Thursday, December 30, 2010

kembali bertanya kepada diri

     Suka ku mengingatkan kembali diriku yang terkadang alpa dengan nikmat dunia yang sementara.Seketika aku terkadang terfikir yang aku masih perlukan kekuatan untuk merubah diriku dan orang lain ke arah kebaikan.Tetapi melihatkan diriku yang masih kekurangan mendalami ilmu Ilahi , hatiku sering terdetik yang aku perlu berubah.Berubah kerana Allah dan menjadi manfaat kepada orang sekeliling dalam dunia dakwah ini.


       Esok adalah hari last aku bekerja di Prima Moda.Ku harap perjuangan seterusnya dapat ku pertahankan.Result pula dah nak keluar, moga Allah bantu selepas ku berusaha dengan sebaiknya.Berubah dan bertaubat itulah matlamatku.....moga Allah bantu.

Doaku, semoga anda semua sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah. Sepanjang perjalanan hidup ini, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Ada yang kecil dan ada yang besar. Ada yang dilakukan tanpa disedari dan ada juga yang dilakukan secara sengaja. Sebagai manusia biasa, kita sering terdedah untuk melakukan pelbagai dosa.



Namun, kerana Allah itu Maha Pengampun maka kita masih diberi kesempatan untuk berubah, bertaubat dan istiqamah dengan perubahan yang kita lakukan. Walau sebesar manapun dosa yang kita lakukan, yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun dan berusahalah untuk bertaubat dengan bersungguh-sungguh.


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata,
”Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?”
Rasulullah saw menjawab,”Ya, akan ditulis.”
Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku bertaubat?”
Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.”
Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku mengulangi lagi?”
Rasulullah saw menjawab,”Akan ditulis.”
Lelaki itu bertanya lagi,”Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?”
Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.”
Lelaki itupun berkata,”Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus dosa?” Rasulullah saw menjawab,”Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun.” – (HR Thabrani dan al-Hakim)


Begitu kasihnya Allah kepada hamba-Nya yang ingin bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik. Jangan apabila tersalah langkah, kita malu untuk bertaubat. Bagi sesetengahnya, alang-alang dah buat jahat biarlah terus jadi jahat. Sedangkan Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk mereka yang ingin bertaubat.Jadi , jom kawan-kawan kita berubah dan bertaubat.;-)


Friday, December 17, 2010

cerita tentang zana

Apabila aku bercerita tentang sahabatku, zana
baru aku tahu bahawa kami sama-sama memerlukan
pada awal pertemuan kami di Prima Moda ku sangkakan yang dia menggeruniku
tapi sebenarnya sangkaanku silap sama sekali
kerana suatu hari dia mendekatiku dan kami mula berkenalan dengan lebih dekat lagi
ku tahu dia adalah seorang insan yang sangat kuat dan tabah
walaupun dia dideritai sakit jantung berlubang
namun semangat juangnya untuk hidup memang aku kagum
lagikan dia adalah merupakan anak ke-9 daripada 15 adik beradik
dia merasakan yang dia bertangungjawab terhadap keluarganya

Seawal pertemuan kami aku perasan ada selaput kuning yang menyaluti kawasan mata putihnya
dan bila dia bercerita tentang hal yang sebenar baru aku tahu yang dia telah lama menderita sakit jantung berlubang itu
injap ventrikel kanan jantungnya gagal berfungsi hingga menyebabkan injap palsu terpaksa digunakan
sebagai bahan gantian untuk memudahkan pengaliran darah di dalam jantungnya
harga untuk mendapatkan injap itu sahaja sudah mencecah RM4000
dan di sini aku ingin membawa kalian mengetahui yang dia adalah sebaya dengan diriku
dia adalah seorang wanita
dia berumur 19 tahun
memang aku tak nafikan ramai lagi insan lain yang menderitai sakit yang sama seperti dirinya
tetapi ini semua adalah sebagai peringatan buat diriku dan yang para pembaca
bahawa perlunya untuk kita bersyukur dengan kurniaan dan rahmat dari Allah SWT
yang seringkali terlupa dan alpa dengan nikmat dunia yang hanya sementara
dan tidak kekal lama
aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan aku dengan dia
yang darinya aku dapat aku ambil ibrah daripada kehidupan ini
Terima kasih Ya Allah...



Thursday, December 16, 2010

One Secret of a happy marriage

A man and his fiance were married.It was  a large celebration.All of their friends and family came to see the lovely ceremony and to partake of the festivities and celebrations.A wonderful time was had by all.The bride was gorgeous in her white wedding gown and the groom was very dashing in his black tuxedo.Everyone could tell that the love they had for each other was true.

A few months later, the wife comes to the husband with a proposal:"I read in a magazine, a while ago, about how we can strengthen our marriage."She offered."Each of us will write a list of the things that we find a bit annoying with the other person.Then, we can talk about how we can fix them together and make our lives happier together."

The husband agreed.So each of them went to a separate room in the house and thought of the things that annoyed them about the other.They thought about this question for the rest of the day and wrote down what they came up with.The next morning, at the breakfast table, they decided that they would go over their lists.

"I'll start,"offered the wife.She took out her list.It had many items on it.Enough to fill 3 pages, in fact.As she started reading the list of the little annoyances, she noticed that tears were starting to appear in her husbands eyes.

"What's wrong?"she asked."Nothing" the husband replied,"keep reading your list."

The wife continued to read until she had read all three pages to her husband.She neatly placed her list on the table and folded her hands over top of it.

"Now, you read your list and then we'll talk about the things on both of our lists."She said happily.

Quietly the husband stated, "I don't have anything on my list.I think that you are perfect the way that you are.I don't want you to change anything for me.You are lovely and wonderful and I wouldn't want to try and change anything about you."

The wife, the touched by his honesty and the depth of his love for her and his acceptance of her, turned her head and wept.
**************

This is not to say that you must overlook every fault in your partner.When it comes to the little things, remember that we are all imperfect beings,  struggling to worship our Creator as best we can, pursue our dreams, raise our families, put food on the table, and balance all of the above fairly.We all have faults.We all make mistakes.Or in another words(jangan cari kesempurnaan , maka sempurnalah hidupmu)

Monday, December 6, 2010

Berhijrahlah walaupun payah

Salam w.b.t

Sedikit sedih hari ini...
Aku pun tak tahu kenapa
Semakin lama aku semakin runsing dengan keadaan sekelilingku
Seakan-akan ianya menunjukkan yang aku perlu bersedia meniti hari kematian
atau lebih mudah jika ku katakan hari pertemuanku dengan Allah...
Aku suka tengok perlakuan manusia...
dan dari situ membuatkan aku sedar yang aku perlu berubah
tidak boleh main-main lagi dengan dakwah
kerana aku tahu yang dakwah itu perlu disebarluaskan kepada semua makhluk Allah.

Hari ini di tempat kerja aku di Jakel atau lebih dikenali sebagai Prima Moda, aku rasa sesuatu yang aku wajib aku tahu HIJRAH itu sememangnya payah...dan andainya kita mengalah di jalan HIJRAH ini bermaksud kita masih belum mampu mengubah diri kita untuk menjadi seorang mukmin yang kuat , beriman, dan berdaya saing.Jadi dari sekaranglah perlu bersiap sedia.Bagi aku kerja di sini agak mencabar kerana kita menggunakan akal fikiran , kepantasan tangan kanan dan kiri untuk memenuhi kehendak para pelanggan.Lagikan pada masa yang sama kena ada kemahiran melipat kain dengan cepat.
Seketika aku termenung sendiri memikirkan pengaplikasiannya di dalam bidang dakwah ini.

DAKWAH?
Sebenarnya dakwah pun memerlukan secukupnya ilmu dalam diri seseorang muslim, keyakinan yang mantap untuk mentarbiah orang lain, tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwah, mulut kena pandai berkata-kata, tangan kiri dan kanan perlulah tidak jemu dalam melakukan amal kebaikan dan kebajikan.Hah!! lihat..sama kan halnya dengan kerja yang aku lakukan.Bolehlah kalau aku katakan perunding jualan bertindak sebagai seorang dai'e(perlu ada banyak kemahiran dan ilmu), manakala pelanggan bertindak sebagai dakwah(maksudnya di sini bagi perunding jualan yang baik mutu kerjanya pasti akan mendapat ramai pelanggan=seorang daie yang baik dan bersungguh -sungguh dalam berdakwah pasti akan mendapati hasil dakwahnya amat berkesan dan diterima oleh orang ramai lantas menjadikan mereka semua golongan yang beriman kepada Allah S.W.T)

HIJRAH?
Ya aku perlu teruskan hijrah ini kerana aku yakin Allah S.W.T sentiasa bersama-samaku...dan seiring dengan itu aku ingin membawa temanku yang bernama "PENGORBANAN" untuk berjuang bersama-sama ku merentasi mehnah pancaroba hidup di bumi Ilahi.Moga "PENGORBANAN" ini bisa melahirkan secarik rangkaian kejayaan pada aku dalam usaha dakwah ini.InsyaAllah...

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432...

Tuesday, November 30, 2010

Pedoman anekdot terdahulu


Salam w.b.t


     Pagi tadi aku pergi menziarahi sepupuku di kampung peserai.Tujuan aku ke sana adalah untuk melihat anaknya yang baru lahir , Alhamdulillah anaknya selamat dan comel.Bila tengok muka bayi tu , tiba-tiba tergerak nak tanya apa nama bayi lelaki tu.Namanya indah iaitu Muhammad Irfan.Sekarang ni kan musim cuti, jadi ramailah saudara-saudaraku yang sudah berumahtangga melahirkan anak...sungguh gembira hatiku, yelah apa taknya makin bertambahlah bilangan ahli keluarga besar kami.Hehehe...

     Bila kita cakap-cakap pasal bayi yang baru lahir ni , sebenarnya ada tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap ibu bapa dan salah satunya bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak itu.Seperti kain putih yang dibeli di kedai , kita diberi pilihan samaada nak mewarnainya dengan warna kegelapan mahupun warna yang terang dan sedap mata memandang.


Jika kita lihat pada firman Allah:
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu".
(Surah al-Dhariyat 51:56)
melalui ayat ini sudah cukup membuatkan kita sedar tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak untuk  mengabdikan diri kepada Penciptanya adalah amat-amat penting.Ibu bapa perlulah memberi kefahaman kepada anak-anak denagn memberitahunnya bahawa manusia diciptakan untuk 2 tujuan yang sangat besar iaitu sebagai seorang anak dan khalifah di bumi Allah.Bukan untuk asyik bermain, membuang masa, membuat sesuka hati dan sebagainya.Kehidupan itu bukan hanya untuk makan , bermain dan tidur sahaja.

      Suka untukku ketengahkan beberapa anekdot terdahulu yang mana jelas membuktikan kepada kita bahawa adanya sejarah hebat kanak-kanak pada zaman para sahabat terdahulu.Mereka bukan sahaja menjadi anak-anak genius, malah beraklak mulia.Walaupun masih muda, kebanyakan mereka mampu berfikir seperti orang dewasa dan berani dalam melontarkan hujah sendiri.

Mari renungi bebrapa anekdot yang dipaparkan dalam sejarah Islam:

1)Abdullah bin Zubair
-Suatu ketika Amirul Mukminin Sayidina Umar melalui sebuah jalan di kota Madinah.Beliau bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain.Apabila mereka melihat Saiyidina Umar datang, mereka semua lari kerana gentar dengan Umar.Namun Abdullah bin Zubair berdiri tetap di situ dan tidak lari dari Sayidina Umar.
- "Mengapa engkau tidak ikut lari seperti mereka?"tanya Umar."Mengapa mesti lari , sedangkan saya tidak bersalah.Dan jalan ini tidak sempit, tidak perlulah saya lapangkan untuk laluan tuan,"jawab Abdullah.Jawapannya jelas menampakkan Abdullah seorang kanak-kanak yang berani dan bijak.

2)Anak lelaki khalifah Umar bin Abdul Aziz.
- Pada hari raya, di paginya , anak Umar mengenakan pakaian lama, tidak seperti kanak-kanak yanng memakai pakaian baru.Si ayah melihat tingkahlaku anaknya dan menangis.
- "Mengapakah ayah menangis?"tanya anaknya."Anakku , ayah khuatir jika hatimu hancur luluh ketika kanak-kanak lain melihat kamu memakai pakaian lama ini."Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya tidak akan hancur hati kecuali hati orang yang tidak mendapatkan keredhaan Allah atau menderhaka kepada kedua ibu bapanya.Dan saya sangat mengharapkan keredhaan Allah dan keredhaanmu,"jawab si anak.

#Jelas kan dapat kita lihat di sini, bertapa bagusnya keperibadian yang dimiliki anak-anak ini sejak kecil hasil didikan agama yang diserap dalam diri mereka.Jika soalan begitu ditanya kepada anak-anak sekarang, entah apa jawapannya.Bila ditanya dah besar nak jadi apa?Adalah sesetengahnya yang kata nak jadi Ultraman, Power Rangers dan macam-macam lagi yang boleh kita lihat pengaruh barat telah berjaya  mempengaruhi hampir seluruh jiwa mereka.Takutkan/?

Oleh itu:
a) Ibu bapa perlulah memberi penjelasan kepada anak-anak, sebagai hamba Allah mereka perlu melakukan segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala laranganNya.
-Sebagai contoh mengapa perlu solat dan apa kepentingannya kepada diri anak.Ibu bapa boleh memberitahu bahawa solat itu sebagai tanda kita ingat kepada Allah.Tidak solat bermakna tidak ingat Allah.Allah S.W.T telah memberikan banyak nikmat kepada kita dan salah satu cara kita bersyukur kepadaNya adalah dengan sentiasa mengingatiNya.

b) Ibu bapa menekankan dalam diri anak-anak pentingnya belajar bersungguh-sungguh.
- Mereka tidak boleh mengabaikan setiap ilmu yang telah dipelajari.Setiap ilmu yang diajar penting untuk dimanfaatkan di kemudian hari.

c) Ibu bapa mengisi masa lapang anak dengan nasihat, cerita -cerita kegemilangan Islam dan ceramah keagamaan serta macam-macam lagi.
- Ini dapat mengelakkan anak-anak terdedah dengan benda sia-sia seperti terlalu leka bermain komputer dan leka bermain bersama rakan hinggakan menjejaskan prestasi pembelajaran mereka.

d)Ibu bapa memberitahu kepada anak-anak tugas sebagai khalifah.
- Fahamkan kepada anak-anak tugas sebagai khalifah Allah adalah penting.Bukan sekadar tanggungjawab sesama manusia, malah kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan  dan apa jua kehidupan di muka bumi ini. Bermaksud anak-anak perlu memberi sebanyak-banyak kebaikan kepada diri, masyarakat,  dan alam sekeliling.
- Bagaimana?Misalnya, menggalakkan mereka memberi salam kepada rakan-rakan sekeliling.Menjaga alam sekitar juga dapat dipraktikkan dengan tidak membuang sampah merata-rata dan menjaga kebersihan rumah.Dari segi hubungan dengan haiwan seperti tidak mendera , memukul dan menganiaya binatang.

e)Memberitahu anak-anak bahawa segala yang mereka lakukan akan di tanyakan kembali oleh Allah.
Jika bertembung dengan sesuatu masalah sama ada dengan kawan-kawan atau orang lain, keputusan yang diambil mestilah berpandukan dan mengikut syariat Allah S.W.T. Hasilnya ini akan memberikan kebaikan kepada diri dan orang lain, dan bukannya menyusahkan dan merosakkan hubungnan dengan orang lain.

Sebuah hadis Rasulullah S.A.W, dimana maksudnya:

"Wahai anak muda, sesungguhnya saya akan mengajarmu beberapa kalimat.Jagalah Allah S.W.T , nescaya engkau akan mendapatiNya ada di hadapanmu.Apabila kamu inginkan sesuatu, mintalah padaNya.Jika memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah S.W.T.Andainya dikumpulkan seluruh umat memberi manfaat kepadamu, tidak akan dapat memberi manfaat kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan.Dan sekiranya mereka bersatu untuk memudharatkanmu, mereka tidak akan dapat kecuali dengan sesuatu yang telah Allah S.W.T tetapkan ke atasmu.Pena telah diangkat dan lembaran telah kering."(Riwayat al-Tirmizi. no 2516)
                         _____________________________________

@Sampai satu ketika anak-anak akan dewasa dan akan duduk berjauhan daripada ibu bapa.Mereka mungkin akan belajar di asrama, kolej atau mungkin akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.Sebelum mereka menempuh alam kehidupan di luar sana yang penuh dengan dugaan, persiapkanlah diri mereka dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T. dan khalifahNya.

Saturday, November 27, 2010

ungkaian tabir hari ini- 5 dalam 1

Salam w.b.t
Sudah lama rasanya tidak aku update blog ni...hehe maaflah kerana aku lebih suka untuk lebih fokus kepada exam 2 minggu lepas.Baru aku faham yang niat belajar perlu sentiasa diperbaharui agar kita tahu matlamat yang hendak kita gapai sebenarnya adalah redha Allah.InsyaAllah aku yakin, aku boleh.Moga Allah bantu dan permudahkan urusan hidupku.

Cuba lihat gambar di atas ni...10 Muwasafat Tarbiyah.Imam Hassan Al-Banna telah menggariskn beberape sifat yg perlu dimiliki oleh seorang individu dalam memenuhi kerangka sebagai seorang muslim yang benar-benar beramal dgn Islam.Marilah kita berusaha sedaya upaya mungkin untuk memiliki ciri-ciri ini…..
Antara ciri-ciri yang dapat kita lihat adalah:

1.Aqidah yang sejahtera
2.Ibadah yang betul
3.Akhlak yang mantap
4.Luas pengetahuan
5.Sihat tubuh badan
6.Mampu berdikari
7.Melawan nafsu
8.Sangat menjaga masa
9.Tersusun urusannya
10.Bermanfaat kepada orang lain

       Dalam banyak-banyak list ni aku paling suka point luas pengetahuan , melawan hawa nafsu dan sangat menjaga masa.Aku tahu aku masih kurang ilmu pengetahuan berkenaan dunia ukhrawi dan duniawi, jadi melalui pandangan mataku ke langit Ilahi, aku mula bermuhasabah diri tentang kekurangan diri.Sungguh hebatnya Allah.Aku tahu yang terkadang aku mengejar kehendak dunia semata-mata, jadi nafsu tu semua perlu dicari vaccinenya untuk mencegahnya daripada merebak teruk dalam kehidupan.Bolehla kalau aku katakan nafsu ni ibarat virus Human Pappiloma yang mampu menyebabkan seseorang "wanita" terkena kanser cervix , huh sungguh berbahaya!!Aku juga tahu yang masa Allah bagi terkadang aku lalai menggunakannya ke arah yang sia-sia.Aduh sungguh hina diri ini.Ya Allah tabahkanlah hati ku dalam meraih cintaMu...sungguh jiwa hamba ini tidak pernah putus asa untuk menggapainya.



Kenapa 5 dalam 1??
 Alhamdulillah sebenarnya jam 8 pagi tadi aku baru bertolak dari Nilai ke Johor dalam masa 3 jam.Syukurlah selamat sampai;-)Ada 5 perkara yang berlaku hari ini yang membuatkan aku terkejut , dapat pengalaman dan yang penting dapat merasakan perlunya Allah dalam hidup kita.

1. Destinasi pertama: Ke Kem Tanjung Laboh.
- Di sana ada diadakan Jambori untuk Kelab Remaja Islam Malaysia(KRIM).Aku tak menyertai program ni tetapi menghantar kakak ke sana kerana akak menjadi urusetia program.Huhu...akak aku pun sekarang ni makin commette dengan ISMA, cemburu aku dibuatnya.Memang nak join sebenarnya, tetapi tak boleh sebab sudah ada rancangan lain yang sudah ku atur.Menariknya sebab aku dapat lihat keriangan yang terpancar pada wajah  para peserta ketika sesi pendaftaran dijalankan.Hebatkan ukhwah tu, walau mereka datang dari sekolah yang berbeza, namun mereka mampu bersatu atau dengan kata lain nampakla kesepakatan tu.

2.Destinasi kedua : Ke rumah pak cik, di Taman Flora.
- Alhamdulillah pertemuan yang sudah lama tidak dijangka, akhirnya dapat ditemukan kembali.Yang penting aku sangat kagum melihat pak cikku, walaupun dia kurang upaya , namun semangatnya kuat untuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga.Semoga pak cik sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya.Tiba-tiba masa perjalanan pulang , aku terasa Allah tegur aku...huhuhu.Tidak aku sangka aku telah melanggar motor dan nasib baik bukan langgar orang(lega!).Bila aku fikir-fikir balik, aku akui niat aku waktu tu ...balik sebab nak cepat sampai rumah dan bukan kerana Allah.Reverse punya reverse...DUSH!.
-Jadi muhasabah balik dengan lakukanlah sesuatu pekerjaan itu kerana Allah/ untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan untuk selainnya.Hal ini kerana kita hanyalah seorang hamba yang kekadang lupa kepada Tuhan sedangkan kita tahu segala nikmat yang kita pinjam/miliki adalah milik Al-Khaliq.Samala macam konsep nucleus dan cytoplasm yang memerlukan basic stain dan acidic stain untuk memberi warna bagi setiap komponen.
-Di dalam proses Histology(study about the tissue) , nucleus adalah acidic component yang akan diwarnai oleh basic stain lantas acid component ini digelar sebagai basophilic.Digambarkan nucleus(seorang hamba) yang bergantung kepada basic stain(Pencipta) dan hasil daripada kebergantungan ini memperlihatkan nucleus ini digelar basophilic(diambil dari perkataan 'basic') yang bermaksud segala perkara memerlukan pengabdian kembali diri kepada Ilahi.

3. Destinasi ketiga : Menziarah kawan ayahanda.
-Kawan ayahanda sudah lama dipotong kedua belah kakinya akibat penyakit kencing manis yang teruk(chronic phase) dan separuh badannya lumpuh.Namun beliau beruntung sebab hadirnya isteri yang setia bersamanya ketika beliau dilanda kesulitan, Alhamdulillah.Benarlah firman Allah:"Sesungguhnya setiap kesusahan itu ada kesenangan".Disebalik ketenangan yang tergambar di wajah beliau, tiba-tiba air matanya menitis.Lantas beliau berkata kepada ayahanda dan bonda:

"Aku ada 2 orang anak.Aku akui dulu aku tidak menjaga mereka dengan sebaiknya dan tidak aku jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang bapa kepada mereka.Hingga kini, selama aku dideritai sakit sebegini , tiada seorang pun daripada mereka yang sudi datang untuk melawatku.Mungkin ini adalah balasan Tuhan untuk aku kan?"

Terkejut aku dibuatnya....ayahanda pun terkedu, tapi bonda sempat memberitahu bahawa segala yang telah berlaku ini adalah ujian dari Allah dan mungkin terselit 1001 hikmah disebaliknya.InsyaAllah suatu hari mereka akan kembali menziarahinya.

Bagi aku pula, wahai anak-anak tidak perlulah kau ambil hati dengan sikap bapamu dulu.Lihatlah sekarang beliau telah berubah dan benar-benar memerlukan kalian selagi roh masih berada dalam jasad beliau.Lupuskan dendam kalian terhadap bapamu kerana hidup ini bukan masanya untuk kita memberi rasa sakit itu kembali kepada orang yang menyakiti, tetapi adalah untuk mencapai keredhaan Allah.Sekali lagi saya tekankan..keredhaan Allah.Bagaimana bisa kalian mencapainya tanpa keredhaan ibu bapa kalian sedangkan kalian sendiri sudah berjaya dan tahu bahawa keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa.Sedangkan Rasulullah(kekasih Allah) sendiri memaafkan orang yang pernah menyakitinya sepanjang perjalanan baginda dakwah ke seluruh Tanah Arab , inikan kalian yang hanya merupakan hamba seperti saya.

4.Destinasi keempat:Menziarahi kawan bonda.
-Kawan bonda pun sakit kencing manis.Dahulu semasa kunjungan aku ke sana ku lihat tubuhnya berisi.Tetapi apabila melihatnya tadi aku rasa sedih kerana aku hanya melihat senipis 0.5 cm radius lapisan kulit yang menyeliputi tulangnya dan kerusi roda menjadi perumah untuknya bergerak ke mana-mana.Sungguh!sungguh! aku takut akan siksaan Allah kepada setiap hambanya.Terasa makin semakin hampir saat pertemuan denganNya dan semakin aku khuatir cukupkah bekalan amal yang akan ku hadapkan di hadapanNya nanti saat perhitungan amal.Astargfirullahalazim....sudah kah aku menggunakan nikmatNya dengan sebaiknya??Sekali lagi bertubi-tubi persoalan itu menerjah masuk ke dalam kotak fikiranku.
-Pada masa yang sama suaminya ada membawa tukang urut(perempuan) dari Indonesia(Riau) untuk mengurutnya.Aku tak mahu comment apa-apa tentang appearance tukang urut tu, tapi aku nak pointkan kat sini yang sebenarnya dunia ini semakin tua dan segala bencana yang berlaku seperti sakit , banjir , gunung berapi dan lain-lain adalah disebabkan tindakan manusia sendiri.Allah telah memberi pengajaran kepada kita berkenaan umat terdahulu yang engkar perintahNya seperti yang tercatat di dalam al-Quran.OK.Itu masuk akal.
-Tiba-tiba aku pelik dia tahu aku pelajar perubatan dan suruh aku lakarkan seluruh organ manusia bersama urat-urat yang ada dalam badan manusia.Dia suruh aku kenal pasti setiap satu urat/ nerve cell tu bermula dan bersambung ke mana kerana dari situ kita akan dapat tahu punca sakit tu datang dari bahagian mana.Seketika aku  berfikir.@#$

5.Destinasi kelima: Menziarahi mak cikku, di Felda Ayer Hitam.
-Alhamdulillah dapat juga menziarah mereka.Berbual punya berbual, tiba-tiba mak cikku kata jirannya yang amik nurse ada minta kerja kat tabung haji (maksudnya dia mohon untuk berkhidmat kepada para jemaah di Mekah yang mengalami kecederaan).Aku cuma nak pointkan kat sini yang jiran mak cikku tu benar-benar beruntung sebab dapat menyempurnakan ibadah haji pada masa yang sama.Selama ni aku tak pernah pun terfikir nak minta kerja kat tabung haji tu.Wah jadi lepas ni adala peluang aku untuk ke sana.Tapi kena mohon dan fahami segala prosedur yang telah ditetapkan.InsyaAllah moga hajatku tercapai.
-Sebenarnya sejak aku darjah 6 lagi, aku menanam cita-cita untuk ke sana pada usia ku 20 tahun.Moga Allah permudahkan.

5 destinasi sudah ku lalui dan aku harapkan yang aku mampu untuk menjadi lebih baik daripada semalam.Dan seperti biasa "Campus life is all about the DAKWAH and study".Common ummu!!!



Sunday, November 14, 2010

sungguh terharu

saja nak pointkan gambar kuda ni...sungguh diri ini mendapat kekuatan bila mendengar suara dari bonda dan ayahanda.

Sebentar tadi bonda call dan wish "happy birhday sayang"...ayahanda pun begitu juga.Sejujurnya birthday aku bukan hari ini tapi esok...mungkin esok bonda sibuk , jadi wish awalla..hehehe.Terima kasih, angah dah cukup gembira bila mendengar suara bonda dan ayahanda.

Sejujurnya aku ingin merafaakan kesyukuranku kepada Ilahi di atas segala pemberian rahmatNya ke atas diri ini yang hina dina.Rasa gentar pula melihat kepada umur yang semakin bertambah...moga amalku juga akan bertambah terutamanya dalam menegakkan agama Allah.InsyaAllah.

Ya Allah Ya Rabb:
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu



Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.



Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.


Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak bangsa yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak bangsaku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
@esok final start 15 Nov hingga 24 Nov 2010...Ya Allah bantulah hambaMu ini...@










Monday, November 8, 2010

UK

Semalam aku bermimpi yang aku dah sampai United Kingdom...jadi doctor dah.Rupa-rupanya ia hanya mimpi...mungkin sejak kebelakangan ni member-member aku ramai yang dah fly..tu yang aku pun mengidam.Alhamdulillah aku bersyukur sangat kerana bangsaku makin berdaya maju.InsyaAllah aku pun kena berusaha lebih-lebih gigih lagi.Dengan satu keyakinan kepada Allah SWT...aku pasti BOLEH!!!

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan kententuan bagi tiap-tiap sesuatu" (At-Thalaq:2-3)




4 tanda orang berakal :

1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

Sunday, November 7, 2010

jom muhasabah diri


15 November - 24 November 2010.Siap sediakah anda??

ke mana arah tuju???hilang seketika dek dibuai mimpi semalam..andai buntu mujahadahlah agar kau ketemu jalan kebenaran

Empat hari bercuti di rumah begitu mencabar hati dan nurani ku.Yelah mana taknya aku sering dilanda bermacam pilihan dunia..blajar..layan adik..layan abang..discussing somethings with my mum and dad(sebenarnya boleh je belajar kat rumah, tapi melihat ahli keluarga yang sudah lama tidak berjumpa...boleh dikatakan sehari suntuk pun masih belum cukup berkongsi cerita sesama mereka).
Apabila kejadian sebegini terjadi...apalagi aku akan duduk bersendirian memandang langit Ilahi.
Tuuppss!!!
Astargfirullahalazim...mana boleh macam ni..aku kena lawan sifat malas ni.

Dan terasa diperli melihat pada ayat:


Tak boleh ummu...awak kena bangun dari mimpi !!!
Jadi langkah seterusnya kena sentiasa perbaharui niat belajar dan pacukan seberapa banyak matlamat yang ingin dikecapi...

Pastikan sasaran matlamat tepat disertai  usaha sebagai seorang hamba.Jangan lupa D.U.I.T.(doa, usaha , ikhtiar dan tawakal pada Allah SWT).

Keyakinan pada Allah SWT perlu ada dalam setiap apa yang kita lakukan .Orang yang berusaha gigih pasti berjaya;-)Jangan lupa juga doakan kejayaan sahabat-sahabat kita yang lain.

Lihatlah bertapa gembiranya dunia meraikan kejayaan kita semua.Itu semua memerlukan pengorbanan setiap individu untuk mencapai tangga kejayaan tersebut.

Melihatkan mereka aku juga ingin berjaya....



Saturday, November 6, 2010

biarkan dia bermonolog sendirian


bebaskan iman
penjarakan syaitan
moga bahagia masa depan
kurungkan nafsu
didiklah dirimu
agar bahagia milikmu

lawanlah syaitan
dengan kekuatan iman
moga terlihat kemenangan
belenggu nafsu
yang mendiam di kalbu
agar syurga balasanmu

Thursday, November 4, 2010

mampukah aku


Semalam aku diingatkan oleh salah seorang sahabatku untuk mencuba membimbingnya.Aduh!!mampukah aku Ya Allah.Aku bukan mengeluh tetapi terkejut.Tetapi apa yang pastinya aku akan berusaha memberitahu kebenaran yang sebenar.Seketika aku cuba menjenguk ke blog ustaz Halim.Tersentak juga hati ini bila membaca artikel bertajuk "Aku , Lim dan Islam".Kisah di mana aku(Talha) dan Lim adalah merupakan sahabat baik ketika zaman sekolah.Lim selalu juga ke rumah Talha ketika zaman sekolahnya.Alhamdulillah mereka berdua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.Masing-masing mendapat tawaran untuk menyambung belajar ke luar negara.
Sesuatu perkara yang mengejutkan Talha ini adalah Lim, sahabatnya yang sudah lama tidak ditemuinya telah masuk Islam.Apabila Lim menziarahi Talha setelah pulang dari luar negara, Lim menanyakan sesuatu kepada Talha.
_________________________________________________
Di bawah ini merupakan perbualan di antara Lim dan Talha:

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?



Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?


Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.


Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?


Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Talha terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
________________________________________________
Ya Allah pada jalan ini...aku berusaha untuk membantunya Ya Allah .Bantulah aku agar aku kuat membantu agamaMu Ya Allah...

Tuesday, October 26, 2010

ketika cinta bertasbih

Dengan ini saya dengan sukacitanya mempersembahkan sebuah lagi kisah cinta..hehehe .Hanya sekadar mengisi masa terluang yang ada.Moga terhibur dan amiklah iktibar daripada kisah ini.

Aku/Sofia: Adalah watak utama cerita, seorang wanita yang sudah bekerjaya sebagai seorang doktor sakit puan, akak kepada Hakim.
Hakim: Adik kepada 'aku', graduan dari UiTM Shah Alam dalam kejuruteraan kimia.
Adam: Senior kepada Hakim , juga telah bekerja.

 START........
Tepukan gemuruh kedengaran menusup ke telingaku yang datang dari arah dewan utama universiti.Nampaknya majlis konvokesyen adikku, Hakim sudah bermula."Urgh...mesti adik aku marah ni sebab aku dah berjanji nak datang tengok dia berkonvo sebelum majlis bermula...maafkan akak ya dik", desis hatiku.

Itulah Hakim , seorang hero dalam keluarga kami. Aku sayang sangat kat dia, yelah apa-apa perkara yang aku rasakan kaum hawa tak mampu nak buat , tanpa di suruh , dia akan bersedia mambantu.Berharganya dia buat kami yang jauh di sisinya kerana dia dapat menyambung amanat arwah ayah dulunya yang menginginkan dia menjadi jurutera yang berjaya.Dan alhamdulillah impian arwah ayah tercapai.Ibu pernah berkata,"Alangkah gembiranya hati ayah bila tengok hero ibu ini sudah menjadi seorang yang berjaya ya.Ibu harap abang tak akan lupa asal usul abang, tujuan hidup abang yang sebenarnya di atas muka bumi ini.Manfaatkan ilmu yang abang ada untuk pembangunan ummah hari ini".Adik aku apalagi, senyumla dia memanjang bila dengar ibu berbicara sedemikian, aku tahu dia faham kata-kata ibu dan aku yakin dia adalah model terbaik terutamanya buat contoh pemuda di kampung kami.

Semasa aku mahu menjejakkan kaki ku ke dalam dada dewan , aku mengeluh seketika kerana ku lihat barisan kerusi sudah dipenuhi oleh hadirin yang datang.Seketika aku merasakan ada seseorang menyentuh bahuku.Apabila ku toleh kebelakang, rupa-rupanya orang itu adalah adik aku."Huhuhu...ingatkan pakwe hensem mana la yang sapa akak tadi", kataku padanya.Adikku terus bersalam denganku dan mengajak aku keluar dewan untuk mengatakan sesuatu . Katanya suasana dalam ni amat bising.

Sampai sahaja di luar...aku mengucapkan tahniah kepadanya kerana dia adalah salah seorang pelajar bumiputera yang menduduki rangking pertama(first class)  di universitinya dalam kos kejuruteraan kimia ini.Sempat juga ku kirimkan salam dari ibunda di Johor yang amat merinduinya.Ibu tidak dapat hadir kerana kena menghadiri jemputan rakan baiknya yang baru balik dari Mekah dua hari lepas.Balasan senyuman dari adikku sudah cukup menggambarkan yang dia redha dan aku memang nampak dia berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke tahap ini.Aku bangga dengannya.

Selesai sahaja majlis , adik aku mengajak aku bergambar dengan rakan-rakannya.Aishh...malula aku lantas aku menolaknya dengan cara baik.Nasib baik mereka faham.Jadi bila tidak bergambar dengan mereka , aku la yang kena jadi camera girl buat sementara.Aku tidak kisah asalkan aku gembira tengok hero aku gembira.hehe

Tiba-tiba salah seorang dari kawan adik aku bertanya:"Hakim, jadi inilah kakak ko yang dah jadi gynaecologist tu ye?"
Hakim :" Ha'a.Kenapa ye Muaz?"
Muaz: " La...patutla muka sama dengan ko sebiji".
Halim: "Ko ni pun satula Muaz, dah namanya adik beradik mestilah mukanya sama."

Aku hanya mampu tersenyum sahaja melihat gelagat mereka.Tak mampu nak kata apa-apa.Sempat juga la aku bersembang dengan mereka.Nampaknya mereka ini juga tidak kurang hebatnya melihat kepada bicara mereka tentang perubatan dalam bidang cytology.Yelah kebetulan aku kan adalah doktor Sakit Puan.. jadi serba sedikit bidang ini memang berkait rapat dengan kerjaya aku.Sememangnya aku ni memang seorang yang tidak banyak cakap.Tapi aku akan jadi seorang yang ramah bila mereka senang dengan diriku.Itulah aku ,Sofia.

Jam menunjukkan jam 12.30 tengah hari.Aku dimaklumkan yang Hakim di jemput makan bersama dengan VVIP dan seniornya yang sudah habis belajar dan telah bekerja di Australia.

Aku: "Habis takkan akak nak ikut?malula...tak pe Hakim je yang pergi...akak tunggu di sini ya".
Hakim: "Apalah akak ni supporting la sikit...biasala kalau majlis macam ni, yang terbaik pasti diraikan bersama ahli keluarga terdekat.Tak pun akak suka kot tengok adik datang sana sorang-sorang tanpa bertemankan siapa-siapa.Tolonglah akak..kali ini je...please.."

Itulah aku. Memang pemalu adalah sifatku.Tapi kenangkan adik aku yang sorang ni aku pun temankan dia ke meja VVIP di Bilik Seri Mawar untuk menikmati sedikit juadah tengah hari di sana.

Masa di meja makan ku lihat ramai betul orang lelaki kat situ.Aduh .. aku memang lemah betulla datang ke majlis macam ni.Malunya...Di sini ada juga kelihatan beberapa orang kaum hawa..tapi jumlahnya tidak mencecah separuh.VVIP dan para pensyarah serta senior  adik aku begitu gembira dengan keputusan yang diperolehi oleh Hakim.Sambil makan mereka bertanya tentang diriku.Sebenarnya mahu sahaja aku sembunyikan adentiti diri yang sebenar.Tetapi rupa-rupanya mereka lebih awal mengetahuinya.Aku cuba untuk menjaga maruah aku sepanjang berbicara dengan mereka.

Tidak semena-mena, aku terasa senior adik aku yang duduk betul-betul di depan aku memperhatikanku.Ku cuba beranikan diri untuk membalas pandangannya , dan lantas itu , dia menoleh ke arah lain.Pelik sungguh aku dibuatnya dan membuatkan aku tertanya-tanya.Pernahkah aku kenal dia...tapi sejujurnya aku merasakan wajahnya memang pernah ku temui sebelum ini.

________________________________

Sampai rumah aku dan Hakim berehat berikutan perjalanan yang agak memenatkan.Malam itu ibu memasak masakan kesukaan Hakim, ikan masak lemak cili api.Tiba- tiba semasa di meja makan:

Hakim : " Akak abang Adam kirim salam."
Aku : "Adam??Adam mana pula ni.
Hakim : "Yang curi- curi pandang akak tadi masa makan tadi.Dia kata dia kenal akak sebab akak satu PLKN dengan dia."
Aku : "Hah!!!oh mungkin akak lupa la...kan dah lama dah peristiwa tu.Ok la dah kenyang ... ibu akak minta izin masuk bilik dulu ya..."

_____________________________

"Betulla ...aku ingat dialah Adam yang aku kenal sewaktu kat PLKN dulu.Ah!! kisah lama, lupakan jela...dialah yang menyebabkan aku banyak menangis.Ye memang aku mengaku aku lah menghulurkan salam perkenalan dengan dia, tapi bila sahabat baik aku sendiri mengatakan yang dia suka pada Adam...hatiku luluh waktu tu.Aku tidak tahu perasaan aku ketika itu sebab aku begitu suka pada Adam.Aku tak mampu nak meluahkan persaan ini kerana aku malu sebagai seorang perempuan dan tidak mahu merosakkan persahabatan dengan sahabat baik aku sendiri."Bentak hatiku.

Sejak dari peristiwa itu, aku cuba untuk lari jauh dari Adam...Tetapi masih tak boleh sebab dalam kelas CB kami memegang jawatan penting.Adam bertindak sebagai ketua dan aku adalah penolongnya.Apa-apa hal mesti kena berjumpa.Satu hari, Adam memberitahuku yang dia kena menangguhkan perkhidmatan sebagai pelatih kerana mendapat tawaran belajar ke Australia.Terasa sedih juga tapi apakan daya , hanya ucapan kejayaan mampu ku ucapkan buat dirinya pada akhir pertemuan kami.

Walaupun sudah beberapa hari Adam meninggalkan kem, namun dia tidak pernah miss untuk mesej aku setiap malam minggu .Bergusar juga fikiran aku dibuatnya, kerana sejujurnya aku memang tidak mahu mengingatinya.Biasalah syaitan....sentiasa tidak pernah jemu menyesatkan manusia.Hari demi hari aku semakin syok pula dengan Adam ni hinggakan aku selalu mesejnya.Selang beberapa hari mesej ku tiada mendapat balasan darinya dan ini mendorong aku bertanya kepadanya.Agak menyedihkan kerana dia telah menegur aku:
"Sofia, lihatlah apa yang awak inginkan dari saya..selalu mesej saya....awak takde perasaan malu ke...seperkara cuma sebagai peringatan ingatlah Sofia, tidak  pernah ada pun persahabatan antara lelaki dan perempuan dan tidak akan pernah ada pun...jika adapun adalah untuk membincangkan perkara-perkara  tertentu atau yang berkenaan agama Islam...maafkan saya kerana saya takut futur diperjalanan menuju Ilahi."

Menitis air mata aku bila ditegur sedemikian rupa.Yup aku akui apa yang dikatakan itu benar...tetapi aku tidak boleh terima bila dia kata aku tiada perasaan malu dan selalu mesej dia!!!Habis kalau gitu aku juga berhak mempertikaikan kelakuan dia yang selalu mesej aku sewaktu ketika dahulu...huh!!!
_____________________________________________

Malam tu aku bermimpi arwah ayah datang kepadaku dalam keadaan yang begitu tenang wajahnya.Ayah tersenyum dan berkata : "Anakku Sofia , tidak perlulah menyimpan dendam dalam diri kamu itu kerana jiwa kamu akan sakit nak...terima la keadaan ini dan cuba amik iktibar dari peristiwa yang telah berlaku."

Aku tersedar dari lenaku jam 3 pagi...air mata ku menitis lagi..tapi memang betul apa yang arwah ayah kata dalam mimpi tu..Ku kuatkan kaki untuk bermunajat pada Ilahi...

"Ya Rabbi, sesungguhnya aku benar-benar lemah tika ini Ya Allah.Ya Allah buanglah segala kemarahan yang tertanam dari dalam diri ini agar aku tidak membencinya.Aku sepatut tidak menyalahkannya , tetapi dalam hal ini aku lah yang bersalah sebenarnya..mungkin hati ini tidak sakit jika aku tidak melayannya dari awal lagi...Ya Allah suluhkanlah cahaya hidayahMu dalam diriku agar aku dapat menuju redhaMu."
________________________________________

Sejak peristiwa itu aku berfikir...mungkin sebelum ni Adam tak tahu apa yang dilakukannya itu sebenarnya salah.Ku cuba berfikir positif dan selepas ini aku tidak mahu mengingat namanya dalam diari hidupku lagi.Akan cuba untuk menghilangkan rasa sayang padanya kerana aku tahu rasa cinta dan kasihku hanyalah kepada Allah yang satu.
_________________________________________

Kembali ke zaman apabila aku telah bergelar gynaecologist:

Ibu berkata kepadaku ada pemuda yang ingin merisikku, umurnya sebaya denganku 26 tahun.Ku cuba meminta izin untuk melihat gambar orang yang bertuah itu dan ternyata sekali pemuda yang dikatakan itu adalah Adam , pemuda yang pernah ku cintai sewaktu dahulu.Benarlah kata Allah..."Tinggalkanlah benda-benda yang haram, InsyaAllah ia akan menjadi halal pada kamu suatu hari nanti."


PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails