Saturday, December 12, 2009

Kurang Agama Kurang Akal...


Dari Abdullah bin Umar katanya,Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Wahai kaum wanita,bersedekahlah kamu dan banyakkan istighfar iaitu memohon ampun...kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka."

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya,"Wahai Rasulullah, mengapa kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?"

Rasulullah bersabda, "Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami.Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal,daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi,"Wahai Raslullah!Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"

Rasulullah bersabda,"Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki.Inilah yang dikatakan kekurangan akal.Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid.Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama."(Riwayat Muslim)

Wanita adalah makhluk yang unik,diciptakan berbeza dan berlainan dengan lelaki.Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah.

Ketika mereka dalam nifas atau haid serta tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa , mereka sebenarnya masih boleh menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah.

Perempuan juga dikatakan lemah akalnya kerana mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya.Ini kerana mereka dikurniakan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikiran lebih panjang dan bersifat emosional.Oleh itu dalam pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki.

Tetapi dalam hal yang lain,Islam sama sekali tidak menolak hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.Hanya yang membezakan antara makhluk Allah adalah nilai ketakwaan mereka.

Aku akui wanita dilihat lemah pada sebahagian mata-mata lelaki...tetapi perlu diingat bahawa...lelaki pun tidak boleh hidup tanpa kaum hawa ini...hal ini kerana jika dilihat secara saintifiknya, 'women are completely women,but men are not completely men'.. 


Perempuan/wanita dikatakan 'completely women' kerana mempunyai kromosom XX, manakala  lelaki dikatakan 'incompletely men' kerana mempunyai kromosom XY..hah! lihat HEBAT sungguh ciptaan Allah SWT...pada penciptaanya yang membuktikan nak tak nak lelaki sememangnya memerlukan wanita serba-sedikit dalam kehidupan...walaupun mereka ini golongan yang lemah...Jadi aku mohon HORMATILAH kami yang bergelar WANITA... 

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails