Saturday, October 31, 2009

USAHAWAN BERJAYA YANG HIDUP ZUHUD

Insan yang aku maksudkan adalah Abu Hanifah.Beliau telah mendapat gelaran seorang Mujtahid yang besar (Imamul A'dzam) kerana beliau mempunyai wawasan yang sangat luas tentang keislaman. Selain daripada itu,beliau juga merupakan seorang usahawan yang telah mencukupi semua keperluan hidup keluarganya.Hal demikan kerana beliau mempunyai prinsip bahawa hidup di atas kemampuan sendiri tanpa terus memberatkan orang lain. Disebabkan prinsip hidup yang beliau miliki, maka beliau bekerja keras untuk mencukupi keperluan keluarganya, juga untuk memikirkan keperluan dan dan kepentingan fakir miskin ....tidak dilupakan juga mereka yang memerlukan bantuan daripadanya. Walaupun sehari-harinya beliau sebagai pedagang akan tetapi beliau hidup dalam zuhud berterusan,warak serta taat dalam menjalankan ibadah secara terus menerus, siang dan malam tanpa henti. Dalam kehidupan duniawi pula,beliau selalu hidup dalam kesederhanaan sebab beliau selalu berpegang pada prinsip yang beliau miliki.Dalam kehidupannya,beliau sentiasa menjaga kesucian hati dan badan dari segala macam dosa. Beliau juga pernah menolak pemberian dari Ja'afar Al-Mansur berupa wang sejumlah 10000 dirham.Kata beliau "keluargaku aku serahkan kepada Allah SWT dan hiduonya hanya cukup 2 dirham sahaja,itupun sudah lagi cukup". Di saat Abu Hanifah mengetahui bahawa rakan kongsinya telah melakukan perbuatan yang jahat dan curang,lalu beliau mengeluarkan wang sebesar 30000 dirham sebagai sedekah. Sebagai seorang tokoh sufi,Abu Hanifah selalu mensucikan dirinya dan selalu berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan tekun beribadah kepada Allah. Selama 40 tahun hidupnya, beliau selalu melaksanakan solat subuh dan wuduknya dilakukan di waktu Isyak.Beliau juga dikatakan seorang tokoh sufi yang dikatakan telah mengkhatam Al-Quran sebanyak 7000 kali. Sebagai seorang tokoh sufi,Abu Hanifah mempunyai dasar-dasar pemikiran yang patut kita teladani.Antaranya: "Amanahkanlah apa yang telah kalian pelajari,sebab teori tanpa praktik bagaikan tubuh tanpa roh". Contohilah sepertinya........

PENTINGNYA ILMU

Kebanyakan kita kurang minat tentang falsafah, membuatkan kita menjadi penduduk dunia kelas kedua. Malah lebih teruk lagi tidak berfikir lansung. Kesedaran berfalsafah itu yang penting kerana akhirnya membawa kepada pertanyaan siapa, dari mana, hendak ke mana dan pelbagai soalan kehidupan. Kecintaan pada ilmu ini bercampur antara percaya dan fikir pada awalnya, yang membuatkan muslim akhirnya merasakan pembuktian aqli (fikir) itu sesuatu yang perlu dipinggirkan dan mengambil dalil naqli (nas) dengan hanya sedikit atau tanpa berfikir mendalam. Penulis sangat tertarik dengan penerimaan ilmu sains yang terbaik adalah apabila ilmu itu dapat mendekatkan diri kita dengan Allah Taala melalui cara yang begitu praktikal dan sangat halus, sehinggakan melebihi cara pemahaman ilmu ahlul-sufi mendekatkan diri kepada Allah Taala.
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعۡبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرۡفٍ۬‌ۖ فَإِنۡ أَصَابَهُ ۥ خَيۡرٌ ٱطۡمَأَنَّ بِهِۦ‌ۖ وَإِنۡ أَصَابَتۡهُ فِتۡنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجۡهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةَ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡخُسۡرَانُ ٱلۡمُبِين Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan di sana terdapat sebahagian manusia yang menyembah Allah sekadar di pinggiran. Jika mendapat kebaikan mereka akan tenang dengannya (iman kepada Allah) dan apabila ditimpa fitnah (ujian) mereka akan memalingkan wajah (meninggalkan agama Allah). Mereka kerugian dunia dan akhirat. Itulah dia sebenar-benar kerugian yang nyata” al-Hajj (22:11)
Jernihkan akal dan usaha ke arah pembangunan minda kelas pertama dengan idea-idea lestari, jauh sekali memikirkan dunia fantasi dari realiti dan bergelumang kotor di dalamnya. Beruntunglah mereka yang peduli dan masih ada hati.

Tuesday, October 27, 2009

BANGKIT DARI KEKECEWAAN!!!!!!!!

Aku semenjak dua menjak ni merasakan ada banyak aura meresap ke dalam diri aku....
Aura yang aku maksudkan tu ialah sentiasa inginkan cabaran dalam kehidupan.....
Tanpa cabaran aku rasa aku tak boleh hidup la.....
Keluarga aku OK...OK je.....semuanya dalam keadaan baik walaupun sebenarnya aku tahu kalut sikit keadaannya.....yang penting aku kena ambil ringan benda2 ni....lagi2 aku makin nak final ni...sikap ummi aku yang rileks je walaupun sebenarnya aku tahu dia banyak masalah, menjadi kan aku juga ingin mencontohi wanita istimewa ini....
MISI SETERUSNYA:
* JUANGKAN KEBENARAN WALAUPUN PAHIT.
* BUKTIKAN KEKUATAN YANG ADA DALAM DIRIMU.
*BERFIKIRAN POSITIF DAN SENTIASA BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG SEKELILING.
*SENTIASA INGIN MENCUBA
* MEMENTINGKAN KUALITI DALAM MELAKUKAN PERKARA LEBIH DARIPADA KUANTITI.

Friday, October 23, 2009

PEMBENTANGAN BAJET 2010....MEMANG MENERAPKAN KONSEP 1 MALAYSIA

Dukacita dimaklumkan bahawa tadi,23/10/09, aku x dapat tengok pembentangan bajet 2010 oleh Dato' Sri Najib Tun Razak....tp apa yg aku tahu ,,pembentangan bajet kali ni sememangnya menitiberatkan konsep satu malaysia....
Intipati sektor niaga bajet 2010 Oct 23, 09 4:45pm Berikut ialah intipati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini.
  1. * Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
  2. * Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.
  3. * penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus
  4. * pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661
  5. * TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010.
  6. * Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE
  7. * 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.
  8. * Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan
  9. * Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.
  10. * Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012
  11. * Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun
  12. * Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri
  13. * Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah MITI
  14. * Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.
  15. * Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
  16. * Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padu membabitkan 180,000 petani
  17. * Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut
  18. * Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.
  19. * Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang
  20. * Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
  21. * Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta
  22. * Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka
  23. * Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang
  24. * Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
  25. * Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi
  26. * Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
  27. * Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar
  28. * Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain
  29. * Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010
  30. *Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan
  31. *Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Disember 2014. * Mempekenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010
  32. * Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.
  33. * Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.
  34. * Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011
  35. * Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat
  36. * Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran
  37. * Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015
  38. * Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam
  39. * Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.
  40. * Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa
  41. * Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam
  42. * Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti
  43. * Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu
  44. * Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion
  45. * Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta
  46. * Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.
  47. * Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.
  48. * Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.
  49. * Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Jan, 2010.
  50. * RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Jan, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.
  51. * Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010
  52. * Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan
  53. * Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan
  54. * Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.
  55. * Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran
  56. * Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
  57. * Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen kewangan Islam
  58. * Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.
  59. * Mulai 1 Jan 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan
  60. * Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.
  61. * Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010
  62. * Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus
  63. * Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010
  64. * Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara
  65. * RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik
  66. * Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.
  67. * Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP. BERNAMA

Sunday, October 18, 2009

MASE .....SEMAKIN CEPAT!!!!

    • AKU DAH SEMAKIN MEMBESAR
    • TUGAS AKU SEBAGAI SEORANG MUSLIMAH JUGA SEMAKIN BESAR
    • MENDAMBA CINTA HAKIKI
    • ELAK DIRI DRP TERJERUMUS KE LEMBAH DUNIAWI
  • itulah point yg aku boleh ingatkan diri aku.....
  • betul...betul...aku perlu melakukan peningkatan diri....x boleh terbiar di takok lama....kerana ALLAH SWT pernah berfirman bahawa Dia x akan ubah nasib seseorang itu sehinggalah kita mengubah nasib diri kita sendiri...
  • aku akan cube yang terbaik dalam hidup ini ok....
  • urghhhh!!!!!!dah nak final exam.....
  • harap sangat dapat perform la kali ni.....
  • dan dapat meneruskan sem2 dalam course Medical Laboratory Technology ni dengan jayanya...
  • kira-kiranya sem 2 ni aku kena struggle kerana dengar citer senior 12 subject sains akan diajar....
  • dengar takut gak laaa...ape taknya 12 subject sn..
  • tp aku yakin.....tidak ada sesuatu yang mustahil di dunia ini...

Sunday, October 11, 2009

BARU AKU SEDAR SEKARANG,,,DIA TELAH MENYEDARKAN AKU

Baru aku tahu yang hubungan aku dengan dia sebenarnya x dituntut pun dlm Islam.....menambah dosa je adala...maafkan aku Ya Allah ,,,aku x tahu...
Thanks kerana dia telah mnyedarkan aku....
Aku dituntut untuk belajar.....maafkan aku

Saturday, October 10, 2009

AKU INGIN MENCONTOHINYA

Siapa agaknya orang yg ingin aku contohi tu ye.....?????
1001 persoalan muncul d kotak pemikiran aku seketika...
Of course la pemuda yg kat atas tu.....
salah seorang pelajar mrsm yg berjaya melakar nama negara Malaysia di persada dunia..
aku kagum dgn dia ni....dan InsyaAllah aku akan cuba untuk ikut jejak langkahnya...
Syeikh Muzaffar Syukor....itulah orangnya..
Pak Cik aku ,,yg merupakan cikgu Physic aku kat mrsm katanya dulu dia ada mngajar insan ini..katanya beliau merupakan seorang yang low-profile...mnghormati guru....dan yg paling penting tidak pernah berputus asa dalam mencapai cita-citanya..
Cuba lihat plak gambar ni....pergh!!!possing ceria la ni sahabat aku kat lab...mase buat practical pun sempat lagi nak bergambar.....aku sayang korang...dan aku harap ukhwah yang terjalin akan berterusan berkekalan beserta titipan kasih sayang sebagai saudara seislam.

Tuesday, October 6, 2009

KEMBALI MENYENGAT....MLT COURSE MEMANG MENCABAR!!!

Ku sulam detik hari ini dgn rase ceria ...Alhamdulillah aku dah nak tamat semesta 1 MLT ...wah lepas ni aku bakal jd senior ....pergh!!!!!!syllibus pun makin mencabar....yg penting aku kena perform...4.00flat mesti dalam tangan....InsyaAllah... Bestnya ....sedih krn Pn.Zawiah dah x mngajar Basic Biochemistry...dan ad lecturer lain yg ganti...Miss Haifa...umurnya baru 26 tahun,,kiranya Miss ni PRO Biochemistryla..tp skrang dah pun mngajar subject yg boleh ak anggap susah gak la...Miss Haifa skrang dah abis MASTER dan skrang mengajar kitaorang subject biochemistry sambil sambung PHD....subhanAllah....hebat!!! AKU BOLEH!!!!!!!!

Sunday, October 4, 2009

PESTA TANGLUNG DI RUMAH KAVEN!!!

Ketawa....ketawa...dan terus ketawa.....
Malam tadi aku dan 3 org housemate aku gi celebrate birthday Kaven....rumah Kaven dekat je dgn rumah aku..sambil-sambil tu kitaorg main tanglung,,,,meriah...korang kena tahu step2 nak main tanglung ni tau....tp kali ni ktaorng main tanglung tradisional je...he3...
Pesta yg bermula pkul 8.00 mlm berakhir jam 10.30 mlm....hebat..mmg hebat...
Jom tgok gambar kitaorg bermain tanglung...

AKHIRNYA AKU DPT TAHU SIAPA SEBENARNYA DIA...

NABI DANIAL..
Suatu saat, Raja Bukhatnezar(1) datang ke Baitul Maqdis dari negeri Syam. Dia membunuh orang-orang Bani Israil dan merebut secara paksa kota Baitul Maqdis serta menawan banyak orang dari mereka. Di antara mereka yang ditawan adalah Nabi Danial 'alaihis salam.(2) Sebelumnya, Raja ini didatangi oleh para ahli nujum (peramal) dan orang-orang cendekia saat itu. Mereka semua mengatakan, 'pada malam ini dan ini akan dilahirkan seorang bayi yang nantinya akan menghinakan dan menghancurkan kerajaanmu.' Maka Raja itu berjanji dan bersumpah, 'Demi Allah, tak ada seorang bayi pun yang lahir pada malam itu kecuali akan aku bunuh,' Di antara bayi-bayi yang lahir saat itu, hanya bayi Danial saja yang tidak dibunuh, tetapi dibuang ke hutan yang terdapat singa di dalamnya. Bayi Danial hanya sempat dijilat-jilat oleh seekor singa beserta anaknya dan tidak menyakitinya, sampai akhirnya datanglah ibunya. Saat dua binatang itu menjilatinya, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala menyela-matkannya. Para cendekiawan daerah itu mengatakan, bahwa akhirnya Danial mengukir gambar dia beserta dua singa itu yang sedang menjilatinya, di atas batu cincinnya agar senantiasa tidak lupa akan nikmat Allah Subhanahu wa Ta'ala itu. (HR. Ibnu Abid-Dunya dengan sanad hasan).
Dalam redaksi riwayat lain disebutkan: Ada seorang Nabi pada masa Bani Israil, jauh setelah Nabi Musa As meninggal dunia, namanya Danial 'alaihis salam. Dia didustakan oleh kaumnya. Bahkan akhirnya dia diciduk oleh raja yang berkuasa saat itu dan dilemparkan ke kandang seekor singa yang sudah dibikin lapar. Setelah Allah Subhanahu wa Ta'ala melihat, betapa besar perasaan tawakkalnya, juga kesabarannya, hanya karena mengharap keridhaanNya, maka Allah mencegah mulut-mulut singa itu untuk memakannya. Bahkan sampai Danial berdiri di atas kedua kakinya di hadapan singa yang sudah tunduk dan tidak lagi membahayakan. Kemudian Allah mengirim Irmiya dari Syam sehingga Danial dapat keluar dari masalah ini dan menumpas orang yang ingin membinasakannya'.
Dari Abdullah bin Abil Hudail, dia berkata: "Bukhtanashar telah melatih dua singa untuk berburu dan meletak-kannya di dalam kandang. Kemudian dia menggiring Danial dan melemparkannya pada binatang tersebut. Tetapi singa itu tidak mengganggunya sama sekali. Danial pun, dengan izin Allah, untuk beberapa lama tinggal di dalam kandang. Tiba-tiba -suatu saat- dia ingin makan dan minum seperti lazimnya orang-orang. Maka Allah Subha-nahu wa Ta'ala memerintahkan melalui wahyu kepada Irmiya(1) yang saat itu berada di Syam, untuk menyediakan makanan dan minuman Danial. Maka dia berakta: "Ya Rabbi, aku sekarang berada di tanah suci (Baitul Maqdis), sementara Danial berada di kota Babilonia di tanah Iraq." Lalu Allah mewahyukan lagi kepadanya: "Siapkanlah apa yang telah Aku perintahkan kepadamu. Aku akan kirim utusan yang akan membawamu ke sana beserta apa yang kau persiapkan." Akhirnya Irmiya melaksanakan perintah tersebut dan Allah mengirim utusan yang membawanya serta makanan yang dipersiapkannya. Sesampainya di depan gerbang kandang singa, Danial berkata: "Siapa ini?" Irmiya: "Aku Irmiya." Danial: "Kenapa kau datang ke mari?" Irmiya: "Aku diutus oleh Tuhanmu untuk menemuimu." Danial: "Apakah Dia menyebut namaku?" Irmiya: "Ya." Danial: "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang tidak melupakan orang yang mengingatNya. Segala puji bagi Allah yang kalau ada orang bertawakkal padaNya, maka Dia akan berikan kecukupan padanya. Segala puji bagi Allah yang kalau ada orang yang percaya kepadaNya, tidak akan Dia pasrahkan urusannya pada yang lain. Segala puji bagi Allah yang memberikan keselamatan atas kesabaran. Segala puji bagi Allah yang telah menyingkap kesulitan kita setelah ditimpa musibah. Segala puji bagi Allah, Dialah tempat kepercayaan kami, ketika kami berprasangka buruk atas amalan-amalan kami. Segala puji bagi Allah, Dia tempat harapan kami, ketika semua cara tertutup di hadapan kami."

Friday, October 2, 2009

BERSABARLAH.....

Didiklah dirimu untuk sentiasa bersabar mengharungi cabaran dan dugaan di medan perjuangan sebagai seorang insani di dunia ini...
Aku hanya insan lemah yg masih mencari sinaran keislaman yg sebenar di samping melihat ,meneliti,dan memahami ketinggian Allah SWT yg Maha Pencipta.SABAR???
Mengapa kita perlu bersabar?Aku mengakui terkadang aku juga mngeluh dgn dugaan yg x mampu ku pikul di bahu....yg ku rasakan x termampu aku untuk menggendongnya.Ttp izinkan di sini untuk aku berkongsi bersama kawan untuk mengingatkan sesama kita yg dugaan kita kat dunia ini sebenarnya x lah seberat yg telah ditanggung oleh para Nabi dan para Rasul terdahulu.
Cuba kita fikirkan ......dan renungkan semula bagaimana Nabi Muhammad dicaci dan dihina oleh musyrikin Mekah ketika baginda ingin menyampaikan dakwah Islam kepada seluruh umat Islam seketika dahulu...sehingga ada musuh yg ingin membunuh Nabi Muhammad dek sakit hati dgn keimanan baginda dan rasa tergugat apabila Islam sudah bertapak di bumi Arab.Betapa sabarnya baginda ketika itu....walaupun baginda telah menghadapi banyak tentangan di hadapan.Baginda tidak pernah menanam rasa dendam kepada pihak musuh...ttp sentiasa ingin berbuat baik kpd mereka.
Lihat pula keimanan Nabi Ayub as yg diuji dengan derita sakit kusta selama 18 tahun lamanya...ditambah lg dgn kemiskinan yg menyelubungi hidup keluarganya dan kematian anak-anak yg disayangi di sisinya...Imannya sedikitpun tidak pernah lentur kerana dia yakin Allah itu Maha Adil...sehinggakan dia malu untuk memohon kpd Allah SWT agar menyembuhkan kembali penyakitnya kerana dia tahu Allah telah memberi kekayaan harta dan nikmat kasih sayang dgn dikurnia ramai anak selama ini...
Titipkan pula rasa keinsafan melihat Sumayyah dan suaminya,Yasir yg telah terkorban dek kekejaman pemerintah musyrikin Mekah yg membunuh dengan kejam kedua-dua insan mulia ini...salah satu sebab nya adalah kerana benci dgn keIslaman yg dianuti oleh mereka...Walaupun dia diugut akan melayangnya nyawa jika tidak mahu keluar Islam...namun berbekalkan keutuhan keimanan dan kekuatan jati diri dalam memartabatkan agama Islam,,,Sumayyah akhirnya ditombak dgn kejam oleh pemerintah musyrikin tersebut...maka Sumayyah dan Yasir mati syahid di jalan Allah....lihatlah teman...sampai begitu sekali keimanan mereka kpd Tuhan Yg Maha Esa...

KEKALAHAN ITU INDAH?????

Amacam.....mcam plik je bunyinya yg mngatakan kekalahan itu indah... tp itu lah apa yg dapat aku rasakan.. aku pernah terbaca satu artikel tntg isu ni...oleh ELIE MULYADI(ahli motivasi) mmg benar kekalahan itu indah...ttp kenape ye??? isu kndungan artikel tu..: kalah sebenarnya bukan musibah melainkan anugerah terindah pemula langkah untuk berjaya Ada seorang pemuda yg lahir dlm sebuah kluarga miskin.Kerana suatu hal,keluarganya diusir dari rumah.Dua tahun kemudian,ibunya mninggal dunia.Untuk bertahan hidup,dia meminjam wang drp temannya untuk membuka usaha/memulakan kerjaya,namun dia mngalami kebankraban dlm kerjayanya itu.Dia ingin melanjutkan pelajaran dlm bidang undang2 tapi gagal dalam ujian.Sekali lg dia mencuba berniaga,dan kembali bankrap juga.Dihabiskannya 17 tahun hidupnya hanya untuk membayar hutang-hutangnya. Dalam kepahitan,pemuda itu memutuskan untuk berkahwin.Syang seribu kali sayang...isteri yg dicintai itu meninggal dunia secara tiba-tiba.Si pemuda pun jatuh sakit.Enam bulan lamanya terbaring di tempat tidur,menanggung cubaan hidup yg berterusan.Namun dia tidak pernah sesekali pun mengeluh.Dia bertekad untuk sembuh. Pemuda ini memberanikan dirinya menceburi bidang politik.Beliau mngikuti pilihan raya.Dan kalah.Lalu beliau mencuba lg...dan kalah lg.Kemudian beliau mngikuti pemilihan anggota kongres,kali ini berhasil.Akan ttp 2 tahun setelahnya,dia kembali kalah dlm pemilihan Dewan Kongres.Namun hal tersebut x menyurutkan langkahnya.Dia mencuba-cuba ikut pemilihan senat sebanyak 2 kali,namun keduanya gagal sepenuhnya.Pada tahun 1856,dia nekad ikut pemilihan calon wakil presiden,dan kalah dgn memperoleh suara kurang drp 100.Namun dia x mahu berhenti sampai di situ. Setelah melewati 8 kali kekalahan dlm pemilihan,sekian banyak kegagalan dlm hidup,semangatnya tak juga lentur.Bahkan beliau mencalonkan diri jd presiden lg.Pada tahun 1860,cita-citanya berhasil.Beliau terpilih menjadi presiden.ABRAHAM LINCOLN namanya.Salah seorang presiden Amerika Syarikat yg terkenal. Bayangkan dr 2 kemenangan dlm hidup,Lincoln harus melewati 8 kekalahan dan begitu bnyak kegagalan.Pepatah ada mangatakan semakin banyak kamu gagal,semakin banyak kamu belajar,dan semakin dekat kamu mencapai keberhasilan.Semakin bnayk kamu kalah ,semakin banyak kamu terpacu untuk menang dikesempatan berikutnya.Pepatah yg indah bukan?syang sekali banyk dr kita yg punyai pndangan berbeza berkenaan hal ini.Kekalahan bukanlah suatu perkara yg boleh selayaknya di pandang remeh. Menagapa sy mengatakan "banyak dr kita?"Sebab itu realiti.Banyak teman-teman kita,ahli keluarga kita,saudara-saudara kita,yg menganggap kekalahan sebagai satu musibah besar.Para siswa terluka apabila gagal dalam ujian terakhir.Bahkan ada yg nekad untuk mengakhiri hidup hanya kerana tidak lulus.Para ibu mnyeksa anaknya saat kalah oleh kerumunan kemiskinan.Bahkan ada yg tergamak membakar dan menghabisi nyawa si anak kerana x tahan berjuang untuk menghadapinya. Dan baru-baru ini dalam pilihan raya di Indonesia,dikatakan ada bekas-bekas calonyg tewas mengalami stress dan terpaksa berehat di hospital sakit jiwa.Kenyataan ini begitu menggeletik ruang nurani,betapa sebenarnya kita belum memahami sebetulnya erti dr 'kekalahan'.Kita masih meyakini satu sudut pandangan bahawa kalah itu memalukan,kalah itu merugikan,kalah itu menyakitkan,kalah itu pantangan.Siapa yg telah kalah,dia telah jatuh dan gagal.Dan tercipta adalah rasa gelisah,derita dan bahkan rasa putus asa.Sehingga kadan-kadang mendorong kita untuk menyingkapinya di luar batasan logik. Sahabat org kalah akan tersingkir,itu benar.Dia juga tidak akan dihargai, itu sememangnya benar.Namun, kemenangan dan kekalahan tidak sekadar dapat dilihat dr siapa yg memegang piala dan siapa yg luput darinya.,bukan?Menang atau kalah adalah status,anda boleh sahaja menjadi pemenangnya.Tetapi bagaimana dgn proses sebelum dan sesudah kemenangan itu tiba?apakah anda benar2 menang?Hanya kejujuran hati yg boleh menjawabnya. Sebaliknya ,secara statusnya,anda boleh sahaja kalah,tak berhasil merebut piala.Ttpi bagaiman dgn proses sebelum dan sesudah kekalahan itu?Apakah sebelum bertanding,anda sudah berupaya keras dan jujur?Dan yg terpenting ,apakah sesudah kalah anda bangkit dan terus melangkah?Sahabat,seorang teman sy sentiasa mengikuti pertandingan baik dalam bidang sukan mahupun seni.Dia juga rajin mencalonkan diri di dalam pilihan raya.Ttapi sesering dia mencuba,seringkali kegagalan datang menghampiri.Hebatnya dia ..dia tak pernah mengalah dan menyerah."Aku takkan berhenti sehingga aku benar-benar menang.."tekadnya."Mengapa begitu?"Tanya saya yg mulai berfikir bahawa mungkin sikap gigihnya tak disertai dgn ketinggian bakatnya,sehingga dia hanya memegang harapan-harapan kosong."Ellie, kalah itu baik.Kalah berkali-kali itu jauh lebih baik.Kalau aku x pernah kalah ,aku takkan pernah tahu cara-cara untuk menjadi menang." Saya mendapat satu pengajaran baru.Bahawa selagi masih boleh berdiri dan melangkah,kita belum benar-benar kalah.Tidak akan wujud perkataan 'kalah' bagi org yg masih mahu berjuang.Ketika kita berusaha dan gagal,kita tidak kalah,sebenarnya kita belum menemukan cara-cara yg tepat uintuk menang ....btul kan?Org yg benar-benar kalah ialah orang yg tidak berani untuk mencuba sesuatu perkara yg mencabar.Mereka yg tidak berani mencuba,tidak berani bergerak,tidak berani bertindak,telah kalah terlebih dahulu. Konklusinya,kekalahan itu mmg menyakitkan,namun bila direnungkan justeru ianya menguntungkan.Ada banyak nikmat yg terkandung di balik tabirnya.....Inilah hikmah kalah dan mengapa kalah itu indah......

Thursday, October 1, 2009

Kau Sahabat Kau Teman..

SEMANGAT MULA DISUNTIK!!! Tabir kali ini aku mulai dgn ucapan tahniah kpd sahabat2 aku yg telah berjaye mlanjutkan peljaran ke luar negara/overseas..ainun mardhiah,akila jasmine....dan kepada shabat aku yg dlm persediaan nak gi Australia,Jerman,Jepun,......saufi,farhan,dj,fatin naimah.....semoge kalian dpt mncapai cita2 kalian...doakan aku agar suatu hari nanti aku juge mampu mencontohi dan mengikut jejak kalian.....semoga suatu hari nanti kita akan bertemu..dgn msing2 mmbawa segulung kejayaan dlm kerjaya bersulamkan segugus kesyukuran kepada Ilahi.. Aku plak ...agaknye ke mana ek lpas ni...tp aku akan buktikan yg ak gak boleh sperti diaorang.. CREATING EXCELLENT FROM THE AVERAGE!!!!!! He...he...he..itu adalah merupakan salah satu matlamat sekolah mrsmbp...gempak beb.. InsyaAllah aku akan cube buktikan.. UKHWAH DIJALIN.. Aku rindu kat sahabat2 aku...dulu dah la blajar sekelas...asrama satu aras...ds(dewan selera) satu tempat..mcam mcam lg la...teringat plak tetiba arwah Sohibul Fadhilah dan arwah Yasmin...kwan aku yg telah kembali kerahmatullah...semoga roh kalian dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan org2 yg beriman ....InsyaAllah......

Kepada rakan-rakan ku di STA(Sek.Men.Keb.Tun Aminah),,aku rindu kalian...ku harap kita akan dipertemukan suatu hari nanti dgn msing2 mmbawa sebuku kejayaan yg hakiki...pengalaman best bila aku belajar di STA yg mana semua pelajar perempuan...best syeikh...kpd liz,biha,farah,khadijah,husna,nabila,fatin syakira,hamizah.hasmidah,cindy,swan,dan lain-lain..miss u all...!!!!!!!!lagukat atas ni khas tuk korang...

RAKANKU DIPLKN DESARU,,KOTA TINGGI,JOHOR.

Buat pertama kalinya aku terpilih sbg salah seorng pelatih PLKN pd bulan 12/2008..boleh dikatakan bersyukur gak la..ye la ape x nye bnyak pengalaman yg aku dapat sepanjang program ni...dan yg paling penting aku dpt tambah keyakinan dlm diri aku..jumpa plak sara nadhira,,kwan aku mase skolah rendah tetiba jumpe kat kem ni,...best sangat...

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails