Monday, December 28, 2009

Alhamdulillah...semuanya kembali tenang seperti biasa

 

Ku singkap kembali tirai jendela sepanjang tahun 2009 ini...
Alhamdulillah...banyak yang telah aku pelajari daripada kehidupan ini...Bermula dari awal Januari 2009 , aku merupakan pelajar lepasan spm 2008...result???ok la...Melewati hari-hari yang bakal aku lalui , aku merasakan tanggungjawabku sebagai seorang anak kedua semakin besar...



JADI CIKGU!!!
Habis SPM..tetiba aku mendapat panggilan daripada mak cik aku untuk menjadi guru tuisyen untuk form 1,2,3 dan 4 di pusat tuisyen kepunyaan makcikku.'First time' ajar ok la...dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila pelajar ni memanggil aku 'cikgu' dan mengucapkan 'terima kasih cikgu'...wah tetiba aku merasakan bestnyer menjadi insan yang bergelar cikgu.

ni gambar sebahagian pelajar aku...diaorang datang awal...dari kiri syakira.afeeqa dan ain




Syukur kekuatan jati diri teruji apabila aku dipanggil untuk menghadirkan diri dalam Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).Tiga bulan di sana banyak yang aku pelajari, antaranya yakin dengan kebolehan diri sendiri.Dan satu pekara yang aku ketahui ialah kekuatan dan usaha mencapai sesuatu yang kita impikan perlukan digerakkan dengan mencari kekuatan itu bermula dengan dalam diri.

PLKN!!!
Aku terkenang kembali kenangan bersamanya...
Tetapi semua kenangan itu tidak bermakna apa-apa buat diriku kini...
Tetapi aku juga ingin melafazkan rasa syukurku kehadrat Ilahi kerana kebenaran yang ku cari akhirnya ku temui kini...mungkin aku terlalu kerdil untuk memahami situasi ketika itu...kerana aku memang tak tahu...
tetiba aku dikejutkan dengan satu hambaran SMS yang memberitahu diriku bahawa,"Tidak akan ada lafaz persahabatan antara lelaki dan perempuan, dan tidak akan pernah ada pun...dan jikalau ada pun hanyalah dibenarkan untuk perkara tertentu sepeti membincangkan tentang Islam atau untuk meningkatkan nama Islam."Tekad dah dipegang,azam dah dijulang...ku harapkan cintaku kepada-Mu akan berterusan...bantulah aku Ya Allah.




SHARP!!!
Habis sahaja PLKN...aku merasakan macam ada 'something wrong' kat aku..yelah boring kat rumah padahal baru je seminggu aku balik dari PLKN.Apalagi macam biasa aku pergi menerjah kerja-kerja kosong di Batu Pahat,Johor..Cari punya cari akhirnya aku dapat bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah syarikat SHARP...pergh!!! kepenatan bekerja sebagai operator membuatkan aku tekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kerja yang lebih baik.Apataknya, pagi jam 7.30 pg aku dah pergi ke tempat kerja dan balik jam 8.00 mlm...sampai rumah dah jam 9.30 mlm...dan nak menanti esok jam 7.30 pg tu...erghhh!!! tak sanggup...penat...tapi dalam kesusahan aku bekerja waktu tu ada banyak benda yang aku belajar...antaranya nak pasang 'roller' pada tempat CD, nak buka 'body' CPU komputer, kerja cepat dalam 'line',pasang spring pada alat electronik, dan yang paling aku suka guna gerudi gantung electronik untuk buka skru pada 'body' komputer.


                                    
gambar ni aku bersama kak dayah waktu rehat...kitaorang rehat kat 'line' je kerana 15 mnt je mase yang diberi...



'time' ni kitaorang makan besama buat kali yang terakhir 'before' aku masuk universiti.




REUNION!!!
Reunion yang dimaksudkan bersama teman-temanku sekolah rendah darjah 6.Kitaorang lepas UPSR...masing-masing membawa haluan masing-masing...Kitaorang buat reunion kat BP Mall, bowling.Bila jumpa semacam  tak kenal kerana masing-masing dah berubah.



                                  
'time' ni kat tempat bowling...dari kiri,farah,aku,arwin dan siti.



YANG MANA YANG MENJADI PILIHAN?
Matrix atau UiTM atau UTM atau SPA?
Habis kerja kat syarikat SHARP dan akhirnya aku memilih untuk menerima SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dalam jurusan Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan/Medical Laboratory Technology...3 tahun...ni pun Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) yang taja...memula tu rasa malu gak dengan kawan-kawan aku...'most of them' amik asasi dan ada yang 'fly'.Tapi bila fikir balik tak kisahla...yang penting kat sini aku dapat 'survive' sendiri tanpa perlu menyusahkan keluarga aku...dan insyaAllah akan aku lakukan yang terbaik!!!Bantulah aku Ya Allah..




PERJUANGAN BERMULA!!!
Perjuangan aku di Nilai University College sudah bermula.Ramai yang aku temui dan yang paling best ialah aku belajar dengan mereka-mereka yang dewasa yang jangkauan umurnya lingkungan 20-25 tahun.Rasa lebih tercabar bila belajar macam ni.
PERSEPSI BERUBAH!!!
Dulu aku pandang rendah sangat kat IPTS ni...tapi ditakdirkan aku belajar di Nilai UC, aku rasa sama je ngan matrikulasi dan IPTA...cuma yang berbeza namanya je...



PEMERGIANNYA MEMBUATKAN AKU BERFIKIR SEKETIKA!!!
Pemergian tiga orang pak cik aku dalam masa 4 bulan ni membuatkan aku terkejut...manataknya arwah sihat-sihat je sebelum ni...Tapi syukurla semuanya pergi dalam keadaan yang baik.Seketika di benakku berkata adakah ini ujian untukku mak cikku , kami , dan AKU juga???sepertinya juga sebagai peringatan buat kami semua bahawa segala yang ada di dunia ini hanya bersifat sementara dan  Allah boleh mengambil nyawa seseorang tu bila-bila masa je...kasihan aku lihat sepupuku...dah la masih belajar...tapi aku yakin mereka kuat....semoga kalian sekeluarga kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran ayahandamu di sisi kalian.


suasana hiba di rumah mak cik ku...di Felda Ayer Hitam,Johor

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails