Sunday, December 20, 2009

Hepatitis B...Sejauh Manakah Pengetahuan Anda Tentangnya???




HEPATITIS

Istilah “Hepatitis” dipakai untuk semua jenis peradangan pada hati (liver). Penyebabnya didapati dari berbagai macam, mulai dari virus sampai dengan ubat-ubatan, termasuk ubat tradisional. Virus hepatitis juga ada beberapa jenis, hepatitis A, hepatitis B, C, D, E, F dan G. Manifestasi penyakit hepatitis akibat virus bisa akut ( hepatitis A ) dapat pula hepatitis kronik ( hepatitis B,C ) dan adapula yang kemudian menjadi kanker hati ( hepatitis B dan C ).




Pada abad ke-20an hepatitis diketahui berjangkit disebabkan oleh virus.Dari
tahun 1940 hingga tahun 1960, kajian terhadap hepatitis menunjukkan bahawa terdapat 2 jenis virus hepatitis iaitu hepatitis jenis A(hepatitis berjangkit) dan jenis B(hepatitis serum).Tetapi hanya selepas perjumpaan antigen Australia(HBsAg) oleh Blumberg dan rakan-rakannya dan pengenalan hubungannya dengan hepatitis B, maka era baru yang terpenting di dalam penyelidikan hepatitis bermula.Blumberg dan rakan-rakannya menemui HBsAg secara tidak sengaja dalam serum seorang orang asli Australia pada tahun 1964.Oleh itu HBsAg dinamakan "Australia antigen" pada mulanya.Penemuan ini berlaku semasa mereka mengkaji polimorfism protein dalam serum pesakit yang sudah menerima pemindahan darah buat beberapa kali.Oleh sebab penemuan ini, Blumberg menjadi pemenang Nobel Prize dalam bidang Perubatan pada tahun 1976.


Virus Hepatitis B
Virus Hepatitis B dapat menyerang sesiapa saja, akan tetapi umumnya bagi mereka yang berusia produktif akan lebih berisiko terkena penyakit ini. Virus hepatitis B diklaskan dibawah suatu kumpulan virus yang dinamakan virus hepadna(hepatotropik DNA virus).Virus ini ada hubungan dengan virus hepatitis yang terdapat dari 2 jenis tupai iaitu tupai jenis Marmota monax dan tupai jenis Spermophilus beecheyi dan itik Pekin Anas domesticus.Kumpulan virus ini berbeza daripada virus yang lain yang juga mempunyai DNA.


Cara Menentukan Virus Hepatitis B
Banyak cara untuk menentukan HBV.Antaranya asei imuno(RIA/radioimmunoassay) dan asei yang berhubungan dengan enzim imuno(EIA/enzyme immunoassay).Teknik ini selalu diguna di dalam makmal biasa.


Hepatitis B boleh menular melalui beberapa cara:
1)Darah
-Dalam masa sepuluh tahun yang lalu pemindahan darah atau hasil darah berjangkit adalah sebab utama yang menyebabkan hepatitis dibeberapa buah negara.Oleh kerana terdapat ujian yang peka terhadap tapisan penderma darah, masalah ini dihapuskan kecuali sejumlah kecil di mana terdapat titer HBsAg yang sangat rendah hingga tidak boleh dikesan dengan teknik yang sedang digunakan.


Hepatitis B yang melalui proses transmisi suntikan akan memberi masalah kepada golongan yang menggunakan dadah.Mereka berkongsi alat suntik dan ini boleh membawa virus hepatitis B daripada pembawa kepada orang lain.


Hepatitis B mungkin merumitkan kaedah pembedahan di mana alat pembedahan dikotori dengan darah yang boleh masuk ke dalam badan melalui pecahan kulit atau membran mukus.Juga terdapat masalah khusus antara kakitangan hospital di mana mereka tersuntik diri sendiri dengan alat suntik kotor.Kakitangan yang bekerja di makmal klinik juga terdedah kepada keadaan berbahaya terhadap jangkitan hepatitis B.

2)Proses transmisi perinatal
- Transmisi perinatal ialah proses transmisi daripada ibu yang menghidap penyakit itu kepada bayi kandungannya yang masih di dalam rahim atau semasa peringkat kelahiran.Jangkitan perinatal mungkin disebabkan oleh cara yang normal yang dijalankan semasa kelahiran bayi atau darah ibu mengalir dari kebocoran kecil daripada badan sisibu ke dalam saluran darah bayi pada masa pemisahan plasenta.

3)Hubungan seks
-HBsAg dikesan di dalam kebanyakan bendalir badan seperti air liur,mani,susu ibu dan bendalir haid.Bendalir badan ini memainkan peranan yang penting terhadap jangkitan HBV  dari segi epidemologi.Virus mungkin juga dipindahkan melalui ciuman dan hubungan seks.Kadar jangkitan yang terlalu tinggi ditemu pada golongan homoseksual dan pelacur.


walaubagaimanapun.....

---------------------------------------------------------------------------------------------
HBV mungkin tidak boleh merebak melalui makanan yang dikotori oleh HBV.Bukti ini ditujukkan oleh Feinman dan rakan-rakannya.Mereka mengesan HBsAg di dalam hempedu hepar seorang pembawa HBsAg.Aktiviti HBsAg ini dihapuskan apabila hempedu hepar yang mengandungi HBsAg ini dieramkan dengan jus pankreas.Jadi kajian tersebut menunjukkan bahawa HBV tidak merebak secara enterik sebab bila HBV sampai ke duodenum melalui pendarahan lambat atau ditelan, virus akan ditukarkan atau dihapuskan oleh tindakan kedua-dua asid hempedu dan enzim daripada pankreas.

Serangga yang menghisap darah seperti nyamuk tidak menjadi penyebab kepada transmisi HBV ini.Ini terbukti oleh Ding Zheng Ying dan rakannya di mana mereka mengesan 14.5% nyamuk daripada 394 kolam nyamuk mengandungi HBsAg.HBsAg juga dikesan di dalam nyamuk Culex Fatigans yang diberikan makanan darah.HBsAg dikesan di dalam nyamuk tersebut dalam masa 1-3 hari selepas pemberian makanan darah.Akan tetapi HBsAg tidak dikesan di dalam perkumuhan, telur, larva,pupa atau nyamuk jantan dan betina pada generasi pertama.Jadi mereka mencadangkan bahawa replikasi HBV tidak berlaku di dalam Culex Fatigans dan nyamuk ini tidak memainkan peranan utama di dalam transmisi HBV.


#Langkah-langkah pencegahan agar terhindar dari penyakit Hepatitis B adalah pemberian vaksin(imunanisasi Hepatitis B) terutama pada orang-orang yang berisiko tinggi terkena virus ini.Contohnya seperti mereka yang berperilaku sex kurang baik(ganti-ganti pasangan/homosexual),dan pekerja kesihatan.

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails