Friday, January 1, 2010

Hadiah Tahun Baru Buat Diriku: Lulus Lesen Kereta!!!!



Syukur Alhamdulilah!!!
Akhirnya penantian yang aku tunggu akhirnya ku temui jawapannya...
Dan sekali lagi aku bersyukur-syukur sangat kepada Ilahi di atas kejayaan...
Mungkin sesetengah orang mengatakan, "Alah, lesen kereta...senang je".Tapi ini begitu lain  dengan diriku...yelah nak kata aku terlalu PRO ..mungkin tidak...
Pagi tadi aku dah sampai kat tempat Institusi Memandu Batu Pahat jam 7.30 pagi...yelah excited ni nak amik test...Tapi sebenarnya aku saje je datang awal untuk rilex2 dan meneliti keadaan kat tempat test ni...kiranya aku la yang datang paling awal...ha..ha..ha.
Tepat jam 10.00 pagi semua peserta diminta beratur, amik nombor.Jeng..jeng...jeng...akulah peserta yang bernombor 1...takutnyer!!!
Mase JPJ kat sebelah aku...berdebar rasa hati ni...yelah aku kan orang 'first'...ku memandang peserta yang lain ketika aku dipanggil oleh JPJ...dan aku melihat mereka memberi harapan kepada aku agar aku dapat buat yang terbaik...senyuman mereka ku balas ceria...dan hatiku berkata,"InsyaAllah aku akan lakukan yang terbaik".Nasib baik aku dapat jalan B...boleh tahanla liku dia...banyak simpang...apa yang aku mampu buat dalam kereta tu waktu JPJ kat sebelah, yelah mampu berselawat je...dan syukur Alhamdulillah...Allah mendengar luahan hatiku....
Mase naik bukit plak...nasib baik tayar tu betul2 masuk kat 'line' kuning tu...
Dan aku rasa bersyukur sangat kerana aku lulus bahagian bukit dengan 'parking'....terima kasih Ya Allah....
Ingatan tuan JPJ tu kat aku:"Adik..lepas ni bawa kereta elok-elok ye...praktikkan apa yang telah adik belajar ni".Aku jawab,"Ok...tuan".
Selesai sudah ujian kereta ini...aku meneliti tugas ini sudah selesai dan aku perlu melunaskan tugas aku yang seterusnya iaitu tanggungjawabku untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjadi seorang 'Medical Laboratory Technology' yang berjaya suatu hari nanti. InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails