tenang bila mendampingkan diriku padaNya...kerana aku tahu aku semestinya tidak dapat mengharungi hidup ini tanpaNya di sisiku....terima kasih Ya Allah...

Tidak keterlaluan jika aku ingin berkongsi kisah aku...dan aku harap ianya dapat dijadikan pedoman buat pengunjung blog ini....

Maka apabila Dia berkata,"Terjadilah..", maka akan terjadilah...
Aku bersyukur padaNya yang memberi aku kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.Kisah bermula apabila pada usiaku 7 tahun aku disyaki menghidap sakit buah pinggang.Buah pinggangku tidak dapat berfungsi dengan baik dan doktor mengesyorkan aku untuk tinggal 3 bulan dalam wad untuk lihat perubahan pada ubat yang dia bekalkan untukku...dengan harapan ubat itu dapat merawat buah pinggangku yang bermasalah itu....Ingat lagi ketika itu doktor tak benarkan aku jejakkan kaki ku ke lantai kerana risau bengkak pada badanku akan menjadi lebih teruk lagi...kekadang air mata menitis mengenang nasib yang terpaksa aku pikul,malam-malam yang datang aku hitung...dan fikiran sentiasa berfikir  masihkah ada esok untukku...aku tak mampu buat apa-apa waktu tu kerana ketika tu umurku masih muda...yang termampu hanyalah berdoa kepadaNya...

Hinggakan ku berkata," Jika mati itu baik untukku maka matikanlah aku Ya Allah".Aku bukan give up, tapi pengorbanan ummi dan ayahku yang bersusah payah menjagaku di wad ketika itu membuatkan aku selalu sedih.Ummi tak pernah tinggalkan aku semasa aku duduk wad, malah dia lebih teliti dengan kesihatan aku...tiap kali aku mandi, ummi aku mesti dukung aku dibelakangnya dan terpaksa basah buat kali kedua semata-mata ingin memandikan aku...ummi kata kena dengar kata doktor kerana angah tak boleh jejak lantai, nanti sakit makin teruk.

Dan ketika aku hendak dibedah, malam tu doktor ingatkan aku kena puasa...urg hanya Tuhan je yang tahu perasaan aku waktu tu menanti keesokan hari....takut....!ummi selalu solat malam kat sebelah katil aku sepanjang aku duduk wad...aku lihat dia nangis...aku mengerti sangat tangisan ummi waktu tu...yelah ummi harap agar aku cepat sembuh...dan ....

Pabila sampai di bilik operation...sedang pembedahan nak dimulakan...datang seorang doktor lain datang membawa dokumen yang berbeza.Doktor tu kata buah pinggang aku dah kelihatan normal dan setelah dibuat beberapa kali penelitian ...akhirnya doktor kata pembedahan ke atas buah pinggang aku dibatalkan...disebabkan buah pinggang aku normal.
Benarkah???aku,ummi dan ayah semacam tak percaya....tapi itulah yang terjadi padaku...
Dan Alhamdulillah kini aku masih dapat bernafas dan menikmati hidup ini...

TERIMA KASIH YA ALLAH....
Yakinlah dengan Allah...kerana Dia je yang tahu apa yang ada dalam hati kita....

Saturday, January 23, 2010

Kemangkatan Sultan Johor,Sultan Iskandar



Salam takziah diucapkan kepada Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri Sultan Johor,Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail di atas kemangkatan baginda sultan pada 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431H pada jam 7.15 malam tadi.Kemangkatan baginda sultan pada usia 77 tahun ini meninggalkan kesan kepada rakyat terutamanya rakyat Johor.Aku sedih juga mendengar berita ini, tetapi dalam kesedihan ini aku sebenarnya kagum dengan Sultan Johor ni.

Baginda Sultan sebenarnya adalah merupakan seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, hinggakan mampu menjadikan negeri Johor salah satu negeri maju di Malaysia.Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya. Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan. Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.




Antara kejayaan yang pernah baginda sultan lakarkan sepanjang hidupnya:
1)Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The  National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.
2) Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya.
3)Dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 adalah putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

4)Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu.
 5)Baginda adalah juruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
6)Baginda adalah Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda, Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.
7)Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.
8)Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas.
9)Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sekitar Johor.
10)Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi.
11)Baginda adalah seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.
12)Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan.
13)Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.
14)Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa.


Sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang membabitkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.


Selain sukan menembak, baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu.


Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.


Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.
Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.
Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.
Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken. Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Semoga roh baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...insyaAllah..

 




Tuesday, January 19, 2010

Ummi Umarah....wanita kental di medan perang...!



Ummi Umarah atau nama sebenarnya Nasibah binti Kaab merupakan isteri Ghazi bin Amru iaitu seorang sahabat utama dan pejuang bersenjata.Ummu Umarah mendapat kedudukan yang paling depan antara wanita-wanita Muslimah.Dia seorang sahabat yang mulia, pejuang yang terulung, lurus, kuat beribadat,sangat rajin dan sentiasa bergantung kepada diri sendiri.Dia juga antara wanita pertama yang memeluk Islam.

Cerita Tentang Beliau...!
Ummi Umarah sering menyertai kaum Muslimin di dalam medan perang, berjihad sambil memberi minum kepada pejuang-pejuang yang luka, membalut luka-luka dan jika perlu turut sama mengankat pedang bertempur di samping kaum lelaki.Di perang Uhud,Ummi Umarah antara 10 orang yang tetap di samping nabi untuk melindungi baginda.
Ketika pertempuran antara tentera Muslimin dengan tentera Quraisy, ramai daripada kaum Muslimin yanng gugur,ada juga yang melarikan diri sehingga yang tinggal sekitar Rasulullah hanya beberapa orang sahaja.Mereka terus berjuang bermati-matian untuk melindungi Rasulullah daripada serangan Quraisy yang bertubi-tubi.Di antara orang-orang yang masih bertahan di sisi Rasulullah ialah Ummi Umarah, suaminya serta dua orang puteranya.

Di tengah-tengah pertempuran hebat itu,tentera Quraisy membuat pelbagai percubaan untuk memecahkan pertahanan Rasulullah.Pada masa itu,Ummi Umarah telah menunjukkan sikap kepahlawanannya.Lalu dia menggapai sebilah pedang dan memikul busur dan panah, lalu dia menghentam ke kanan dan ke kiri dengan pedangnya.Ummi Umarah antara orang yang kuat semangat dan teguh kedudukannya ketika berhadapan dengan musuh di medan perang.Akhirnya peperangan itu memihak kemenangan kepada tentera Islam.

Apabila Rasulullah kembali ke Madinah, pertama yang dibuat oleh baginda ialah mengutus Abdullah bin Kaab Al-Mazini untuk bertanyakan tentang kesihatan Ummi Umarah.Utusan itu telah menemui Ummi Umarah ,kemudian kembali kepada Rasulullah dan memberitahu bahawa kesihatan Ummi Umarah baik-baik sahaja.

Baginda sunggunh gembira mendapat tahu berita tentang Ummi Umarah itu.Kemudian baginda selalu datang menziarahinya dan kadang-kadang makan roti jagung bersama-sama.Ummi Umarah mengalami  cedera parah di bahunya ekoran serangan Ibnu Qamiah ketika perang Uhud.

Ummi Umarah mempunyai kelebihan kerana menunjukkan contoh yang baik bagi seorang wanita Muslimah dalam berjihad, yang mengambil tempat seiringan dengan lelaki di medan pertempuran..moga jiwa-jiwa wanita kini terdidik untuk mentauladani keperibadian Ummi Umarah ini...InsyaAllah....

Monday, January 18, 2010

I really miss u my friends...!

Bismillahirrahmannirrahim....

Masa balik dari kolej petang tadi, tetiba hati tergelak dan merenung seketika kisah silam bersama teman seperjuanganku di MRSMBPJ...aku tak tahu...tapi apa yang aku tahu banyak benda yang aku temui dan belajar daripada seorang pelajar sekolah harian(masa aku form 1-form 3) hingga aku belajar di mrsmbp ni(form 4-form 5)...masa aku memang 'pack' sangat kerana aku kena jalankan tugas aku sebagai setiausaha koperasi...ermmm hari-hari kena 'round' koop dan pastikan semua ahli aku menjalankan tugas sebagai ahli koop...dari situ aku didedahkan untuk membentuk sebuah organisasi yang kuat dan mendidik ahli agar telus dalam menjalankan tugas sebagai ahli koop...aku juga diminta untuk 'arrange' sesuatu 'ceremony' yang berkaitan dengan koperasi...tidak cukup itu setiap minggu aku kena hadiri mesyuarat bersama pengetua,HEP,guru-guru koop dan yang paling 'best' bersama ahli koop bawah aku...ucapan terima kasihku kepada Cikgu Fazli bin Abu Bakar yang sentiasa mendidik diri ini agar lebih beribawa dalam menjalankan tugas...beliau tidak pernah jemu mendidik aku walaupun kekadang ada je kekurangan hasil kerja aku...

Batch Aku....!
Banyak kisah suka duka yang terlakar bersama mereka...dan salah satu peristiwa yang takkan aku lupa ialah di mana batch aku dilabel 'batch teruk' untuk tahun tu...sedih...sampaikan pihak mrsm aku mengundang banyak motivator untuk menyedarkan kami ini....aku bukan nak burukkan kawan aku...tapi aku merasakan kisah ini perlu dikongsi bersama pengunjung blog buat pedoman bersama....dan aku sendiri merasakan sedihnya peristiwa itu....

KISAHNYA....nak tahu..?
Satu masa motivator datang dan memberitahu pentingnya masa depan kami....dalam setiap bait kata-katanya tidak pernah lekang untuk mengingatkan bahawa SPM ini merupakan hala tuju ke mana kita selepas ini..dan diharapkan batch kami sedar dan berubah...berubah dari segi sikap...dari segi tugas kerja...dan lebih komited dengan tanggungjawab untuk menjaga nama baik mrsm ketika itu....salah satunya agar kejayaan batch kami dalam SPM dapat dijadikan kepada junior pada masa hadapan..

AKTIVITI yang membuat aku dan teman batch aku menangis....
Kisahnya bila mana ahli motivator merasakan yang kami masih tidak ada kesedaran dengan nasihat yang diberikan setelah sehari berprogram bersama kami...
Dan....kemudian...
Ahli motivator menyuruh kami mencipta roket menggunakan sehelai kertas A4...setiap seorang...
Apabila semua siap buat roket tu...kami diminta oleh ahli motivator untuk menulis nama ibu pada sayap kanan roket dan nama ayah pada sayap kiri roket tersebut....dan di bahagian tengah nama pelajar perlu ditulis...ini menunjukkan yang kami sebagai pelajar(tengah) membawa nama ibu(kanan) dan ayah(kiri) dan maruah mereka...kalau kita berjaya maka secara tidak langsung kejayaan itu akan dapat dirasa oleh ibu dan ayah kita....dan kiranya roket kita tu akan seimbang dan dapat terbang dengan mudah dan laju...dan jika tidak perkara sebaliknyalah yang akan berlaku....
Semua roket kami kemudiannya dikumpulkan dan ahli motivator berkata ,

"saya akan pilih roket di antara kamu yang paling baik dan kemas ciptaannya dan mereka inilah yang akan berjaya dan akan menggembirakan ibu dan ayahnya."

Dihadapan ahli motivator ada sebuah bakul sampah yang di mana menjadi tempat renyukan dan koyakan roket yang tidak baik ciptaannya...dan serta merta roket itu dibuang ke dalam bakul sampah di hadapan mata kami...
Nama pelajar yang bernasib baik waktu tu hanya mampu ukir senyuman sahaja kerana tidak sanggup melihat ada di dalam kalangan rakan mereka yang roket bertulis namanya bersama nama ibu dan ayah mereka dibuang ke dalam tong sampah....dalam keadaan yang menyakitkan hati juga la....
Dan seketika itu lagu nasyid 'Ibu' dari kumpulan ea-man berkumandang dan menjadikan suasana sedih....
Tetiba ada seorang adam ni...tampil ke hadapan...ambil tong sampah tu dan suruh batch aku amik semula roket yang telah ahli motivator tu renyokkan dan koyakkan ...katanya:
"Baik korang amik balik roket yang ada tertulis nama ibu dan ayah korang dalam tong sampah ni kalau korang sayang kat parents korang."
Dalam suasana yang sedih dan diiringi esakan terus-menerus dari kami....kami gagahi juga mencari cebisan roket yang telah dirobek oleh motivator tu....dan lagu 'Ibu' terus kedengaran...
Ahli motivator tu pada mulanya marah dan menghalang tindakan si adam ni...tapi akhirnya dia diam dan melihat sahaja tindakan kami.....
Sebenarnya ketika tu motivator tu saja nak tengok kekuatan kami....dan katanya dia tidak berniat untuk melakukan sedemikian kepada kami....tetapi salah satu sebabnya menyuruh kami beringat....dan yang terkesan dalam hati kami hingga kini ialah di mana nama parents kitaorang dibuang dalam tong sampah....


Ha..ha..ha..2 tahun kisah itu telah berlalu....dan kini ramai teman batch aku yang berjaya....masing-masing ada yang membuat foundation dalam medic dan engeneering dan tidak kurang juga ada yang dah menyambung pelajaran ke luar negara....
Alhamdulillah.....
ALL THE BEST MY FRIENDS!!!!

Saturday, January 16, 2010

Bisakah kau mengharungi deritanya




Sabarlah wahai temanku....
Dikala ini aku ketahui yang dikau begitu susah hati
dan takut berhadapan dengan dugaan hidupmu
Sungguh!
Sungguh aku dapat merasakan keperitan yang kau tanggungi
Semata-mata ingin melihat orang yang amat kau sayangi bahagia
dan terhindar dari segala selaput duka
Menangislah teman!
Kerna di situ akan ada ketenangan yang akan kau temui
Berehatlah sebentar!
Kerna InsyaAllah fikiranmu akan menjadi luas
Teman...
Padamkanlah segala kegusaranmu terhadap ujian pemberian Ilahi ini
Yakinla bahawa Dia memberi ujian ini padamu kerana
Dia yakin kau mampu mengharunginya...
Bergembiralah dikau kerana sudah tersedia hamparan nikmat
yang akan muncul di sana
sebagai tanda tahniah di atas kekuatanmu bertahan dengan ujian dari-Nya
Bungkamkanlah segala dukamu dan bangkitkanlah sinar ceria dari riak wajahmu
Aku di sini akan sentiasa menemanimu
Dan insyaAllah jika aku diberi kekuatan dan kesempatan
Izinkan aku hadir melakar senyuman di bibirmu
Ketahuilah wahai teman...
Kesusahan yang kau hadapi sedikit-sebanyak membuatkan aku bangun dari
lamunan hayalanku yang kekadang leka dengan keseronokkan duniawi ini
Aku hanya insan lemah yang juga perlukan semangat untuk teruskan hidup ini
Dan kehadiran kau yang bernama 'teman' menguatkan kaki ini berpijak menelusuri
mehnah berduri ini...
Bangkitlah teman!!!!

khas ku tujukan buat sahabatku Nurul Afeeqa Binti Mohd Jamil

Madah Untuk Wanita Solehah



Keperibadian Wanita Remaja
Nilai Kecantikan Wanita
Nafsu mengatakan perempuan cantik
atas dasar rupanya.
Akal mengatakan perempuan cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya.
Dan hati mengatakan perempuan cantik
atas dasar akhlaknya.



Kaum wanita...!
Usah bangga
dengan kecantikan
kerana ia hanya dicintai
oleh nafsu tidak oleh akal dan hati.


Orang yang bijaksana itu
tidak jatuh hati pada perempuan
kerana kecantikannya
Tapi kerana perjuangannya dijalan Allah.




Kesimpulannya, perempuan yang cantik ialah yang cantik rupa parasnya( bermanis muka ), cerdik akalnya, baik akhlaknya dan sungguh-sungguh berjuang.

Tuesday, January 12, 2010

Indahnya Bumi Ciptaan Tuhan




Keseimbangan Sempurna Bumi

Sehingga abad keenam belas, iaitu 500 tahun dahulu, walaupun sebahagian bangsa Yunani telah memikirkannya, secara umumnya manusia masih tidak mengetahui Bumi ini adalah sebuah planet. Pemerhatian yang dilakukan pada masa tersebut membantu manusia mengetahuinya. Pada abad ke-20, manusia telah pasti kedudukan Bumi di dalam Sistem Suria. Bumi adalah planet ke tiga jauhnya daripada matahari dan planet kelima terbesar.



Pakar sains percaya Bumi mempunyai kerak besi yang mempunyai suhu 7,500°C. Ia jauh lebih panas daripada suhu permukaan matahari. Tetapi, disebabkan kamu tidak pernah merasa sedikit pun daripada kepanasan ini, kamu dapat duduk di dalam kelas kamu sambil mendengar guru kamu atau tidur dengan nyenyak di atas katil. Lapisan kulit Bumi menghalang kita daripada kepanasan ini. Allah Maha Pengasih kepada kita kerana itu Dia menjadikan lapisan Bumi yang cukup tebal untuk menghalang kepanasan ini menembusinya. Di samping itu, Allah juga menjadikan kita atmosfera yang mesra alam. Dia juga memberikan tumbuh-tumbuhan beberapa ciri yang membolehkannya mengekalkan keseimbangan oksigen-karbon dioksida.


Suhu dalaman Bumi mencapai setinggi 7,500°C tetapi di permukaan Bumi kita tidak pernah merasa kepanasan ini.

Struktur Bumi dan beberapa keseimbangan lain menunjukkan Bumi telah direka khusus untuk manusia tinggal di dalamnya.
Daripada atmosfera ke geografinya, daripada jaraknya daripada matahari kepada semua bentuk keseimbangan, Bumi adalah sebuah planet yang dijadikan khas untuk menampung hidupan. Contohnya, kita dapat menyamakan Bumi kita dengan akuarium. Sebuah akuarium menyediakan keadaan-keadaan paling sesuai untuk ikan. Sebuah termostat mengawal suhu air, terdapat satu motor untuk mengalirkan udara dan pasir yang ditempatkan di bahagian bawah. Terdapat pil khas diletakkan di dalam air, terdapat penutup pelindungan akuarium, satu sistem penapis yang berterusan menapis air, dan pembekal makanan… Semua ini menampung hidup ikan-ikan di dalam akuarium.


Bagaimanapun, ikan-ikan di dalam akuarium tidak menyedari persekitaran buatan ini. Mereka menyangka mereka hidup di "alam semula jadi" atau alam yang terbentuk secara spontan. Mereka tidak menyedari ada orang yang menyediakan termostat dan mengawal paras air atau fungsi motor pengalir udara. Mereka juga tidak tahu siapa yang memberikan makanan yang muncul tiba-tiba di permukaan air. Sedangkan, puncanya
adalah jelas; pemilik akuarium tersebut yang telah memberikan keperluan ikan-ikan tersebut.
Sudah tentu, kehidupan di Bumi memerlukan sistem yang lebih rumit daripada kehidupan di dalam sebuah akuarium.Menyimpan ikan di dalam sebuah akuarium memerlukan penjagaan yang teliti. Atmosfera memberikan penjagaan ini kepada Bumi.


Seorang yang bijak tidak akan mensia-siakan hidupnya di dalam kejahilan seperti ikan-ikan di dalam sebuah akuarium. Dia percaya Bumi "sedia ada" untuknya dan ia tidak mempunyai satu Pencipta dan Pentadbir. Sudah tentu, Allah yang telah menjadikan keseimbangan dan aturan yang sempurna yang memungkinkan kehidupan di Bumi. Manusia yang bijak mahu mengenali Tuhan yang memberikan segala kenikmatan ini kepadanya dan untuk mempelajari apakah yang dituntut-Nya daripadanya. Di dalam Al-Quran, Allah membenarkan kita mengenali-Nya dan memaklumkan kepada kita apa yang dituntut-Nya daripada kita.



Jelaslah, Allah menjadikan keseimbangan dan aturan yang sempurna untuk memungkinkan kehidupan di dunia. Allah memberitahu kita tentang perkara ini di dalam Al-Quran:

Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya. (Surah Al-Anbiyaa':31-32)


Allah mencipta, mengimbangi, dan mengharmonikan setiap perkara di Bumi untuk menjadikannya tempat untuk kita diami. Sesiapa yang menyedari fakta ini mesti beriman dengan Allah, menyaksikan kuasa tidak terbatas-Nya dan bersyukur untuk setiap apa yang telah diberikan-Nya kepadanya.


Sekarang, mari kita kaji beberapa keseimbangan yang Allah, Pencipta kita jadikan di planet kita dan menyaksikan kekuatan-Nya yang tidak terbatas.


Kedudukan Bumi Di Dalam Cakerawala ini




Apa akan berlaku jika Bumi kita ini berada sedikit lebih hampir kepada matahari? Jawapannya sudah jelas, semua orang tahu kepanasan matahari boleh membakar. Disebabkan oleh kepanasan melampau ini juga, kita tidak akan mempunyai atmosfera atau lautan seperti sekarang… Suhu akan menjadi terlalu tinggi menyebabkan kebanyakan air di Bumi akan mengewap. Dalam keadaan ini, tidak akan ada air lagi di Bumi. Bumi akan menjadi kering seperti gurun.




Contohnya,  planet Zuharah berada lebih hampir dengan matahari daripada planet kita. Oleh itu, suhu planet Zuharah lebih tinggi daripada Bumi. Suhunya boleh meningkat sehingga 475°C. Untuk menggambarkan ketinggian suhu ini, fikirkan apabila kamu meletakkan sedikit air di dalam plat logam yang panas, ia akan mendidih pada suhu 100°C.


Jika matahari sedikit hampir kepada planet kita, Bumi akan terbakar seperti sebuah gurun, seperti yang ditunjukkan oleh gambar di atas. Jika matahari lebih jauh, maka Bumi akan diseliputi oleh ais.


Sekarang fikirkan sebaliknya. Bagaimana jika Bumi sedikit lebih jauh daripada matahari? Dalam keadaan ini, Bumi kita akan menerima kurang kepanasan. Bayangkan jika keadaan ini berlaku, sebahagian besar daripada Bumi akan beku dan bertukar menjadi ais. Permukaan Bumi akan menjadi seperti permukaan Marikh yang kering dan berais, iaitu sebuah planet yang jauh sedikit daripada matahari daripada Bumi. Kita dapat membuat kesimpulan daripada keadaan-keadaan ini: Bumi kita terletak pada tempat yang paling tepat! Bagaimana ini berlaku? Apakah secara kebetulan Bumi ini berada pada tempat yang betul? Sudah tentu tidak. Bumi adalah planet yang mati dan tidak bernyawa. Sudah tentu mustahil untuknya memilih tempat yang paling sesuai sendiri, atau secara kebetulan. Fakta Bumi berada pada kedudukan paling sesuai adalah petanda kesempurnaan ciptaan Allah.



Penemuan astronomi terkini telah membuktikan kepentingan wujudnya planet-planet lain kepada Bumi. Contohnya, saiz Musytari dan kedudukannya adalah mustahak. Sebagai sebuah planet paling besar di dalam sistem ini, Musytari menjadikan orbit Bumi lebih stabil.


Jika sebuah planet yang besar seperti Musytari tidak ada, Bumi akan menjadi sasaran meteor dan komet yang berselerak di angkasa. Ringkasnya, Musytari adalah seperti sebuah perisai yang melindungi Bumi. Jika Musytari berada di orbit lain, planet kita dan kita sendiri tidak akan wujud hari ini.


Seorang bijak yang mengetahui semua ini, memahami bahawa tidak ada sesuatu pun di dalam cakerawala ini dijadikan tanpa tujuan. Kefahaman ini diceritakan di dalam Al-Quran seperti berikut:


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Surah Ali 'Imran:190)



Seperti yang disebutkan di dalam ayat ini, kita perlu memikirkan penciptaan langit dan bumi. Apa yang telah kamu pelajari menggambarkan penciptaan Allah terhadap alam ini. Apabila kamu memikirkan pengetahuan ini, kamu akan dapat pemahaman lebih baik tentang kekuasaan Allah.



Disebabkan tarikan graviti Musytari lebih kuat daripada Bumi, meteor-meteor bertaburan di angkasa akan tertarik ke Musytari. Ini seperti tarikan satu magnet yang kuat. Tarikan kuat Musytari ini melindungi Bumi, dan juga kita, daripada ancaman-ancaman ini.



Bentuk Bumi Kita Di Dalam Al-Qur'an






Bumi kita ini berbentuk bulat. Terima kasih kepada teknologi yang telah mendedahkannya, kenyataan ini juga dapat dilihat di dalam gambar fotografi yang diambil daripada angkasa. Al-Quran yang Allah turunkan kepada kita 1,400 tahun dahulu memberikan beberapa kenyataan yang membimbing ahli sains Muslim memahami Bumi ini bulat:


Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya)... (Surah Az-Zumar:5)


"Takwir" perkataan yang digunakan untuk "melingkari", di dalam bahasa Arab, bererti "menutup sesuatu sebagai penutup". Maklumat yang diberikan di dalam ayat ini tentang malam melingkari siang, takwir juga menyebabkan seseorang berfikir dunia ini adalah sebuah glob.


Bagaimanapun, sebelum itu manusia percaya Bumi ini bukan bulat tetapi sama rata. Semua kiraan dan penjelasan pakar sains berdasarkan kepada pendekatan salah ini. Ketika itu, manusia sangat jahil tentang angkasa sehinggakan ada yang percaya dengan kepercayaan pelik bahawa Bumi ini berada di antara dua tanduk lembu jantan.






Kamu telah mengetahui bahawa maklumat-maklumat yang hanya para pakar sains peroleh berabad-abad selepas Al-Quran diturunkan, telah pun diceritakan Allah di dalam Al-Quran sejak lama dahulu. Ini adalah salah satu bukti nyata Al-Quran adalah Kalam Allah, Yang telah menjadikan seluruh alam ini dan Yang mengetahui segala perkara.


Suhu Bumi


Tahukah kamu suhu biasa di angkasa? -270°C! Suhu seperti ini menjadikan hidupan mustahil. Suhu biasa Bumi kita ialah di antara 15°C dan 20°C. Suhu ini berubah apabila seseorang naik ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi.


Contohnya, benua Afrika adalah sebuah kawasan panas. Apa kata jika saya bertanya kepada kamu, "Bolehkah kamu membuat orang salji di Afrika?". Kamu sudah tahu jawapan kamu. Mungkin kebanyakan kamu akan menjawab, "Untuk membuat orang salji, kamu memerlukan salji. Disebabkan mustahil untuk mendapatkan salji di kawasan panas, tidak mungkin kita dapat membuat orang salji". Tetapi, kamu salah, kerana kamu boleh membuat orang salji di benua Afrika bila-bila masa yang kamu suka, walaupun ia dikenali sangat panas. Untuk melakukannya, kamu perlu memanjat gunung Kilimanjaro, yang mempunyai kemuncak tertinggi di benua tersebut. Bahagian atas gunung ini, yang berada agak tinggi daripada paras laut, sentiasa diliputi salji. Kerana, apabila bergerak ke atas dari bawah, suhu akan menurun. Suhu jatuh hampir ke -50°C di dalam lapisan atmosfera yang dinamakan "stratosfera". Apabila naik lebih tinggi, cuaca menjadi panas semula. Terima kasih kepada perlindungan yang Allah berikan kepada kita, tidak ada perbezaan suhu yang ketara di Bumi.




Pengekalan suhu ini bergantung kepada jumlah kepanasan yang matahari pancarkan begitu juga dengan jarak di antara Bumi dan matahari. Di dalam bab lepas, kita telah menyentuh topik ini. Kami akan membincangkan topik ini dengan terperinci di sini. Berdasarkan kiraan, penurunan 10 peratus sahaja daripada tenaga yang diberikan matahari boleh menyebabkan permukaan Bumi diliputi lapisan-lapisan ais setebal beberapa meter. Tetapi, jika tenaga matahari ditingkatkan sedikit, semua hidupan akan terbakar dan mati.


Disebabkan wujudnya berbagai ketinggian di Bumi, pada satu ketinggian manusia dapat berenang dan berjemur, sementara pada ketinggian yang lebih tinggi di kawasan yang sama mereka boleh bermain bola salji dan meluncur.


Kelajuan putaran Bumi juga membantu suhu berada di dalam keadaan seimbang. Bumi melakukan satu putaran setiap 24 jam. Kerana itu, jangka masa siang dan malam adalah pendek. Kerana ia pendek, perbezaan suhu di antara siang dan malam adalah kecil.


Kepentingannya dapat dilihat di dalam contoh Utarid, di mana sehari berlangsung selama setahun dan perbezaan di antara suhu waktu siang dan malam ialah 1,000°C.


Geografi juga membantu mengimbangi kepanasan di Bumi. Perbezaan di antara kawasan kutub dan khatulistiwa di Bumi ialah kira-kira 100°C. Jika perbezaan seperti ini berlaku di satu tempat yang sama, hasilnya ialah angin liar yang akan menyapu apa sahaja yang berada di hadapannya.
Sebaliknya, Bumi dipenuhi rintangan-rintangan geografi yang menghalang pergerakan angin besar yang boleh menyebabkan perbezaan suhu berlaku. Rintangan-rintangan itu ialah rantaian gunung-ganang seperti yang menganjur dari barat ke timur, bermula dengan Himalaya di China dan bersambung dengan gunung-ganang Taurus di Anatolia dan Alps di Eropah. Kita telah mempelajari bagaimana Bumi kita mengekalkan suhunya, walaupun suhu di angkasa lepas ialah sekitar -270°C. Jika suhu Bumi terlalu sejuk atau terlalu panas, yang menjadi ancaman kepada manusia, kita tidak akan hidup. Oleh itu, paras suhu yang sederhana adalah rahmat Allah. Balasan kepada rahmat-Nya, kita hendaklah mensyukuri Allah, Yang telah menjadikan keadaan paling sempurna untuk hidup kita. Ini adalah perkara paling penting yang mesti kita ingat.


Rantaian gunung-ganang yang merentangi Bumi mencegah ribut-ribut ganas di kawasan kutub daripada menghasilkan kekacauan di Bumi, dan membantu mengekalkan suhu planet ini di dalam keadaan seimbang.


Saiz Bumi Dan Perlindungannya Daripada Objek-Objek Angkasa Lain



Sekarang kita bandingkan Bumi kita dengan planet-planet lain dari segi saiz. Kita mulakan dengan membuat perumpamaan berikut: Bayangkan Bumi kita sebagai sebiji kacang hijau. Dalam keadaan ini, Utarid adalah sebiji biji bijan, Zuharah adalah sebiji kacang hijau seperti Bumi kita, Marikh sebiji biji tembikai, Musytari sebiji oren, Zuhal adalah sebiji buah limau, Uranus dan Neptun adalah buah ceri, dan Pluto adalah biji bijan. Matahari pula adalah sebiji bola yang lebih besar daripada sebiji bola keranjang di bandingkan dengan kacang hijau kita.


Adakah saiz Bumi dibandingkan dengan planet-planet lain "secara kebetulan"? Atau, disengajakan?


Jika kita mengkaji saiz Bumi, kita akan dapati planet kita telah direka menjadi sebesar ini.

Jika Bumi sedikit kecil, graviti menjadi lemah dan menjadikannya terlalu lemah untuk menahan atmosfera di sekelilingnya. Tanpa atmosfera ini, dunia kita akan terdedah kepada meteor dan sinaran bahaya daripada angkasa. Tambahan pula, kehilangan oksigen menyebabkan hidupan mati. Jika Bumi terlalu besar, tarikan graviti akan bertambah dengan hebatnya, menukarkan atmosfera ini menjadi satu campuran bahaya kerana ia mengandungi gas-gas beracun.


Di samping jirimnya, dalaman Bumi juga telah direka khas. Lapisan-lapisan kerak bergerak mengelilingi antara satu sama lain, dan pergerakan ini menghasilkan medan magnet bumi. Medan magnet ini mempunyai peranan penting dalam memelihara hidupan. Terletak jauh daripada permukaan Bumi, medan ini melindungi Bumi daripada kesan sinaran bahaya daripada angkasa.




Setiap benda yang dihasilkan oleh seorang tukang kasut, tukang kayu atau tukang tembaga adalah satu rekaan istimewa kepada tukang-tukang ini. Mereka merancang setiap peringkat kerja mereka dan melakukan ukuran dengan cermat. Tiada siapa dapat mendakwa bahawa hasil kerja seni ini telah muncul secara spontan, tanpa rekaan atau perancangan. Begitu juga, adalah tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa berbilion-bilion galaksi, planet-planet dan bintang-bintang di dalam alam ini telah wujud secara spontan.


Penemuan saintifik lain menunjukkan kepada kita alam ini tidak ditinggalkan begitu sahaja. Sebaliknya, Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Pencipta, mengawal seluruh alam, dan menjadikan dan menahan galaksi-galaksi, bintang-bintang dan planet-planet di bawah kekuasaan-Nya.



Planet biru yang kita diami ini adalah ciptaan istimewa Allah. Di dalam Al-Quran, Allah menggambarkan ciptaan hebat ini di dalam ayat ke-2 surah Al-Furqan dengan kata-Nya: "... dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." Mungkin kenyataan ini menjadikannya jelas, seperti ayat-ayat lain di dalam Al-Quran, bahawa di planet ini, Allah menjadikan segala yang diperlukan manusia.

Mulai sekarang kita akan menjelajahi Bumi. Mula-mula, kita kaji punca mengapa Allah menjadikan lautan biru dan pelajari nikmat yang diberikan kepada kita.


Lautan




71 peratus permukaan Bumi dipenuhi air. Bumi adalah satu-satunya planet yang airnya berada di dalam bentuk cecair. Air berkumpul di dalam lubang besar yang membentuk lautan, yang amat penting kepada kehidupan manusia.


Contohnya, ia mencegah kepelbagaian di dalam suhu atmosfera dan membantu hidupan hidup pada kadar suhu yang stabil. Ia juga melembutkan iklim. Tambahan pula, lautan membentuk pantai-pantai melalui hakisan. Tidak ada planet lain yang mempunyai sistem seperti ini.Makanan laut yang enak adalah di antara nikmat yang telah Allah jadikan untuk kita di dalam laut.




Lebih dari itu, lautan juga menawarkan berbagai jenis ikan dan makanan laut kepada kita. Memakan makanan laut yang lazat, berenang di dalam laut dan mengembara dengan bot adalah nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita.


 Allah telah menjadikan semua yang kita perlukan dengan sempurna. Di samping benda-benda yang indah ini, terdapat juga perkara-perkara berbahaya seperti gunung berapi yang kadangkala meletup, walaupun selalunya ia tidak bergerak. Sekarang kita akan tumpukan perhatian kepada gunung berapi.




Gunung Yang Menyemburkan Magma




Kerana magma, atau batu cair, di bawah lapisan bumi berada dalam bentuk cecair, ia sering mencari jalan keluar melalui rekahan-rekahan di lapisan Bumi dan akhirnya akan meledak. Kejadian menakutkan ini dinamakan letupan gunung berapi.


Selalunya dengan satu letupan yang hebat, gunung berapi meledak memuntahkan bertan-tan debu dan abu ke atmosfera. Letupan ini membentuk awan-awan hitam yang besar di langit. Kemudian magma mula mengalir di permukaan Bumi, menyapu bersih hutan dan bandar-bandar.


Magma yang mengalir daripada gunung berapi ke Bumi dinamakan "lava". Tidak lama kemudian, lava akan menjadi sejuk di atas permukaan Bumi dan menjadi keras, membentuk batu-batu. Sepanjang sejarah, banyak bandar-bandar musnah kerana bencana seperti ini. Contohnya, pada abad pertama, letupan gunung berapi telah melenyapkan bandar Pompeii, sebuah bandar Rom yang makmur, daripada muka bumi ini. Kejadian itu terlalu mengejutkan sehinggakan mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri. Lava sampai ke bandar Pompeii dan menimbus seluruh bandar, menyebabkan semua penduduknya mati.


Ledakan gunung berapi menunjukkan bahawa dalaman planet kita adalah panas. Jika Bumi tidak berada di bawah perlindungan Allah, kita terpaksa menghadapi letupan-letupan gunung berapi yang hebat.


Tiada satu nyawa pun selamat; penduduk Pompeii, yang dikenali dengan keingkaran mereka terhadapan suruhan Allah dan tidak berakhlak, telah mati serentak. Kematian yang tidak dapat dielakkan adalah mirip dengan kaum yang digambarkan di dalam Al-Quran seperti berikut:

Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (Surah Al-'Ankabut:40)

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah mempunyai kuasa ke atas semua benda dan Dia boleh memusnahkan apa sahaja di Bumi jika Dia mahu. Tiada siapa selamat daripada hukuman-Nya. Bagaimanapun, Allah juga sangat Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. Di dalam buku ini, kita telah melihat banyak bukti kasih sayang Allah yang tidak terbatas. Letupan gunung berapi yang hanya berlaku kadang-kadang ini adalah satu lagi nikmat Allah jika kita dapat memikirkannya.


Atmosfera


Pernahkah anda terfikir apa yang sedang berlaku di langit apabila kamu melihat ke atas? Kami pasti kamu semua pasti ingin tahu tentangnya. Mari kita tumpukan perhatian kita ke langit!


Lapisan udara di sekeliling langit dikenali sebagai "atmosfera". Atmosfera terdiri daripada tujuh lapisan. Setiap lapisan terdiri daripada gas-gas berbeza, semuanya berada di dalam keadaan harmoni.

"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat- tingkat"


(Surah Nuh:15)


Di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa Dia membahagikan langit ini kepada tujuh:


Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. (Surah Fussilat:12)




Perkataan "samaawaat" yang digunakan di dalam banyak ayat al-Quran bererti langit. Ia juga merujuk kepada berbeza kedalaman angkasa seperti juga dengan langit Bumi. Jika kita mengambil kira pengertian kedua, ia menunjukkan di dalam ayat ini bahawa langit Bumi iaitu atmosfera terdiri daripada tujuh lapisan. Sudah tentu ada maksud lain ayat ini, tetapi amat menarik apabila kami mengkaji langit, kami mendapati ia terdiri daripada tujuh lapisan:



Setiap satu daripada tujuh lapisan yang terdapat di dalam atmosfera Bumi mempunyai kepekatan dan fungsi yang berbeza. Allah, yang menjadikan atmosfera yang membolehkan planet kita boleh dihuni, juga telah menjadikan satu perisai perlindungan untuk Bumi.



Troposfera (Troposphere): Ini adalah bahagian paling hampir dengan permukaan Bumi. Ketebalan lapisan ini berubah-ubah berdasarkan kepada iklim. Suhu akan menurun apabila ketinggian bertambah, dan suhu ketinggian paling tinggi adalah sekitar -51°C dan -79°C.


Stratosfera (Stratosphere): Lapisan di atas troposfera. Suhu bertambah apabila seseorang naik ke atas.


Mesosfera (Mesosphere): Lapisan di atas stratosfera. Di sini, suhu jatuh kepada -73°C.


Termosfera (Thermosphere): ini adalah lapisan di atas mesosfera. Suhu meningkat pada kadar perlahan. Perbezaan suhu di antara siang dan malam lebih 100°C.

Eksosfera (Exosphere): Lapisan yang bermula pada ketingian 500 kilometer (310 batu) di atas permukaan Bumi.


Ionosfera (Ionosphere): Gas-gas di dalam kawasan ini ditemui dalam bentuk ion. Gas-gas ion ini memberikan lapisan ini namanya.


Magnetosfera (Magnetosphere): Disebabkan medan magnet Bumi terletak di sini, ia dikenali sebagai Magnetosfera. Lapisan ini yang bertindak sebagai perisai perlindungan, terletak kira-kira 3,000 dan 30,000 kilometer (1,850 dan 18,500 batu) di atas permukaan Bumi. Seperti yang kami terangkan sebelum ini, kawasan ini yang melindungi Bumi daripada pancaran bahaya dari angkasa, ia digelar lingkungan Van Allen.




Untuk memahami dengan lebih baik kepentingan atmosfera kepada kita, biar kita lihat planet-planet lain. Katakanlah kita berada di atas planet Utarid. Tidak ada atmosfera di atas planet ini. Bagaimanapun, atmosfera amat penting kepada kehidupan. Setakat ini, saya telah menyebutkan kepentingan gas-gas di dalam atmosfera, seperti gas oksigen, atau ciri-ciri perlindungan atmosfera. Bagaimanapun, terdapat juga berat atmosfera, yang penting untuk kehidupan manusia.


Atmosfera diperbuat daripada udara ringan.






Ini tidak bererti atmosfera tidak mempunyai berat. Sebenarnya, lapisan-lapisan ini yang tebalnya beberapa kilometer yang berada di atas kita adalah sangat berat.


Berdasarkan penyelidikan, atmosfera memberikan tekanan bertan-tan berat pada tekanan di atas setiap kita. Ia digelar "tekanan udara". Sekarang kamu boleh mengemukakan soalan, "Mengapa kita tidak hancur?". Kita tidak hancur kerana tubuh kita dijadikan dengan kekuatan untuk menahan berat atmosfera. Kita tidak akan hidup atau wujud di dalam persekitaran yang mempunyai tekanan udara rendah. Kerana, tanpa tekanan ini, aliran darah di dalam badan kita akan memberikan tekanan yang kuat di dalam pembuluh darah kita. Melainkan diimbangi oleh tekanan atmosfera, pembuluh darah kita akan pecah pada tekanan yang tinggi ini.


Oleh itu, adalah mustahil untuk manusia hidup di dalam persekitaran seperti Utarid, yang tidak mempunyai atmosfera.


Terdapat satu atmosfera di planet Zuharah. Kerana tekanan di Zuharah adalah sembilan puluh kali lebih hebat daripada tekanan di atmosfera Bumi, ia tidak menyediakan keadaan yang sesuai untuk kehidupan manusia. Daripada maklumat ini, kita faham bahawa tiada kehidupan yang wujud di atas planet Zuharah kerana di bawah tekanannya semua hidupan akan hancur.


Mari kita lihat kembali fakta-fakta yang telah kita sebut tadi: Atmosfera adalah salah satu keperluan untuk hidup di Bumi. Atmosfera mempunyai berbagai fungsi, sebahagiannya telah diterangkan secara ringkas di atas. Jika kamu masih ingat, salah satunya ialah kepentingan gas-gas yang membentuk atmosfera untuk kehidupan manusia. Jika atmosfera tidak wujud, hidupan tidak dapat hidup, dan kerana itu, tidak akan ada hidupan di Bumi.


UVB (Medium-wavelength Ultraviolet Radiation/Sinaran Ultra Ungu Jarak Sederhana) 70 peratus daripada sinaran UVB matahari diserap oleh atmosfera.


UVC (Short-wavelength Ultraviolet Radiation/ Sinaran Ultra Ungu Jarak Pendek) 100 peratus sinaran UVC matahari diserap oleh atmosfera.


Atmosfera kita melindungi planet kita daripada meteor-meteor dan pancaran bahaya matahari. Cahaya ultra ungu yang sampai ke Bumi telah ditapis oleh atmosfera.


Fungsi lain atmosfera ialah untuk memelihara Bumi kita daripada ancaman-ancaman dari angkasa lepas, seperti meteor. Atmosfera menghalang meteor daripada jatuh ke Bumi dan merosakkannya.


Atmosfera juga menghalang sinaran bahaya daripada angkasa. Terima kasih kepada atmosfera, hanya 7 peratus daripada sinaran bahaya ini sampai ke Bumi. Ini satu lagi topik untuk difikirkan: Sinaran yang mampu membantu hidupan di Bumi ialah sinaran yang diterima oleh Bumi. Kamu tentu masih ingat, jarak di antara Bumi dan matahari adalah tepat, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat.


Bolehkah atmosfera yang amat penting kepada kehidupan kita ini, terbentuk dengan sendirinya, secara kebetulan?

Satu perumpamaan yang membuktikan bahawa ia adalah mustahil, seperti berikut: Fikirkan tentang kek manis yang lazat. Apakah yang memberikan kek ini kelazatannya? Sudah tentu kerana ibu kamu telah mencampurkan ramuan dengan kadar yang tepat ke tepung, menguli adunan dengan baik dan kemudian membakarnya pada suhu yang tepat. Apakah kamu akan percaya seorang yang menyatakan, "Kamu tidak perlukan ibu kamu untuk kek-kek yang sedap ini; mereka dapat masak dengan sendirinya secara spontan?" Sudah tentu kamu akan mendapati ia tidak masuk akal. Dalam keadaan ini, bolehkah atmosfera di sekeliling kamu wujud secara spontan? Kita telah sedia maklum ia adalah mustahil.


Adakah kamu akan percaya jika kamu diberitahu bahawa kek lazat yang kamu sukai itu telah muncul secara spontan? Mengetahui ibu kamu yang membuat kek ini, kamu akan dapati pendapat ini tidak masuk akal. Begitu juga, alam ini tidak dapat wujud secara tidak sengaja, kerana ia mempunyai Pereka dan Pencipta.


Orang yang mengetahui perkara ini akan berkata seperti berikut apabila dia melihat ke langit, "Kalaulah Allah tidak menjadikan atmosfera, sudah tentu mustahil untuk hidup di Bumi". Atau, dia akan berfikir sendiri, "Allah Maha Kuasa, jika Tuhan kita tidak melindungi Bumi kita, meteor gergasi akan melanggar Bumi dan memusnahkannya sama sekali". Kamu boleh mempertimbangkan maklumat-maklumat yang telah kamu pelajari ini dengan cara yang sama. Ini juga satu cara untuk menunjukkan kesyukuran kamu kepada-Nya





PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails