Wednesday, December 30, 2009

Syair Buat Ibuku



Ibu....
Terkenang kembali di benakku kisah kelahiranku pada 1991
Aku rindu ibu!!!Aku bersyukur ibu!!!
Aku panjatkan kesyukuran kepadaMu wahai Tuhanku
Di atas titipan kasih sayang yang telah ibu curahkan kepadaku
Sedari kecil sehinggalah aku kini dewasa bergelar anak ibu
Ingin juga aku beritahu dunia ini yang aku berasa begitu bertuah dikurniakan ibu sepertimu
Jasa dan pengorbananmu melahirkanku, mengasuhku, mengajarku dan mendidikku
Tentang erti tabah dan sabar meniti hidup sebagai khalifah di bumi ini wahai Tuhanku

Ibu....
Dikala aku kesedihan dan gentar menghadapi dugaan hidup ini
Dikau tidak pernah jemu menasihati dan memberi dorongan serta semangat kepadaku
Dikau mengajarku agar aku tidak berputus asa dengan hidup ini
Ibu....
Kesungguhanmu membanting tulang siang dan malam hampir membuatkan aku terlena dibuai mimpi
Mimpi didodoi rasa kekuatan untuk berjaya dalam perjuanganku sebagai seorang pelajar di medan intelektual ini
Ibu....
Tatkala aku jauh darimu untk menggapai cita-cita yang inginku kecapi
Dikau sentiasa mengiringi perjalananku dengan limpahan doa agar dipermudahkan segala urusan ini...
Terima kasih wahai ibuku..

Ibu..
Andai aku punyai waktu untuk bersamamu
Ingin aku coretkan memori indah hidupku
Bahawa dikau amat bermakna dalam hidupku
Bahawa dikau adalah sumber inspirasiku
Bahawa dikaulah ratu hatiku
Terima kasih Ya Rahman Ya Rahim di atas kurniaan dan rahmat-Mu
Mengurniakan kepadaku seorang ibu yang begitu aku dambakan kasihnya di dunia ini
Syukur Alhamdulillah....


Syair ini aku cipta khas buat ibuku , Pn. Juminah binti Hj Pa'at.....
Ibu...dikaulah ratu hatiku...
-salah satu syairku yang pernah ke udara di stesen radio IKIM.fm-

Tuesday, December 29, 2009

Berdebar-debar Menunggu Ketibaan Jumaat ni...1.1.2010



JUMAAT NI!!!
Aku kena amik test kereta...padahal lesen aku belum cukup sebulan lagi ...lesen L aku baru dihidupkan pada 2.12.2009.Tapi nak buat macamana tiada pilihan lain sebab aku kena balik ke kolej pada 3.1.2010 ni.Ermm..takutnya aku!!! dah la tak ready lagi...nak cakap aku memangla pandai pandu kereta masa latihan...tapi macamana la nanti bila JPJ ada kat sebelah...Moga Tuhan permudahkan urusan aku...

Monday, December 28, 2009

Alhamdulillah...semuanya kembali tenang seperti biasa

 

Ku singkap kembali tirai jendela sepanjang tahun 2009 ini...
Alhamdulillah...banyak yang telah aku pelajari daripada kehidupan ini...Bermula dari awal Januari 2009 , aku merupakan pelajar lepasan spm 2008...result???ok la...Melewati hari-hari yang bakal aku lalui , aku merasakan tanggungjawabku sebagai seorang anak kedua semakin besar...



JADI CIKGU!!!
Habis SPM..tetiba aku mendapat panggilan daripada mak cik aku untuk menjadi guru tuisyen untuk form 1,2,3 dan 4 di pusat tuisyen kepunyaan makcikku.'First time' ajar ok la...dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila pelajar ni memanggil aku 'cikgu' dan mengucapkan 'terima kasih cikgu'...wah tetiba aku merasakan bestnyer menjadi insan yang bergelar cikgu.

ni gambar sebahagian pelajar aku...diaorang datang awal...dari kiri syakira.afeeqa dan ain




Syukur kekuatan jati diri teruji apabila aku dipanggil untuk menghadirkan diri dalam Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).Tiga bulan di sana banyak yang aku pelajari, antaranya yakin dengan kebolehan diri sendiri.Dan satu pekara yang aku ketahui ialah kekuatan dan usaha mencapai sesuatu yang kita impikan perlukan digerakkan dengan mencari kekuatan itu bermula dengan dalam diri.

PLKN!!!
Aku terkenang kembali kenangan bersamanya...
Tetapi semua kenangan itu tidak bermakna apa-apa buat diriku kini...
Tetapi aku juga ingin melafazkan rasa syukurku kehadrat Ilahi kerana kebenaran yang ku cari akhirnya ku temui kini...mungkin aku terlalu kerdil untuk memahami situasi ketika itu...kerana aku memang tak tahu...
tetiba aku dikejutkan dengan satu hambaran SMS yang memberitahu diriku bahawa,"Tidak akan ada lafaz persahabatan antara lelaki dan perempuan, dan tidak akan pernah ada pun...dan jikalau ada pun hanyalah dibenarkan untuk perkara tertentu sepeti membincangkan tentang Islam atau untuk meningkatkan nama Islam."Tekad dah dipegang,azam dah dijulang...ku harapkan cintaku kepada-Mu akan berterusan...bantulah aku Ya Allah.




SHARP!!!
Habis sahaja PLKN...aku merasakan macam ada 'something wrong' kat aku..yelah boring kat rumah padahal baru je seminggu aku balik dari PLKN.Apalagi macam biasa aku pergi menerjah kerja-kerja kosong di Batu Pahat,Johor..Cari punya cari akhirnya aku dapat bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah syarikat SHARP...pergh!!! kepenatan bekerja sebagai operator membuatkan aku tekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kerja yang lebih baik.Apataknya, pagi jam 7.30 pg aku dah pergi ke tempat kerja dan balik jam 8.00 mlm...sampai rumah dah jam 9.30 mlm...dan nak menanti esok jam 7.30 pg tu...erghhh!!! tak sanggup...penat...tapi dalam kesusahan aku bekerja waktu tu ada banyak benda yang aku belajar...antaranya nak pasang 'roller' pada tempat CD, nak buka 'body' CPU komputer, kerja cepat dalam 'line',pasang spring pada alat electronik, dan yang paling aku suka guna gerudi gantung electronik untuk buka skru pada 'body' komputer.


                                    
gambar ni aku bersama kak dayah waktu rehat...kitaorang rehat kat 'line' je kerana 15 mnt je mase yang diberi...



'time' ni kitaorang makan besama buat kali yang terakhir 'before' aku masuk universiti.




REUNION!!!
Reunion yang dimaksudkan bersama teman-temanku sekolah rendah darjah 6.Kitaorang lepas UPSR...masing-masing membawa haluan masing-masing...Kitaorang buat reunion kat BP Mall, bowling.Bila jumpa semacam  tak kenal kerana masing-masing dah berubah.



                                  
'time' ni kat tempat bowling...dari kiri,farah,aku,arwin dan siti.



YANG MANA YANG MENJADI PILIHAN?
Matrix atau UiTM atau UTM atau SPA?
Habis kerja kat syarikat SHARP dan akhirnya aku memilih untuk menerima SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dalam jurusan Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan/Medical Laboratory Technology...3 tahun...ni pun Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) yang taja...memula tu rasa malu gak dengan kawan-kawan aku...'most of them' amik asasi dan ada yang 'fly'.Tapi bila fikir balik tak kisahla...yang penting kat sini aku dapat 'survive' sendiri tanpa perlu menyusahkan keluarga aku...dan insyaAllah akan aku lakukan yang terbaik!!!Bantulah aku Ya Allah..




PERJUANGAN BERMULA!!!
Perjuangan aku di Nilai University College sudah bermula.Ramai yang aku temui dan yang paling best ialah aku belajar dengan mereka-mereka yang dewasa yang jangkauan umurnya lingkungan 20-25 tahun.Rasa lebih tercabar bila belajar macam ni.
PERSEPSI BERUBAH!!!
Dulu aku pandang rendah sangat kat IPTS ni...tapi ditakdirkan aku belajar di Nilai UC, aku rasa sama je ngan matrikulasi dan IPTA...cuma yang berbeza namanya je...



PEMERGIANNYA MEMBUATKAN AKU BERFIKIR SEKETIKA!!!
Pemergian tiga orang pak cik aku dalam masa 4 bulan ni membuatkan aku terkejut...manataknya arwah sihat-sihat je sebelum ni...Tapi syukurla semuanya pergi dalam keadaan yang baik.Seketika di benakku berkata adakah ini ujian untukku mak cikku , kami , dan AKU juga???sepertinya juga sebagai peringatan buat kami semua bahawa segala yang ada di dunia ini hanya bersifat sementara dan  Allah boleh mengambil nyawa seseorang tu bila-bila masa je...kasihan aku lihat sepupuku...dah la masih belajar...tapi aku yakin mereka kuat....semoga kalian sekeluarga kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran ayahandamu di sisi kalian.


suasana hiba di rumah mak cik ku...di Felda Ayer Hitam,Johor

Wednesday, December 23, 2009

Berpada-pada dengan Rezeki Allah...



"Kalaulah saya pun berpangkat besar dan bergaji besar seperti dia.Mengapalah hidup saya tidak seberuntung dia.Mengapalah saya dilahirkan miskin begini..."Demikianlah kita selalu mengeluh mengenangkan nasib sendiri dan mengagumi kelebihan yang ada pada orang lain.

Sebagai seorang muslim, sebenarnya kita dilarang untuk menyesali nasib, apatah lagi menyalahkan atau menghina pemberian Tuhan kepada kita.Apalah sangat ujian-Nya kalau hendak dihitung dengan nikmat yang Allah kurniakan, sama ada yang sedar atau tidak, yang pasti tidak mampu dibilang oleh diri manusia itu sendiri.

Janganlah kita sesekali kesal atau kecewa dengan ciptaan Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya.Jika kita mengeluh,sedangkan pada masa yang sama kita masih menikmati rahmat-Nya, bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini.

Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada kerana setipa manusia sudah ada bahagian masing-masing yang telah Allah kurniakan.Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi daripadamu.Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu."(Riwayat Bukhari)

Dalam apa juga perkara,kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana setiap sesuatu itu terselit hikmahnya yang tersendiri.Hayatilah firman Allah yang bermaksud,..."Boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka padahal ia buruk bagi kamu.Dan ingatlah , Allah jualah Yang Mengetahui semuanya itu,sedang kamu tidak mengetahui."(Surah al-Baqarah:216)

Sunday, December 20, 2009

Hepatitis B...Sejauh Manakah Pengetahuan Anda Tentangnya???




HEPATITIS

Istilah “Hepatitis” dipakai untuk semua jenis peradangan pada hati (liver). Penyebabnya didapati dari berbagai macam, mulai dari virus sampai dengan ubat-ubatan, termasuk ubat tradisional. Virus hepatitis juga ada beberapa jenis, hepatitis A, hepatitis B, C, D, E, F dan G. Manifestasi penyakit hepatitis akibat virus bisa akut ( hepatitis A ) dapat pula hepatitis kronik ( hepatitis B,C ) dan adapula yang kemudian menjadi kanker hati ( hepatitis B dan C ).




Pada abad ke-20an hepatitis diketahui berjangkit disebabkan oleh virus.Dari
tahun 1940 hingga tahun 1960, kajian terhadap hepatitis menunjukkan bahawa terdapat 2 jenis virus hepatitis iaitu hepatitis jenis A(hepatitis berjangkit) dan jenis B(hepatitis serum).Tetapi hanya selepas perjumpaan antigen Australia(HBsAg) oleh Blumberg dan rakan-rakannya dan pengenalan hubungannya dengan hepatitis B, maka era baru yang terpenting di dalam penyelidikan hepatitis bermula.Blumberg dan rakan-rakannya menemui HBsAg secara tidak sengaja dalam serum seorang orang asli Australia pada tahun 1964.Oleh itu HBsAg dinamakan "Australia antigen" pada mulanya.Penemuan ini berlaku semasa mereka mengkaji polimorfism protein dalam serum pesakit yang sudah menerima pemindahan darah buat beberapa kali.Oleh sebab penemuan ini, Blumberg menjadi pemenang Nobel Prize dalam bidang Perubatan pada tahun 1976.


Virus Hepatitis B
Virus Hepatitis B dapat menyerang sesiapa saja, akan tetapi umumnya bagi mereka yang berusia produktif akan lebih berisiko terkena penyakit ini. Virus hepatitis B diklaskan dibawah suatu kumpulan virus yang dinamakan virus hepadna(hepatotropik DNA virus).Virus ini ada hubungan dengan virus hepatitis yang terdapat dari 2 jenis tupai iaitu tupai jenis Marmota monax dan tupai jenis Spermophilus beecheyi dan itik Pekin Anas domesticus.Kumpulan virus ini berbeza daripada virus yang lain yang juga mempunyai DNA.


Cara Menentukan Virus Hepatitis B
Banyak cara untuk menentukan HBV.Antaranya asei imuno(RIA/radioimmunoassay) dan asei yang berhubungan dengan enzim imuno(EIA/enzyme immunoassay).Teknik ini selalu diguna di dalam makmal biasa.


Hepatitis B boleh menular melalui beberapa cara:
1)Darah
-Dalam masa sepuluh tahun yang lalu pemindahan darah atau hasil darah berjangkit adalah sebab utama yang menyebabkan hepatitis dibeberapa buah negara.Oleh kerana terdapat ujian yang peka terhadap tapisan penderma darah, masalah ini dihapuskan kecuali sejumlah kecil di mana terdapat titer HBsAg yang sangat rendah hingga tidak boleh dikesan dengan teknik yang sedang digunakan.


Hepatitis B yang melalui proses transmisi suntikan akan memberi masalah kepada golongan yang menggunakan dadah.Mereka berkongsi alat suntik dan ini boleh membawa virus hepatitis B daripada pembawa kepada orang lain.


Hepatitis B mungkin merumitkan kaedah pembedahan di mana alat pembedahan dikotori dengan darah yang boleh masuk ke dalam badan melalui pecahan kulit atau membran mukus.Juga terdapat masalah khusus antara kakitangan hospital di mana mereka tersuntik diri sendiri dengan alat suntik kotor.Kakitangan yang bekerja di makmal klinik juga terdedah kepada keadaan berbahaya terhadap jangkitan hepatitis B.

2)Proses transmisi perinatal
- Transmisi perinatal ialah proses transmisi daripada ibu yang menghidap penyakit itu kepada bayi kandungannya yang masih di dalam rahim atau semasa peringkat kelahiran.Jangkitan perinatal mungkin disebabkan oleh cara yang normal yang dijalankan semasa kelahiran bayi atau darah ibu mengalir dari kebocoran kecil daripada badan sisibu ke dalam saluran darah bayi pada masa pemisahan plasenta.

3)Hubungan seks
-HBsAg dikesan di dalam kebanyakan bendalir badan seperti air liur,mani,susu ibu dan bendalir haid.Bendalir badan ini memainkan peranan yang penting terhadap jangkitan HBV  dari segi epidemologi.Virus mungkin juga dipindahkan melalui ciuman dan hubungan seks.Kadar jangkitan yang terlalu tinggi ditemu pada golongan homoseksual dan pelacur.


walaubagaimanapun.....

---------------------------------------------------------------------------------------------
HBV mungkin tidak boleh merebak melalui makanan yang dikotori oleh HBV.Bukti ini ditujukkan oleh Feinman dan rakan-rakannya.Mereka mengesan HBsAg di dalam hempedu hepar seorang pembawa HBsAg.Aktiviti HBsAg ini dihapuskan apabila hempedu hepar yang mengandungi HBsAg ini dieramkan dengan jus pankreas.Jadi kajian tersebut menunjukkan bahawa HBV tidak merebak secara enterik sebab bila HBV sampai ke duodenum melalui pendarahan lambat atau ditelan, virus akan ditukarkan atau dihapuskan oleh tindakan kedua-dua asid hempedu dan enzim daripada pankreas.

Serangga yang menghisap darah seperti nyamuk tidak menjadi penyebab kepada transmisi HBV ini.Ini terbukti oleh Ding Zheng Ying dan rakannya di mana mereka mengesan 14.5% nyamuk daripada 394 kolam nyamuk mengandungi HBsAg.HBsAg juga dikesan di dalam nyamuk Culex Fatigans yang diberikan makanan darah.HBsAg dikesan di dalam nyamuk tersebut dalam masa 1-3 hari selepas pemberian makanan darah.Akan tetapi HBsAg tidak dikesan di dalam perkumuhan, telur, larva,pupa atau nyamuk jantan dan betina pada generasi pertama.Jadi mereka mencadangkan bahawa replikasi HBV tidak berlaku di dalam Culex Fatigans dan nyamuk ini tidak memainkan peranan utama di dalam transmisi HBV.


#Langkah-langkah pencegahan agar terhindar dari penyakit Hepatitis B adalah pemberian vaksin(imunanisasi Hepatitis B) terutama pada orang-orang yang berisiko tinggi terkena virus ini.Contohnya seperti mereka yang berperilaku sex kurang baik(ganti-ganti pasangan/homosexual),dan pekerja kesihatan.

Friday, December 18, 2009

Migrating From Good To Better!!!




(Muslims are encouraged, when uttering the name of Prophet Muhammad, to follow with the salutation sallAllahu `alayhi wa sallam (peace be upon him - Ed)

MAAL HIJRAH marks the start of a new year in the Muslim calendar. It falls on the first day of the Muslim month of Muharam and, therefore , is often referred to also as 'Awal Muharam.'
On this day, 1,441 years ago in Muslim years, Prophet Muhamad migrated to Medina (then known as Yathrib) to find a new place to spread the dakwah of Islam.
He had shifted from Makkah, where his own people prevented him from nurturing the Faith in very much the same way that is now happening in some nations - economic sanctions against followers, physical and verbal abuse, threats to safety and death!


Prophet Muhammad did not carry out his dakwah like the way many religious leaders today do - harsh, subjective, limited, close-minded, and personal.

He just asked people to believe in Allah - the one God - and accept him, Muhammad, as the last of God's Prophets and to emulate his conduct, manners and practices.
He asked people to abstain from things that even they agree are bad, and perform things that even they agree are good. But because it involves the re-chanelling of their pagan beliefs and adulation of idols and deities to a belief in just one God, they rejected his message.


Guiding non-believers



Prophet Muhammad was well-aware that people who were plunged in prejudice, superstition and ignorance would not abandon their beliefs and ways easily and that it would take extensive struggle, severe hardships, and sincere self sacrifice to save them from the pit of corruption and guide them onto the path of virtue and belief in the one and only Almighty.


Thus, he left Makkah and started the first known 'Islamic nation' in Medina based on a charter that specified the rights and duties of all citizens and the relationship between the different communities; of which our own national Constitution seems to be in harmony with.




In the age of the internet, cable TV, cellular phones and supersonic planes, we may not be able to understand the pain that Prophet Muhammad and his companions underwent before their hijrah (migration) but Muslims understand the sense of righteosness and justice that prompted - and resulted from - that migration.
Thus, Maal Hijrah is taken as the starting point of a paradigm shift from bad to good and from good to better.
It also means from being lazy to being hardworking, from stupidity to intelligence, from poor to wealthy - any process of continuous improvement in the name of Allah.
It is, therefore, a befitting tribute to the historic event that on this day Muslims throughout the world offer thanksgiving in the form of prayers, giving to charity and making resolutions to be a better person and to achieve greater things than had ever been accomplished before.


A NEW YEAR HAS BEGUN


As the sun goes down on 1430 Hijrah, Muslims usher in the New Year 1431 - with contemplation and reflection of their own existence and mortality.


Salam Maal Hijrah to all Muslims and peace to all Malaysians. - Malaysian Mirror

Salam Maal Hijrah 1431H



Salam Maal Hijrah 1431H kepada semua umat Islam di dunia!!!
BANGKITKAN DIRIMU MELAYARI BAHTERA HIJRAH!!!
Itulah yang sepatutnya ada dalam diri setiap individu...melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik dari yang sebelumnya...sudah terlakar ataupun belum misi dan visi HIJRAH bagi tahun baru ni?
Marilah kita bersama-sama berazam untuk mempertingkatkan diri agar dapat menyumbang serba-sedikit khidmat kepada diri sendiri dan yang lebih penting kepada keluarga, masyarakat dan negara...
Aku mengingatkan juga diri ini...



Tuesday, December 15, 2009

Jadilah Sahabat Terbaik Dunia dan Akhirat








1.Memulakan dengan memberi salam apabila bertemu.
@Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada hamba Allah.Allah sangat cinta kepada hamba yang tawaduk.


2. Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.
@Kita juga selesa apabila sahabat kita memanggil kita dengan nama yang baik...begitu juga jika ingin dilayani sepertimana dia melayani kita.

3. Menumpukan perhatian ketika sahabat berbicara serta elakkan memotong percakapannya.
@Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.

4.Menyatakan pujian terhadap sahabat.
@Menyatakan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik.Bukan bertujuan membodek.

5.Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat.Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan akan tercetusnya krisis.
@Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.

6.Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya.Kalau dia memohon bantuan ,wajib kita bantu setakat termampu.
@Allah menolong seseorang jika dia menolong insan lain untuk kebaikan.

7.Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat berbanding kepentingan diri.
@Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi diri sendiri

8.Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat.Elakkan prejudis pada mereka.
@Secara tidak disedari,orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas.

9.Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.Jika kita melihat sahabat kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.
@Umpama kita tersalah jalan mahu menuju kesuatu tempat, kemudian rakan kita menegur kita.Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya.


Saturday, December 12, 2009

Kurang Agama Kurang Akal...


Dari Abdullah bin Umar katanya,Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Wahai kaum wanita,bersedekahlah kamu dan banyakkan istighfar iaitu memohon ampun...kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka."

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya,"Wahai Rasulullah, mengapa kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?"

Rasulullah bersabda, "Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami.Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal,daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi,"Wahai Raslullah!Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"

Rasulullah bersabda,"Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki.Inilah yang dikatakan kekurangan akal.Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid.Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama."(Riwayat Muslim)

Wanita adalah makhluk yang unik,diciptakan berbeza dan berlainan dengan lelaki.Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah.

Ketika mereka dalam nifas atau haid serta tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa , mereka sebenarnya masih boleh menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah.

Perempuan juga dikatakan lemah akalnya kerana mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya.Ini kerana mereka dikurniakan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikiran lebih panjang dan bersifat emosional.Oleh itu dalam pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki.

Tetapi dalam hal yang lain,Islam sama sekali tidak menolak hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.Hanya yang membezakan antara makhluk Allah adalah nilai ketakwaan mereka.

Aku akui wanita dilihat lemah pada sebahagian mata-mata lelaki...tetapi perlu diingat bahawa...lelaki pun tidak boleh hidup tanpa kaum hawa ini...hal ini kerana jika dilihat secara saintifiknya, 'women are completely women,but men are not completely men'.. 


Perempuan/wanita dikatakan 'completely women' kerana mempunyai kromosom XX, manakala  lelaki dikatakan 'incompletely men' kerana mempunyai kromosom XY..hah! lihat HEBAT sungguh ciptaan Allah SWT...pada penciptaanya yang membuktikan nak tak nak lelaki sememangnya memerlukan wanita serba-sedikit dalam kehidupan...walaupun mereka ini golongan yang lemah...Jadi aku mohon HORMATILAH kami yang bergelar WANITA... 

Mampukah Diri Ini>?



Urgh!!!result dah nak kluar....berapa lah ye pointer yang akan aku dapat?harap2 ok la ye...aku yakin aku mampu seperti sahabat aku yang lain yang berjaye...tiada yang mustahil di dalam dunia...itu lah kata-kata Miss Adibah yang aku slalu ingat sampai sekarang...kekadang terasa pada pandangan orang lain mengatakan "MAMPUKAH KAU?".Pedihnya tusukan...tapi InsyaAllah akan aku buktikan...ummi cakap dengan aku dia selalu doakan kejayaan anak-anaknya...InsyaAllah aku boleh!!!Aku yakin!!!!

Friday, December 11, 2009

'Luruskan Hati Bina Keperibadian'



123Friendster.Com | Forward This Comment to Your Friends




Banyak perumpamaan berkaitan hati seperti 'putih hati', 'busuk hati','tak berhati perut' dan 'makan hati'.Apakah signifikannya hati?Dalam ilmu perubatan, hati hanya segumpal darah hitam yang beku, punya bentuk tersendiri, terletak di sebelah kiri dada dan berfungsi sebagai peneutral darah.Aktiviti badan sangat tergantung kepada lurus atau bengkoknya hati.Abu Hurairah Radhiallaahu Anhu berkata, "Hati adalah raja,sedangkan anggota badan adalah tentera.Jika raja itu bagus,maka akan bagus juga tenteranya.Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya."

Di Sini terdapat beberapa tanda-tanda seseorang yang memiliki hati keras:
1)Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan,
2)Tidak tersentuh dengan ayat Al-Quran dan nasihat,
3)Tidak tersentuh dengan peristiwa yang memberikan pengajaran,
4)Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat,
5)Kurang mengagungkan Allah,
6)Kegersangan hati dalam melakukan sesuatu perkara,dan
7)Kemaksiatan berantai.


Banyak faktor yang menyebabkan keras hati, antara yang penting untuk kita ketahui:
1)Hati terlalu kepada dunia serta melupakan akhirat,
2)Lalai,
3)Kawan yang buruk,
4)Terbawa dengan kemaksiatan dan kemungkaran,
5)Melupakan maut,sakaratulmaut,kubur dan kedahsyatannya,
6)Melakukan perosak hati.

Penyelesaiannya:
1)Makrifat(kenal Allah),
2)Mengingati mati,
3)Menziarahi kubur dan memikirkan penghuninya,
4)Memperhatikan ayat Al-Quran,
5)Mengingat Akhirat dan Kiamat,
6)Memperbanyak zikir dan istigfar
7)Bergaul dengan orang Soleh,
8)Berjuang dan melihat kekurangan diri.

Tuesday, December 8, 2009

Tinggal kami bertiga ...

sahabat dah balik...




Wau..bestnyer seminggu ni..kerana aku tinggal di rumah bersama ummi dan ayah di rumah.Along tengah bekerja sementara di Johor Bahru, manakala Nurul dan Hakim pergi rumah pak cik aku kat Kluang...ape lagi jadi manje sikitla dengan ummi dan ayah...jangan marah ye...tadi ayah aku bawa ummi dan aku makan kat restoran...wau bestnyer...tapi sunyi juga sebab aku takde lawan gaduh...adik aku la...marah-marah aku pada mereka pun sebenarnya tanda sayang aku pada mereka...aku sayang along,achik dan alang...

Tuesday, December 1, 2009

Happy Eidul Adha...

Eid Ul Adha



CommentsGuru.com - Forward This Image




10 Zulhijjah 1430 bersamaan 27/11/2009 adalah hari raya Eidul Adha ataupun lebih dikenali dengan Hari Raya Haji dalam kalangan kita masa kini...

PENGORBANAN????
Betullah hidup ini sememangnya memerlukan pengorbanan...aku pula??
Adakah aku dah berkorban?tipula kiranya aku katakan tidak ada...
Hari Raya Eidul Adha ini kita disuruh agar lebih banyak bertakbir kepada Ilahi berbanding Hari Raya Eidul Aidilfitri...pada Hari Raya Haji, sedekah amat digalakkan...dan yang paling penting memahami pengertian 'PENGORBANAN' yang sebenar-benarnya...sepertimana yang telah dilakukan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail yang diperintahkan oleh Allah agar menyembelih anaknya , Nabi Ismail...
Perintah Allah dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab...dan disebabkan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan kerelaan Nabi Ismail untuk disembelih, akhirnya Allah menggantikannya dengan kibas...
SubhanAllah..

Eid Mubarak Graphics and Glitters



CommentsGuru.com - Forward This Image

Wednesday, November 25, 2009

Aku merasakan yang aku begitu lemah ketika ini....Bantulah aku Ya Allah



123Friendster.Com | Forward This Comment to Your Friends







123Friendster.Com | Forward This Comment to Your Friends



Aku benar-benar sedih hari ini...tidak tahu mengapa rasa hati ini...terasa hati???mungkin juga rasanya...buat pertama kalinya hidup di bumi Nilai ini...banyak cerita yang telah dipentaskan di hadapanku dan memaksa aku untuk menjadi watak utamanya...urgh!!!kekadang sedikit keluhan muncul di bibir ini kerana tidak tahan sakitnya untuk menanggung rasa perit hidup ini...tp Tuhan itu lebih tahu apa yang tersirat di dalam hati aku...Alhamdulillah aku ditemukan dengan rakan usrahku...yang sedikit sebanyak menjadikan aku kuat mengharungi hidup ini....






123Friendster.Com | Forward This Comment to Your Friends




Ya Allah jika ujian yang Kau timpakan padaku ini adalah untuk menghapus dosa-dosa kecilku...aku redha Ya Allah...bantulah aku...aku terasa teramat lemah saat ini...kuatkanlah keimananku seteguhnya iman Junjungan Mulia,Rasulullah SAW,seutuhnya keimanan Sumaiyyah dan Yasir serta umatMU yang gagah di jalanMu dalam dunia dakwah ini...






123Friendster.Com | Forward This Comment to Your Friends



Aku perlukan kekuatan untuk teruskan perjuangan ini...masih panjang lagi perjalanan hidup yang harus aku lalui....dan yang pasti aku tidak boleh tunggu kekuatan itu untuk hadir dalam diriku,tetapi akulah yang harus menbina,mencipta dan melakar kekuatan itu...InsyaAllah akan aku temui damai yang aku cari...

Tuesday, November 24, 2009

BICARA HATIKU...



123Friendster.Com | Forward This Comment to Your Friends





Dalam lesu aku masih tersenyum
Walaupun terlihat luka tangisanku
Merinduka warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ

Bilakah....
Kan berakhir kisah derita....
Apakah tiada penghujungnya..??
Manakah jawapanya??

Akan ku laungkan tulus kasihku seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda aku masih di sini

Akan ku khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan akan aku khabarkan kepada dunia
Damai yang aku cari
Akan aku miliki
PASTI!!!!

Khabarkan OH TUHAN
Masih ada damai yang akan aku miliki...
PASTI!!!

Tuesday, November 10, 2009

Matlamat Halalkan Cara...

islam

DesiComments.com | Islam | Forward this Picture






123Friendster.Com | Forward This Comment to Your Friends




Diharap selepas membaca artikel ni dapatlah kita merenung diri dan berubah ke arah yang lebih baik...

Hasil tulisan:puteraazhari
Renung-renungkan dan selamat beramal...
Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan dari ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh dari pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit dari dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh dari penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan ugama sebagai pasport untuk membuat kebaikan dari kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif.

Cinta siswa siswi senonimnya cinta anta anti.

Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

MATLAMAT HALALKAN CARA

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah.


HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.


Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.

Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, dari sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala.

ameen

di saat hati ini merinduiMU....

Milford Sound in New Zealand





123Friendster.Com | Forward This Comment to Your Friends



Malam tadi entah kenapa aku rasa macam ada rasa sesuatu dalam hati ni...x sedap hati...RINDU???Tapi pada siapa ek?ummi dan abah semestinya... Teman-teman seperjuangan...yang bermacam aneka perangainya...dan seorang insan...siapa ya/? Tapi sebenarnya semua keluhan terungkap selepas mengadu padaMU Ya Allah... HORREYYY!!!!!!nikmatnya rasa hati bila mengadu padaNya...dan InsyaAllah aku berjanji tidak akan mengulangi sakitnya perasaan tu...memang sakit!!! Aku yakin pada janji Allah...di mana selagi kita bertaqwa Allah akan memberikan jalan keluar...betulla ustaz tu kata cinta kepada Ilahi itulah cinta yang hakiki...dan cinta ideal untuk ku adalah cinta kepada cita-cita...merangka usaha untuk ke arah itu...

Friday, November 6, 2009

Aku Berhak Menasihati Dia...

Betulkan sebagai seorang sahabat aku berhak menasihati dia...hati sahabat mana yang suka kalau benda yang dilakukan dia sia-sia je...lagi ni dah lah nak final exam...aku sayang dia sebab tu aku tunjuk muke tak puas hati dengan tindakan dia...dengan harapan dia akan 'cancel'kan keputusan dia dan tidak pergi ke tempat tu...Alhamdulillah dia akhirnya dengar cakap aku...dan kami study untuk final ni....fuyyouuuu bestnyer!!!Thanks God...Engkau telah lembutkan hati sahabat aku ni...syukur yang tidak terhingga..

Tuesday, November 3, 2009

A to Z way of Succees

A - Aspire to reach your potential
B - Believe in yourself
C - Create a good life
D - Dream about you might become
E - Exercise frequently
F - Forgive honest mistake
G - Glority the creative spirit
H - Humor ourself and others
I - Independent from immoral thing
J - Jab revenge until it vanish
K - Kind with another people
L - Lie don't ever do
M - Mediate daily
N - Nurture the environment
O - Organize four harmonies action
P - Praise perfomance
Q - Question most things
R - Regulate your own behaviour
S - Smile often and sing if you can
T - Think rationally
U - Understand yourself
V - Value of your life
W - Work for the comment good
X - X-Ray and carefully examine problems
Y - Yearn to improve
Z - Zestfully pursue happiness

Monday, November 2, 2009

KALAM ILMUAN

ORANG YANG BAHAGIA ITU AKAN SELALU MENYEDIAKAN WAKTU UNTUK MEMBACA KERANA WAKTU MEMBACA ITU SUMBER HIKMAH MENYEDIAKAN WAKTU TERTAWA KERANA TERTAWANYA ITU MUZIKNYA JIWA MENYEDIAKAN WAKTU UNTUK BERAMAL KERANA BERAMAL ITU PANGKAL KEJAYAAN MENYEDIAKAN WAKTU UNTUK BERSENDA KERANA BERSENDA ITU MEEMBUATKAN KITA MUDA SELALU DAN MENYEDIAKAN WAKTU UNTUK BERIBADAT KERANA BERIBADAT ITU ADALAH IBU DARIPADA KETENANGAN JIWA

Sunday, November 1, 2009

SITI ZULAIKHA DAH SAMPAI KE SANA!!!!!!




Gambar kat atas ni ialah gambar sahabat aku...siti zulaikha namanya...katanya dia bersama duta German kat Kuala Lumpur...ahaks...zu sorry laa aku masukkan gambar ko kat blog aku...ok aku doakan ko akan berjaya mencapai cita-cita kau ye...

Saturday, October 31, 2009

USAHAWAN BERJAYA YANG HIDUP ZUHUD

Insan yang aku maksudkan adalah Abu Hanifah.Beliau telah mendapat gelaran seorang Mujtahid yang besar (Imamul A'dzam) kerana beliau mempunyai wawasan yang sangat luas tentang keislaman. Selain daripada itu,beliau juga merupakan seorang usahawan yang telah mencukupi semua keperluan hidup keluarganya.Hal demikan kerana beliau mempunyai prinsip bahawa hidup di atas kemampuan sendiri tanpa terus memberatkan orang lain. Disebabkan prinsip hidup yang beliau miliki, maka beliau bekerja keras untuk mencukupi keperluan keluarganya, juga untuk memikirkan keperluan dan dan kepentingan fakir miskin ....tidak dilupakan juga mereka yang memerlukan bantuan daripadanya. Walaupun sehari-harinya beliau sebagai pedagang akan tetapi beliau hidup dalam zuhud berterusan,warak serta taat dalam menjalankan ibadah secara terus menerus, siang dan malam tanpa henti. Dalam kehidupan duniawi pula,beliau selalu hidup dalam kesederhanaan sebab beliau selalu berpegang pada prinsip yang beliau miliki.Dalam kehidupannya,beliau sentiasa menjaga kesucian hati dan badan dari segala macam dosa. Beliau juga pernah menolak pemberian dari Ja'afar Al-Mansur berupa wang sejumlah 10000 dirham.Kata beliau "keluargaku aku serahkan kepada Allah SWT dan hiduonya hanya cukup 2 dirham sahaja,itupun sudah lagi cukup". Di saat Abu Hanifah mengetahui bahawa rakan kongsinya telah melakukan perbuatan yang jahat dan curang,lalu beliau mengeluarkan wang sebesar 30000 dirham sebagai sedekah. Sebagai seorang tokoh sufi,Abu Hanifah selalu mensucikan dirinya dan selalu berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan tekun beribadah kepada Allah. Selama 40 tahun hidupnya, beliau selalu melaksanakan solat subuh dan wuduknya dilakukan di waktu Isyak.Beliau juga dikatakan seorang tokoh sufi yang dikatakan telah mengkhatam Al-Quran sebanyak 7000 kali. Sebagai seorang tokoh sufi,Abu Hanifah mempunyai dasar-dasar pemikiran yang patut kita teladani.Antaranya: "Amanahkanlah apa yang telah kalian pelajari,sebab teori tanpa praktik bagaikan tubuh tanpa roh". Contohilah sepertinya........

PENTINGNYA ILMU

Kebanyakan kita kurang minat tentang falsafah, membuatkan kita menjadi penduduk dunia kelas kedua. Malah lebih teruk lagi tidak berfikir lansung. Kesedaran berfalsafah itu yang penting kerana akhirnya membawa kepada pertanyaan siapa, dari mana, hendak ke mana dan pelbagai soalan kehidupan. Kecintaan pada ilmu ini bercampur antara percaya dan fikir pada awalnya, yang membuatkan muslim akhirnya merasakan pembuktian aqli (fikir) itu sesuatu yang perlu dipinggirkan dan mengambil dalil naqli (nas) dengan hanya sedikit atau tanpa berfikir mendalam. Penulis sangat tertarik dengan penerimaan ilmu sains yang terbaik adalah apabila ilmu itu dapat mendekatkan diri kita dengan Allah Taala melalui cara yang begitu praktikal dan sangat halus, sehinggakan melebihi cara pemahaman ilmu ahlul-sufi mendekatkan diri kepada Allah Taala.
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعۡبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرۡفٍ۬‌ۖ فَإِنۡ أَصَابَهُ ۥ خَيۡرٌ ٱطۡمَأَنَّ بِهِۦ‌ۖ وَإِنۡ أَصَابَتۡهُ فِتۡنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجۡهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةَ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡخُسۡرَانُ ٱلۡمُبِين Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan di sana terdapat sebahagian manusia yang menyembah Allah sekadar di pinggiran. Jika mendapat kebaikan mereka akan tenang dengannya (iman kepada Allah) dan apabila ditimpa fitnah (ujian) mereka akan memalingkan wajah (meninggalkan agama Allah). Mereka kerugian dunia dan akhirat. Itulah dia sebenar-benar kerugian yang nyata” al-Hajj (22:11)
Jernihkan akal dan usaha ke arah pembangunan minda kelas pertama dengan idea-idea lestari, jauh sekali memikirkan dunia fantasi dari realiti dan bergelumang kotor di dalamnya. Beruntunglah mereka yang peduli dan masih ada hati.

Tuesday, October 27, 2009

BANGKIT DARI KEKECEWAAN!!!!!!!!

Aku semenjak dua menjak ni merasakan ada banyak aura meresap ke dalam diri aku....
Aura yang aku maksudkan tu ialah sentiasa inginkan cabaran dalam kehidupan.....
Tanpa cabaran aku rasa aku tak boleh hidup la.....
Keluarga aku OK...OK je.....semuanya dalam keadaan baik walaupun sebenarnya aku tahu kalut sikit keadaannya.....yang penting aku kena ambil ringan benda2 ni....lagi2 aku makin nak final ni...sikap ummi aku yang rileks je walaupun sebenarnya aku tahu dia banyak masalah, menjadi kan aku juga ingin mencontohi wanita istimewa ini....
MISI SETERUSNYA:
* JUANGKAN KEBENARAN WALAUPUN PAHIT.
* BUKTIKAN KEKUATAN YANG ADA DALAM DIRIMU.
*BERFIKIRAN POSITIF DAN SENTIASA BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG SEKELILING.
*SENTIASA INGIN MENCUBA
* MEMENTINGKAN KUALITI DALAM MELAKUKAN PERKARA LEBIH DARIPADA KUANTITI.

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails