Saturday, October 31, 2009

USAHAWAN BERJAYA YANG HIDUP ZUHUD

Insan yang aku maksudkan adalah Abu Hanifah.Beliau telah mendapat gelaran seorang Mujtahid yang besar (Imamul A'dzam) kerana beliau mempunyai wawasan yang sangat luas tentang keislaman. Selain daripada itu,beliau juga merupakan seorang usahawan yang telah mencukupi semua keperluan hidup keluarganya.Hal demikan kerana beliau mempunyai prinsip bahawa hidup di atas kemampuan sendiri tanpa terus memberatkan orang lain. Disebabkan prinsip hidup yang beliau miliki, maka beliau bekerja keras untuk mencukupi keperluan keluarganya, juga untuk memikirkan keperluan dan dan kepentingan fakir miskin ....tidak dilupakan juga mereka yang memerlukan bantuan daripadanya. Walaupun sehari-harinya beliau sebagai pedagang akan tetapi beliau hidup dalam zuhud berterusan,warak serta taat dalam menjalankan ibadah secara terus menerus, siang dan malam tanpa henti. Dalam kehidupan duniawi pula,beliau selalu hidup dalam kesederhanaan sebab beliau selalu berpegang pada prinsip yang beliau miliki.Dalam kehidupannya,beliau sentiasa menjaga kesucian hati dan badan dari segala macam dosa. Beliau juga pernah menolak pemberian dari Ja'afar Al-Mansur berupa wang sejumlah 10000 dirham.Kata beliau "keluargaku aku serahkan kepada Allah SWT dan hiduonya hanya cukup 2 dirham sahaja,itupun sudah lagi cukup". Di saat Abu Hanifah mengetahui bahawa rakan kongsinya telah melakukan perbuatan yang jahat dan curang,lalu beliau mengeluarkan wang sebesar 30000 dirham sebagai sedekah. Sebagai seorang tokoh sufi,Abu Hanifah selalu mensucikan dirinya dan selalu berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan tekun beribadah kepada Allah. Selama 40 tahun hidupnya, beliau selalu melaksanakan solat subuh dan wuduknya dilakukan di waktu Isyak.Beliau juga dikatakan seorang tokoh sufi yang dikatakan telah mengkhatam Al-Quran sebanyak 7000 kali. Sebagai seorang tokoh sufi,Abu Hanifah mempunyai dasar-dasar pemikiran yang patut kita teladani.Antaranya: "Amanahkanlah apa yang telah kalian pelajari,sebab teori tanpa praktik bagaikan tubuh tanpa roh". Contohilah sepertinya........

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails