Friday, October 2, 2009

BERSABARLAH.....

Didiklah dirimu untuk sentiasa bersabar mengharungi cabaran dan dugaan di medan perjuangan sebagai seorang insani di dunia ini...
Aku hanya insan lemah yg masih mencari sinaran keislaman yg sebenar di samping melihat ,meneliti,dan memahami ketinggian Allah SWT yg Maha Pencipta.SABAR???
Mengapa kita perlu bersabar?Aku mengakui terkadang aku juga mngeluh dgn dugaan yg x mampu ku pikul di bahu....yg ku rasakan x termampu aku untuk menggendongnya.Ttp izinkan di sini untuk aku berkongsi bersama kawan untuk mengingatkan sesama kita yg dugaan kita kat dunia ini sebenarnya x lah seberat yg telah ditanggung oleh para Nabi dan para Rasul terdahulu.
Cuba kita fikirkan ......dan renungkan semula bagaimana Nabi Muhammad dicaci dan dihina oleh musyrikin Mekah ketika baginda ingin menyampaikan dakwah Islam kepada seluruh umat Islam seketika dahulu...sehingga ada musuh yg ingin membunuh Nabi Muhammad dek sakit hati dgn keimanan baginda dan rasa tergugat apabila Islam sudah bertapak di bumi Arab.Betapa sabarnya baginda ketika itu....walaupun baginda telah menghadapi banyak tentangan di hadapan.Baginda tidak pernah menanam rasa dendam kepada pihak musuh...ttp sentiasa ingin berbuat baik kpd mereka.
Lihat pula keimanan Nabi Ayub as yg diuji dengan derita sakit kusta selama 18 tahun lamanya...ditambah lg dgn kemiskinan yg menyelubungi hidup keluarganya dan kematian anak-anak yg disayangi di sisinya...Imannya sedikitpun tidak pernah lentur kerana dia yakin Allah itu Maha Adil...sehinggakan dia malu untuk memohon kpd Allah SWT agar menyembuhkan kembali penyakitnya kerana dia tahu Allah telah memberi kekayaan harta dan nikmat kasih sayang dgn dikurnia ramai anak selama ini...
Titipkan pula rasa keinsafan melihat Sumayyah dan suaminya,Yasir yg telah terkorban dek kekejaman pemerintah musyrikin Mekah yg membunuh dengan kejam kedua-dua insan mulia ini...salah satu sebab nya adalah kerana benci dgn keIslaman yg dianuti oleh mereka...Walaupun dia diugut akan melayangnya nyawa jika tidak mahu keluar Islam...namun berbekalkan keutuhan keimanan dan kekuatan jati diri dalam memartabatkan agama Islam,,,Sumayyah akhirnya ditombak dgn kejam oleh pemerintah musyrikin tersebut...maka Sumayyah dan Yasir mati syahid di jalan Allah....lihatlah teman...sampai begitu sekali keimanan mereka kpd Tuhan Yg Maha Esa...

No comments:

Post a Comment

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails