Wednesday, March 8, 2017

Hai Anakanda Furqan :)



    Salam w.b.t

          Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahNya dapatlah saya kembali bertinta di sini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban jiwa , raga , harta dan nyawa mereka sehingga kita semua dapat merasa nikmat iman dan Islam sehingga hari ini.Alhamdulillah.

          Alhamdulillah pada 13 Febuari 2017 bersamaan 16 Jamadilawal 1438H saya telah selamat melahirkan anakanda Furqan dengan beratnya 3.46 kg. Saat melahirkan Furqan adalah detik yang merubah paradigma saya sebagai seorang anak yang mana mengingatkan saya bahawa saya juga telah dilahirkan oleh ibunda tercinta. Usai Furqan keluar melihat dunia dan diazankan oleh abinya , airmata saya mengalir deras dan deras sehingga sukar diseka. Allahu Rabbi bertapa besarnya pengorbanan ibunda melahirkan saya. Rasa sakitnya tu jika diberi pilihan nak rasa atau tak , saya rasa kaum adam pun tak sanggup menghadapinya.

          Doktor dan staff yang menguruskan procedure sepanjang berada di Dewan Bersalin pelik kenapa saya menangis padahal baby dah selamat keluar. Tak terkata nak mengungkap bicara kata. Rasa diri ini terlalu hina di hadapanNya. Kejadian itu membuatkan saya lebih sedar dan insaf bahawa pentingnya kita sebagai anak-anak ini berbakti kepada kedua ibu bapa kita semasa di dunia. Jasa mereka membesarkan kita terlalu besar jika nak dibandingkan bebelan dan bisingnya mereka kepada kita.


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di Antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”.
 ( Al-Isra:23)

        Benarlah dikatakan Allah SWT itu Maha Kuasa. Dia meletakkan dan memberikan amanah serta tugas sesuai dengan fitrah setiap hambaNya. Tidak pernah menzalimi sesiapa. Lelaki ada tanggungjawabnya yang perlu dipikul dan begitu jugalah halnya dengan perempuan. Sebagai contoh diberikan tugas untuk melahirkan ini khas untuk wanita sahaja dan tidak kepada kaum adam. Subhanallah. Mungkin pada ibu-ibu di luar sana yang telah merasa banyak kali proses melahirkan ini, sudah lali dengan kesakitan ini tetapi percayalah ianya bukannya satu proses yang mudah. 

          Bagi kaum wanita yang  melalui proses berpantang semestinya selepas bersalin, waktu inilah yang perlu digunakan sebaiknya untuk merehatkan diri (bukan saja-saja nak rehatkan diri ya) , tetapi waktu ini amat penting untuk kita kumpul tenaga dan dapatkan kesegaran tubuh seperti sebelum mengandung atau bersalin. Kaum lelaki kena faham dengan sentiasa membantu isteri membasuh baju , memasak untuk isteri , dan lain-lain yang boleh membantu mengurangkan rasa stress dan kawal emosi isteri sepanjang tempoh berpantang.

        Ingat lagi semasa Furqan ada penyakit kuning. Ditambah lagi dengan keadaan diri yang masih lemah , jahitan terbuka ;( dan masalah buasir , saya rasakan separuh kekuatan diri ini hilang. Tetapi Alhamdulillah dengan adanya sokongan keluarga dan kawan-kawan yang tidak putus-putus , saya dapati juga kekuatan itu.

         Semasa Furqan kuning , pelbagai cara yang saya guna melalui pengalaman orang lain yang anaknya pernah ada kuning juga. Salah satunya , lumurkan badan baby dengan timun hijau , mandikan dengan daun inai , mandikan dengan soo hun , bagi minum sengkuang cina dan yang paling tip top banyak kali diingatkan bagi minum susu ibu kerap setiap 1 jam. Masa Furqan , dengan izin Allah SWT , anakanda sembuh pada hari ke-21 nya. Tidak apa-apa lah Furqan ulang-alik hospital banyak kali , asalkan anakanda sihat.



Hai anak penyejuk mata
penawar hati dan duka lara

Hai anak kau di antara berjuta nikmat yang dikurnia
amanah buat ayah dan mama
jariah kami menuju ke syurga


        Dan kini Furqan berusia 23 hari , Alhamdulillah semoga anakanda membesar dengan baik ya. Menjadi anak yang soleh , cintakan Allah SWT dan RasulNya , menjadi seorang hafiz dan pendakwah untuk ummah. Tidak sabar rasanya nak melihat Furqan membesar.Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan nikmatMu kepada kami. Bantulah kami menjaga, mendidik dan mengasuh amanahMu ini Ya Rabb.

Friday, July 15, 2016

Peringatan Buat Yang Leka



Salam w.b.t.
      Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali menukilkan kembali secebis rasa di sini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat Baginda yang telah banyak menyumbang seluruh jiwa raga demi tertegaknya kesejahteraan agama dan ummah.

       Alhamdulillah kini hampir 3 bulan lebih saya berumahtangga. Benarlah banyak perkara yang diambil kira untuk meneruskan bahtera kehidupan. Jika dahulu setle perkara sorang-sorang , kini tidak lagi. Jika dahulu jaga perasaan kita dan keluarga kecil , kini banyak perasaan keluarga besar yang perlu dijaga. Masa pun dah kena atur sebetul-betulnya antara kerjaya , tugas sebagai seorang isteri dan seorang pelajar. Yang nyata zauj seorang yang sangat baik yang sabar dengan segala karenah saya dikala suka dan duka. Terima kasih Ya Allah di atas segala kurniaan yang Kau kurniakan kepada saya.




        Seketika tadi saya baru sahaja selesai kelas Technical English II di Unisel Shah Alam. Banyak perkara yang dapat saya pelajari daripada Madam Noraini Yaumiddin. Namanya jangan salah disebut , nanti ada yang tak senang hidup..hehe. Madam ni wajahnya seiras sama seperti sahabat saya iaitu Kak Nadia Md Dani Goh(usrahmate masa dulu-dulu). Madam bagitahu kita ni tak perlu buat perubahan yang besar-besar yang kadang-kadang sukar orang nak ikut , tetapi lakukanlah perubahan yang sedikit yang orang akan berfikir mudah sebenarnya nak lakukan perkara tersebut. 

         Contoh terdekat adalah kesedaran kita untuk menyelamatkan alam sekitar. Selalu sahaja guna plastik dan polistrin jika membeli belah di bazar Ramadhan.Kan lebih baik bawa bekas makanan dari rumah untuk mengisi makanan yang kita beli tu. Orang yang pelik dan tidak faham semestinya akan keep on questioning , tetapi bagi orang yang faham dia akan berfikir dan berubah untuk selamatkan alam. Simple kan.

         Peringatan madam yang lain adalah gunalah masa muda untuk melakukan seberapa banyak perkara yang berfaedah seperti menyertai persatuan , menjadi volunteer , dan buat banyak kerja-kerja amal , sebab memberi kebaikan kepada orang lain itu mulia dan memudahkan kita mendapat rezeki lain dari sumber yang tidak disangka-sangka.Saya pun ada join NGO juga , dan saya harapkan semoga Allah SWT menetapkan saya di jalan Dakwah dan Tarbiyah sehingga akhir kehidupan saya. Biarlah penat saya , penat di jalan ini . 

       Seperti kata-kata As-Syahid Hassan Al-Banna di dalam buku Majmu Rasail , Tanyakan Pada Diri Kalian, Adakah Kita Golongan Yang Bekerja? Beruntunglah seorang hamba yang hidupnya Allah SWT memberinya hidayah dan kemudahan lalu menuntunnya hidup dan mati bersama Dakwah dan Tarbiyah. Kita ni jika bermain-main buat dakwah , kejap istiqamah , kejap hilang , lepas tu dan semakin menjauh , tetap tidak akan memberi kesan buruk terhadap dakwah ini. Dakwah ini tetap akan hidup diteruskan perjuangannya oleh kader-kader yang lebih hebat daripada kita. Kita berundur ke belakang , tetapi dakwah akan terus berkembang dan tersebar ke hadapan. Dakwah tidak rugi apa-apa , kita sebenarnya yang rugi besar.



        Untuk para pendakwah , janganlah kita terleka. Jagalah tingkah laku kita . Jagalah mutabaah amal kita . Jagalah solat kita. Teruskan mencintai Allah SWT walaupun di satu saat kau rasa berputus asa dan tidak punyai apa-apa. Bukan kau tidak punya apa-apa , jangan kau lupa kita masih ada Tuhan untuk mengadu masalah dan menenangkan jiwa. Bacalah kembali kalamNya agar kau bisa memahami ayat-ayat Allah SWT dan faham maksud ertinya. Janganlah sedih , jika kita tiada bahu untuk bersandar  , kita masih punya sejadah untuk kita berdoa dan meminta keampunan dariNya.

Tuesday, March 29, 2016

Terima Kasih Ya Allah Di Atas Kurniaan


Salam w.b.t

         Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya kembali bertinta di sini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berjasa dan berkorban jiwa dan raga sehingga tertegaknya nikmat iman dan islam dalam diri kita semua sehingga saat ini. Alhamdulillah.

         Alhamdulillah thumma Alhamdulillah , pada 19 Mac 2016 (Sabtu) bersamaan 10 Jamadilakhir 1437H saya selamat diijabqabulkan. Bermula detik itu , sahlah saya menjadi zaujah kepada En. Mohammad Zaki bin Bachok. Tiada rasa yang lebih bahagia untuk di zahirkan melainkan rasa syukur saya ke hadrat Ilahi kerana menyimpulkan ikatan antara kami. Bertapa Allah SWT itu sangat baik terhadap hambaNya. Buktinya di setiap ujian dan dugaan yang diberikan , pasti akan ada kebahagiaan yang dihadiahkan. Ya Allah berkatilah kami dan masukkan kami dalam golongan yang Engkau redhai.

                                            
Hiasan pelamin sentuhan Ultra Centre BP . Sangat menarik dan saya berpuas hati . Terima kasih di atas tambahan touch - up yang diberikan.Bagi sesiapa yang berminat boleh direct terus ke link ini https://www.facebook.com/Butik-Pengantin-UltraCentre-BP-640616249377038/?fref=ts


          Terima kasih ucapkan kepada bonda dan ayahanda yang banyak memberi dorongan sepanjang proses ke arah baitul muslim kami berlangsung. Tidak dilupa kepada saudara mara dan jiran-jiran yang tidak jemu membantu dari segi persiapan majlis makan dan persiapan keseluruhan. Juga kepada murobbiah Cikgu Zul & Kak Yati juga Akhi Yus & Kak Zai , syukran di atas kepercayaan kalian terhadap harapan kami untuk mendirikan rumah tangga serta tidak jemu memberi teguran dan nasihat yang berguna. Juga kepada Kak Ila, selaku orang tengah dalam proses persiapan majlis kami , jazzakillahukhairan khathiran. Terima kasih juga kepada kenalan , saudara dan sahabat handai yang datang meraikan majlis kami. Semoga Allah SWT membalas kebaikan kamu semua dan diampunkan dosa-dosa kita.Ameen.

           Kini , walau sudah berumah tangga dan menjadi isterinya , tipulah jika saya katakan saya tidak bahagia , tetapi di sebalik kegembiraan ini sebenarnya saya gentar dan bimbang untuk memikul tanggungjawab dan melayari bahtera akan datang. Saya bimbang jika sepanjang perjalanan saya futur di tengah jalan apabila tidak mampu untuk bertahan. In Shaa Allah semoga Allah SWT sentiasa menuntun saya ke arah redhaNya. Doakan saya agar saya thabat di jalan ini. ;( Wahai Tuhanku , izinkan saya untuk terus memupuk cinta teragung ini hanya kepadaMu. ;(

Sunday, January 31, 2016

Terkamlah Kesungguhan , Pacakkan Keazaman!!



 Assalamualaikum w.b.t

        Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya diizinkan pena mencangkir secebis tinta.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia , Rasulullah SAW ,  ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban harta , jiwa dan raga sehingga mekar mewangi Islam di dalam jiwa dan hati kita semua.Semoga Allah SWT sentiasa menuntun gerak langkah kita menuju keredhaanNya.In Shaa Allah.

         Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

      Masa berlalu begitu cepat sekali dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk saya ke Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Johor tidak lama lagi.Mohon sahabat doakan team saya agar dipermudahkan segala urusannya nanti.


      Tadi malam baru sahaja selesai kelas Ethics & Law oleh En. Yusmi.Huhuhu...saya merasakan sem  ini agak mencabar bagi diri saya ditambah lagi dengan FYP yang sudah bermula proses pencarian maklumat dan pengumpulan data-data berkenaan kajian yang ingin dijalankan.Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada saya untuk menghadapinya , mencurahkan keimanan yang teguh agar saya kekal thabat di jalan ini. ;( Walaupun susah jalan ini , saya berharap keazaman untuk berjaya akan lebih berkobar dalam diri . Susah macamana pun saya harus kuat untuk menghadapi sehinggalah pertemuan saya menemui Pencipta , Allahurabbi...

        Saya tidak bercadang untuk berbicara panjang lebar , cuma ingin mencari kekuatan dengan menempelkan bait-bait puisi yang pernah saya dengar di IKIM FM...Puisi ini membuat hati saya terkedu dan hiba. ;( Semoga ianya menjadi peringatan yang besar bagi diri saya yang hina ini .

PUISI 'PEREMPUAN' - Ustazah Halimah Alayidrus
 
Duhai..
Siapakah kau ini??
Jika jadi anak, ia adalah bidadari kecil ayah bunda
Permata yang siang malam dijaga keduanya..
Jika jadi pasangan, ia adalah kesenangan terindah
Surga untuk pasangannya di dunia..
Jika jd orangtua, waahh...
Surga itu telah berpindah ditelapak kakinya
Ia bawa kemana-mana.


Nabi pun membilangnya sebagai tiang
Tatkala kehidupan adalah bangunan
Ya, engkaulah tiang itu
Engkaulah perempuan..
Perempuan adalah tiang negara,
Jika perempuan baik, baiklah negaranya.
Jika perempuan rusak, hancurlah negaranya.
Engkaulah tiang dalam bangunan rumah tanggamu
Engkaulah sandaran bagi dinding, pintu, atap dan jendela.
Nabi selalu benar memilih istilah kata
Karena di rumahmu, semua urusan kepadamu bertumpu
 

Maka, sebagai tiang kau harus kuat tak tergoyahkan
Sebagai sandaran kokohmu adalah karang di lautan
Tidak rentan diterjang angin dan badai

Tapi aku tak sekuat itu.. katamu
Aku tak berdaya menghadapi kebrutalan dunia ini

Zaman semakin menggerusku, bebannya melumatku hingga luluh
Aku begitu lemah, aku tertindas, teraniaya.. Katamu pula.

Tunggu, wahai perempuan!
 

Kau lupa,
ada Allah dalam hidupmu,
yang siap menanggung segala keluh
Ada Allah dalam harimu, sumber kekuatan yg penuh
Ada Allah dalam hatimu, jika kau serahkan pada-Nya segala sesuatu, Ia akan menjaganya hingga utuh.


Maka, dlm tiap gerimis kesedihan
Hanyutkan dirimu dlm dzikir panjang malammu
Dalam tiap kerikil tajam dijalanan, benamkan wajahmu dlm sujud kepasrahan
Dalam tiap duka yg menyapa, hanyutkan airmatamu dlm sungai kasih-Nya
Dalam tiap nestapa, larutkan pahit airmatamu dalam manis cinta-Nya
Dan dalam tiap kelabu langitmu,
Panggillah nama-Nya
Allah.. Allah..
Dan tunggulah, hingga Ia merubah mendungmu menjadi pelangi di gelap malam.

‪#‎puisi‬ ‪#‎perempuan‬ ‪#‎ikimfm‬ ‪#‎share‬ ‪#‎igers‬ ‪#‎like‬


Saturday, January 2, 2016

Mari Pergi Lebih Jauh 2016 Ini !


Salam w.b.t
      Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya diberikan sedikit keluasan masa untuk kembali bertinta di sini. Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah berkorban jiwa dan raga sehingga tertumpahnya nikmat iman dan Islam di dalam diri kita sehingga saat ini.

       Exam final bagi sem 3 MLS telah pun berakhir pada 15 Disember 2015 lepas.Harapannya result semuanya ok. Terkadang saya akui , kurang pengabdian kepada Yang Maha Esa lantaran sisa kejahilan yang bersarang di jiwa…tetapi setiap kali ianya datang saya cuba untuk membuangnya keluar jauh dari lubuk jiwa.Ampunilah diri ini Ya Allah. Saya tidak akan berputus asa mendapatkan keampunanMu. Ampunilah segala dosaku dan terimalah taubatku.



       Bulan berganti bulan , dan kini kita berada di bulan 1 tahun 2016. Allahurabbi . Sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita. Doa saya , semoga kita semua sentiasa beroleh ketenangan hati dan jiwa apabila sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah sekali lagi pada tahun ini kita diberi peluang untuk terus bernafas dan bekerja demi agamaNya. Walau lelah dan terasa payahnya , bangkitlah semula sehingga perjuangan ini menutupkan tirainya secara terhormat dan secara bermaruah dan bukan secara hina dina.

        Ada beberapa cerita disekeliling yang cuba untuk diluah tetapi perlu disemat di hati. Banyak yang menyentuh akal dan hati dan membawa diri malu dengan diri sendiri. Ya benar. Setiap orang tidak pernah terlepas dari ditimpa ujian pemberian Allah SWT. Memikirkan terus menerus ujian itu bukanlah cara yang terbaik sebenarnya menghadapi ujian , tetapi berfikir dan mencari solusi masalah tersebut adalah cara  yang paling terbaik untuk keluar dari kepompong masalah.

        Bersempena dengan suasana  Maulidurrasul pada kali ini 1437H yang masih terasa , sama-samalah kita semua bermuhasabah tentang diri kita sejauh mana bukti cinta kita kepada Baginda Rasulullah SAW. Baginda telah banyak mencurahkan jasa dan sangat menyayangi kita umatnya. Adakah kita masih mempunyai perasaan seperti itu? Baginda adalah contoh terbaik ikutan sepanjang zaman. Teladanilah segala kebaikan Baginda dalam segala aspek kehidupan. Sentiasalah berselawat kepada Baginda SAW kerana Baginda adalah pemberi syafaat kepada kita umat akhir zaman pada hari hisab bertemu Allah SWT.

        Harapannya tahun 2016 ini menjadikan diri kita lebih komited dengan dakwah dan tarbiyah di jalanNya.Latihlah diri agar melakukan sesuatu perkara tidak kiralah urusan dunia atau akhirat niatnya adalah DARI hati yang tulus dan bukan sekadar mahu mengAMBIL hati orang lain semata. Serahkan segala pengharapan kita hanya kepadaNya. In Shaa Allah kita akan merasai ketenangan cinta bertuhan yang sebenar. Berjaya di dunia , juga berjaya di akhirat dan hidup mendapat berkat dan rahmat dari Ilahi.


       Saya ingin berjaya. Saya ingin meneroka dunia. Saya ingin menulis semula. Saya ingin menjadi usahawan muda. Saya ingin menjadi hambaNya , anak , pelajar , ibu dan isteri yang solehah.Hilang segala prasangka pada yang membuat diri terluka.Berfikir ke hadapan dan berani melakukan sesuatu yang terbaik untuk ummah.Mungkin sampai nanti jadi ustazah. hehe.Impian biar setinggi langit.Sekurang-kurangnya jika terjatuh masih mampu disambar awan.Bukalah mata saya agar saya dapat melihat hakikat sebenar nasib dan keadaan ummah kini agar saya maklum bahaya rupanya masih banyak lagi yang belum dicapai tangan ini. Satu perkara yang penting juga adalah dengan sentiasa mengingati hari kematian yang akan menjemput saya bila-bila masa sahaja. ;( Doakan saya agar saya thabat di jalan ini.

Friday, October 30, 2015

Semoga Mentari Bersinar Kembali


Salam w.b.t.

        Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT  kerana dengan rahmatNya mengizinkan diri ini untuk kembali bertinta.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban nyawa , harta benda dan masa sehingga tertegaknya Islam di bumi Malaysia. Alhamdulillah.

      Air mata cuba disimpan untuk menghilangkan segala kegusaran di dalam jiwa dan hati. Dan terkadang ianya tidak dapat ditahan sehingga jatuh jua ke tanah. ;( Ya Allah sesungguhnya hamba terlalu lemah menghadapi masa akan datang...adakah saya masih tabah untuk meneruskan perjuangan ini . Saya tahu saya tidak boleh berhenti meneruskan perjalanan sebagai seorang pandakwah di jalan ini , cuba mengkentalkan diri untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya.

       Ya Allah ajarilah saya tentang kehidupan akhirat yang lebih bermakna agar berkurangnya rasa kecintaan terhadap dunia dan segala isinya. Tuntunlah hati ini agar tetap teguh di jalan ini walaupun bilangannya satu masa nanti saya berseorangan di sini. Kerjaya , assignment , test , presentation , s/u Kelab Patologi itu semuanya membuatkan saya memahami erti dan tujuan seseorang itu dijadikan. Penat memang terasa demi menanti kerehatan apabila bertemu Allah SWT...in Shaa Allah apabila tiba masanya suatu saat nanti. Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami di dalam iman.

       Semalam di dalam perjalanan nak ke tempat kerja , saya diperlihatkan dengan satu kemalangan jalan raya yang meragut 2 nyawa.Allahu Rabbi , menggigil tubuh melihatnya. Semoga mangsa tersebut di dalam redha Allah SWT. Betullah di mana-mana sahaja maut bisa kita temukan tanpa kita sedari. Maka dengan itu , percepatkanlah taubah dan persediaan untuk bertemuNya.

Ya Allah teguhkanlah saya seteguh Sumayyah;0

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.


“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Dan mereka mendapat kemenangan terbesar diakhirnya hidup mereka , iaitu syurga Allah SWT.

Sekitar pemandangan riadah bersama akhwat tercinta.Semoga kalian thabat.

Sunday, October 25, 2015

Harapan Tidak Buta


Salam w.b.t.

        Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT  kerana dengan rahmatNya mengizinkan diri ini untuk kembali bertinta.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW , ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berkorban nyawa , harta benda dan masa sehingga tertegaknya Islam di bumi Malaysia. Alhamdulillah.

        Menyemak tabir diri , saya merasakan rahmat Allah SWT itu terlalu besar kepada saya dan keluarga saya. Di dalam situasi yang memerlukan saya untuk membuat keputusan dalam kehidupan ini , walaupun payahnya agak terasa…istighfar , dzikir dan doa menjadi pengubat hati yang sedang resah. Hanya pergantungan kepadaNya sahaja segalanya disandarkan.

         Pengalaman kehidupan yang sering saya perhatikan membuatkan saya sentiasa berfikir pelbagai ragam manusia yang perlu saya fahami dan dalami. Penyelesaian terbaik yang boleh diambil adalah dengan sentiasa berfikiran positif walau orang banyak memperkatakan negatif tentang diri dan keluarga. Juga membuatkan saya sedar jika saya di tempatkan di sesuatu tempat seperti mereka suatu hari nanti , pasti saya tidak akan melakukan perkara yang sama yang pernah diperlakukan kepada saya. Kita dikira sama sahaja dengan mereka , sekiranya kita membalas tindakan mereka terhadap kita. Perkara terbaik yang juga boleh dilakukan saat ini adalah dengan mendoakn mereka agar mereka sedar suatu hari nanti.

         Perjalanan hidup di hadapan membuatkan kaki saya kembali kuat untuk mengorak langkah ke hadapan walaupun ianya agak payah. Saya yakin saya mampu. Ujian saya terlalu sedikit jika mahu dibandingkan dengan ujian dan mehnah yang dilalui oleh rakyat Palestin dan para sahabat dahulu. Yup saya akui saya akan berasa malu yang teramat apabila saya putus harap dengan diri sendiri sedangkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT itu teramat besar bagi hambaNya. Tinggal kita sahaja sama ada mahu bersyukur ataupun tidak.

           Semalam , saya bersama akhwat PEMBINA Batu Pahat telah mendaki Hutan Lipur Soga di Bukit Perdana. Alhamdulillah , Allah SWT mudahkan segalanya. Pada awal pagi perjalanan hati saya risau apabila melihatkan jerebu semakin tebal. Tetapi alhamdulillah ianya semakin berkurang apabila para peserta sampai ke puncak dengan jayanya. Pada pendakian kali ini , saya  berkawal  di belakang para peserta supaya mudah untuk saya menjaga keselamatan para peserta. Saya merasa sayu bila teringatkan kembali saat itu.Salah seorang peserta ketika itu termuntah dan saya menemani dirinya yang agak tidak larat meneruskan pendakian.

           Saya memberi pilihan kepadanya sama ada mahu teruskan perjalanan atau berhenti setakat ini sahaja. Adik ini ternyata kuat apabila dia mengatakan dia ingin meneruskan perjalanan sehingga ke puncak. Dia yang saya maksudkan adalah anak usrah saya suatu ketika dahulu. Jujur saya akan terasa sebak apabila mengingatkan mereka berempat. Kebiasaan di dalam usrah dia dan tiga rakannya yang lain digelar dengan panggilan 4 serangkai kerana mereka sering bersama setiap masa. Saya akui keberadaan mereka di dalam terbiyah ini juga atas kefahaman mereka sendiri dan bukan atas desakan sesiapa. Jujur hati saya sangat gembira apabila diberitahu di saat-saat akhir yang mereka berempat akan join hiking di Hutan Lipur ini. Di saat mungkin ada yang mudah buat keputusan untuk meninggalkan dakwah ini , mereka datang membantu demi menggapai redhaNya.

           Rasa hiba terkadang hadir apabila mengingatkan yang mereka akan habis belajar tidak lama lagi di UTHM. Saya pula di sini harus menerima kenyataan bahawa saya perlu kerja lebih keras untuk meneruskan usaha dakwah di sini. ;( Ya Allah berilah saya kekuatan untuk thabat di jalan ini Ya Allah. Walau mereka akan pergi dan akan meninggalkan tempat ini. Saya sangat meyayangi mereka dan mereka adalah kurniaan yang terindah dari Allah SWT buat saya yang hina. Semoga adawiyahferatiqah thabat sehingga ke akhirnya.

adawiyahferatiqah

         Pulang dari riadah di Hutan Lipur semalam saya kembali bermesyuarat bersama mereka. Sebak rasa melihat adik-adik yang masih boleh bagi komitmen walaupun masing-masing dalam kepenatan selapas mandaki di Hutan Lipur. Semoga Allah SWT merahmati kalian dengan menebarkan seberapa banyak kebaikan di dalam kehidupan kalian. Dalam jam 5 petang  setelah selesai mesyuarat , ada seorang adik mengajak saya untuk hadir ke usrahnya bersama-sama adik-adik baru di Taman U. Ketika itu , terasa pening di kepala semakin memuncak, tetapi memikirkan semangat adik itu , saya kembali memadamkan hasrat saya untuk pulang kerumah untuk hadir ke usrahnya bersama adik-adik di malamnya pada jam 9.00 malam.

        Alhamdulillah , saya masih mempunyai masa berehat di rumah sewa saya di Taman U. Cukup tenang apabila kembali berdoa kepadaNya. Kadang saya menangis mengingatkan masa akan datang siapa yang akan bersama-sama saya di jalan ini. Saya yakin Allah SWT pasti membantu tika saya dalam kebuntuan.Malamnya , sebak lagi melihat kegigihan adik ni , Juliza kerana dia membuka mata saya untuk jangan menyerah kalah walaupun kepenatan datang di jalan yang sedang ditempuhi ini. Akak tidak mampu balas apa-apa melainkan doa akak buatmu wahai adik Juliza.




Dan aku pasti akan terus mengorak langkah
Walau satu saat aku perlu sendirian di jalan ini
Biarlah air mata yang mengalir menjadi penguat semangat
Dan juga menjadi iktibar pada generasi akan datang
Usaha yang kami lakukan saat ini terlalu sedikit
Sedangkan syurga Allah SWT itu terbentang luas bagi hambaNya yang bertaqwa
Terima kasih akak ucapkan kepada adik-adik dan akhwat yang telah banyak membantu
Aku menyayangimu semua kerana Allah SWT
Semoga kita sekental Fatimah , secerdik Siti Aisyah , setabah Asiah , segagah Bilal bin Rabah dan menjadikan Rasulullah sebagai ikon utama untuk mentaati Allah SWT
Semoga jika tidak lagi bertemu di dunia selepas ini semoga kita bertemu di jannahNya


In Shaa Allah ;(

Thursday, July 23, 2015

Sedekah Berharga



                                                                 Salam w.b.t

      Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah SWT kerana dengan kasih sayangNya , Dia masih memberi peluang untuk saya beramal dan beribadah kepadaNya.Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat handai Baginda yang telah banyak berjasa dalam memastikan ad-deen tertegak di bumi ciptaanNya.

        Alhamdulillah hari ini telah sampai ke 7 Syawal 1436H.Dengan kasih sayangNya , Dia mengizinkan kita semua hidup sebagai seorang hamba walaupun hamba itu terkadang terlupa untuk sentiasa mengingatiNya , lupa untuk sentiasa berzikir kepadaNya.Allahu Rabbi.Maafkan kami Ya Allah.

         Hari ini scroll sebentar wajah di FB.Pelbagai gambar suasana Hari Raya di kongsi di FB.Entah rasa sedih dan hiba pula tiba-tiba.Tak tahu nak kata apa. ;( Sedih sebab (tuju kat diri sendiri) ,  selalu nak post macam-macam di FB ibarat kita bahagia nak tunjukkan perasaan kita beraya….kan best perasaan yang sama juga ada bila nak menghadap Allah SWT.Jika di FB , pasti akan mudah LIKE dan Comment status orang lain….gamaknya kadangkala sehingga 100 comment.Kan bagus perasaan yang sama juga ada setiap kali nak memahami ayat-ayat Allah SWT di dalam quran.Semoga kita semua tergolong di dalam golongan mereka yang sentiasa mendapat rahmat dan redha dari Allah SWT. Saya sangat suka quote ini:


“Mari cemburu pada yang FASIH beramal tetapi GAGAP bicara tentang keshalihannya.”
                                                -Salim A. Fillah-

         Tajuk entri kali ini adalah bertajuk , “Sedekah Berharga”. Saya sangat teruja untuk menulis entri pada kali ini kerana perkara ini banyak membuatkan saya tersedar tentang sikap saya , iaitu perlu sentiasa bersedekah.In Shaa Allah pada hari ini saya ingin berkongsi 1 cerita benar yang berlaku dalam kehidupan saya.Allah SWT telah menemukan saya dengan sahabat baik saya iaitu , Ain Masturah yang darinya saya belajar tentang erti kehidupan ini.Terima kasih Ya Allah kerana Engkau menghadirkan insan-insan yang hebat di dalam hidup saya agar saya lebih takut dan taat hanya kepadaMu.
saya dan ain

          Kisah antara saya dan Ain bermula sejak kami melanjutkan pelajaran di UNISEL SHAH ALAM. Beliau adalah seorang anak yang tabah yang pernah saya kenal.Selalu tidak jemu untuk mengingatkan saya ketika saya degil dan lupa.Untuk pengetahuan para pembaca , sebenarnya di Universiti Nilai semasa pengajian Diploma MLT kami di sana, kami berada di dalam 1 batch yang sama , tetapi tidak rapat kerana ditempatkan di dalam kelas yang berbeza.Dan Alhamdulillah pertemuan kami sepanjang menyambung pengajian di UNISEL ini membuatkan hubungan persahabatan di antara kami lebih erat dan rapat.

             Kerana apa saya katakan beliau seorang anak yang tabah?kerana saya melihat sendiri bagaimana bertanggungjawabnya beliau menguruskan kehidupan sebagai ketua keluarga di saat ayahnya terlantar di atas katil kerana menghidap penyakit saraf.Beliau sudah biasa lasak dengan kehidupannya yang pada masa yang sama menjaga 3 orang beradik lelaki di bawahnya. Ibu dan ayah beliau merupakan seorang guru.Dan apabila ayahnya terlantar di atas katil , beliau banyak belajar bagaimana mahu menguruskan rumah , susun atur rumah , servis kereta, arif tentang kereta dan maintenance kereta yang mungkin saya pun tidak mampu sekuat itu.Huhu malu.Selalu juga saya bergantung dengan ayahanda saya untuk menguruskan segala hal berkenaan kereta.Dan kini saya sudah belajar untuk bergerak menguruskan hal tersebut sendiri….juga belajar untuk tidak selalu bergantung dengan ayahanda saya.

           Itu salah satu sikapnya yang pandai berdikari.Seterusnya sikap beliau yang paling ketara ialah beliau sangat suka bersedekah di mana sahaja tidak kira waktu dan tempat.Kehidupan sebagai seorang pelajar part time di Shah Alam menampakkan saya suatu benda yang mungkin Allah SWT menguji kedermawan saya.Setiap kali kami makan di luar atau berjalan di sekitar Shah Alam, setiap kali(kerap juga) ternampak peminta sedekah , beliau pasti akan menghulurkan wang. Tidak kiralah peminta sedekah itu , menjual barang atau tidak. Saya pula, lebih prefer untuk menderma kepada peminta sedekah yang menjual barang sebab nampak jugala mereka berusaha berbanding yang lain yang sekadar hanya meminta sedekah sahaja tanpa berusaha.

            Pernah suatu ketika ketika menunggu trafik light hijau yang lama , kelihatan seorang adik lelaki yang pergi ke kereta-kereta meminta sedekah. Suasana ini memang biasa di lihat di Shah Alam.Ketika itu , sebenarnya kami baru habis kelas Bahasa Mandarin di UNISEL. Apabila melihat kelakuan adik tersebut , saya terus mengeluh dengan tindakan adik tersebut dengan mengatakan ,

“Ain , ko tengok budak ni kan yang selalu kita jumpa minta sedekah dekat-dekat kawasan hotel kita tu kan?”

Lalu dengan tenang Ain menjawab pada ketika beliau sedang memandu dan pada masa yang sama saya berada di sebelahnya,

“Ha a , ingat.Nana ko tolong amikkan beg dompet aku kat seat belakang boleh?”

Lantas saya mempersoalkan tindakan Ain,

“Ain , ko still nak bagi kat orang macam tu juga ke?”

Saya merenung tepat ke wajah Ain sambil mengambil dompetnya di seat belakang.Ain melihat saya yang semacam tidak puas hati dan mengatakan ,

“Nana dah la ko jangan nak mempersoalkan kenapa aku buat macam ni.Aku memang ikhlas nak bagi sedekah kat adik tu.Nana, terpulanglah pada dia nak menipu ke…apa ke , itu urusan dia dengan Tuhan.Yang penting aku nak juga bagi sikit duit kat adik tu.”

“Dan tetaplah memberi peringatan , kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.”
          (Adzariyat :55-56)

            Saya terkatup bicara, tidak tahu berkata apa-apa melihat tindakan beliau yang menurunkan cermin tingkap dan menghulurkan sedikit sumbangan wang kepada adik tersebut.Saya malu sangat.Kenapa saya tidak berfikir semacam beliau fikir, membantu orang setiap masa tidak kira masa dan tempat. Alasan beliau sangat kukuh iaitu beliau ingin sentiasa memberi sedekah kepada orang.Jika pergi isi minyak , nampak makcik pakcik tua yang duduk jual-jual kerepek kat tepi stesen isi minyak , beliau akan panggil saya dan mengajak saya membeli barangan mak cik pak cik tersebut.Tidak banyak pun pemberiannya kepada orang yang meminta , tetapi beliau sentiasa memasang niat untuk membantu orang susah setiap masa.
            
               Benarlah kata kebanyakan manusia , apabila seseorang itu biasa hidup susah , dia tidak akan mudah lupa apabila kesenangan datang kepada mereka. Lihat orang susah , pasti akan mengimbau perasaan yang pernah dirasai saat merasa susah.Manusia baik akan menjadikan KEREDHAAN ALLAH SWT sebagai matlamat kehidupan.Saya melihat kekuatan demi kekuatan dan kesabaran demi kesabaran yang lahir dari dalam diri beliau mungkin lahir  di atas kebaikan yang pernah beliau taburkan sebelum ini. Allahu Rabbi,  jauhkanlah `saya daripada penyakit kikir dan bakhil Ya Allah.  ;(

               Kini saya cuba mempraktikkan hal tersebut di dalam kehidupan.Benar tak tipu , apabila kita banyak bersedekah hati kita akan tenang. Belajar pun In Shaa Allah dipermudahkan kefahaman dan kefasihan.Terima kasih Ya Allah.Saya mengakui rahmatMu yang tidak putus-putus kepada hambaMu yang terkadang melupakanMu , sedangkan Kau tidak pernah melupakan hambaMu.Maafkan saya Ya  Allah.Hidupkanlah saya di dalam beriman kepadaMu dan pulangnya saya kepadaMu juga di dalam keadaan iman yang benar dan sejahtera. ;(

PerJaLaNaN HiDuP iNi

PerJaLaNaN HiDuP iNi
Dalam jauh sebuah perjalanan,Allah amanahkan sebuah perjuangan,terimalah dengan kekuatan,kadang-kadang sakit yang mendatang,kadang-kadang teman tak sehaluan,namun itulah ujian mencari iman yang teguh,moga terus bersabar di jalanNya

Muhasabah buat semua

"Walau jauh kita pergi, ingatlah kita pernah di tarbiah dan TARBIAH tidak akan berhenti dan berakhir . Walau sesibuk manapun kita, jangan kita lupa tanggungjawab MUSLIM yang pasti akan ditanya kelak.Walau sebebas manapun kita, jangan kita lupa kita adalah MAKHLUK yang pastinya adalah milik Allah".-peringatan juga buat diriku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails